728x90 AdSpace

^.^
Tuesday, May 1, 2012

Agar-agar Lapis Gula Merah / Gula Melaka

 Agar-agar Lapis Gula Merah / Gula Melaka

Bahan A (Agar Jernih)
25gm serbuk agar-agar
1500ml air
300gm gula merah / gula melaka
50gm gula pasir
1 helai daun pandan

Bahan B (Agar Santan)
25gm serbuk agar-agar
1500ml air
250gm gula
100gm serbuk santan (2 pkt 50gm)
1 helai daun pandan

Loyang 10" (basahkan dahulu)

Cara-cara :
1.  Satukan bahan A dan masak hingga mendidih.  Keluarkan daun pandan, Tapis, kacau biar suam sedikit.
2.  Satukan bahan B dan masak hingga mendidih.  Keluarkan daun pandan, kacau biar suam sedikit.
3.  Tuang 350ml agar-agar santan ke dalam loyang dan biar hingga hampir beku.
4.  Kemudian tuang 350ml agar-agar gula merah dan tuang ke atas agar-agar santan tadi.
5.  Ulangi lapisan santan dan gula merah berselang seli hingga habis.

*** Sentiasa panaskan agar-agar setiap kali hendak menuangkannya supaya lapisannya tidak terpisah.  cakar sedikit permukaan agar-agar sekiranya telah beku sebelum menuangkan lapisan agar yang seterusnya.
Agar-agar Lapis Gula Merah / Gula Melaka
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top