728x90 AdSpace

Minggu yang sibukk.. rasa mcm nk fensan :(
Wednesday, May 2, 2012

Puding Marble Pelangi


Puding Marble Pelangi

Bahan-bahan
25gm serbuk agar-agar
1350ml air
450gm gula
1/2 sudu besar mentega
5 biji telur
1 tin susu sejat ideal
2 sudu besar penuh tepung kastard
2 sudu kecil esen vanila
Pewarna pink, asal dan biru atau yang di sukai
Daun pandan

Loyang 9" atau 10" - dibasahkan terlebih dahulu

Cara-cara
1. Masak agar-agar bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Tutup api, keluarkan daun pandan.
2. Satukan susu sejat dan tepung kastard, kacau hingga tidak bergentel. Masukkan ke dalam blender bersama telur. Kisar sekejap, kemudian tapis.
3. Masukkan ke dalam agar-agar yang dimasak tadi, buka api dan masak sekejap. Kacau hingga rata. Tutup api dan masukkan mentega kacau hingga mentega larut. Angkat dan bahagikan kepada 3 bahagian.
4. Bahagian pertama warna asal, kedua biru dan ketiga pink.
5. Ambil satu senduk warna asal, tuang ke dalam loyang, di ikuti satu sendok warna biru dan pink.  Ulangi berselang seli warna hingga habis.
6. Apabila menuang adunan, pastikan tuangan rendah hampir kepada lapisan sebelumnya kerana apabila adunan semakin menebal di dalam loyang, coraknya akan bercampur. Tuangan tinggi akan merosakkan corak marble tadi.
Puding Marble Pelangi
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top