BloggerBloggerRecommend and Send to your Friends

Resipi terkini dan yang dikemaskini

/

Donut Kentang

Donut Kentang

Bahan-bahan
400gm tepung gandum
11gm ragi instant
200gm ubi kentang
2 sudu besar susu pekat manis
100gm gula halus
75gm mentega
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
120ml air

Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas. Sejukkan.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata.  Masukkan kentang lenyek dan bahan-bahan lain kecuali air.  Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3.  Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit tepung.  Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang
5.  Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6.  Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.

MENU : ,

Print Friendly and PDF


Klik untuk tempahan



Design N Coding by
Brand by citarasawan
For business query, submit your request here


Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License.

Pageview

On top