728x90 AdSpace

^.^
Sunday, December 9, 2012

Petit Four

Petit Four

Bahan-bahan 
3 biji telur (Gred B)
2 biji kuning telur (Gred B)
100gm gula kastor
80gm tepung gandum
20gm serbuk badam
1/2 sudu besar ovalette
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu teh esen badam
1 sudu besar coklat emulco
50gm mentega (dicairkan)
200gm jem buah-buahan
150gm krim putar manis (whip toping) utk hiasan
150gm coklat urai atau kekacang panggang

Cara-cara :
1. Campurkan telur, kuning telur, gula, tepung gandum, serbuk badam, ovelette, susu tepung dan esen badam. Putar dgn kelajuan tinggi sehingga kembang.
2. Perlahankan putaran, masukkan coklat emulco dan  mentega cair dan  kacau rata. 
3. Masukkan adunan setinggi kira-kira 1.5cm didalam dulang bakar berkuran 30.5cm x 30.5cm (12 inci x 12 inci) yg dileser dan dialas kertas minyak.
4. Bakar sehingga masak pada suhu 190c lebih kurang 10 minit dan sejukkan.
5. Potong kek menggunakan pemotong bulat berukuran garis pusat 5cm (2 inci) .
6. Sapu jem pada kepingan pertama, Letak kepingan kedua diatasnya dan sapu jem.
7. Letak lapisan ketiga dan sapu krim di sekeliling kek dan lekatkan coklat urai atau kekacang yang di panggang dahulu.
8. Isikan krim di dalam kelongsong kertas yg diletakkan nozel bintang dan picit krim pada sekeliling bahagian atas kek.
9. Letak jem buah-buahan di tengah-tengah kek.
10.  Petit Four, kek mini yang boleh di sediakan mengikut kesukaan dengan coklat urai atau kekacang panggang.  Sila kan. . :D
Petit Four
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top