kongsi resepi | sukatan bahan/conversion Write something :)

Archive for October 2011

/

Biskut Suji Brunei

Post this recipes


Biskut Suji Brunei
Recipes by :  Harlina Mahdar RN
Sumber :  AlongRoz@HomeKreation


Bahan-bahan
200g Minyak Sapi
100g Shortening
180g Gula Kastor
100g Cornflakes kisar halus
1 Kuning Telur
80g Suji
80g Tepung Jagung
Tepung Gandum secukupnya (+/- 370g)

Bahan Salut :  Nestum kisar halus, Susu Tepung, Gula Aising (optional)
- Gaul rata kesemua bahan salut

Cara-cara :
1. Putar minyak sapi, shortening dan gula halus hingga rata. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati dan rata.  Perlahankan kelajuan, masukkan suji, tepung jagung, cornflakes dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut.
2. Ambil secubit adunan dan gentel sebesar guli, susun dalam loyang pembakar. Buat sehingga habis.
3. Bakar 180C selama 20 minit atau hingga kuning keemasan.
4. Biarkan sejuk atas dulang pembakar.  Golek dalam bahan salut dan isi dalam paper cup.  Simpan dlm bekas kedap udara.

MENU : ,


/

Biskut Strawberry Carries

Post this recipes


Biskut Strawberry Carries

Bahan-bahan
125gm mentega
50gm gula aising
1 sudu teh esen strawberry

Bahan B - di ayak
180gm tepung gandum
30gm tepung jagung
30gm tepung susu

Royal Aising
1 biji putih telur
90gm gula aising
1 sudu besar tepung jagung
Pewarna merah, hijau
(Bahagikan kepada 3 warna, putih, merah dan hijau)

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga berkrim.  Masukkan bahan B, gaul rata dan uli menjadi doh.  Rehatkan selama 15 minit.
2.  Canai dan terap dengan acuan bentuk hati.
3.  Panaskan oven.  Bakar pada suhu 150C selama 15 minit.  Keluarkan dari oven biarkan sejuk dahulu.
4.  Hias dengan royal aising merah hingga habis.  Biarkan aising merah kering.  Kemudian pipe dengan aising hijau sebagai daun dan aising putih sebagai biji hingga habis.  Bakar semula selama 10 minit.
5.  Membuat Aising :  Pukul putih telur hingga kembang, masukkan gula icing dan tepung jagung.  Pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan tidak menitik.  Masukkan ke dalam piping bag dan paip ke atas permukaan biskut.


MENU : ,


/

Biskut Horlicks

Post this recipes


Biskut Horlicks

Bahan A
100gm mentega
50gm minyak sapi
60gm gula kaster

Bahan B
120gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm horlicks
50gm cornflakes kisar halus

Hiasan :  serbuk horlicks secukupnya.

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga sebati, masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yang lembut.  Rehatkan selama 15 minit.
2.  Canai dan terap dengan acuan yang di sukai.
3.  Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit.
4.  Biarkan biskut suam, gaul dengan serbuk horliks.


*** jika adunan agak lembut, tambah sedikit tepung sehingga boleh di terap.

MENU : ,


/

Biskut Hakeem's Crispy

Post this recipes


Biskut Hakeem's Crispy
Sumber :  Chef Nor Khalidah

Bahan-bahan
125gm mentega
100gm gula aising
100gm tepung gandum
80gm tepung jagung
30gm serbuk koko hitam (black cocoa)
20gm serbuk badam di sangai
30gm bijan putih
1 biji kuning telur

Cara-cara :
1.  Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.  Masukkan telur dan putar hingga rata.
2.  Ayak tepung dan serbuk koko hitam.  Masukkan bijan dan serbuk badam.  Gaul bersama adunan mentega hingga menjadi doh yang lembut.  Rehatkan selama 10 minit.
3.  Terap atau paip menggunakan nozzle yang di sukai.  Hias dengan hirisan badam.
4.  Bakar pada suhu 150C selama 25 - 30 minit.




MENU : ,


/

Minuman Tang Yuan

Post this recipes


Minuman Tang Yuan

Bahan-bahan
150gm tepung pulut
1 sudu kecil garam
125ml air
1 sudu kecil air kapur sirih cair
pewarna merah dan hijau

Kuah
600ml air
2 hiris halia
1 batang serai di ketuk
10 biji kurma merah (red dates)
80gm gula pasir
1 helai daun pandan di simpul
Kacang tanah yang disangai secukupnya untuk taburan (optional)

Cara-cara :
1.  Gaul tepung pulut, air kapur, air dan garam hingga menjadi doh yang lembut.  Bahagikan kepada 3 warna, merah, hijau dan warna asal.  Gentel doh menjadi bebola kecil.
2.  Didihkan air yang banyak, masukkan bebola doh yang di gentel tadi dan masak hingga terapung.  Tos dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air sejuk.
3  Kuah Halia :  Didihkan semua bahan kuah.
4. Untuk menghidang, toskan bebola doh dan masukkan ke dalam mangkuk bersama kuah halia.  Tabur dengan kacang tanah goreng.


MENU : , ,


/

Kuih Angkoo / Kuih Peria

Post this recipes



Kuih Angkoo / Kuih Peria

Bahan-bahan
250gm tepung pulut
200ml santan
1/4 sudu teh garam
25gm minyak masak untuk sapuan
pewarna merah dan hijau
daun pisang dipotong bulat kecil

Bahan Inti
250gm kacang hijau tanpa kulit
100gm gula melaka
100gm gula pasir
50ml air
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu besar tepung pulut

Cara-cara
1. Rendam kacang hijau selama 4 jam atau lebih. Selepas itu kukus atau rebus hingga masak.  Lenyek sedikit ketika masih panas.
2. Masak gula melaka, gula pasir, garam dan air kemudian masukkan kacang hijau, gaul rata.  Apabila hampir kering masukkan tepung pulut gaul hingga bergentel.  Sejukkan inti dan buat bulat-bulat.
3. Untuk doh, uli tepung pulut dengan santan sehingga lembut.   Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Warnakan setiap satu kemudian uli hingga sebati.
4. Ambil doh sebesar ibu jari (15gm) kemudian isikan inti didalamnya. Bentukkan seperti buah peria dengan lidi atau penyepit kemudian sapu minyak masak ke atasnya, letak diatas daun pisang. Buat hingga habis.


5. Kukus dalam pengukus yang telah di panaskan terlebih dahulu dengan api perlahan lebih kurang 8 - 10 minit.


Untuk membuat bentuk strawberry :


Bentukkan seperti buah strawberry, ambil doh hijau dan terap dengan penerap biskut atau fondant bentuk daun, lekatkan dan cucuk badannya dengan lidi.


Tips :
*** Doh mestilah liat tetapi boleh di bentuk, doh lembut akan menjadikan kuih kembang.
*** Sentiasa tutup dengan kain lembab untuk mengelakkan doh menjadi kering.  Jika kering dan merekah masukkan sedikit air saja dan uli semula.
*** Jangan mengukus lebih dari 15 minit kerana kuih akan mengembang.

MENU : ,


/

Spaghetti Sos Keju

Post this recipes


Spaghetti Sos Keju
Sumber : Sajian Sedap.com

Bahan-bahan
200 gram spaghetti, direbus hingga lembut
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1 sdm marjerin untuk menumis

Bahan Sos Keju
2 sdm marjerin
1/2 labu bawang besar, dicincang
1 sdm tepung gandum
600 ml susu cair
100 gram cendawan butang, di potong
1/2 sdt garam
1/2 sdt serbuk lada hitam kasar
50 gram keju parutan keju cheddar
50 gram keju untuk taburan

Cara-cara :
1. Panaskan marjerin, tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan spaghetti, gaul rata dan ketepikan.
2. Sos Keju, panaskan marjerin.  Masukkan bawang besar, tumis hingga layu.  Masukkan tepung gandum dan gaul rata. Masukkan susu cair sedikit-sedikit sambil di kacau hingga licin dan tidak berketul.
3. Masukkan cendawan butang, garam, serbuk lada hitam dan keju. Masak hingga hampir kental.
4. Hidangkan spaghetti bersama sos keju dan taburan keju.

*** Sos keju di tuang ketika hendak di hidangkan supaya sos tidak meresap ke dalam spaghetti.

MENU : ,


/

Kuih Keladi / Yam Cake

Post this recipes

Kuih Keladi / Yam Cake

Asal : Diana@Melly Sky blue's kitchen
Sumber : Sue@Nenie Syurie.blogspot.com
Thanks Diana n Sue :D

Bahan A
170g tepung beras
40g tepung ubi (tapioca)
500ml air
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/4 sudu kecil serbuk 5-spices (boleh lebih sikit jika suka)
1/2 sudu kecil serbuk stok ayam

Bahan B
300g Keladi, dibuang kulit dan dipotong dadu
50g udang kering, direndam dlm air, toskan
4 sudu besar minyak masak

Sampingan
Bawang goreng
1 biji cili merah di cincang
Daun sup / ketumbar di hiris

Cara-cara :
1.  Satukan semua bahan A, gaul rata dan ketepikan.
2.  Goreng keladi hingga sedikit keperangan.  Angkat dan toskan.
3.  Menggunakan minyak yang sama, goreng udang kering hingga perang. Angkat dan toskan.  Keluarkan minyak dari kuali, tinggalkan sedikit sahaja.
4.   Masukkan bahan A (bancuhan tepung) dan masak hingga naik wap.  Tutup api, masukkan keladi dan udang kering, gaul rata dan tuang ke dalam loyang yang telah di leser dengan minyak terlebih dahulu.
5.  Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus di dalam pengukus yang telah di panaskan terlebih dahulu selama 30 minit.
6.  Biarkan sejuk, tabur dengan bahan-bahan sampingan yang lain dan hidang bersama sos cili.


Note: -Boleh dihidangkan pada suhu bilik atau panas2. - Potong 1" tebal, salut degan sedikit tepung gandum dan goreng degan sedikit minyak sehingga garing... sedap dimakan dgn sambal.

MENU : ,


/

Cara Membuat Bakul Pastri / How to make pastry basket

Post this recipes


Bakul Pastri / Pastry Basket
Sumber :  Chef Baini

Bahan-bahan
800gm tepung gandum
150gm marjerin
250ml air ais
1 biji kuning telur untuk sapuan
1 biji putih telur / sedikit air untuk gam

Peralatan Bakul Pastri
Pengelek
Pengelek Tart
Acuan aluminium / mangkuk kaca tahan panas
Pizza Cutter / Pemotong / Gunting
Berus
pemotong bulat kecil dan besar
wire besi


Cara Menyediakan Doh Pastri :

1.  Gaul tepung bersama marjerin hingga menjadi serbuk roti.  Masukkan air dan uli sebati hingga menjadi doh. 
2.  Canai setebal 1/2cm dan gelek menggunakan tart roll.  Potong mengikut jalur secara memanjang dengan lebar 2cm.
3.  Sediakan bekas (mangkuk kaca tahan panas / acuan aluminium).  Cara penyediaan menganyam bakul sama seperti seni bakul roti.

*** Doh agak keras tetapi jangan di tambah lagi air, doh akan menjadi lembut selepas di uli dan di canai

Cara Penyediaan Bakul Roti :
1.  Sediakan doh pastri (untuk doh coklat, masukkan pewarna coklat dan coklat emulco) dan peralatan.


2.  Canai setebal 1/2cm dan terap menggunakan tart roll untuk memberi kesan jaluran seperti tali.


3.  Potong memanjang menjadi tali dengan lebar 2cm menggunakan pizza cutter.


4.  Sediakan mangkuk aluminium, sapu dengan marjerin di sekelilingnya supaya bakul tidak melekat dan senang di keluarkann selepas di bakar.


5.  Sediakan doh untuk dasar bakul, potong menggunakan pemotong bulat yang besar, kemudian potong menggunakan pemotong lebih kecil di bahagian tengah.  Jadikan bentuk cincin untuk di jadi dasar bakul.  manakala potongan bulat di tengah tadi di simpan untuk di lekatkan kembali ke dalam cincin.


6.  Letakkan cincin tadi di dasar bakul.  Ambil jaluran tali dan mula lekatkan di sekeliling cincin hingga habis.  Biarkan tali 1 in lebih panjang dari aras bawah mangkuk.

7.  Sediakan doh coklat, canai dan potong jaluran tali seperti doh asal.


8.   Buat ayaman warna asal dan coklat berselang seli ke atas dan ke bawah hingga habis.  Bilangan jaluran tali  mestilah dalam angka genap contoh 8 kpg, 10, 12 atau 16 keping bergantung pada saiz bakul yang hendak di sediakan.  Untuk bakul kecil seperti di atas, K1 gunakan 8 keping jaluran tali.

9. Setelah siap, gunting lebihan tali lebih sedikit dari paras bawah mangkuk kerana tali akan menyusut sedikit.  Rapikan dahulu mana yang longgar dengan menyapu air atau putih telur.


10. Menyediakan penyudah tepi bakul :  Ukur panjang keliling bakul.  Ambil 3 jaluran tali coklat, jadikan satu tonjang yang cukup panjang mengelilingi bakul.


11.  Lekatkan toncang mengeliling bakul dan tutup atas cincin yang berlubang.  Cucuk sedikit dengan garpu dan gamkan dengan menggunakan putih telur atau air untuk melekatkannya.  Kemudian ambil berus dan sapu kuning telur ke seluruh bakul.

12.  Letak di dalam dulang pembakar dengan kedudukan seperti diatas dan bakar di dalam oven yang di panaskan terlebih dahulu selama 35-40 minit pada suhu 180C.


13.  Menyediakan Penutup Bakul :  Sediakan bekas separa bulatan (boleh gunakan bekas dari aluminium foil atau bekas tahan panas) untuk bekas aluminium foil di bawah alas dengan 2 kepingan foil dan sokong dengan bekas kecil di bawahnya supaya tidak ranap kerana berat lapisan di atasnya.

14.  Ambil 2 keping jaluran tali untuk di jadikan dasar, satu pada permukaan dan satu lagi di bahagian tepi bakul.  Mula menganyam berselang seli seperti di bawah hingga habis.  Gamkan dengan air atau putih telur.


15.  Potong lebihan tali dan rapikan.  Buat satu lagi toncang sebagai penyudah tepi penutup bakul.  Gamkan dengan air atau putih telur.


16.  Setelah siap, sapu penutup bakul dengan kuning telur.  Bakar di dalam oven dengan kedudukan seperti di atas.


17.  Menyediakan Tangkai Bakul :  Buat satu toncang, ukur dan anggarkan panjang tangkai.


18.  Sediakan satu wire besi, cucuk ke dalam tangkai hingga ke hujungnya.  Tinggal lebihan wire 1/2 in untuk di cucuk di tepi bakul.  Sapu dengan kuning telur dan bakar dengan kedudukan seperti di atas hingga kekuningan.

19.  Menyediakan Penyudah Bibir Bakul :  Letakkan tutup bakul di atas bakul.  Untuk bahagian yang tidak di tutupi, ukur panjangnya dan sediakan satu lagi toncang.  Bakar dengan kedudukkan melengkung.

20.  Menyudahkan Bakul : Sediakan royal icing sebagai pelekat bakul dan penutupnya.  Pipe royal icing di permukaan bakul dan letakkan penutup dan penyudah bibir bakul.  Ambil tangkai bakul dan cucuk di bahagian tepinya.  Gamkan dengan royal icing.

21.  Hias dengan bunga dari gumpaste dan isi dengan tart nenas berbentuk buah-buah jika untuk di jadikan hantaran.


22.  Selamat Mencuba :  Untuk mendalami cara-cara menyediakan bakul pastry, di syorkan mengikuti kelas bakul pastry dari Chef Baini atau mana-mana chef pastri kerana K1 tidak akan menjawab sebarang pertanyaan berhubung dengannya kerana setiap pertanyaan memerlukan penjelasan panjang lebar.  Harap maaf ..

MENU : ,


/

Roti Naan / Naan Bread

Post this recipes


Roti Naan / Naan Bread
Recipes by : Madhur Jeffrey

Bahan-bahan
450gm tepung gandum
150ml susu suam
2 sudu kecil gula kaster
2 sudu kecil yis segera
1/4 sudu teh garam halus
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar minyak masak
150ml yogurt asli
1 biji telur grade A - pukul ringan

Cara-cara :
1. Satukan susu suam, 1 sudu kecil gula dan yis. Kacau rata dan biarkan di tempat suam selama 15-20 minit hingga berbuih.
2. Ayak tepung, garam dan baking powder di dalam mangkuk besar. Masukkan baki gula kaster bersama campuran yis tadi, minyak masak, yogurt dan telur. Adun dan uli hingga menjadi doh.
3. Letak doh di atas papan canai dan uli beberapa kali hingga doh menjadi licin dan berkilat.
4. Leser sedikit minyak di dalam mangkuk. Masukkan doh roti dan tutup dengan plastik. Letakkan ditempat suam selama 1 jam hingga doh mengembang 2 kali ganda.


5. Keluarkan doh dan tumbuk dengan tangan untuk mengeluarkan udara. Uli dan bulatkan kembali. Potong kepada 6 bahagian dan jadikan 6 bebola doh.


6. Panaskan dulang pembakar yang tebal di dalam oven pada suhu 190C.


7. Canai leper setiap bebola doh, keluarkan dulang pembakar dan masukkan segera doh.


8.  Bakar selama 3 minit di rak bawah sehingga roti mengelembung.  Kemudian alihkan dulang ke rak atas dan bakar selama 8-10 minit atau hingga permukaan roti keperangan.

9.  Sedia di hidangkan bersama kari atau yang disukai.

*** Roti Naan boleh juga di bakar terus di atas kuali non-stick.

MENU : ,


/

Shepherds Pie

Post this recipes


Shepherds Pie

Bahan-bahan
700gm ubi kentang - di rebus dan di lecek
2 sudu besar marjerin cair
50gm parutan keju cheddar
3 sudu besar susu cair
Garam dan lada sulah secukup rasa

Inti Daging
1 labu bawang besar - cincang
1 sudu besar marjerin
300gm daging cincang
150gm sayur campur beku (frozen mixed vege)
1 tin tomato prego atau 4 biji tomato segar (celur, buang kulit dan kisar halus)
2 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar herba campuran (mixed herbs)
Garam secukup rasa
Parutan keju cheddar dan herba campuran secukupnya untuk taburan

Cara-cara :
1.  Inti :  Panaskan marjerin, tumis bawang besar hingga layu.  Masukkan daging cincang dan masak hingga berubah warna.  Masukkan tepung gandum, sayur campur, tomato kisar dan sos tomato.  Renehkan sekejap.  Masukkan herba campuran dan perasakan dengan garam secukupnya.  Angkat dan ketepikan.
2.  Masukkan inti daging ke dalam bekas tahan panas yang di leser dengan marjerin.  Ratakan.
3.  Ubi kentang di lecek ketika masih panas, masukkan marjerin cair, parutan keju dan susu cair.  Gaul rata dan perasakan dengan garam dan lada sulah.  Ratakan di atas daging.  Tabur dengan parutan keju dan herba campuran.


4.  Bakar pada suhu 200C selama 30-35 minit atau hingga permukaannya keperangan.

MENU : ,


/

Coffee Vanilla Panna Cotta with Chocolate Sauce

Post this recipes


Coffee Vanilla Panna Cotta with Chocolate Sauce

Lapisan Coffee
150ml susu segar
100ml double cream / thickened cream
1 1/2 sudu besar coffee segera (nescafe)
70gm gula perang
1 1/2 sudu kecil gelatin + 2 sudu besar air panas (larutkan)

Lapisan Vanilla
150ml susu segar
100ml double cream / thickened cream
1 1/2 sudu kecil esen vanilla
40gm gula kaster
1 1/2 sudu kecil gelatin + 2 sudu besar air panas (larutkan)

Sos Chocolate
100gm coklat masakan hitam
50ml double cream / thickened cream

Cara-cara :
1.  Lapisan Coffee :  Panaskan susu dan cream hingga berbuih di tepi periuk.  Masukkan gula, coffee segera dan kacau hingga larut.  Tutup api dan masukkan gelatin cair, kacau hingga rata dan tapis ke dalam jug kecil, biarkan suam sedikit.
2.  Tuang ke dalam gelas-gelas kecil dan bekukan di dalam freezer selama 15 minit.
3.  Lapisan Vanilla :  Panaskan susu dan cream hingga berbuih di tepi periuk.  Masukkan gula dan esen vanilla.  Kacau hingga larut.  Tutup api dan masukkan gelatin cair, kacau hingga rata dan tapis.
4.  Keluarkan gelas dari peti sejuk (pastikan lapisan telah beku), tuang lapisan vanilla.  Simpan di dalam freezer selama 15 minit hingga beku.


5.  Sos Chocolate :  Panaskan cream secara double boiler, masukkan coklat dan kacau hingga larut.  Biarkan suam sedikit.  Keluarkan gelas dari peti sejuk dan tuang sos chocolate di atasnya.
6.  Sentiasa simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.



MENU : ,


/

Kuih Biji Salak Keladi

Post this recipes

Kuih Biji Salak Keladi

Bahan-bahan 
250gm keladi potong kecil dan kukus
80gm tepung sagu
1/4 sudu teh garam
50ml air panas

Kuah
750ml air
180gm gula melaka di racik halus
1 helai daun pandan
1/4 sudu teh garam halus
1 1/2 sudu besar tepung sagu + 2 sudu besar air (larutkan)
1 sudu besar bijan di sangai untuk taburan

Kepala Santan (Sos Santan)
200ml santan KARA
150ml air
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu teh tepung beras + 2 sudu teh air (larutkan)

Cara-cara :
1.  Biji Salak :  Lenyek keladi ketika masih panas, masukkan tepung sagu dan garam.  Gaul rata.
2.  Masukkan air panas sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.  Ambil sebesar ibu jari dan bentukkan lonjong seperti biji salak.  Buat hingga habis.
3.  Kuah :  Masak air, gula melaka, daun pandan dan garam hingga mendidih.  Keluarkan daun pandan.  Masukkan biji-biji salak dan masak hingga terapung.
4.  Masukkan larutan tepung sagu untuk memekatkan kuah.  Biar mendidih.
5.  Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sos santan dan taburan bijan.
6.  Sos Santan :  Satukan semua bahan sos santan dan masak hingga mendidih.


MENU : ,


Theme Design by
Brand by citarasawan
Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen CCA 3.0
On top