ffff728x90 AdSpace

Terkini

Friday, November 16, 2012

Moist Chocolate Cake


Moist Chocolate Cake

Bahan-bahan
280 gm tepung gandum
1 sudu kecil soda bicabonate
1 sudu kecil baking powder
250gm mentega  / minyak masak
300gm gula kaster
250ml susu pekat manis
1 tsp esen vanila
6 biji telur B
2 sudu kecil cuka makan

Pes Koko
100gm sebuk koko
60gm gula kaster
250ml air panas
(Satukan semua bahan dan kacau menjadi pes koko)

Cara-cara
1.  Ayak tepung, soda bicabonate dan baking powder.
2.  Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji, putar rata.  Masukkann susu pekat, esen vanila dan cuka makan.  Putar hingga sebati.
3.  Masukkan tepung berselang-seli dengan pes koko, gaul hingga rata.
4.  Tuang ke dalam loyang 9" yang telah digris dan bakar pada suhu 160C selama 1 jam atau bila di cucuk tidak melekat pada lidi.

Topping Coklat Ganache
300gm whipping cream
500gm coklat masakan di potong kecil2
1/2 sudu besar mentega
2 sudu besar madu/ sirap glukos

Cara-cara
Panaskan whipping cream secara double boiler hingga berbuih di tepi periuk.  Tutup api, masukkan coklat masakan dan mentega, kacau hingga coklat larut.  Sejukkan sedikit dan tuang ke atas kek coklat yang di letakkan di atas redai.  Ratakan coklat dengan mengoyang kiri dan kanan sehingga coklat merata ke seluruh kek.

Bakinya coklat tadi di simpan di dalam peti sejuk sekurangnya 5 jam atau semalaman untuk membuat border atau hiasan.
Moist Chocolate Cake
Moist Chocolate Cake
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top