Follow Me

Coklat Badam

Coklat Badam

Bahan-bahan
250gm coklat susu compound
50gm pes kacang hazel
1/2 sudu teh esen badam / vanila
Badam cincang secukupnya - di panggang dahulu

Hiasan : Badam cincang / Almond nibs secukupnya - panggang dahulu

Cara-cara :
1.  Cairkan coklat susu secara double boil.  Tuang ke dalam acuan hingga penuh dan biarkan selama 3-4 minit.
2.  Terbalikkan acuan dan buang lebihan coklat untuk membentuk kelongsong coklat.  Keraskan di dalam peti sejuk selama 5 minit.  Masukkan lebihan coklat tadi ke dalam mangkuk alum untuk di cairkan semula.
3.  Campurkan pes kacang hazel, esen badam bersama lebihan coklat tadi, cairkan kembali secara double boil.  Kacau hingga rata.  Masukkann ke dalam piping bag.
4.  Masukkan badam cincang dan paipkan coklat hingga 3/4 penuh.  Tabur dengan badam cincang di atasnya sebagai hiasan.
5.  Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit hingga keras.  

Langkah mencairkan coklat di SINI

Coklat Badam dengan badam cincang yang ranggup :D
previous article
Newer Post
next article
Older Post



Penulis resipi blog citarasawan, seorang blogger dan suri rumah sepenuh masa yang gemar mencuba sesuatu yang baru dan sangat mengakumi karya seni masakan [Kakwan] (http://2.bp.blogspot.com/-hmDS9fqYd1k/VTqJsqr_YZI/AAAAAAAAjmo/wREmd8gMjz4/s1600/Layer-1%2Bcopy.png)

Name

Email *

Message *