728x90 AdSpace

Kek Lapis Polkadot untuk Aidil Adha.. jangan lupa beli Utusan Malaysia Jumaat 3hb Oct 14.. ada step lagi :)
Sunday, February 10, 2013

Puding Lapis Cendol Gula Melaka


Puding Lapis Cendol Gula Melaka

Bahan A
400ml santan KARA
800ml air + 10 helai daun pandan, kisar dan tapis
180gm gula pasir
15gm serbuk agar-agar (1 1/2 sudu makan)
Pewarna hijau tua
1/4 sudu teh garam

Bahan B
800ml air
160gm gula melaka, racik halus
1/4 sudu teh garam
10gm serbuk agar-agar (1 sudu makan)

Bahan C
150ml santan KARA
450ml air
100gm gula pasir
10gm serbuk agar-agar (1 sudu makan)
80gm cendol
1/4 sudu teh garam

Loyang 10 x 10 - Basahkan dahulu

Cara-cara :
1.  Masak bahan A hingga mendidih.  Bahagikan kepada 2 bahagian.   Tuang satu bahagian ke dalam loyang.  Biar membeku.  Bakinya biarkan di atas dapur.
2.  Masak bahan B hingga mendidih.  Tapis.  Bahagikan kepada 2 bahagian.  Tuang satu bahagian ke atas lapisan bawah.  Biarkan membeku.  Bakinya biarkan di atas dapur.
3.  Masak bahan C kecuali cendol hingga mendidih.  Tuang kesemuanya ke atas lapisan B, tabur dengan cendol hingga rata.  Biarkan membeku.  Cakar permukaannya dengan garpu.
4.  Kemudian tuang baki bahan B, jika membeku panaskan dahulu dengan api kecil.  Biarkan hampir beku.
5.  Akhir sekali tuang baki bahan A.  Biarkan membeku dan simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.

*** Jika lapisan agar-agar mengeras, cakar sedikit permukaannya dengan garpu sebelum di tuang lapisan seterusnya.
Puding Lapis Cendol Gula Melaka


Puding Lapis Cendol Gula Melaka
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top