728x90 AdSpace

Minggu yang sibukk.. rasa mcm nk fensan :(
Tuesday, December 25, 2012

Kuih Nagasari

Kuih Nagasari

Bahan-bahan
500ml santan segar
130gm tepung beras
20gm tepung sagu
60gm gula pasir
1/4 sudu teh garam 
Pewarna - optional
2 biji pisang tanduk - kukus sebentar dan hiris menyerong
(pisang lain tak perlu kukus, pisang tanduk keras sikit)
Daun pisang secukupnya untuk membungkus - di layur atas api

Anggaran - 8-10 biji

Cara-cara :
1.  Satukan semua bahan kecuali pisang, kacau hingga rata dan tidak berketul.
2.  Masak di atas api kecil sambil di kacau hingga kental. Angkat.
3.  Sudukan 1 sudu besar adunan ke atas daun pisang, letak hirisan pisang dan tutup dengan 1 sudu besar adunan.
4.  Bungkus kemas dan lipat tepi daun pisang ke bawah.
5.  Kukus di atas api sederhana selama 20 minit hingga masak.
6.  Sejukkan dahulu sebelum di hidang.
 Kuih Nagasari
Kuih Nagasari
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top