728x90 AdSpace

^.^
Sunday, March 25, 2012

Kek Lapis Teh Hijau / Greentea Layer Cake


Kek Lapis Teh Hijau / Greentea Layer Cake

Bahan A
350gm mentega
120gm gula kastor
15 biji kuning telur
4 sudu makan susu pekat manis
3 sudu makan kaya
1 sudu teh esen vanila

Bahan B
120gm gula kastor
5 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk krim tartar

Bahan C
180gm tepung Hong Kong
30gm susu tepung
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan D
2 sudu makan serbuk teh hijau + 2 sudu besar air panas (Larutkan)
beberapa titis pewarna hijau

Bahan Sapuan (3 sudu makan majerin cair)

Panaskan ketuhar pada suhu 180c selama 15 minit. Sediakan tin pembakar 8in x 8in (loose base tin) - di alas dan di gris

Cara-cara :
1. Bahan A : Satukan mentega, gula kastor, susu pekat manis dan esen vanila dalam mangkuk adunan. Pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 minit hingga putih dan berkrim.  Masukkan kaya, pukul hingga rata.
2.  Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi hingga sebati.  Pindahkan ke dalam mangkuk yang besar.
3. Di dalam bekas lain, pukul Bahan B hingga kembang dan bertanduk.  Ketepikan.
4. Masukkan Bahan C dan kaupbalik hingga rata diikuti bahan B, kaupbalik hingga rata.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.  Satu warna asal dan satu bahagian lagi di campur dengan bahan D, gaul hingga sebati.
6.  Ambil 5 sudu besar adunan hijau, ratakan di dalam loyang.  Bakar dengan api atas dan bawah selama 8 minit atau hingga permukaan keperangan.  Tekan dengan penekan kek, sapu dengan mentega cair dan cucuk permukaannya dengan garpu.
7.  Untuk lapisan kedua, ambil adunan hijau, ratakan dan bakar dengan api atas saja hingga keperangan.  Ulangi sehingga lapisan ketiga. (3 lapisan hijau).
8.  Kemudian ambil 5 sudu besar lapisan asal dan ulangi melapis sehingga 3 lapisan.
9.  Ulangi langkah 7 dan 8 dengan berselang warna sehingga habis.
10. Tutup permukaan loyang dengan kertas aluminium dan bakar semula dengan api atas dan bawah selama 15 minit.
Kek Lapis Teh Hijau / Greentea Layer Cake
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top