Tempah Iklan

/

Cakue / Chinese Cruller / You Tiao

Post this recipes


Cakue / Chinese Cruller / You Tiao

Bahan A
250ml air
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikabonat
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk ammonia

Bahan B
400gm tepung serbaguna (all purpose)
1 sudu besar susu pekat manis

Cara-cara :
1.  Satukan bahan A dan larutkan.  Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan lekit di tangan.  Tutup dengan plastik dan rehatkan selama 30 minit.
2.  Tumbuk adunan, kemudian tarik adunan dari bahagian tepi ke tengah seperti lipatan empat penjuru.  Terbalikkan adunan dan ulang proses menguli tadi sebanyak 3 kali.


3.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, kemudian bungkus dengan plastik yang di leser dengan minyak / shortening.  Rehatkan selama 5 jam.


4.  Canai kedua adunan tadi setebal 1 cm di atas papan canai yang di tabur tepung dan potong kepada 20 kepingan dengan 1/2 in lebar.  Ambil 2 kepingan dan tindihkan, kemudian tekan dengan lidi satay yang di celup air di tengahnya.
5.  Panaskan minyak, ambil kepingan tadi dan tarik kedua hujungnya 7-8 inci panjang (bergantung pada saiz kuali) .  Masukkan ke dalam kuali, bila mengembang balik-balikan dan goreng hingga keperangan.


6.  Hidang bersama sos.
7.  Cakue ini antara bahan dalam membuat Chinese Rojak.

Sos
3 ulas bawang putih
4 tangkai cili merah
5 sudu besar gula pasir
1 sudu teh garam
200ml air
2 sudu besar cuka
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kacang tanah tumbuk
1 sudu kecil tepung jagung + 3 sudu kecil air (larutkan)

Cara-cara :
Kisar cili, bawang putih dan air hingga halus.  Masukkan ke dalam periuk bersama gula, garam, cuka dan sos cili, masak hingga mendidih. Masukkan larutan tepung jagung, kacau rata dan akhir sekali masukkan kacang tanah.  Hidang bersama cakue

*** Resipi Cakue yang menggunakan ammonia lebih garing dan tidak serap minyak berbanding resipi yang menggunakan yis.  Sesuai untuk hidangan dalam rojak.

MENU : , ,




Sertai GengMasak dan kongsi resepi, petua dan blog anda!

Design N Coding by
Brand by citarasawan
Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen CCA 3.0
On top