728x90 AdSpace

Kek Lapis Polkadot untuk Aidil Adha.. jangan lupa beli Utusan Malaysia Jumaat 3hb Oct 14.. ada step lagi :)
Monday, January 14, 2013

Bingka Keledek Oren / Kuih Bakar Keledek Oren

Bingka Keledek Oren / Kuih Bakar Keledek Oren

Bahan-bahan
300gm tepung gandum
400gm keledek oren - rebus dan lecek
180gm gula pasir
500ml air
500ml santan KARA
5 biji telur B
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar mentega cair

Loyang 10 x 10 di gris dengan mentega cair

Cara-cara :
1.  Panaskan oven pada suhu 200C.
2.  Kisar keledek bersama air hingga halus.  Tuang ke dalam mangkuk besar dan gaul bersama bahan-bahan yang lain hingga rata dan tidak berketul.
3.  Tuang ke dalam loyang, tabur bijan dan bakar selama 45-55 minit di rak tengah hingga permukaan keperangan.
4.  Untuk permukaan kuih yang garing, tukar fungsi oven kepada grill dan bakar 5 minit lagi hingga nampak garing.
5.  Sejukkan dahulu sebelum di potong.
 Bingka Keledek Oren / Kuih Bakar Keledek Oren
Bingka Keledek Oren / Kuih Bakar Keledek Oren
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top