Follow Me

Kuih Lapis Coklat


Kuih Lapis Coklat

Bahan A
250gm tepung beras
350gm tepung ubikayu
40gm tepung sagu
400ml santan pekat
1 sudu teh garam

Bahan B
450gm gula pasir
1000ml air

Bahan C - pes coklat
30gm serbuk coklat + 1/2 sudu teh nescafe (larutkan dgn 60ml air panas)
atau 2 sudu besar coklat emulco + 1/2 sudu teh nescafe

Loyang 9x9 di alas plastik dan di gris

Cara-cara :
1.  Satukan bahan A, kacau hingga sebati.  Ketepikan.
2.  Masak bahan B hingga mendidih, tuang ke dalam bahan A dan kacau dengan cepat hingga rata. Tapis.
3.  Bahagikan kepada 2 bahagian, satu adunan asal dan satu lagi di campur pes coklat.
4.  Untuk adunan asal dan coklat, bahagikan setiap adunan kepada 5 bahagian yang sama banyak.
5.  Tuang adunan asal untuk lapisan pertama.  Kukus selama 5 minit.  Kemudian di ikuti lapisan coklat, kukus selama 5 minit.
6.  Ulangi melapis berselang warna hingga habis.
7.  Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit.
8.  Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum di potong dengan plastik cutter.
Kuih Lapis Coklat
previous article
Newer Post
next article
Older Post



Penulis resipi blog citarasawan, seorang blogger dan suri rumah sepenuh masa yang gemar mencuba sesuatu yang baru dan sangat mengakumi karya seni masakan [Kakwan] (http://2.bp.blogspot.com/-hmDS9fqYd1k/VTqJsqr_YZI/AAAAAAAAjmo/wREmd8gMjz4/s1600/Layer-1%2Bcopy.png)

Name

Email *

Message *