728x90 AdSpace

^.^
Saturday, February 4, 2012

Kek Kukus Coklat Mocha Putih Telur

Kek Kukus Coklat Mocha Putih Telur

Bahan A
525ml  putih telur
400gm gula pasir
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder

Bahan B
250gm tepung gandum
50gm santan serbuk

Bahan C
100ml santan pekat (KARA)
1 sudu teh esen vanila / coffee
90gm mentega cair
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan D
1 sudu besar coklat emulco
1/2 sudu besar mocca emulco

Loyang 8 atau 9 in (di alas dan di gris)

Cara-cara :
1.  Bahan A :  Putar putih telur dengan speed sederhana hingga berbuih.  Masukkan gula, garam,ovalette dan baking powder, putar dengan kelajuan tinggi hingga menjadi putih dan kental.
2.  Masukkan bahan B, kaup balik hingga rata.  Kemudian masukkan bahan C, kaup balik hingga rata.
3.  Bahagikan kepada 3 mangkuk yang sama banyak.  Satu bahagian coklat, satu bahagian mocca dan satu lagi adunan asal.
4.  Panaskan pengukus dahulu.  Tuang adunan coklat dan kukus selama 10 minit.  Tuang adunan mocca kukus selama 10 minit dan akhir sekali tuang adunan asal, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit hingga masak.

*** Putar adunan putih telur dalam mangkuk pengadun yang besar.
*** Sentiasa lap tutup pengukus untuk mengelak air menitis.
Kek Kukus Coklat Mocha Putih Telur
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top