ffff728x90 AdSpace

Assalamualaikum, Hi! Apa khabar, terima kasih kerana sudi singgah :) kakwan sibuk sikit ber experiment di dapur
Tuesday, February 7, 2012

Biskut Florentine / Florentine Cookies


Biskut Florentine / Florentine Cookies

Bahan Dasar
180gm mentega
50gm gula kaster
1 biji telur C
1 sudu teh esen vanila
270gm tepung gandum
30gm susu tepung

Bahan Filing
70gm mentega
60gm gula pasir
2 sudu besar madu
100gm hirisan badam (di panggang)
100gm buah kering campuran (kulit limau, ceri merah dan hijau, kismis) - cuci dan toskan

Loyang shortbread 10 x 10 - di alas dan di gris

Cara-cara :
1.  Dasar :  Pukul mentega dan gula hingga berkrim, masukkan telur dan esen vanila.  Pukul hingga rata.  Masukkan tepung dan uli hingga sebati dan tidak melekat di jari.
2.  Canai dan tekan padat ke dalam acuan shortbread.  Tekan dengan cutter.  Simpan selama 20 minit di dalam peti sejuk.
3.  Panaskan oven pada suhu 150C dan bakar di rak tengah selama 25 minit atau hingga masak.
4.  Sejukkan dahulu dan keluarkan cutter.
5.  Filling :  Cairkan mentega dan gula pasir.  Masukkan madu, buah kering campuran dan hirisan badam.  Gaul hingga sebati.
6. Tuang dan ratakan ke atas dasar biskut.  Bakar dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 20 minit.

7.  Angkat, sejukkan dahulu dan potong menggunakan pisau tajam mengikut cetakan cutter.

Biskut Florentine / Florentine Cookies
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top