728x90 AdSpace

Minggu yang sibukk.. rasa mcm nk fensan :(
Wednesday, January 4, 2012

Kek Lapis Domino / Kek Lapis Dam


Kek Lapis Domino / Kek Lapis Dam
Adapted from Kek Lapis Surabaya :  Ny Liem
Kek Lapis Surabaya 3 Rasa

Lapisan Coklat
10 biji kuning telur
6 biji putih telur
160gm gula kaster
60gm tepung Hong Kong / Superfine
30gm serbuk koko
20gm susu tepung
200gm mentega cair
2 sudu teh coklat emulco
2 sudu teh ovalette
1/4 sudu teh krim of tartar

2 Loyang 8" di alas kertas minyak dan di gris. 

Cara-cara :
1. Lapisan Coklat : Pukul putih telur dan krim of tartar hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
2. Satukan kuning telur, coklat emulco, gula dan ovalette, pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan berkrim.
3.  Ayak bersama tepung, serbuk koko dan susu tepung.   Kemudian masukkan sedikit demi sedikit berselang seli dengan mentega cair sambil di putar perlahan hingga rata.
4. Masukkan putih telur yang telah dipukul tadi, kaup balikkan hingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (+-480gm setiap satu).  Tuang ke dalam 2 loyang berasingan dan bakar selama 15 minit di rak tengah pada suhu 170C sehingga masak.
6.  Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai.

Lapisan Vanila dan Mocca 
10 biji kuning telur
6 biji putih telur
160gm gula kaster
70gm Hong Kong / Superfine
30gm susu tepung
200gm mentega cair
2 sudu kecil ovalette
1/4 sudu teh krim of tartar
2 sudu kecil esen vanila
1 sudu teh mocca emulco

2 Loyang 8" di alas kertas minyak dan di gris.
Jem secukupnya sebagai pelekat

Cara-cara :
1. Lapisan Vanila dan Mocca : Pukul putih telur dan krim of tartar hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
2. Satukan kuning telur, esen vanila, gula dan ovalette, pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan berkrim.
3. Ayak bersama tepung dan susu tepung.   Kemudian masukkan sedikit demi sedikit berselang seli dengan mentega cair sambil di putar perlahan hingga rata.
4. Masukkan putih telur yang telah dipukul tadi, kaup balikkan hingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (+-480gm setiap satu).  Satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi di campur dengan mocca emulco.
6.  Tuang ke dalam 2 loyang berasingan dan bakar selama 15 minit di rak tengah pada suhu 170C sehingga masak.
7.  Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai.
8.  Lapisan Domino :  Cantum lapisan mocca dan lapisan vanila dengan jem.  Potong dan rapikan tepinya.
9.  Kemudian potong dua di bahagian tengah baru di potong kepada 8 bahagian yang sama besar seperti dalam gambar.  Susun berselang warna seperti domino dan lekatkan dengan jem.  (Selingan bahagian coklat di terbalikkan ke atas)
10. Untuk mencantumkan kek, ambil sekeping lapisan kek coklat, sapu jem pada permukaanya. Kemudian letakkan lapisan domino di atasnya. Sapu rata dengan jem dan  letakkan sekeping lagi lapisan kek coklat di atasnya.
11.  Hias mengikut kreativiti.

Kek Lapis Domino / Kek Lapis Dam
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top