BloggerBloggerRecommend and Send to your Friends

Resipi terkini dan yang dikemaskini

/

Kuih Dadar Durian

Kuih Dadar Durian

Bahan Dadar
100 gr tepung gandum
1/4 sudu teh garam
3 biji telur di pukul ringan
250ml susu cair
1 sudu besar mentega cair
beberapa titik pewarna kuning / hijau

Inti Kastard Durian
250ml susu cair
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam
1 kuning telur
150gm isi durian

Cara-cara :
1.  Satukan bahan dadar dan whisk hingga rata, kemudian tapis.
2.  Panaskan kuali non-stick kecil tanpa perlu meleserkannya dengan minyak, ambil satu sendok adunan dan buat dadar yang nipis.  Pastikan setiap kali menuang adunan, kuali di angkat dari dapur supaya tidak hangus.
3.  Biarkan bahagian bawah masak, kemudian terus angkat dan terbalikkan dengan permukaan yang licin berada di bawah.  Buat hingga habis.


4.  Letak 2 sudu kecil inti di tengah dan lipat seperti membuat lepat dengan permukaan yang licin di bahagian luar.
5.  Inti :  Larutkan tepung jagung dan susu segar hingga rata.  Kemudian satukan dengan bahan-bahan yang lain di dalam periuk dan masak hingga inti menjadi kental.  Sejukkan dahulu sebelum di isi ke dalam dadar.


*** Inti kastard durian boleh juga di gunakan untuk membuat inti cream puff..

MENU : ,

Print Friendly and PDF


Klik untuk tempahan



Design N Coding by
Brand by citarasawan
For business query, submit your request here


Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License.

Pageview

On top