kongsi resepi | sukatan bahan/conversion Write something :)

Archive for September 2011

/

Kek Keju Cheese Crackers / Cheese Crackers Cheese Cake

Post this recipes


Kek Keju Cheese Crackers / Cheese Crackers Cheese Cake 

Bahan-bahan
250gm krim keju
100gm mentega
40gm gula kaster
125ml whipping cream / thickened cream - di pukul hingga kental
2 sudu besar susu pekat manis
100gm blueberry filling atau yang disukai
160gm biskut cheese cracker (2 paket kecil)
1/2 cawan susu segar - untuk merendam biskut


1 sudu besar gelatin halal - brand Nur, Nona atau Kijang Emas
40ml air panas.

Cara :  Masukkan air panas ke dalam mangkuk, tabur dengan gelatin, kacau hingga gelatin larut.  Ketepikan.

Loyang loose base tin 7"

Cara-cara :
1.  Pukul krim keju, mentega dan gula kaster hingga lembut dan licin.  Masukkan susu pekat manis di ikuti blueberry filling dan gelatin.  Putar hingga sebati.  Kemudian kaup balikkan dengan whipping krim hingga rata.
2.  Celup biskut beberapa saat di dalam susu segar.

3.  Atur memenuhi dasar loyang.


4.  Ratakan adunan krim keju di atasnya.


5.  Ulangi menyusun dan melapis sehingga habis.  Hias dengan kepingan biskut di atasnya.


6.  Simpan di dalam peti sejuk semalaman.  Potong menggunakan pisau yang dicelup dengan air panas dan dilap.
7.  Sentiasa simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.

MENU : ,


/

Sushi Telur Ikan /Tobiko Sushi

Post this recipes


Sushi Telur Ikan /Tobiko Sushi

Bahan-bahan
2 cawan beras jepun
2 1/2 cawan air
4 sudu besar cuka makan
2 sudu besar gula kaster
1 sudu kecil garam

Bahan Isi
1 biji avocado di hiris memanjang
1/2 batang timun jepun di potong memanjang
beberapa batang crab stik
1 paket Tobiko (telur ikan oren)
1 paket nori


Telur ikan / Tobiko


Bamboo Mat untuk mengulung sushi
Plastik wrap
1 mangkuk air

Cara-cara :  Step by step please refer to this site http://norecipes.com/blog/2009/09/04/california-roll-recipe/

1.  Satukan cuka, gula dan garam, gaul rata.  Ketepikan.
2.  Cuci beras dan masak seperti nasi biasa.  Apabila masak gaulkan dengan larutan cuka tadi hingga rata.
3.  Sediakan bamboo mat, alas dengan plastik wrap di atasnya.  Letak sekeping nori, celup tangan dalam mangkuk air supaya nasi tidak melekat.  Ambil sekepal tangan, letak dan ratakan ke atas kepingan nori.  Kemudian tabur dengan tobiko hingga rata.


4.  Terbalikkan biar bahagian nasi berada di bawah dan nori di atas.  Susun avocado, timun dan crab stick memanjang.  Gulung dengan kemas dan padat.
5.  Potong menggunakan pisau yang tajam.  Hidang bersama soya sos dan wasabi.




*** Bahan-bahan Sushi boleh di beli di Pasaraya Jusco 

MENU : ,


/

Takoyaki (Octopus Balls)

Post this recipes


Takoyaki (Octopus Balls)
Sumber :  Zaliana (batter) dan Kak Ina KL (Isi)

Bahan isi
100gm sotong kurita /sotong/udang - di potong kecil
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos okonomoyaki
beberapa titik minyak bijan
sedikit pewarna merah

Cara-cara :
1.  Toskan sotong, gaul bersama bahan yang lain.  Masak di atas api sederhana hingga hampir kering.  Angkat dan ketepikan untuk diguna sebagai isi tako.

Bahan Adunan Batter
150gm tepung gandum
25gm tepung jagung
1 biji telur
200ml susu segar
200ml air / air rebusan kulit udang
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
1 sudu teh garam


Sampingan
Bonito Flakes
Mayonis
Sos Okonomoyaki
Nori halus
Isi udang/crab stik/sosej/isi ayam atau cheese
Daun bawang/Kobis di hiris halus
Minyak untuk meleser acuan
2 batang lidi satay
Acuan Tako

Sos Okonomoyaki boleh di gantikan dengan campuran sos tiram,sos hoisin dan seasoning

Cara-cara :
1.  Satukan semua bahan batter dan kisar dengan blender.   Rehatkan adunan di dalam blender supaya senang di tuang ke dalam acuan tako.
2.  Panaskan acuan tako, leser dengan sedikit minyak.  Tuang 1/2 adunan batter, masukkan bahan isi sotong, crab stik dan taburkan dengan daun kobis atau bawang.


3.  Kemudian penuhkan acuan dengan adunan batter hingga melimpah biarkan seketika, kikis lebihan adunan ke dalam acuan kemudian balikkan dengan 2 batang lidi satay.

4.  Letakkan sedikit minyak untuk mengaringkan tako, balikkan adunan tako beberapa kali hingga masak sekata dengan lidi satay.
5.  Atur tako di dalam pinggan, picit dengan sos, mayonis dan tabur bonito flakes dan nori di atasnya.


Sos Okonomiyaki - RM9.90

Bonito Flakes - RM7.90

Nori Halus - RM9.80



*** Bahan-bahan Tako boleh di beli di Pasaraya Jusco di bahagian Japanese Food

MENU : ,


/

Pulut Sekaya Asli Kelantan

Post this recipes


Pulut Sekaya Asli Kelantan

Lapisan Bawah
500gm beras pulut - di rendam semalaman
200ml santan KARA
300ml air
2 sudu kecil garam halus

Lapisan Atas
6 biji telur itik
4 biji telur ayam
400ml santan KARA
400gm gula kabung thai / gula melaka - racik halus
2 helai daun pandan - di tumbuk
3 kuntum bunga cengkih - di ketuk sedikit
1/4 sudu teh garam halus

Loyang 10 x 10'

Cara-cara :
1.  Satukan semua lapisan atas, kukus selama 25 minit.  Angkat dan pindahkan ke dalam loyang lain yang telah di gris dengan minyak masak.  Gaul pulut hingga rata dan tekan padat ke dasar loyang.
2.  Lapisan Atas :  Satukan telur, bunga cengkih dan daun pandan yang di tumbuk, kocok ringan.  Ketepikan.
3.  Kisar gula melaka dan santan hingga gula larut.   Tuang ke dalam adunan telur, gaul rata dan masukkan sedikit garam.
4.  Tapis dan tuang ke atas lapisan bawah dan kukus semula selama 30 minit dengan api sederhana.  Tidak perlu menutup dengan aluminium foil, jika terdapat takungan air pada permukaan serapkan dengan tisu dapur.

*** boleh menggunakan kesemua telur ayam tetapi selepas di kukus sekaya akan mendap sedikit.
*** sekaya kelantan agak manis, boleh kurangkan gula jika tidak suka manis.


Gula Kabung Thai ada di jual di Pasaraya Tesco

MENU : ,


/

Pulut Sekaya Keledek

Post this recipes


Pulut Sekaya Keledek


Lapisan Bawah
250gm beras Pulut - di rendam 2 jam, toskan
100ml santan KARA
100ml air
1 sudu teh garam halus
1 helai daun pandan

Lapisan Atas
3 biji telur itik
2 biji telur ayam
250gm gula kabung thai / gula melaka - racik halus
200ml santan KARA
1/4 sudu teh garam
1 biji keledek sederhana - potong kecil dan di celur separuh masak

Cara-cara :
1.  Satukan bahan lapisan bawah, kukus selama 25 minit.  Keluarkan pulut dan pindahkan ke loyang lain yang telah digris dengan minyak, gaul rata.  Tekan padan ke dasar  loyang dan ratakan.
2.  Atur hirisan keledek di atasnya.  Ketepikan.
3.  Lapisan atas :  Kocok ringan telur dalam mangkuk.  Kisar gula melaka, garam dan santan hingga gula larut, masukkan ke dalam adunan telur, gaul rata.  Tapis dan tuang ke atas lapisan bawah.
4.  Kukus semula selama 30 minit (tidak perlu tutup dengan aluminium foil) jika terdapat takungan air pada permukaan kuih, serapkan dengan tisu dapur.

*** keledek boleh diganti dengan keladi atau labu
*** telur itik boleh diganti dengan kesemua telur ayam tetapi jangan mengocoknya terlalu lama.

MENU : ,


/

Pulut Sekaya Labu

Post this recipes


Pulut Sekaya Labu

Lapisan Bawah
250gm beras Pulut - di rendam 2 jam, toskan
100ml santan KARA
150ml air
1/2 sudu teh garam halus
1 helai daun pandan

Lapisan Atas
3 biji telur itik
2 biji telur ayam
250gm gula kabung thai / gula melaka - racik halus
200ml santan KARA
1/4 sudu teh garam
2 hiris labu - potong dan di celur separuh masak

Cara-cara :
1.  Satukan bahan lapisan bawah, kukus selama 25 minit.  Keluarkan pulut dan pindahkan ke loyang lain yang telah digris dengan minyak, gaul rata.  Tekan padan ke dasar  loyang dan ratakan.
2.  Atur hirisan labu di atasnya.  Ketepikan.
3.  Lapisan atas :  Kocok ringan telur dalam mangkuk.  Kisar gula melaka, garam dan santan hingga gula larut, masukkan ke dalam adunan telur, gaul rata.  Tapis dan tuang ke atas lapisan bawah.
4.  Kukus semula selama 30 minit (tidak perlu tutup dengan aluminium foil) jika terdapat takungan air pada permukaan kuih, serapkan dengan tisu dapur.



*** rasa labu agak tawar, jika suka manis boleh di tambah dengan 50gm gula pasir.
*** telur itik boleh diganti dengan kesemua telur ayam tetapi jangan mengocoknya terlalu lama.

MENU : ,


/

Masak Lemak Labu Pucuk Manis

Post this recipes


Masak Lemak Labu Pucuk Manis

Bahan-bahan
1 ikat pucuk manis
3 hiris labu kuning - di potong
2 tangkai cili merah
1 labu bawang besar - di hiris
800ml santan sederhana pekat
100gm udang / ikan bilis
garam secukup rasa

Cara-cara :
1.  Masukkan santan, bawang, cili, udang dan labu ke dalam periuk.  Biarkan mendidih dengan api perlahan.
2.  Masukkan pucuk manis dan perasa dengan garam.




/

Egg Tofu with Sang Choy

Post this recipes


Egg Tofu with Sang Choy

Bahan-bahan
4 ulas bawang putih di cincang
1 paket egg tofu - di potong bulat
10 pelepah sayur sang choy
Broccoli jika suka
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap masin
100ml air
secubit garam

Cara-cara :
1.  Celur broccoli dan sang choy berasing sebentar, kemudian toskan.
2.  Goreng tauhu telur hingga keperangan.  Angkat dan ketepikan.
3.  Kemudian goreng bawang putih hingga garing, Angkat dan toskan.
4.  Masukkan minyak bijan, sos tiram, kicap masin, air dan secubit garam ke dalam kuali, biarkan mendidih.
5.  Atur sayur dan tauhu ke dalam pinggan, tabur dengan bawang putih goreng dan tuangkan sosnya.

MENU : ,


/

Nasi Lemak Basmathi

Post this recipes


Nasi Lemak Basmathi 

Bahan-bahan
2 cawan beras Basmathi
1 cawan santan pekat
2 cawan air***
1 1/2 sudu teh garam
2 hiris halia di mayang
2 ulas bawang merah di mayang
1 ulas bawang putih di mayang
1 helai daun pandan disimpul
1 sudu besar minyak masak/minyak sapi/mentega

Cara-cara :
1.  Cuci beras dan toskan.  Masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain (sukatan air tinggi 3cm dari paras beras) sehingga masak.
2.  Hidang bersama sambal ikan bilis,sotong, udang,  kacang dan timun.

** sukatan air perlu ditambah/dikurang mengikut jenis beras.

MENU : ,


/

Kek Lapis Kopi / Coffee Layer Cake

Post this recipes


Kek Lapis Kopi / Coffee Layer Cake

Bahan A
450gm mentega
160gm gula kaster
21 biji kuning telur
4 sudu makan susu pekat manis

Bahan B
160gm gula kaster
10 biji putih telur
1/2 sudu teh serbuk krim of tartar

Bahan C
270gm tepung Hong Kong
4 sudu makan cofeemate
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan D
4 sudu teh cofee emulco
1 sudu teh coklat emulco

Untuk sapuan :  3 sudu makan majerin + 2 sudu makan susu pekat manis
Loyang  9"

Cara-cara :
1.  Satukan bahan A dan pukul hingga kembang dan berkrim.  Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan di pukul hingga sebati.  Tuangkan adunan ke dalam mangkuk besar.  Ketepikan.
2.  Satukan bahan B dan pukul menggunakan kelajuan tinggi (high speed) hingga kembang dan bertanduk.
3.  Satukan bahan C, gaul bersama bahan A (1), kemudian masukkan bahan B (putih telur yang telah di pukul) sedikit demi sedikit sambil di kaup balik hingga bergaul rata.
4.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur bahan D.
5.  Alas dan leser loyang dengan majerin.  Ambil satu cawan adunan asal dan ratakan dalam loyang.  Bakar api atas dan bawah selama 7 minit hingga berwarna perang.
6.  Apabila masak, cucuk dengan garpu dan tekan dengan penekan supaya rata.  Sapu dengan bahan sapuan.
7.  Ambil satu cawan adunan warna kopi dan ratakan di atas lapisan tadi.  Bakar hingga masak dengan api atas sahaja.
8.  Ulangi proses melapis berselang seli warna hingga adunan habis.
9.  Untuk lapisan terakhir, bakar hingga masak, keluarkan dari ketuhar dan tutup loyang adunan dengan aluminium foil kemudian bakar lagi dengan api atas dan bawah selama 15 minit.


MENU : ,


/

Kek Kukus Blackcurrant

Post this recipes


Kek Kukus Blackcurrant

Bahan-Bahan
500gm mentega
720gm tepung gandum
6 biji telur Grade A
1 1/2 cawan gula kaster
2 biji buah pala / 3 sudu kecil serbuk buah pala
1 cawan gula kasar (dijadikan gula hangus)
500gm blackcurrant
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh cream of tartar

Loyang 10" yang telah di gris

Cara-cara :
1.  Ketuk sedikit buah pala, sangai hingga naik bau, kemudian tumbuk hingga halus.
2.  Satukan buah blackcurrant, tepung gandum, serbuk buah pala, soda bikarbonat dan cream of tartar, gaul rata.  Ketepikan.
3.  Pukul mentega dan gula kaster hingga kembang dan gebu, masukkan telur satu persatu, pukul hingga berkrim.
4.  Masukkan adunan mentega tadi ke dalam mangkuk besar, kemudian kaup balik dengan tepung sedikit demi sedikit hingga bergaul rata.
5.  Masak gula hingga perang, tutup api, kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, kacau hingga rata.  Tuang ke dalam adunan kek dan gaul dengan cepat hingga sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang, tutup dengan aluminum foil dan ikat kelilingnya dengan tali,
7.  Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 4 jam.

MENU : ,


/

Puding Labu

Post this recipes


Puding Labu

Bahan A
200 gram labu kuning
300ml susu cair
1 sudu  besar rata serbuk agar-agar
1/2 sudu besar tepung kastard
60 gram gula pasir
1/4 sudu teh garam halus

Bahan B
500ml air
120gm gula melaka di cincang halus
1 sudu besar rata serbuk agar-agar

Cara-cara :
1.  Bahan A :  Kukus labu hingga lembut, ambil isinya dan kisar dengan susu cair, tepung kastard dan gula.  Tapis dan masukkan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, kacau rata dan masak hingga meletup-letup.  
2.  Tutup api dan tuangkan 1/2 adunan ke dalam acuan-acuan kecil.  Biarkan separuh beku.
3.  Bahan B :  Satukan bahan B, masak hingga mendidih, kemudian tapis.  Tuang ke atas adunan labu hingga memenuhi acuan.  Simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.

MENU : , ,


/

Talam Keladi Unggu

Post this recipes


Talam Keladi Unggu

Lapisan Bawah :
Bahan A :
200gm tepung beras
20gm tepung ubi
1 1/2 tsp garam
300 ml santan pekat
550 ml air
70 gm gula kaster

Bahan B:
200gm Keladi (potong kiub, kukus, warnakan ungu, lenyek sedikit)

Loyang 10"

Lapisan Atas:
120gm tepung gandum
200gm gula kaster
3 biji telur B
200 ml santan pekat
300 ml air
1/4 tsp pewarna ungu
1/4 tsp garam

Cara-cara :
1. Lapisan Bawah : Satukan bahan A, gunakan whisk gaul hingga sebati dan tapis.
2. Tuangkan ke dalam loyang dan masukkan bahan B, Kukus selama 30 minit. Angkat
3. Lapisan Atas : Satukan semua bahan lapisan atas dan tapis.
4. Tuangkan ke atas Lapisan Bawah, tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus lagi selama 30 minit.
5. Biarkan sejuk baru dipotong dgn menggunakan pisau plastik yg disapu dgn sedikit minyak supaya potongannya cantik dan tidak melekit.

MENU : ,


/

Sira Labu

Post this recipes


Sira Labu

Bahan-bahan
1 biji labu sederhana
1/2 ketul gula melaka - di racik halus
8 sudu besar gula pasir - kurangkan jika tak suka manis
2 sudu teh garam halus
Daun pandan
kapur makan

Cara-cara :
1.  Cuci kulit labu, potong mengikut bentukknya tanpa mengupas kulitnya.  (nak kupas pun boleh)
2.  Lumurkan labu dengan kapur makan dan sedikit air.  Biarkan selama sejam atau lebih (supaya labu tidak hancur apabila dimasak)
3.  Cuci labu bersih-bersih dan toskan.  Sementara itu lapik dasar periuk dengan beberapa helai daun pandan (supaya labu tidak hangus),  susun labu ke dalam periuk.
4.  Masukkan gula, gula melaka, garam dan 2 sudu makan air (air jangan banyak, nanti labu jadi lembik)
5.  Renehkan dengan api perlahan hingga labu lembut dan airnya hampir kering.

MENU : ,


/

Marble Blueberry Cheese Brownies

Post this recipes



Marble Blueberry Cheese Brownies

Bahan Adunan Brownies
250gm mentega
110gm serbuk koko
300gm gula kaster
100gm jem blueberry atau yg disukai
125ml susu cair
220gm tepung gandum
3 biji telur grade B - di pukul ringan
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikabonat
1 sudu teh esen vanila

Topping Cheese
250gm krim keju
100gm gula kastor
2 biji telur grade B

Cara-cara :
1.  Panaskan oven pada suhu 160C.  Alas dan gris loyang 10 x 10" empat segi.
2.  Ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikabonat.  Ketepikan.
3.  Cairkan mentega, masukkan serbuk koko, gaul hingga rata.  Tutup api, masukkan gula dan jem, gaul rata.
4.  Masukkan telur yang dipukul, susu cair, esen vanila diikuti tepung gandum, kacau dengan whisk hingga rata.  Ketepikan sedikit adunan, masukkan ke dalam piping bag untuk membuat corak marble.
5.  Tuang dan ratakan ke dalam loyang.  Bakar selama 20 minit api atas dan bawah.
6.  Sediakan topping cheese :  Putar krim cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur satu persatu dan putar hingga licin dan tidak berketul.
7.  Tuang dan ratakan ke atas brownies.  Paipkan dengan adunan coklat dan bentukkan corak marble.
8.  Bakar semula selama 15 minit atau hingga masak.



MENU : ,


/

Jus Timun Betik

Post this recipes


Jus Timun Betik

2 hiris timun betik
2 helai daun pudina
1 sudu besar susu pekat manis
1 cawan susu segar

Sirap gula melaka secukupnya
ketulan ais secukupnya

Kisar kesemua bahan di atas kecuali sirap gula melaka.  Tapis, tambahkan ketulan ais dan sirap gula melaka, sedia dihidangkan.

MENU : ,


/

Timun Betik

Post this recipes


Timun Betik


Bahan-bahan
1/2 biji timun betik masak - potong kiub (simpan dalam peti sejuk)
1 kotak susu cair / susu sejat atau santan kotak sejuk
secubit garam
ketulan ais secukupnya
sirap gula melaka secukupnya

Masukkan kiub timun betik dan ketulan ais di dalam gelas.  Tuang susu cair atau santan pekat dan sirap gula melaka, sedia dihidangkan.

*** jika guna santan, panaskan dahulu dan sejukkan.

MENU : ,


/

Kek Alunan Kasih

Post this recipes


Kek Alunan Kasih
Resipi Asal : Pn. Mastura Yasak - FB {Kongsi Resepi})
Sumber : AmFlora, K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan
250gm mentega
1 1/2 cawan gula kaster
5 biji telur
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu cair
Pewarna biru, pink dan kuning
serbuk koko secukupnya dan penapis

Loyang 8" - K1 guna loyang bulat

Cara-cara :
1.  Panaskan oven pada suhu 160C.  Gris dan alas dasar loyang dengan kertas minyak.
2.  Pukul mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.  Masukkan esen vanila, telur satu persatu dan putar hingga rata.
3.  Ayak tepung dan baking powder, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega berselang seli dengan susu cair, putar hingga bergaul rata.
4.  Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan biru, pink dan kuning atau warna yang disukai.
5.  Masukkan adunan biru dan ratakan.  Ayak serbuk koko memenuhi permukaan adunan.
6.  Masukkan pula adunan pink, ratakan perlahan-lahan (supaya lapisan serbuk koko pada lapisan pertama  tidak terangkat) kemudian ayak serbuk koko ke atasnya.
7.  Akhir sekali masukkan adunan kuning, ratakan dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak.


Tip dari Amflora :
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratkan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.


MENU : ,


/

Baked Tiramisu Cheesecake

Post this recipes


Baked Tiramisu Cheesecake Resepi Tiramisu, Resipi Tiramisu, Macam mana nak buat Tiramisu, Tiramisu recipes



Bahan-bahan
30 keping biskut ladyfingers
250gm krim keju / mascarpone - suhu bilik
100ml krim masam (sour cream) atau 100ml UHT whipping cream + 1 Tbsp jus lemon
60gm gula caster
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur Grade B

Sirap Kopi
2 tsp serbuk kopi segera nescafe
2 tsp serbuk kopi espresso, jika suka
250ml air
1 sudu besar gula pasir
(Didihkan semua bahan, kemudian sejukkan dahulu)

Hiasan :  250ml topping whipping cream, serbuk coklat atau koko
        
Loyang loose base tin 7"

Cara-cara :
1.  Sediakan loose base tin, patahkan dan atur biskut ladyfingers memenuhi dasar loyang.  Penuhi dengan serpihan biskut di tempat kosong.  Ambil sudu kecil, tuang sirap kopi ke atas biskut, buat hingga habis.


2.  Putar krim keju dan gula hingga licin dan tidak berketul, masukkan telur satu persatu di ikuti krim masam dan esen vanila, scrap tepi pengisar dan putar hingga licin dan tidak berketul.


3.  Bahagikan adunan krim keju kepada 2 bahagian, tuang 1 bahagian ke atas biskut yang telah di susun di dalam loyang.  Ratakan dan hentakkan sedikit loyang supaya krim keju rata ke dasar loyang.
4.  Untuk lapisan kedua, celup ringan ladyfingers dengan sirap kopi, kemudian susun ke atas lapisan krim keju hingga penuh.


5.  Akhir sekali, tuangkan lebihan krim keju ke atas permukaan biskut, ratakan dan hentak sedikit loyang supaya rata.


6.  Bakar secara bain marie pada suhu 160C selama 50 minit atau hingga permukaan atas kekuningan.
7.  Tutup api ketuhar, rengangkan sedikit pintu ketuhar dan biarkan kek menyejuk di dalamnya.
8.  Kemudian simpan di dalam peti sejuk semalaman.
9.  Untuk hiasan :  Pukul whip topping cream hingga kembang 2 kali ganda, sapu pada permukaan kek, kemudian ayak serbuk koko di atasnya.  Hias mengikut suka.


*** boleh juga mengunakan dasar kek sponge atau biskut.  Jika ingin rasa kopi yang lebih kuat, tambahkan sukatannya.

MENU : , ,


Theme Design by
Brand by citarasawan
Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen CCA 3.0
On top