728x90 AdSpace

Minggu yang sibukk.. rasa mcm nk fensan :(
Thursday, November 15, 2012

Durian Crepes

Durian Crepes
Citarasawan Own Recipe

Bahan-bahan - Adunan Dadar
30gm tepung Hongkong
30gm tepung kastard
20gm tepung jagung
20gm tepung ubi
20gm tepung kentang / tepung sagu
3 biji telur
1/4 sudu teh garam
250ml susu cair - suhu bilik
1 sudu besar mentega cair
Pewarna kuning - optional

Cara-cara :
1.  Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis.  Rehatkan selama 20 minit.  Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
2.  Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, ambil satu sendok kecil adunan dan lenggangkan kuali kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis.  Masak hingga atasnya mengering, tidak perlu di terbalikkan.
3.  Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
4.  Pipekan sedikit whip cream di tengah dadar, letak 1 sudu kecil kastard durian kemudian tutup dengan whip cream.
5.  Lipat dadar menjadi empat segi seperti di SINI.  Buat hingga habis dan simpan di dalam peti sejuk.

Inti Kastard Durian
250ml susu cair
1 1/2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam
1 biji kuning telur
150gm isi durian

Non diary whip cream secukupnya - putar hingga kental (Masukkan ke dalam piping bag)

Cara-cara :
1.  Satukan semua bahan kastard, kisar sebentar hingga isi durian hancur.  Kemudian tapis ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga menjadi kental.
2.  Simpan di dalam peti sejuk sebelum di isi ke dalam dadar / crepe bersama whip cream.
Durian Crepes

Durian Crepes
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top