kongsi resepi | sukatan bahan/conversion Write something :)

Archive for August 2011

/

Biskut Dam - Step by step / Checkeredboard Cookies

Post this recipes


Biskut Dam - Step by step / Checkeredboard Cookies

Bahan Doh Vanila
500gm tepung gandum
50gm tepung kastard
50gm tepung susu/creamer
380gm mentega
150gm gula ising
1 biji kuning telur
2 tsp esen vanila

Bahan Doh Coklat
480gm tepung gandum
50gm tepung susu/creamer
30gm serbuk koko
380gm mentega
100gm gula ising
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanila

Cara-cara
1.  Doh Vanila :  Pukul mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan kuning telur, gaul rata.  Masukkan tepung yang telah di ayak dan uli hingga menjadi doh.  Biarkan selama 15 minit.
2.  Doh Coklat :  Pukul mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan kuning telur, gaul rata.  Masukkan tepung yang telah di ayak dan uli hingga menjadi doh.  Biarkan selama 15 minit.
3.  Ambil doh vanila, canai setebal 1cm dengan lebar 5" in dan panjang 6" in (5" x 6" x 1cm).  Buat sebanyak 3 kepingan doh vanila.  Bungkus dengan kertas minyak atau plastik dan simpan dulu di dalam peti sejuk selama 1 jam.
4.  Ambil doh coklat, canai setebal 1cm dengan lebar 5" in dan panjang 6" in (5" x 6" x 1cm).  Buat sebanyak 3 kepingan doh coklat.  Bungkus dengan kertas minyak atau plastik dan simpan dulu di dalam peti sejuk selama 1 jam.
5.  Keluarkan kedua-dua doh vanila dan coklat.  Susun seperti dalam gambar :  (a)  Vanila, Coklat, Vanila dan (b) Coklat, Vanila, Coklat.
6.  Susun ketiga-tiga kepingan (a) dan juga (b) menjadi satu seperti dalam gambar.

7.  Ukur doh coklat dan doh vanila selebar 1cm dan tandakan kepada 10 kepingan (stripes) seperti dalam gambar.  Potong seperti gambar di bawah.  Buat hingga mendapat 10 kepingan doh coklat dan 10 kepingan doh vanila.
 8.  Susun bertindih berselang warna menjadi sebatang seperti dalam gambar dan bungkus dengan kertas minyak atau plastik.  Simpan di dalam peti sejuk sehingga mengeras sedikit.
 9.  Keluarkan dari peti sejuk dan potong setiap batang setebal 1 cm.  Buat sehingga habis.

10.  Susun di dalam loyang yang telah di gris dan bakar pada suhu 140C selama 25 minit.  Jangan bakar terlalu lama sehingga doh vanila keperangan kerana tidak dapat hasil yang kontras antara warna vanila dan coklat.
*** tepung susu agak berketul selepas di adun dengan mentega, boleh tukarkan kepada creamer seperti coffee mate yang lebih halus.

*** Biskut ini agak besar, jika ingin bersaiz lebih kecil tukar ketebalannya menjadi 1/2 cm.  Biskut ini mengambil masa yang agak lama, jangan terburu-buru membuatnya...  selamat mencuba,, Kak Wan

MENU : ,


/

Biskut Tart Bunga Coklat / Chocolate Flower Tart Cookies

Post this recipes

Biskut Tart Bunga Coklat / Chocolate Flower Tart  Cookies

Bahan A
125gm mentega
80gm gula kaster
1 biji kuning telur
1/2tsp esen vanilla

Bahan B(di ayak)
200gm tepung gandum
20gm tepung jagung

Hiasan : Coklat masakan dan manik berwarna

Cara-cara :
1. Pukul bahan A hingga berkrim, Masukkan bahan B dan uli menjadi doh yang lembut.
2. Canai dan terap dengan acuan bunga pecah lima/enam dan masukkan ke dalam papercup.  Tekan sedikit di tengahnya membentuk lubang kecil.
3. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu pada 140c selama 30 minit.
4. Setelah biskut sejuk paipkan coklat masakan kedalam biskut dan taburkan manik warna-warni.


MENU : ,


/

Biskut Lingkaran / Pinwheel Cookies

Post this recipes


Biskut Lingkaran / Pinwheel Cookies

Bahan Doh Vanila
300gm tepung gandum / rose
30gm tepung kastard
20gm tepung susu/creamer
190gm mentega
70gm gula ising
1 biji kuning telur Grade C
1 tsp esen vanila

Bahan Doh Coklat
300gm tepung gandum / rose
20gm tepung susu/creamer
20gm serbuk koko
190gm mentega
50gm gula ising
1 biji kuning telur Grade C
2 tsp coklat emulco

Cara-cara
1.  Doh Vanila :  Pukul mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan kuning telur, gaul rata.  Masukkan tepung yang telah di ayak dan uli hingga menjadi doh.  Biarkan selama 15 minit.
2.  Doh Coklat :  Pukul mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan kuning telur, gaul rata.  Masukkan tepung yang telah di ayak bersama serbuk koko dan coklat emulco, uli hingga menjadi doh.  Biarkan selama 15 minit.
3.Ambil doh vanila, canai di atas sekeping kertas minyak setebal 1cm berbentuk empat segi (retangle).  Ambil doh coklat, letakkan di atas doh vanila, leper dan ratakan dengan hujung jari, tinggalkan 1/2 in tepi doh vanila.  Kemudian canai doh hingga rata.
4.  Gulung doh tadi seperti mengulung swiss roll pada bahagian yang panjang.  Gerakkan kertas minyak kedepan sambil di tekan dengan padat.  Buat satu gulungan yang panjang dan simpan di dalam peti sejuk hingga keras.
5.  Keluarkan dari peti sejuk, biarkan seketika kemudian gulung sekali lagi supaya bahagian dasarnya tidak leper.
6.  Potong menggunakan benang atau pisau plastik setebal 2.5sm.
7.  Bakar pada suhu 150C selama 20-25 minit atau hingga masak.

** Jika ingin menggunakan pewarna, ketepikan serbuk koko dan coklat emulco. Tambahkan gandum dan gantikan dengan pewarna atau emulco yang disukai.

MENU : ,


/

Biskut Donut / Snow White Cookies

Post this recipes

Biskut Donut / Snow White Cookies

Bahan A
150gm mentega
30gm shortening
100gm gula kaster
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh emplek

Bahan B
200gm tepung gandum
60gm tepung jagung
30gm nestum (dikisar)
3 sudu besar susu tepung

Hiasan : Coklat masakan putih dan manik warna hundred thousand

Cara -cara :

1.  Satukan bahan A dan pukul hingga sebati. Masukkan bahan B dan uli sebati sehingga menjadi doh.
2.  Canai dan terap dengan acuan bulat berlubang. Bakar pada suhu 150c selama 20 minit. Sejukkan.
3.  Celup biskut dgn coklat putih yang dicairkan secara double boiler. Taburkan manik warna warni.
4.  Biar coklat beku baru di simpan di dalam bekas.

MENU : ,


/

Biskut Strawberry Fingers / Strawberry Fingers Cookies

Post this recipes


Biskut Strawberry Fingers / Strawberry Fingers Cookies

Bahan A
250gm mentega
10gm shortening
150gm gula kaster
1 tsp strawberry emulco
1/4 tsp pewarna pink/merah
50gm serbuk badam/serbuk gajus

Bahan B
300gm tepung red rose
40gm tepung kentang
50gm susu tepung
50gm tepung jagung


Hiasan :  Coklat masakan Strawberry pink atau (coklat masakan putih + pewarna pink + strawberry emulco) dan breadcrumb putih

Cara-cara
1.  Pukul bahan A hingga berkrim.  Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh. 
2.  Canai dan terap dengan acuan di sukai.
3.  Bakar pada suhu 140C selama 30 minit.
4.  Sejukkan biskut dan celup dengan coklat masakan yang di cairkan secara double boiler dan golekkan biskut ke dalam breadcrumb.

MENU : ,


/

Strawberry Layer Cookies / Biskut Lapisan Strawberry

Post this recipes


Strawberry Layer Cookies

Bahan-bahan
200gm mentega
90gm gula icing
200gm tepung gandum rose
80gm tepung sagu
50gm cornflake kisar halus
60gm serbuk badam/gajus
1 sudu teh strawberry emulco

Topping: strawberry / blueberry filling, croquant atau jem

Cara-cara :
1. Pukul  mentega dan gula hingga berkrim, masukkan tepung dan bahan lain dan uli lembut.
2. Alas acuan (10 x 10') dengan kertas minyak dan biarkan lebihan kertas 1" keluar dari loyang.  (lihat step cappucino slice)
3. Ambil doh seberat 550-600gm dan canaikan doh ke dalam acuan dan ratakan.
4. Masukkan pemotong (cutter)  dan tekan padat ke atas biskut.
5. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 140c selama 40minit atau sampai kekuningan.
6. Setelah biskut sejuk bukakan cutter dan tuangkan strawberry filling atau jem dan ratakan.
7. Masukkan balik cutter kedalam acuan dan taburkan cheese parut dan croquant.  Keluarkan kembali cutter dan bakar (tanpa cutter) selama 15 minit lagi.


*** Biskut tidak di bakar bersama cutter untuk mengelakkan jem dari melekat di cutter, sapu permukaan biskut dengan menggunakan brush supaya lebih rata.

*** Jika menggunakan jem biasa, pastikan memilih jem yang halus, whiskkan jem hingga licin dan tidak berketul sebelum di sapu ke atas permukaan biskut.

MENU : ,


/

Biskut Twist Tart / Twist Tart Cookies

Post this recipes


Twist Tart Cookies

Bahan-bahan
250gm mentega
110gm gula ising di ayak dahulu
1/2 tsp esen vanila
200gm tepung red rose
100gm cornflakes / nestum di kisar halus
4 tbsp susu sejat Ideal (optional)

Hiasan :  Cawan kertas dan jam strawberry/blueberry

Cara-cara
1.  Pukul mentega dan gula hingga ringan dan kembang.  Masukkan tepung yang telah di ayak dan kaup balik berselang seli dengan susu sejat.  Gaul sebati.
2.  Rehatkan adunan selama 30 minit di dalam peti sejuk.  Keluarkan dan uli hingga lembut.
3.  Masukkan ke dalam piping bag dan picit menggunakan nozzle bergerigi bermula dari tengah cawan kertas.  Buat sedikit lubang di tengahnya dan letakkan inti jam.
4.  Bakar pada suhu 180C selama 25-30 minit atau hingga atasnya keperangan.

 *** Jika tidak menggunakan susu sejat, rehatkan selama 15 minit saja, dan terus paipkan ke dalam cawan kertas sebelum dibakar.

MENU : ,


Theme Design by
Brand by citarasawan
Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen CCA 3.0
On top