ffff728x90 AdSpace

Hi :D
Assalamualaikum, Hi! :D. sekiranya anda mengalami sedikit ganguan semasa mengunakan blog ini, jangan risau Ya, blog sedang diperbahurui
Saturday, July 21, 2012

Hokkaido Chiffon Cupcakes


Hokkaido Chiffon Cupcakes
Recipe by Cornercafe
Translate

Bahan A
55gm tepung kek
20gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder
4 biji kuning telur
30gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila **
40ml susu segar
40ml minyak canola / minyak jagung 

Bahan B
4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80gm gula caster

Filing Kastard - rujuk instruction pada pack
100gm instant kastard
700ml susu segar sejuk
(Masukkan ke dalam piping bag)

Cawan cupcake secukupnya

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170C.
2.  Bahan A :  Ayak tepung dan baking powder.  Ketepikan.
3.  Pukul kuning telur dan gula dengan hand whisk, masukkan esen vanila, susu dan minyak jagung.  Pukul hingga rata.  Masukkan tepung dan gaul hingga rata.
4.  Bahan B :  Pukul putih telur dan garam hingga berbuih, masukkan gula dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga kental dan bertanduk.
5.  Kaup balik adunan putih telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung hingga bergaul rata.
6.  Masukkan 1/3 adunan ke dalam cawan kertas dan hentakkan sedikit untuk mengeluarkan gelembung udara.

7.  Bakar selama 25minit - 30minit hingga masak.  Keluarkan dari oven dan hentakkan sedikit cawan cupcake.
8.  Sejukkan dahulu sebelum di pipe dengan filling kastard.  Tabur dengan gula aising jika suka.

** Tahan 2-3 hari dalam bekas tertutup di dalam peti sejuk.

Hokkaido Chiffon Vanila

Hokkaido Chiffon Cupcake Pandan
gantikan esen vanila dengan :
2 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau
gantikan 20gm tepung kastard dengan tepung gandum
Hokkaido Chiffon Cupcake Strawberry
gantikan esen vanila dengan :
2 sudu teh strawberry emulco
1 sudu teh pewarna pink / merah
gantikan 20gm tepung kastard dengan tepung gandum
Hokkaido Chiffon Cupcake Coklat
gantikan esen vanila dengan :
1 sudu besar coklat emulco
gantikan 20gm tepung kastard dengan serbuk koko yang diayak
Hokkaido Chiffon Cupcake menggunakan basic Chiffon cake,  sungguh lembut seperti kapas dan sangat enak dengan isian filling custard.
Hokkaido Chiffon Cupcakes
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top