728x90 AdSpace

Teringat dekat kawan blogger yang dahulu ..
Tuesday, May 28, 2013

Biskut Lidah Kucing Pelangi (Original Citarasawan)


Biskut Lidah Kucing Pelangi


Bahan-bahan
250gm mentega
175gm gula kaster
100ml putih telur
200gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex (perangup biskut)

Pewarna ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah

Loyang lidah kucing - di gris dengan mentega

Cara-cara :
1.  Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex.  Ketepikan
2.  Pukul mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
3.  Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata.
4.  Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letak dengan pewarna berlainan.
5.  Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat dan picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.
6.  Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 15minit.  Jangan biarkan permukaan atas keperangan kerana menengelamkan warna pelangi.
7.  Biarkan biskut suam2 kuku dan terus simpan di dalam bekas kedap udara.  Biskut ni cepat lemau jika di biar terdedah pada udara.  Biskut yang lemau boleh di panaskan semula selama 5-8 minit dalam oven yang di panaskan dahulu dan akan ranggup kembali.
Biskut Lidah Kucing Pelangi
Biskut Lidah Kucing Pelangi yang terlajak laris.. cover majalah Aroma back issue Nov-Dec 2013
Lidah Kucing Bentuk Hati
Lidah Kucing Bentuk Bunga - Menggunakan loyang bulat





Untuk membuat tempahan Loyang Lidah Kucing sila halakan disini



Biskut Lidah Kucing Pelangi (Original Citarasawan)
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top