728x90 AdSpace

Kek Lapis Polkadot untuk Aidil Adha.. jangan lupa beli Utusan Malaysia Jumaat 3hb Oct 14.. ada step lagi :)
Sunday, December 30, 2012

Buttermilk Moist Chocolate Cake

Buttermilk Moist Chocolate Cake

Bahan-bahan
300gm tepung gandum
400gm gula perang
50gm gula kaster
100gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
2 biji telur saiz A
1 sudu teh garam
240ml buttermilk (240ml UHT whip cream + 1 sudu besar cuka makan / lemon jus, kacau hingga pekat)
240ml minyak masak
1 1/2 sudu teh esen vanilla
240ml air panas

Loyang 8" di alas dan di gris

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 150C. (Kek menggunakan suhu rendah)
2. Masukkan semua bahan di atas ke dalam mangkuk pengadun kecuali air mendidih.
3.  Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.
4. Tuangkan ke dalam loyang.  Bakar selama 1 jam di rak tengah atau sehingga kek masak sepenuhnya.
5. Cucuk kek dengan lidi.  Jika masih melekat, tambahkan masa membakar 5-10 minit lagi, cucuk dengan lidi jika keluar bersih boleh lah di keluarkan dari oven.
6. Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias mengikut suka.

** Kek lebih sedap jika di biar semalaman suhu bilik.  Boleh di hias dengan coklat ganache jika suka atau di makan begitu saja.

 Buttermilk Moist Chocolate Cake with strawberry - aummmm..
Buttermilk Moist Chocolate Cake
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top