Keep in touch :)
Dapatkan Update terkini menerusi Facebook dan Twitter Follow on Twitter

| Edit | | blogger | | New |
DISCLAIMER
BOLEH SALIN SEMULA, TETAPI SERTAKAN LINK/SUMBER YANG DIAMBIL SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN PENULIS DAN HASIL RESIPI BELIAU :)
Top recipes this week
-
Kek Kukus Coklat Mocha Putih Telur Bahan A 525ml putih telur 400gm gula pasir 1 sudu besar ovalette 1 sudu teh garam 1 sudu teh ba...
-
Chocolate Indulgence Cakes Chocolate Chiffon Bahan A 30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam) 4 biji kuning telur (telur diasin...
-
Biskut Florentine / Florentine Cookies Bahan Dasar 180gm mentega 50gm gula kaster 1 biji telur C 1 sudu teh esen vanila 270gm tepu...
-
Biskut Tart Nenas Buah Hantaran Bahan-bahan 250gm mentega 60 gm gula halus 1 biji kuning telur 1 tsp esen vanilla 370 gm tepung g...
-
Heart Shape Tuna Bun Bahan-bahan 200gm tepung roti (high protein) 50gm tepung all purpose 35gm gula kaster (2 sudu besar) 1/2 sudu ...
-
Kek Lapis Evergreen (versi bakar) resepi : DayangJack@DapurKu SaYang Thanks Dayang,, next i'll try another version pulaa :D Bahan-bah...
-
Cakue / Chinese Cruller / You Tiao Bahan A 250ml air 1 1/2 sudu teh baking powder 1/2 sudu teh soda bikabonat 1 sudu teh garam 1 s...
-
Garlic Roll Recipes By : Suhaina Sumber : Madiha@Dari Dapur Madihaa Sungguh sedap,, begitu saja atau bersama creamy soup,, Thanks Suhai...
-
Kuih Kaswi Bahan A 1 1/2 cawan gula merah 1/2 cawan gula pasir 1 cawan air 2 helai daun pandan, disimpul (jadikan 2 cawan air gula...
-
Nasi Himpit Kelantan Bahan-bahan 200gm beras kampung 3 liter air atau nasi himpit Nona Cara : Cuci beras 2-3 kali, Toskan. Masu...
Lain-lain menu masakan
| Masakan Kentang | Masakan Sotong | Masakan Ikan |
| Masakan Antarabangsa | Masakan Ketam | Masakan Telur |
| Masakan Ayam | Masakan Nasi | Masakan Udang |
| Masakan Daging | Masakan Sayuran | Masakan Tauhu |
Archive for November 2011
Kek Gulung Moscovis / Moscovis Rollcake
Sumber : Dewipadi@Resepbunda
Bahan A
125 gram mentega
2 sudu besar susu pekat manis
80 gram gula pasir
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh ovalette/emulsifier
12 biji kuning telur
75 gm tepung gandum / tepung hongkong
15 gm susu tepung
15 gm tepung jagung
Bahan B
3 biji putih telur
1 sudu kecil gula kaster
1/8 sudu teh cream of tartar
Bahan C
100gm buah kering campuran / dried mixed fruits
2 sudu besar hirisan badam jika suka
Jem secukupnya untuk sapuan
Loyang 10 x 10 di alas kertas minyak dan di gris
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 200C.
2. Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
3. Bahan A : Pukul mentega, ovalette dan gula hingga kembang dan berkrim. Masukkan susu pekat dan esen vanila, pukul hingga sebati. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul hingga rata.
4. Tuang ke dalam bekas dan masukkan tepung gandum, susu tepung dan tepung jagung yang di ayak. Kaup balikkan hingga sebati.
5. Kemudian kaup balikkan dengan bahan B sedikit demi sedikit hingga putih telur bergaul rata.
6. Bahagikan kepada 5 bahagian, tuang bahagian pertama ke dalam loyang, ratakan dan tabur dengan buah-buahan kering.
7. Bakar dengan api atas dan bawah selama 15 minit atau hingga permukaan kek keperangan.
8. Tuang lapisan kedua, ratakan dan tabur dengan buah-buahan kering. Bakar dengan api atas sahaja. Ulangi melapis dan bakar dengan api atas sahaja hingga semua lapisan habis.
9. Akhir sekali tutup loyang dengan aluminium foil dan bakar selama 15-20 minit dengan api atas dan bawah.
10. Angkat dan letakkan di atas redai, biarkan kek suam sedikit kemudian terbalikkan kek di atas sekeping kertas minyak. Keluarkan alas bawah kek.
11. Sapu dengan jem secukupnya, kemudian gulung dengan kemas ketika kek masih suam.
Swiss Roll Belang Harimau / Tiger Skin Swiss Roll
Adunan Kek Coklat
Bahan A
3 biji kuning telur
50gm gula kaster
60ml air
40ml minyak jagung / minyak masak
75gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila
2 sudu teh coklat emulco
1 sudu teh oren emulco
Bahan B
3 biji putih telur
15gm gula kaster
1/8 sudu teh cream of tartar
Adunan Kulit
7 biji kuning telur
40gm gula kaster
30gm tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu kecil air
1 sudu kecil minyak
2 buah Loyang 10 x 10" (utk kek dan kulit)
(di alas dan di gris)
Cara-cara :
1. Adunan Kek : Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu. Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.
3. Ambil 1/3 bahagian adunan, campurkan oren emulco dan adunan selebihnya di campurkan dengan coklat emulco. Tuang ke dalam loyang bersebelahan warna, ratakan dengan spatula. Hentakkan sedikit loyang untuk mengeluarkan gelembung udara.
4. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 10-15 minit.
5. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai selama 15 minit. Tutup dengan loyang atau plastik supaya kek sentiasa lembab dan senang di gulung.
6. Sediakan sekeping kertas minyak yang lebih besar dari kek. Terbalikkan kek dengan bahagian atas berada di bawah. Keluarkan kertas alasnya.
7. Biar bahagian oren berada di dalam. Sapu permukaan kek dengan jem atau filing, kemudian gulung dengan mengerakkan kertas ke depan seperti mengulung sushi. Bungkus dengan ketat dan simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam atau lebih.
8. Adunan Kulit : Panaskan oven pada suhu 200C. Satukan semua bahan kulit dan pukul hingga menjadi pekat dan putih menggunakan kelajuan tinggi.
9. Tuang di dalam loyang yang di alas parchment paper / silpat (biarkan lebihan kertas terjuntai untuk mudah di keluarkan.) Ratakan adunan dengan spatula.
10. Bakar selama 5 minit hingga permukaannya keperangan. Sejukkan di atas redai. Setelah sejuk motif kulit harimau akan kelihatan.
11. Alas dengan sekeping kertas minyak, kemudian terbalikkan bahagian luar kulit berada ke bawah, sapu tipis permukaannya dengan jem.
12. Letakkan gulungan kek, dan gulung perlahan-lahan. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di potong dan di hidangkan.
Tips : Seeloknya guna Silpat / parchment paper untuk mengelakkan adunan kulit dari melekat. Kertas minyak biasa perlu di gris dengan minyak / shortening terlebih dahulu.
Untuk adunan kulit, jangan gunakan mentega / marjerin cair kerana membuat motifnya tidak bersalur.
Cream Buttercream
30gm mentega
50gm creamwell
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Pukul hingga kembang dan berkrim
atau
100gm fresh cream
15gm gula
Pukul hingga kembang dan pekat
Swiss Roll Zirafah / Giraffee Swiss Roll
Sumber : MissB@everybody Easts Well
Adunan Coklat
Bahan A
3 biji kuning telur
15gm gula kaster
60ml air
40ml minyak jagung / minyak masak
75gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila
Bahan B
8gm serbuk koko
1 sudu kecil coklat emulco
Bahan C
3 biji putih telur
50gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar
Adunan Corak Zirafah
1 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1 sudu teh tepung gandum
2 sudu besar dari adunan (yang di ketepikan)****
Cara-cara :
1. Sediakan loyang 10 x 10". Lakarkan dengan pen corak zirafah di atas sehelai kertas minyak. Masukkan ke dalam loyang, kemudian ambil sekeping lagi kertas minyak dan alas di atas permukaan kertas lakaran tadi. Gunakan berus, celup dengan sedikit minyak dan gris permukaannnya hingga rata untuk mengelakkan corak dari melekat di kertas apabila di keluarkan.
2. Adunan Coklat : Bahan A : Pukul kuning telur dan gula hingga berkrim, di ikuti esen vanila, air dan minyak. Pukul sebati dan masukkan tepung, kaup balikkan hingga rata. Ketepikan 2 sudu besar adunan *** (untuk corak zirafah).
3. Pukul bahan C hingga kembang dan bertanduk, kemudian kaup balikkan perlahan-lahan dengan adunan selebihnya dan bahan B untuk adunan coklat. Gaul hingga sebati.
3. Adunan Corak Zirafah : Pukul putih telur dan gula hingga kembang dan bertanduk. Masukkan 2 sudu besar adunan yang di ketepikan tadi di ikuti dengan tepung gandum. Kaup balikkan hingga sebati. Masukkan adunan ke dalam piping bag yang di gunting muncungnya dan pipe di atas lakaran corak zirafah tadi.
4. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 1 minit dan keluarkan dari oven. Ketepikan.
5. Tuang adunan coklat ke atas corak zirafah, ratakan dengan spatula. Hentakkan loyang beberapa kali untuk mengeluarkan buih yang terperangkap di dalam adunan.
6. Bakar pada suhu 190C selama 10-14 minit.
7. Bila kek telah masak, keluarkan dari oven dan pindahkan ke atas wire rack. Biarkan sejuk dengan permukaan corak zirafah berada di atas. Keluarkan kertas alasnya perlahan-lahan supaya corak tidak terkoyak.
8. Untuk mengulung : Potong bahagian tepi kek. Sediakan sekeping kertas minyak yang besar dan terbalikkan kek dengan permukaan corak zirafah di bawah. Sapu jem / filing yang di sukai dengan rata di atas pemukaan kek dan perlahan-lahan gulung padat dengan kertas minyak. Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
Ni corak zirafah ke ular sawa ? hee hee :D
Filing
100gm whip cream
15gm gula kaster
(Putar hingga kental dan sapu di permukaan swiss roll)
Tiger Bread
Bahan-bahan
250gm tepung roti
50gm tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
45gm gula kaster
1/2 sudu kecil garam halus
7gm yis segera
25gm marjerin
20gm shortening
1 biji telur B
110ml air
Topping
1 sudu besar yis segera
100ml air suam
1 sudu besar gula kaster
1 sudu besar minyak jagung / minyak masak
1/4 sudu teh garam halus
120gm tepung beras
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan doh di dalam mangkuk mixer kecuali air. Putar perlahan hingga bergaul rata, masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
2. Tukar kepada kelajuan sederhana dan putar sehingga doh menjadi yang lembut dan elastik.
3. Keluarkan doh dan uli dengan tangan sebentar, rehatkan doh dan tutup dengan bekas yang besar / plastik selama 1 jam sehingga mengembang 2 kali ganda.
4. Bahagikan doh kepada 4 atau 6 bahagian. Jadikan bebola doh dan letak di atas dulang yang di alas kertas parchment atau kertas minyak yang di gris. Rehatkan selama 15 minit.
5. Sediakan topping, Satukan semua bahan dan sebatikan hingga rata. Rehatkan selama 15 minit.
6. Sapu permukaan dan tepi doh dengan topping hingga rata, biar toppingnya agak tebal sedikit untuk memberi kesan tiger yang lebih jelas. Rehatkan selama 20 minit lagi.
7. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 190C selama 25 - 30 minit atau hingga keperangan. Untuk 15 minit terakhir, gunakan kipas oven supaya roti masak dengan sekata.
*** Jika adunan toping agak cair, tambahkan 1 atau 2 sudu besar tepung beras. Adunan tidak terlalu pekat atau cair.
*** Boleh gunakan mana-mana resipi doh roti yang di sukai.
*** Jika adunan toping agak cair, tambahkan 1 atau 2 sudu besar tepung beras. Adunan tidak terlalu pekat atau cair.
*** Boleh gunakan mana-mana resipi doh roti yang di sukai.
Homemade Burger
Bahan Daging Burger
200gm daging kisar halus (jangan kasar)
1/2 labu bawang besar (kisar / cincang halus)
2 sudu besar sos barbeque
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar breadcrumbs
Bahan-bahan
4 keping roti tawar atau mini burger
mentega untuk sapuan
Daun lettuce secukupnya
4 keping smoked chicken
4 keping keju cheddar
Sos tomato / mayonies
Buah tomato potong bulat
Bawang potong bulat - jika suka
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan daging burger. Gaul rata dan kepal bulat dan leper.
2. Simpan di dalam freezer sebelum di gunakan.
3. Panaskan sedikit marjerin, masak daging hingga perang di kedua belah.
4. Untuk menghidang : Panggang sebentar roti, sapu mentega dan hidang bersama kepingan keju, smoked chicken, lettuce dan sampingan yang lain. Di makan bersama mayonies dan sos cili / tomato.
Cendawan Goreng
Bahan-bahan
200gm cendawan tiram segar
200ml air
50gm tepung gandum
50gm tepung beras
40gm tepung jagung
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1 biji putih telur
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan, kecuali cendawan gaul rata dan sebati. Jika adunan agak pekat tambahkan sedikit air, boleh bersalut pada cendawan.
2. Panaskan minyak, celup cendawan dan goreng hingga keperangan. Jangan menggoreng terlalu banyak dalam satu masa, cukup 2 atau 3 kepingan cendawan dan biarkan adunannya garing.
3. Hidang bersama sos cili.
Satay Lilit Ayam
Sumber : Majalah Sedap Indonesia
Bahan-bahan
200 gram isi ayam
100 gram isi udang
2 tangkai kucai, dipotong 1/2 cm
1 sudu besar santan pekat
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula pasir
2 sudu besar minyak untuk menumis
11 batang serai untuk tusukan
Bahan Kisar / tumbuk halus
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 cm kunyit, di bakar dahulu
1 biji buah keras, disangai
1/4 sudu teh teh ketumbar
1/2 sudu teh belacan, di bakar dahulu
Cara-cara :
1. Kisar isi ayam dan udang bersama santan pekat dengan food processor hingga lumat. Ketepikan.
2. Bahan-bahan kisar di tumbuk halus kemudian tumis hingga naik bau. Angkat dan biarkan sejuk.
3. Masukkan kisaran ayam, daun kucai, garam dan gula. Gaul hingga rata dengan bahan-bahan kisar tadi.
4. Ambil sedikit aduan. Tempekkan di batang serai.
5. Bakar dalam non-stick pan yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak hingga masak.
*** K1 membakarnya dalam oven dengan melapiknya dengan aluminium foil pada suhu 180C selama 20 minit.
*** Balut dahulu batang serai dengan aluminium foil untuk mengelakkannya hangus.
MENU :
Masakan Ayam,
Satay Lilit Ayam
Sumber : Majalah Sedap Indonesia
Bahan-bahan
200 gram isi ayam
100 gram isi udang
2 tangkai kucai, dipotong 1/2 cm
1 sudu besar santan pekat
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula pasir
2 sudu besar minyak untuk menumis
11 batang serai untuk tusukan
Bahan Kisar / tumbuk halus
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 cm kunyit, di bakar dahulu
1 biji buah keras, disangai
1/4 sudu teh teh ketumbar
1/2 sudu teh belacan, di bakar dahulu
Cara-cara :
1. Kisar isi ayam dan udang bersama santan pekat dengan food processor hingga lumat. Ketepikan.
2. Bahan-bahan kisar di tumbuk halus kemudian tumis hingga naik bau. Angkat dan biarkan sejuk.
3. Masukkan kisaran ayam, daun kucai, garam dan gula. Gaul hingga rata dengan bahan-bahan kisar tadi.
4. Ambil sedikit aduan. Tempekkan di batang serai.
5. Bakar dalam non-stick pan yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak hingga masak.
*** K1 membakarnya dalam oven dengan melapiknya dengan aluminium foil pada suhu 180C selama 20 minit.
*** Balut dahulu batang serai dengan aluminium foil untuk mengelakkannya hangus.
Pau Kelapa
Bahan-bahan
500gm tepung Pau/tepung Hong Kong
2 sudu teh double action baking powder
1 sudu teh garam halus
2 sudu besar gula kaster
2 sudu teh yis segera
2 sudu besar shorterning
250 ml air suam
Inti Kelapa
200gm kelapa parut muda
1/4 sudu teh garam
80gm gula pasir
150ml air
5 helai daun pandan - potong kecil
1 sudu teh tepung pulut
sedikit pewarna hijau
Cara-Cara :
1. Inti Kelapa : Kisar daun pandan dan air hingga lumat. Tapis ke dalam periuk. Masukkan kelapa parut, garam, pewarna hijau dan gula pasir. Masak hingga air hampir kering. Tabur dengan tepung pulut, gaul rata. Angkat dan ketepikan.
2. Doh Pau : Satukan semua bahan di dalam mangkuk mixer kecuali air. Gaul rata, masukkkan air sedikit demi sedikit dan putar menggunakan hook sehingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
3. Keluarkan doh, tutup dengan bekas yang besar / plastik dan rehatkan selama 30 minit sehingga mengembang.
4. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara dan timbang seberat 40gm setiap satu dan bulatkan.
5. Masukkan inti kelapa di tengahnya dan bulatkan kembali doh, letakkan di atas papercup atau daun pisang. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga doh mengembang.
6. Panaskan pengukus dan kukus selama 10 minit dengan api kecil. Buka tutup pengukus dengan perlahan supaya wap air tidak terkena kuih pau.
*** untuk membuat bentuk bunga, gunting 8 penjuru sisi pau, dan kelepekkan ke atas.
MENU :
Bread and Bun,
Kuih Muih,
Pau Kelapas
Bahan-bahan
500gm tepung Pau/tepung Hong Kong
2 sudu teh double action baking powder
1 sudu teh garam halus
2 sudu besar gula kaster
2 sudu teh yis segera
2 sudu besar shorterning
250 ml air suam
Inti Kelapa
200gm kelapa parut muda
1/4 sudu teh garam
80gm gula pasir
150ml air
5 helai daun pandan - potong kecil
1 sudu teh tepung pulut
sedikit pewarna hijau
Cara-Cara :
1. Inti Kelapa : Kisar daun pandan dan air hingga lumat. Tapis ke dalam periuk. Masukkan kelapa parut, garam, pewarna hijau dan gula pasir. Masak hingga air hampir kering. Tabur dengan tepung pulut, gaul rata. Angkat dan ketepikan.
2. Doh Pau : Satukan semua bahan di dalam mangkuk mixer kecuali air. Gaul rata, masukkkan air sedikit demi sedikit dan putar menggunakan hook sehingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
3. Keluarkan doh, tutup dengan bekas yang besar / plastik dan rehatkan selama 30 minit sehingga mengembang.
4. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara dan timbang seberat 40gm setiap satu dan bulatkan.
5. Masukkan inti kelapa di tengahnya dan bulatkan kembali doh, letakkan di atas papercup atau daun pisang. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga doh mengembang.
6. Panaskan pengukus dan kukus selama 10 minit dengan api kecil. Buka tutup pengukus dengan perlahan supaya wap air tidak terkena kuih pau.
*** untuk membuat bentuk bunga, gunting 8 penjuru sisi pau, dan kelepekkan ke atas.
Daging Ros Merah
Bahan-bahan
300gm daging lembu(seketul)
5 ulas bawang putih di tumbuk
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
1 sudu besar pewarna merah
Bahan Perasa
1 labu bawang merah besar belah empat.
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/4 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
Sedikit minyak.
Cara-cara :
1. Bersihkan seketul daging, gaul dengan pewarna merah, bawang putih dan serbuk lada hitam. Perap selama 1/2 jam. Kemudian rebus separuh masak dengan sedikit air (bila bahagian luar daging bertukar warna, dalamnya masih merah), Angkat dan toskan. Biarkan daging sejuk, hiris nipis-nipis.
2. Atur daging di atas aluminium foil, bungkus dan cucuk permukaan aluminium foil dengan garpu. Bakar di dalam oven (gril) selama 10 - 15 minit. Atur di dalam pinggan.
3. Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang merah, tumis hingga layu. Masukkan air dan perasakan dengan sos, garam dan gula.
4. Tuang di atas hirisan daging tadi dan hias dengan cili dan salad.
MENU :
Daging Ros Merah,
Masakan Daging
Bahan-bahan
300gm daging lembu(seketul)
5 ulas bawang putih di tumbuk
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
1 sudu besar pewarna merah
Bahan Perasa
1 labu bawang merah besar belah empat.
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/4 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
Sedikit minyak.
Cara-cara :
1. Bersihkan seketul daging, gaul dengan pewarna merah, bawang putih dan serbuk lada hitam. Perap selama 1/2 jam. Kemudian rebus separuh masak dengan sedikit air (bila bahagian luar daging bertukar warna, dalamnya masih merah), Angkat dan toskan. Biarkan daging sejuk, hiris nipis-nipis.
2. Atur daging di atas aluminium foil, bungkus dan cucuk permukaan aluminium foil dengan garpu. Bakar di dalam oven (gril) selama 10 - 15 minit. Atur di dalam pinggan.
3. Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang merah, tumis hingga layu. Masukkan air dan perasakan dengan sos, garam dan gula.
4. Tuang di atas hirisan daging tadi dan hias dengan cili dan salad.
Kuih Lobak Putih
Resipi : Diana@skyblue's Kitchen
Thanks Diana@Melly Mey,, 1st time cuba dn makan,, lembut dn enak.. :D
Bahan A
40 gm potato flour / tepung kentang
80 gm wheat starch / tepung gandum
200 gm tepung beras
480 ml air
Bahan B
250 gm lobak putih di parut
100 gm udang kering (rendam dan tumbuk kasar)
6 sudu besar minyak
1 biji cili merah (buangkan biji dan cincang)
420 ml air
Bahan C
1/2 sudu besar garam
2 1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil serbuk pati ikan bilis Tumix
Loyang 9" / 10" di leser dengan minyak
Cara-cara :
1. Campurkan bahan A, gaul rata dan ketepikan.
2. Celur lobak putih ke dalam air mendidih dan toskan. Ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak, masukkan udang kering dan tumis sehingga garing. Kemudian masukkan cili merah dan tumis seketika. Masukkan air dan bahan C, gaul rata dan biarkan ianya mendidih.
4. Masukkan adunan bahan A dan lobak putih. Gaul dan masak sehingga menjadi pekat dengan api kecil.
5. Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang pengukus dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dahulu sebelum memotong. Potong kuih lobak putih yang telah sejuk sepenuhnya itu kepada kepingan nipis. Goreng dengan sedikit minyak hingga permukaannya sedikit perang.
7. Hidang bersama sos cili atau tanpa sos.
MENU :
Kuih Lobak Putih,
Kuih Muih
Resipi : Diana@skyblue's Kitchen
Thanks Diana@Melly Mey,, 1st time cuba dn makan,, lembut dn enak.. :D
Bahan A
40 gm potato flour / tepung kentang
80 gm wheat starch / tepung gandum
200 gm tepung beras
480 ml air
Bahan B
250 gm lobak putih di parut
100 gm udang kering (rendam dan tumbuk kasar)
6 sudu besar minyak
1 biji cili merah (buangkan biji dan cincang)
420 ml air
Bahan C
1/2 sudu besar garam
2 1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil serbuk pati ikan bilis Tumix
Loyang 9" / 10" di leser dengan minyak
Cara-cara :
1. Campurkan bahan A, gaul rata dan ketepikan.
2. Celur lobak putih ke dalam air mendidih dan toskan. Ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak, masukkan udang kering dan tumis sehingga garing. Kemudian masukkan cili merah dan tumis seketika. Masukkan air dan bahan C, gaul rata dan biarkan ianya mendidih.
4. Masukkan adunan bahan A dan lobak putih. Gaul dan masak sehingga menjadi pekat dengan api kecil.
5. Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang pengukus dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dahulu sebelum memotong. Potong kuih lobak putih yang telah sejuk sepenuhnya itu kepada kepingan nipis. Goreng dengan sedikit minyak hingga permukaannya sedikit perang.
7. Hidang bersama sos cili atau tanpa sos.
Cucur Nasi Jejari Ketam
Resipi : Yatie@Sinar Kehidupanku
Sumber : Kzai@Teratak Impian
Thanks Yatie n Zai,, mudah dan sedap :D
Bahan-Bahan :
2 cawan nasi
2 cawan air
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih (K1 x letak, guna 1 sdm bawang goreng)
1 sudu besar udang kering-rendam dan toskan (K1 guna ikan bilis goreng)
2 1/2 cawan tepung gandum
8 batang crabsticks-atau lebih, di potong kecil2
1 biji lada merah di hiris nipis (jika suka)
Daun sup/bawang di hiris (K1 guna seaweed)
sedikit garam (1 sudu teh)
Minyak untuk mengoreng
Cara-cara :
1. Kisar nasi bersama air, udang kering, bawang putih dan bawang besar hingga halus.
2. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tuangkan bahan kisar tadi, gaul sebati.
3. Campurkan hirisan crabstik, daun bawang, cili dan garam, gaul sebati.
4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Boleh juga gunakan sudu utk mengoreng cucur ni...sudu hendaklah di celupkan sebentar kedlm minyak panas tadi dan jemputlah adunan cucur tadi kedlm minyak gorengan....dan buatlah sehingga habis...
Kuih Dadar Durian
Bahan Dadar
MENU :
Kuih Dadar Durian,
Kuih Muih
Bahan Dadar
100 gr tepung gandum
1/4 sudu teh garam
3 biji telur di pukul ringan
250ml susu cair
1 sudu besar mentega cair
beberapa titik pewarna kuning / hijau
1 sudu besar mentega cair
beberapa titik pewarna kuning / hijau
Inti Kastard Durian
250ml susu cair
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam
1 kuning telur
150gm isi durian
Cara-cara :
1. Satukan bahan dadar dan whisk hingga rata, kemudian tapis.
2. Panaskan kuali non-stick kecil tanpa perlu meleserkannya dengan minyak, ambil satu sendok adunan dan buat dadar yang nipis. Pastikan setiap kali menuang adunan, kuali di angkat dari dapur supaya tidak hangus.
3. Biarkan bahagian bawah masak, kemudian terus angkat dan terbalikkan dengan permukaan yang licin berada di bawah. Buat hingga habis.
4. Letak 2 sudu kecil inti di tengah dan lipat seperti membuat lepat dengan permukaan yang licin di bahagian luar.
5. Inti : Larutkan tepung jagung dan susu segar hingga rata. Kemudian satukan dengan bahan-bahan yang lain di dalam periuk dan masak hingga inti menjadi kental. Sejukkan dahulu sebelum di isi ke dalam dadar.
*** Inti kastard durian boleh juga di gunakan untuk membuat inti cream puff..
Cara-cara :
1. Satukan bahan dadar dan whisk hingga rata, kemudian tapis.
2. Panaskan kuali non-stick kecil tanpa perlu meleserkannya dengan minyak, ambil satu sendok adunan dan buat dadar yang nipis. Pastikan setiap kali menuang adunan, kuali di angkat dari dapur supaya tidak hangus.
3. Biarkan bahagian bawah masak, kemudian terus angkat dan terbalikkan dengan permukaan yang licin berada di bawah. Buat hingga habis.
4. Letak 2 sudu kecil inti di tengah dan lipat seperti membuat lepat dengan permukaan yang licin di bahagian luar.
5. Inti : Larutkan tepung jagung dan susu segar hingga rata. Kemudian satukan dengan bahan-bahan yang lain di dalam periuk dan masak hingga inti menjadi kental. Sejukkan dahulu sebelum di isi ke dalam dadar.
*** Inti kastard durian boleh juga di gunakan untuk membuat inti cream puff..
Nasi Lemak Bayam
Bahan-bahan
250gm beras basmathi - di cuci bersih, toskan
100gm daun bayam + 200ml air (kisar halus dan tapis)
1 batang serai di ketuk
2 biji bunga cengkih
2 helai daun pandan di simpul
1 1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar santan serbuk + 300ml air (jika ingin berlemak, guna 300ml santan segar)
Hidangan Sampingan
Keropok
Telur Dadar
Ayam goreng
Ikan bilis / sambal bilis
Cara-cara :
Satukan semua bahan dan masak di dalam periuk letrik hingga masak. Hidang bersama bahan sampingan yang di sukai.
Chicken Chop Panggang / Grilled Chicken Chop
Sumber : Wana@Potretkasih
Thanks Wana,, Sangat sedapp..
Bahan-bahan
1 ekor ayam ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam – dapat 4 keping )
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk) / 1 sudu besar sos lada hitam
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)
1 sudu besar minyak bijan K1 tambah
Cara Penyediaan
1. Satukan semua bahan dan gaul dengan ayam hingga rata. Kemudian perap di dalam peti sejuk selama beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je lebih mudah!
Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 liter air, K1 guna 800ml
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam
Cara membuatnya :
1. Panaskan mentega dalam periuk, tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu. Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato segar!!!
Mini Pavlova
Bahan-bahan
200ml putih telur (4 biji)
160gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar
2 sudu teh tepung jagung
200ml whip cream / thickened cream / double cream
Buah-buahan segar, strawberry, blueberry, physalis, kiwi atau yang di sukai
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 120C. Alas dulang pembakar dengan kertas baking / silpat mat.
2. Pukul putih telur dalam mangkuk mixer yang bersih dan kering hingga berbuih. Masukkan gula kaster, cream of tartar dan tepung jagung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan bertanduk.
3. Masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam acuan bulat 6 dia. Ratakan permukaannya dengan spatula. Angkat acuan perlahan-lahan. Jika tiada acuan, lukis bulatan di atas kertas parchment dan picit meringue ke dalamnya.
4. Untuk hiasan tepi, masukkan meringue ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan picit keliling tepinya dengan corak kegemaran.
5. Bakar di rak tengah selama 1 jam. Tutup suis oven dan biarkan pavlova mengering di dalamnya selama 30 minit. Permukaan dan tepi pavlova kelihatan retak dan berwarna kuning keemasan.
6. Pukul whip cream hingga kental. Picit / sapu ke atas pavlova dan tabur dengan buahan-buahan hiris.
7. Rasanya manis, ranggup di luar dan lekit di dalam,, sediakan dengan buahan-buahan kegemaran ..
Physalis Pavlova
Strawberry and Kiwi Pavlova
Mixed Fruits Pavlova
Kiwi Pavlova
Pai Ayam dan Cendawan
Bahan Pastri Pai :
400gm tepung gandum
200gm mentega
100ml air sejuk dari peti sejuk
1 sudu teh garam
Bahan Inti :
400gm isi ayam (potong dadu)
1 labu bawang besar di dadu
1 ulas bawang putih di cincang
150gm cendawan butang segar di hiris
100gm sayur campuran sejuk beku
2 sudu besar tepung gandum
1 helai daun bay jika suka
3 sudu besar mayonies
100ml susu cair
50ml minyak masak
gula dan garam secukup rasa
sedikit serbuk lada sulah
Cara-cara :
1. Gaul tepung, garam dan mentega dengan hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh. Bungkus doh dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit sebelum di gunakan.
3. Inti : Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan ayam, cendawan, tepung gandum, daun bay dan kacau rata.
3. Apabila ayam hampir masak masukkan susu, sayur campuran dan perasakan dengan gula, garam dan lada sulah. Angkat dan gaul dengan mayonies. Ketepikan.
4. Canai doh pai setebal 2 mm dan potong bulat. Kemudian masukkan doh tadi ke dalam acuan pai.
5. Masukkan inti ke dalam pai dan tutupkan dengan lebihan pastri.
6. Canai dan potong memanjang dan pintalkan doh, kemudian letak bersilang di atas permukaan pai. Rapikan tepinya.
6. Sapukan dengan kuning telur dan bakar pada suhu 160c selama 25-30 minit, sehingga pai berwarna kekuningan.
New recipes >>
<< More recipes






















































