BloggerBloggerRecommend and Send to your Friends

Resipi terkini dan yang dikemaskini

/

Red Velvet Christmas Tree Cupcake

Red Velvet Christmas Tree Cupcake

Bahan-bahan
65gm mentega
140gm gula kaster
1 biji telur B
150gm tepung gandum
1 sudu besar rata serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu besar serbuk pewarna bright red
50gm coklat rice
120ml buttermilk atau (120ml UHT whip cream / susu segar + 1/2 sudu besar cuka, biar selama 5 min hingga pekat)

Cawan cupcake secukupnya
Buah strawberry segar secukupnya - belah 2
Kelapa kering 
Buttercream hijau daun - masukkan ke dalam piping bag dgn nozzle no. 19 (open star)
Manik hiasan

Cara-cara :
1.  Panaskan oven pada suhu 175C. 
2.  Ayak bersama tepung, baking powder dan serbuk koko.  Ketepikan.
3.  Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih.  Masukkan telur, pukul hingga sebati.  Srap tepi mangkuk, masukkan esen vanila dan pewarna,  pukul hingga rata.
4.  Masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sambil di putar perlahan sehingga rata.  Masukkan coklat rice, gaul rata.
5.  Masukkan ke dalam cawan cupcake dan bakar di rak tengah selama 15-20 minit hingga masak.
6. Sejukkan dahulu sebelum di hias.
7. Belah 2 buah strawberry.  Ketepikan.
8.  Sediakan buttercream putih dan hijau untuk pokok.  Ambil sedikit buttercream putih, ratakan ke permukaan cupcake.  Kemudian pipekan buttercream hijau di tengahnya.  Letak buah strawberry di tengahnya.  Tandakan titik pada cawan kertas arah belahan strawberry kemudian tabur dengan kelapa kering di kelilingnya.
8. Pipe buttercream hijau di sekeliling buah strawberry hingga ke atas, paling atas tarik buttercream sedikit seperti puncak pokok.
9.  Tabur manik hiasan seperti pokok krimas.

Buttercream aising
250gm krimwell
50gm mentega
130gm gula asing - ayak
1/2 sudu besar golden syrup

Cara :  Putar krimwell dan mentega hingga kembang dan gebu.  Perlahankan mixer dan masukkkan gula aising dan golden syrup, putar hingga bergaul rata. 
Red Velvet Christmas Cake & Red Velvet Christmas Cupcake Tree

MENU : ,

Print Friendly and PDF


Klik untuk tempahan



Design N Coding by
Brand by citarasawan
For business query, submit your request here


Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License.

Pageview

On top