kongsi resepi | sukatan bahan/conversion Write something :)

Archive for December 2011

/

Talam Keladi Berlauk

Post this recipes


Talam Keladi Berlauk
Recipes by : Puan Norzailina Nordin

Bahan-bahan
200 gm keladi – dikiub
175 gm tepung beras
40 g tepung jagung
20 gm tepung gandum
1 liter santan (dari 1 biji kelapa)
1 sudu teh garam

Bahan Lauk
2 sudu besar minyak masak
200 gm udang – dikupas, dicincang
10 gm udang kering – direndam, ditumbuk
4 ulas bawang merah – dijadikan bawang goreng
3 tangkai daun sup }
3 tangkai daun bawang }
2 tangkai cili merah }
Garam secukup rasa

Bahan Sos Cili
4 biji cili merah
1 sudu besar pes cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar gula
2 sudu besar jus limau nipis /1/2 sudu besar cuka
1 sudu besar sos Hoisin
1/2 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh tepung jagung + 80 ml air } Larutkan
Garam secukup rasa

Bahan Sos Kicap
2 sudu besar taucu
250 ml air
50 gm gula pasir
4 sudu teh tepung jagung + 60 ml air } Larutkan
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat

Cara membuat :
1. Untuk lauk. Panaskan minyak, goreng udang segar sehingga berubah warnanya.  Masukkan udang kering, kacau sehingga harum. Angkat.
3. Gaulkan dengan bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili dan garam.
4. Sementara itu, kukus keladi sehingga empuk. Ketepikan.
5. Satukan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, santan dan garam.
6. Kacau atas api perlahan sehingga naik wap. Angkat dan campurkan dengan keladi dan separuh bahan lauk.
7. Tuangkan ke dalam loyang 25 cm yang dilenser minyak.
8. Kukus sehingga 3/4 masak. Taburkan baki bahan lauk di atasnya.
9. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus lagi selama 25 minit atau sehingga masak. Biar sejuk sebelum dipotong.


10. Sos Cili : Kisar semua bahan dan kacau di atas api perlahan sehingga pekat.
11. Sos Kicap : Kisar taucu dan air sehingga hancur. Campurkan dengan bahan lain. Kacau atas api perlahan sehingga pekat.

MENU : ,


/

Sup Lobak Putih / White Radish Soup

Post this recipes

Sup Lobak Putih / White Radish Soup

Bahan-bahan
1 batang lobak putih (kecil)
1 batang lobak merah (kecil)
1 batang leek
1 tangkai daun bawang
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit minyak untuk menumis
1 sudu teh pati ayam
3 cawan air
secubit garam dan lada putih

Cara-cara :
1.  Kupas dan potong bulat lobak putih dan lobak merah. 
2.  Potong leeks dan daun bawang ikut suka.
3.  Tumis bawang merah dan bawang putih yang di hiris hingga naik bau.
4.  Buang minyak menumis, masukkan air dan pati ayam, masak biar mendidih.  Masukkan potongan lobak putih dan lobak merah, biarkan mereneh sekejap.
5.  Akhir sekali masukkan leeks.  Perasakan dengan sedikit garam dan lada putih.
6.  Masukkan ke dalam mangkuk, tabur dengan daun bawang, bawang goreng dan daun sup jika suka.

*** Sup ini sangat berkhasiat untuk wanita dalam pantang.

MENU : ,


/

Kuih Keria / Malaysian Sweet Potato Donut

Post this recipes


Kuih Keria / Malaysian Sweet Potato Donut

Bahan-bahan
250gm ubi keledek putih / oren
1 sudu besar tepung ubi / tepung pulut
80gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
80gm gula pasir + 3 sudu besar air

Cara-cara :
1. Rebus ubi keledek hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas. Ketepikan.
2. Masukkan garam, tepung gandum dan tepung ubi, uli hingga tidak melekat ditangan.
3. Timbang doh seberat 40gm dan buat bentuk bulat seperti donat. Buat lubang ditengahnya.


4. Goreng didalam minyak terendam diatas api sederhana panas.
5. Untuk salutan gula, masak air dan gula hingga nampak pekat, masukkan kuih tadi dan gaul rata.
6. Kacau hingga gula nampak bertali, tutup api dan kacau sehingga gula mengering dan menyaluti kuih.
7. Jika menggunakan keledek oren tambahkan sukatan gandum kerana ubi jenis ini sangat lembut.


MENU : ,


/

Kuih Sagu / Sagu Bronok

Post this recipes


Kuih Sagu / Sagu Bronok

Bahan-bahan
1 cawan sagu halus
2 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu besar sirap rose
2 helai daun pandan - di simpul
1/2 cawan kelapa parut + sedikit garam (kukus sebentar)

Cara-cara :
1.  Siram sagu dengan air dan toskan.
2.  Masak air hingga mendidih, masukkan sagu kacau supaya tidak berketul.
3.  Kacau hingga sagu separuh masak.  Masukkan daun pandan, gula dan pewarna, kacau hingga sagu menjadi likat.   Keluarkan daun pandan.
4.  Masukkan ke dalam acuan / loyang yang di basahkan terlebih dahulu.  Kukus selama 10 minit sehingga sagu menjadi jernih.
5.  Sejukkan dahulu di dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih supaya senang di potong.
6.  Potong dan gaulkan dengan kelapa parut.

 *** Sagu boleh dimasak terus dari dapur tanpa mengukusnya.  Kacau hingga semua sagu menjadi jernih.
*** Gula di masukkan kemudian supaya sagu senang masak.
*** Loyang di basahkan untuk mudah dikeluarkan.

MENU : ,


/

Espresso Marble Cheese Brownies

Post this recipes


Espresso Marble Cheese Brownies

Bahan-bahan
200gm coklat masakan - potong kecil
120gm mentega tawar
250gm gula kaster
4 biji telur - kocok ringan
2 sudu teh espresso emulco atau (2 sudu teh nescafe + 2 sudu teh air panas, larutkan)
70gm tepung gandum
60gm serbuk koko
20gm coffee mate

Adunan Cheese
125gm krim cheese - suhu bilik
100gm mentega
2 biji telur
2 sudu besar tepung gandum

Loyang 10 x 10" di alas dan di gris

Cara-cara :
1.  Cairkan coklat masakan secara double boiler.  Ketepikan.
2.  Cairkan mentega di dalam periuk, masukkan serbuk koko, gaul rata.  Angkat.
3.  Masukkan gula kacau rata di ikuti telur, espresso emulco, tepung dan coffeemate yang di ayak. Masukkan coklat cair, kaup balikkan hingga sebati.
4.  Tuang ke dalam loyang, ratakan dan ketepikan.
5.  Sediakan adunan cheese :  Pukul cheese dan mentega hingga lembut dan tidak berketul.  Masukkan tepung dan telur satu persatu dan putar hingga sebati. 
6.  Sudukan / tompokkan adunan cheese ke atas adunan brownies dan lorek menggunakan lidi untuk membuat corak marble.
7.  Bakar di dalam oven yang di panaskan terlebih dahulu pada suhu 150C selama 1 jam (bergantung pada oven)
8.  Cucuk dengan lidi jika adunan tidak melekat bolehlah di keluarkan dari oven.
9.  Lebih enak jika brownies di biar semalaman.

MENU : ,


/

Chewy Gooey Brownies

Post this recipes


Chewy Gooey Brownies

Bahan-bahan
300gm mentega
80gm serbuk koko
300gm chocolate masakan - potong kecil
6 biji telur - kocok ringan
350gm gula perang
2 sudu kecil esen vanila
100gm tepung gandum
1 cawan kekacang (ikut suka, almond, macadamia, hazelnut, walnut) - di panggang dan gaul dengan sedikit tepung

Loyang 10 x 10" di alas dan di gris

Cara-cara :
1.  Cairkan coklat masakan secara double boiler.  Ketepikan.
2.  Cairkan mentega di dalam periuk, masukkan serbuk koko, gaul rata.  Angkat dan masukkan gula perang, gaul rata.
3.  Masukkan telur, tepung yang di ayak dan chocolate cair, kaup balikkan hingga bergaul rata.  Masukkan kekacang.  Gaul rata.
4.  Tuang ke dalam loyang, ratakan.
5.  Bakar pada suhu 150C selama 1 jam (bergantung pada oven)
6.  Sejukkan dahulu sebelum di potong.

MENU : ,


/

Chocolate Fudge Brownies

Post this recipes


Chocolate Fudge Brownies

Bahan-bahan
310gm mentega
160gm serbuk koko
400gm gula kaster
2 sudu kecil esen vanila
5 biji telur - di kocok ringan
200gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 cawan chocolate chips (gaul dengan sedikit tepung)
Hirisan badam secukupnya untuk hiasan

Loyang 10 x 10" di alas dan di gris

Cara-cara :
1.  Cairkan mentega di dalam periuk, masukkan serbuk koko dan gaul rata.
2.  Masukkan gula, esen vanila dan telur, gaul sebati.
3.  Masukkan tepung yang di ayak bersama baking powder sedikit demi sedikit dan kaup balik hingga bergaul rata.  Masukkan chocolate chips, gaul rata.
4.  Tuang di dalam loyang, ratakan dan tabur dengan hirisan badam.
5.  Bakar di dalam oven yang di panaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 30 - 40 minit.

MENU : ,


/

Butter Sugar Bun

Post this recipes


Butter Sugar Bun
Recipes by :  Alex Goh

Doh Penaik
100gm tepung roti
70ml air panas
(Satukan dan gaul hingga menjadi doh.  Tutup dengan plastik wrap, biarkan sejuk dan simpan di dalam peti sejuk semalaman sebelum di gunakan.)

Bahan-bahan
300gm tepung roti / high protein
100gm tepung all purpose
80gm gula kaster (K1 letak 100gm)
6gm garam halus
20gm susu tepung
9gm yis segera
175ml air sejuk
60gm telur sejuk (1 biji Grd A)
60gm mentega

Topping
Telur di pukul ringan
mentega - dilembutkan dulu
Gula pasir

Atau
Susu sejat, madu dan gula perang

Cara-cara :
1.  Satukan semua bahan kecuali air dan mentega di dalam mangkuk pengadun.  Masukkan starter doh, uli menggunakan paddle hingga sebati.  Masukkan air sedikit demi sedikit sambil di uli.  Masukkan mentega dan uli sehingga bergaul rata dan tidak melekat di tepi mangkuk.  Uli sehingga mendapat doh yang elastik.
2.  Keluarkan doh dan bulatkan.  Tutup dengan bekas / plastik dan rehatkan selama 40 minit sehingga mengembang 2 kali ganda.
3.  Kempiskan adunan kemudian timbang doh seberat 80gm setiap satu.  Bulatkan kembali dan biarkan selama 10 minit.
4.  Canai doh dan bentukkan bulat atau bujur, letakkan di dalam loyang yang telah di gris dan biarkan selama 45 minit sehingga mengembang.
4.  Sapu telur di atas permukaannya, kemudian cucuk dengan hujung jari untuk membuat lubang-lubang kecil. Pipe mentega lembut ke dalam lubang tadi dan tabur atasnya dengan gula pasir.
5.  Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 15-20 minit.


*** K1 menggunakan madu dan gula perang.

MENU : ,


/

Pau Mawar Keledek / Sweet Potato Rose Pau

Post this recipes


Pau Mawar Keledek / Sweet Potato Rose Pau

Bahan-bahan
250gm tepung pau
1 1/2 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh baking powder
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula kaster
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar shortening
150gm ubi keledek unggu (rebus dan lecek ketika masih panas)
150ml air

Inti
150gm keledek unggu lecek
2 sudu besar gula kaster
2 sudu besar air

Cara-cara :
1.  Inti :  Masak gula dan air hingga larut, masukkan keledek lecek dan kacau hingga rata.  Sejukkan dan gentel bulat-bulat.
2.  Doh Pau :  Kisar ubi keledek, garam dan air hingga halus.  Ketepikan.
3.  Satukan tepung, susu tepung, yis, baking powder dan gula di dalam mangkuk pengadun.  Masukkan keledek kisar dan uli hingga bergaul rata.  Masukkan shortening dan uli dengan paddle/tangan hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
4.  Timbang doh seberat 50gm setiap satu.
5. Canai doh bulat dia 10cm.  Masukkan inti di tengahnya.  Kemudian potong tepinya kepada 6 penjuru.

7.  Lipat seperti dalam gambar, biarkan bahagian intinya sedikit terbuka, kemudian lipat bahagian arah berlawanan menutup bahagian tengah inti.

8.  Seterusnya lipat membentuk kelopak mawar pada arah berlawanan seperti dalam gambar, sembunyikan bahagian hujung tepinya di bahagian bawah.  Letak pau di atas sekeping kertas atau plastik.
9.  Rehatkan selama 30 minit dengan menutupnya dengan bekas atau kain lembab.  Biarkan mengembang.
10.  Panaskan pengukus dan kukus selama 15 minit dengan api sederhana hingga masak.

MENU : ,


/

Kuih Lapis Keledek Unggu

Post this recipes


Kuih Lapis Keledek Unggu

Bahan-bahan
250gm tepung beras
70gm tepung ubi kayu
250gm gula pasir
450ml santan pekat
450ml air
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan
200gm keledek unggu - rebus, lenyek ketika masih panas
pewarna unggu

Loyang 8 x 8" digris dengan minyak masak

Cara-cara :
1.  Satukan tepung beras dan tepung ubi di dalam mangkuk besar.  Ketepikan.
2.  Masak santan, daun pandan, air, garam dan gula hingga mendidih.  Keluarkan daun pandan.  Tuang ke dalam mangkuk berisi tepung, kacau dengan cepat hingga sebati.  Ambil 300ml adunan, masukkan keledek lecek dan kisar di dalam blender hingga halus.
3.  Satukan semula dengan adunan tadi, kacau rata dan tapis.
4.  Bahagikan kepada 3 bahagian (+-450ml),  satu bahagian warna asal, unggu muda dan unggu tua.
5.  Panaskan pengukus, masukkan loyang dan tuang 150ml setiap satu adunan warna asal dan kukus selama 4 minit.  Buat hingga habis.
6.  Ulangi langkah 5 untuk lapisan unggu muda hingga habis dan seterusnya dengan lapisan unggu tua.
7.  Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit.
8.  Potong kuih setelah betul-betul sejuk.

 *** Tuang adunan ke dalam loyang tanpa mengangkatnya dari pengukus.

MENU : ,


/

Tiramisu Roll Cake

Post this recipes


Tiramisu Roll Cake

Bahan A
3 biji kuning telur
75gm gula kaster
50ml air
50ml minyak jagung / minyak masak
60gm tepung gandum
20gm susu tepung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh coffee emulco
2 keping biskut lady finger

Bahan B
3 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1/8 sudu teh cream of tartar

Bahan C
1 sudu teh serbuk kopi segera / nescafe
2 sudu teh air panas
(Larutkan)

Filing Krim Keju
125gm mascarpone cheese / cream cheese (suhu bilik)
30gm gula kaster
120ml thickened cream / double cream (pukul hingga kental)

Loyang 10 x 10" (di alas dan di gris)

Cara-cara :
1.  Ayak tepung dan susu tepung.  Ketepikan.
2.  Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk.  Ketepikan.
3.  Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung.  Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.  Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.
4.  Bahagikan kepada 2 bahagian.  Satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coffee emulco.  Masukkan ke dalam piping bag dan picit berselang warna.  Hentakkan sedikit loyang untuk mengeluarkan gelembung udara.


5.  Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 10-15 minit.
6.  Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai selama 10 minit.
7.  Sediakan sekeping kertas minyak yang lebih besar dari kek.  Terbalikkan kek.  Keluarkan kertas alasnya.
8.  Sapu krim cheese di permukaan hingga rata dan susun dengan 2 atau 4 kepingan biskut lady finger.  Celup atau sudukan larutan kopi di atas biskut hingga menyerap. kemudian gulung dengan mengerakkan kertas ke depan seperti mengulung sushi.


9.  Bungkus dengan ketat dan simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam atau lebih.
10.  Tabur atasnya dengan serbuk coklat/koko jika suka.


11.  Filing Krim Keju :  Putar krim keju dan gula hingga lembut dan licin.  Kaup balikkan dengan cream yang dipukul.  Simpan sekejap di dalam peti sejuk sebelum di sapu ke permukaan kek.

MENU : ,


/

Puding Sagu Gula Melaka

Post this recipes


Puding Sagu Gula Melaka

Bahan Sagu
150gm biji sagu
1.5 liter air
sedikit pewarna merah

Santan
100ml santan KARA/santan kotak
100ml air
1 sudu teh tepung beras
1/4 sudu teh garam

Sirap
150gm gula melaka
50ml air
1 helai daun pandan

Cara-cara :
1.  Siram sagu dengan air, toskan.  Masak dalam air mendidih hingga sagu jernih, kacau supaya sagu tidak berketul.  Biarkan dengan periuk tertutup selama 10 minit sebelum di angkat.
2.  Siram Sagu dengan air mengalir hingga kanjinya hilang.  Toskan.
3.  Sudukan ke dalam acuan kecil/gelas dan simpan di dalam peti sejuk.
4.  Satukan bahan santan, masak hingga agak pekat.  Ketepikan
3.  Satukan bahan sirap, masak hingga mendidih.  Angkat dan sejukkan.
4.  Keluarkan sagu dari acuan dan hidang bersama santan dan sirap gula melaka.  Hias dengan hirisan mangga/nangka jika suka.

MENU : ,


/

Tart Telur / Egg Tart

Post this recipes

Tart Telur / Egg Tart

Kulit Tart
250gm tepung superfine / rose
120gm mentega
40gm gula kaster
1 biji kuning telur

Kastard
250ml susu cair / sejat
2 biji telur
60gm gula kaster
1 sudu teh tepung kastard
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning telur

Cara-cara :
1.  Kulit Tart :  Pukul mentega dan gula hingga sebati dengan senduk kayu.  Masukkan telur, gaul rata.
2.  Masukkan tepung dan uli menjadi doh yang lembut.
3.  Tekan sedikit doh ke dalam acuan tart, trim bahagian atasnya dan cucuk sedikit dasarnya dengan garpu.
4.  Bakar separuh masak di dalam oven yang di panaskan dahulu selama 8-10 minit pada suhu 160C.
5.  Kastard :  Satukan semua bahan, whisk hingga rata dan tapis.  Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga berbuih di tepi periuk, sentiasa mengacau supaya tidak berketul.
6.  Masukkan ke dalam jug kecil dan tuang ke dalam kulit tart.
7.  Bakar semula selama 20-25 minit pada suhu 150C hingga masak. 

MENU : ,


/

Puding Tiramisu

Post this recipes


Puding Tiramisu

Bahan-bahan
12 keping biskut lady fingers
10gm serbuk agar-agar
600ml susu cair
80gm gula pasir
1 biji kuning telur - di pukul ringan
2 sudu teh kopi segera / nescafe + 1 sudu kecil gula (larutkan dengan 50ml air panas)
Gelas atau bekas kecil

Hiasan : Whip cream, serpihan coklat dan serbuk koko

Cara-cara :
1.  Susun biskut lady finger di dalam gelas.  Tuangkan sedikit larutan kopi dengan sudu di atas biskut hingga menyerap.  Ketepikan.
2.  Masak susu, gula dan serbuk agar-agar hingga mendidih.  Ambil 1/2 bahagian agar-agar dan campurkan dengan lebihan larutan kopi, kacau hingga rata.  Tuang agar-agar kopi perlahan ke atas biskut dan biarkan separuh beku.
3.  Masukkan kuning telur ke dalam 1/2 lagi bahagian agar-agar, kacau rata dan masak hingga mendidih.
4.  Tuang agar-agar telur ke atas lapisan agar-agar kopi tadi.  Biarkan beku di dalam peti sejuk.
5.  Untuk menghidang, ayak sedikit serbuk koko di atasnya, picit whip cream dan hias dengan serpihan coklat.

MENU : ,


/

Banana Upside Down Cake

Post this recipes


Banana Upside Down Cake

Karamel
100gm gula pasir
6 pisang berangan ranum (di belah 2)

Adunan Kek
160gm tepung gandum
60gm tepung jagung
2 biji pisang di lecek halus
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
3 biji telur (asingkan putih telur)
50ml minyak masak / mentega cair
40ml air
1/4 sudu teh garam
140gm gula kaster
125ml susu cair

Loyang 8"

Cara-cara :
1.  Karamel  :  Masukkan gula ke dalam loyang dan cairkan hingga gula perang.  Goyangkan karamel kiri dan kanan loyang tanpa mengacaunya sehingga rata.  Biarkan sejuk.  Kemudian gris tepi loyang dengan mentega atau minyak.  Susun hirisan pisang di atasnya rapat-rapat.
2.  Adunan Kek :   Pukul putih telur dan garam hingga kental dan bertanduk.  Ketepikan.
3.  Ayak tepung gandum, tepung jagung, baking soda dan baking powder.  Ketepikan.
4.  Satukan  kuning telur, air dan minyak masak, pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan putih.  Perlahankan mixer, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu cair hingga rata dan sebati.
5.  Masukkan pisang lecek, gaul rata.  Kemudian kaup balikkan dengan adunan putih telur hingga sebati.
6.  Tuang ke dalam loyang berisi karamel dan bakar di dalam oven yang di panaskan terlebih dahulu selama 45 minit pada suhu 180C.
7.  Keluarkan kek dan terbalikkan ke atas redai.

MENU : ,


/

Pau Kacang Hijau

Post this recipes


Pau Kacang Hijau

Bahan-bahan
300gm tepung pau
1 1/2 sudu teh yis segera
1 sudu teh baking powder
35gm gula kaster
20gm susu tepung
25gm shortening
140ml air
1/4 sudu teh garam
pewarna hijau / pandan emulco

Inti Kacang
100gm kacang hijau tanpa kulit - direndam 2 jam
50gm gula kaster
1/4 sudu teh garam
100ml air / santan

Cara-cara :
1. Inti :  Kukus kacang hijau selama 25 minit sehingga kembang.  Masukkan ke dalam pengisar (food processor) bersama gula, garam dan air.  Kisar sebentar biarkan kacang sedikit kasar.  Kemudian masak sambil dikacau perlahan sehingga adunan tidak melekat di periuk.   Biarkan sejuk dan bulatkan inti.
2. Doh Pau : Satukan tepung gandum, yis, susu tepung, baking powder dan gula, gaul rata.  Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli menjadi doh yang lembut. Masukkan shortening dan garam. Uli hingga sebati dan tidak melekat di mangkuk adunan.
3.  Bahagikan kepada 2 bahagian, satu bahagian asal dan satu lagi di campur dengan pewarna hijau atau pandan emulco.  Uli adunan hijau hingga warnanya sebati.
4. Canai kedua-dua doh berasingan.  Lekatkan adunan hijau dengan sedikit air di atas adunan asal dan canai keduanya.  Kemudian gulung dan potong kepada 6-8 bahagian.  Leperkan adunan, masukkan inti kacang di tengahnya dan bulatkan.


5. Letakkan diatas kertas / daun pisang, biarkan selama 35 minit sehingga kembang.
6. Panaskan pengukus dan kukus selama 7-10 minit dengan api sederhana.

MENU : , ,


/

Pastri Puff Gulung Tuna

Post this recipes

Pastri Puff  Gulung Tuna

Bahan Choux Pastry
100gm margerin
200ml air
1/4 sudu teh garam
100gm tepung gandum
3 biji telur

Inti Tuna
1 tin kecil tuna, toskan
1/2 labu bawang besar di cincang
1 ulas bawang putih di cincang
1 batang daun bawang di potong
1 tangkai cili di cincang - jika suka
1/2 batang carrot di dadu
sedikit serbuk lada putih
garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar mayonies
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar marjerin untuk menumis

Loyang 10 x 10" di alas dan gris

Cara-cara :
1.  Air, garam dan marjerin di masak hingga mendidih.  Tutup api dan masukkan tepung gandum.  Kacau dengan cepat hingga menjadi doh.  Buka api dan masak 2-3 minit lagi.  Sejukkan.
2.  Masukkan sebiji telur dan kacau hingga sebati, masukkan telur berikutnya satu persatu dan kacau hingga menjadi adunan yang likat.  Masukkan dalam piping bag dengan nozzle sedang bentuk bulat / bintang (no. 22) dan paip memanjang dan rapat di dalam loyang.


3.  Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 25 minit di rak atas, keluarkan dari oven dan cucuk pastry yang mengelembung dengan garpu.  Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar di rak tengah selama 15 minit lagi atau hingga keperangan.
4.  Angkat dan letakkan di atas redai.  Kempiskan jika adunan mengelembung dengan tangan, biarkan suam.  Terbalikkan pastri di atas sekeping kertas minyak, keluarkan alas bawahnya dengan cermat.  Gunting  tepi pastri dan buang bahagian yang keras supaya senang mengulung.


5.  Sapu permukaan pastri dengan mayonies hingga rata, ratakan inti tuna di atasnya.  Gulung dengan padat.


6.  Boleh di makan begitu saja atau bersama sos cili.


Inti Tuna
Cara-cara :
1.  Toskan tuna dan lecekkan sedikit.  Ketepikan.
2.  Panaskan marjerin, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya.  Masukkan carrot dan cili biarkan sebentar.  Masukkan tepung gandum dan kacau hingga rata. 
3.  Masukkan 2-3 sudu besar air dan isi tuna, gaul hingga rata, perasakan dengan gula, garam dan serbuk lada sulah.  Masak inti hingga nampak pekat.  Angkat dan gaulkan dengan mayonies dan daun bawang.
4.  Sejukkan dahulu dan ratakan di atas pastri.

*** Jangan pipe doh terlalu tebal, adunan ini secukupnya untuk loyang 10".  Jangan guna nozzle yang besar.
*** Gris kertas minyak dengan shortening/minyak untuk mengelakkannya pastri melekat.

MENU : ,


/

Black Forest Swiss Roll

Post this recipes

Black Forest Swiss Roll

Bahan A
3 biji kuning telur
75gm gula kaster
50ml air
40ml minyak jagung / minyak masak
55gm tepung gandum
20gm serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco

Bahan B
3 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1/8 sudu teh cream of tartar

Bahan C
1 tin kecil dark pitted cherry, toskan airnya
200ml whip topping cream (non-diary) Putar hingga pekat
Hiasan :  Parutan coklat masakan / chocolate rice / maraschino cherry

Loyang 10 x 10" (di alas dan di gris)

Cara-cara :
1.  Ayak tepung dan serbuk koko.  Ketepikan.
2.  Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk.  Ketepikan.
3.  Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung.  Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.  Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.
4.  Tuang ke dalam loyang.  Hentakkan sedikit loyang untuk mengeluarkan gelembung udara.
5.  Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 10-15 minit.
6.  Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai selama 15 minit.
7.  Sediakan sekeping kertas minyak yang lebih besar dari kek.  Terbalikkan kek.  Keluarkan kertas alasnya.
8.  Sapu whip krim di permukaan kek dan susun dengan pitted cherry, kemudian gulung dengan mengerakkan kertas ke depan seperti mengulung sushi.


9.  Bungkus dengan ketat dan simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam atau lebih.


MENU : ,


/

Puding Limau Mandarin

Post this recipes

Puding Limau Mandarin

Bahan-bahan
1 tin limau mandarin (312gm) - Toskan, asingkan isi dan sirapnya.
150ml air
150ml sirap limau
100gm isi limau di carik kasar
60gm gula pasir
1 sudu teh serbuk agar agar

Hiasan :  Whip cream dan isi limau mandarin

Cara-cara :
1.  Toskan sirap limau mandarin, campurkan dengan air, gula dan serbuk agar-agar.
2.  Masak sehingga mendidih.  Tutup api, masukkan isi limau yang di carik kasar.
3.  Tuang ke dalam gelas / acuan kecil.  Masukkan ke dalam peti sejuk hingga beku.
4.  Hias dengan krim dan isi limau.


MENU : ,


/

Rainbow Cake

Post this recipes


Rainbow Cake
Adapted from :  Martha Stewart
Translate n convert to gm 4 my own purpose

Bahan-bahan
430gm tepung gandum all purpose
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
250gm mentega
340gm gula kaster
375ml susu segar
5 biji putih telur suhu bilik
2 sudu teh esen vanila / badam
Pewarna merah, biru, hijau, kuning, oren, unggu
serbuk koko secukupnya (K1 tambah)

400ml whip topping krim - di putar hingga kembang
(untuk disapu pada setiap lapisan dan seluruh kek)

Loyang 8" di alas dan di gris

Cara-cara :
1. Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga gebu.  Masukkan esen vanila di ikuti putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu.
3. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak (+- 260gm setiap mangkuk), letakkan pewarna yang berlainan.
5. Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 170C.  Bakar sehingga habis.


6. Angkat dan sejukkan di atas redai.  Keluarkan alas bawah kek.
7. Letak lapisan pertama di atas papan cake, sapu krim secukupnya, ayak serbuk koko di atasnya kemudian lapis dengan lapisan kedua, buat yang sama hingga habis.
8. Sapu tipis seluruh badan kek dengan krim dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurang 4 jam atau semalaman. Simpan krim selebihnya di dalam peti sejuk.
9. Keluarkan kek dan hias dengan krim selebihnya.


p/s sorry ni kek tempahan, jadi K1 x dpt nk potong..

MENU : ,


Top recipes this week

Theme Design by
Brand by citarasawan
Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen CCA 3.0
On top