BloggerBloggerRecommend and Send to your Friends

Resipi terkini dan yang dikemaskini

/

Bingka Durian / Kuih Bakar Durian

Bingka Durian / Kuih Bakar Durian

Bahan-bahan
200gm isi durian
350ml air
450ml santan KARA
220gm gula pasir
180gm tepung gandum
30gm tepung beras
3 biji telur B
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh pewarna kuning
2 sudu besar mentega cair

Hiasan  : Bijan secukupnya

Loyang 8in di gris dengan mentega cair

Cara-cara :
1.  Panaskan oven pada suhu 200C.
2.  Kisar isi durian bersama air hingga hancur.  Masukkan ke dalam bekas dan gaul bersama bahan-bahan yang lain hingga rata dan tidak berketul.
3.  Panaskan loyang sebentar di dalam oven.  Keluarkan dan tuang adunan, tabur dengan bijan dan bakar di rak tengah selama 45 - 50 minit sehingga masak dan atasnya keperangan.
4.   Untuk mengaringkan permukaan atas kuih, tukar fungsi oven kepada grill dan bakar selama 5 minit lagi hingga nampak garing.
5.  Biar betul-betul sejuk baru di potong dan di hidangkan.
 Bingka Durian / Kuih Bakar Durian


MENU : ,

Print Friendly and PDF


Klik untuk tempahan



Design N Coding by
Brand by citarasawan
For business query, submit your request here


Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License.

Pageview

On top