BloggerBloggerRecommend and Send to your Friends

Resipi terkini dan yang dikemaskini

/

Apam Polkadot / Apam Bercorak

Apam Polkadot / Bercorak
Sumber :  Kakzu@Semanis Gula

Bahan-bahan
4 biji telur B
230gm gula castor
2 sudu kecil ovalette
280gm tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
150ml susu susu cair / susu segar

Pewarna dan paste ang disukai
Filling - Coklat masakan di potong kiub kecil / strawberry / blueberry

Cara-cara :
1.  Putar telur, gula dan ovelette hingga kembang dan pekat.  Adunan bertukar menjadi putih dan jika di terbalikkan tidak jatuh, part ni sangat penting untuk menghasilkan apam yang gebu.
2.  Satukan tepung gandum, tepung jagung  dan baking powder, Ayak.
3.  Setelah adunan telur menjadi  putih gebu , masukkan tepung berselang seli dengan susu cair.  Akhir sekali masukkan esen vanilla.
4.  Ambil sedikit adunan untuk membuat dot, warnakan ikut kesukaan.  Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat kecil atau gunting sedikit piping bag untuk membuat dot.
5.  Bahagikan kepada beberapa mangkuk, masukkan pewarna dan paste yang di sukai.  Apam yang di letak paste akan menjadi lebih sedap dan wangi.
6.  Picit 1/2 adunan ke dalam mangkuk kertas bersaiz almond london yang di masukkan ke dalam acuan lompang , letak filling dan tutup keseluruhan dengan adunan sehingga paras kertas.  Picit adunan dot ke atasnya.
7.  Panaskan pengukus, perlahankan api ke sederhana besar tapi masih mengelegak.  Kukus selama 10 minit dan hasilnya apam yang membulat dan gebu.

Nota Kakzu ~ Saiz papercup almond london agak kecil tetapi bila apam dah di kukus, ia menjadi  lebih besar.
Apam Polkadot / Apam bercorak

MENU : ,

Print Friendly and PDF


Klik untuk tempahan



Design N Coding by
Brand by citarasawan
For business query, submit your request here


Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License.

Pageview

On top