BloggerBloggerRecommend and Send to your Friends

Resipi terkini dan yang dikemaskini

/

Puding Polkadot Fruit Jelly


Puding Polkadot Fruit Jelly

Bahan-bahan
25gm serbuk agar-agar
350gm gula pasir
1000ml susu segar
600ml air
300ml UHT whipping cream
1 bungkus Fruit Jelly
1/2 sudu besar jus oren sunquick / oren emulco

Loyang 9 x 6 x 3 (basahkan dahulu)

Cara-cara :
1.  Satukan air, serbuk agar-agar dan susu segar.  Masak hingga mendidih.  Tutup api dan masukkan whiping cream.  Kacau hingga rata.
2.  Ambil 800ml agar-agar, masukkan 1/2 sudu besar jus oren sunquick, kacau rata.  Ketepikan.
3.  Atur fruit jelly ke dasar loyang, ambil 400ml agar-agar oren dan tuang 1/2 dari paras fruit jelly, biarkan membeku kemudian tuang lebihan agar-agar oren hingga penuh.  Biarkan membeku.
4.  Atur fruit jelly ke atas lapisan agar-agar oren, cucuk dengan lidi supaya lekat.  Tuang agar-agar susu hingga penuh.  Biarkan membeku.
5.  Akhir sekali, tuang 400ml, baki agar-agar oren ke atas lapisan agar-agar susu dan biarkan beku.  Simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.
Puding Polkadot Fruit Jelly ceria dan fruity tutty..

MENU : , ,

Print Friendly and PDF


Klik untuk tempahan



Design N Coding by
Brand by citarasawan
For business query, submit your request here


Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License.

Pageview

On top