kongsi resepi | sukatan bahan/conversion Write something :)

Archive for May 2011

/

Sardin Gulung Bakar / Baked Sardine Roll

Post this recipes


Sardin Gulung Bakar / Baked Sardine Roll

Bahan-bahan
300gm tepung gandum
120gm marjerin / mentega sejuk
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar air ais (air dari peti sejuk)

Inti Sardin
1 tin sardin sederhana
1/2 biji cili merah di cincang
1/2 biji bawang besar di cincang
1 sudu kecil jus limau nipis
1/2 sudu teh garam / secukup rasa
sedikit lada sulah

1 biji kuning telur untuk glis

Cara-cara :
Inti Sardin :  Lecek sardin (keluarkan dulu sosnya), gaul bersama bahan-bahan yang lain hingga rata.  Jika inti agak kering tambahkan sedikit sosnya.

1.  Doh Pastri :  Gaul dan ramas marjerin ke dalam tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.  Masukkan sedikit garam dan air sejuk dan uli hingga menjadi doh.
2.  Canai pastri hingga 3mm tebal dan potong persegi 4 x 4in.  Isikan setiap potongan pastri dengan inti sardin.



3.  Sapu tepi pastri dengan putih telur dan gulung kemas.  Letakkan ke atas dulang pembakar dan glis atasnya dengan kuning telur.  Buat 2 atau 3 cucukan di atas permukaan pastri dengan garpu.


4.  Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180C di tingkat atas selama 10 minit.  Kemudian keluarkan dari oven dan sapu lagi dengan kuning telur (supaya warnanya kuningnya lebih terang)  Kurangkan suhu kepada 130C dan bakar lagi selama 15 minit atau hingga masak.

** Doh pastri agak keras tetapi jangan di tambah air.  Doh akan ranggup selepas dibakar.

MENU : ,


/

Spageti Jambari

Post this recipes

Spageti Jambari

Bahan - bahan 

5-6 sudu besar pes
Spageti(direbus)
Keropok
Daun Bawang dan daun Limau
3 potong tauhu goreng
sepotong Limau Kasturi/lemon
3 ekor udang
separuh telur rebus
satu sudu kecil bawang goreng

Cara-cara

1. Masukkan 6 sudu pes kedalam kuali dengan sup udang sehingga mendidih.
2. Sediakan Spageti di dalam mangkuk bersama tauhu goreng.
3. Curahkan pes tadi kedalam mangkuk spageti.
4. Letakkan limau, bawang goreng,daun bawang dan daun sup di atas spageti.
5. Kemudian letakkan keropok..
6.Siap Untuk dihidang...


Penyumbang : wanamansor82@gmail.com
www.iresepi.blogspot.com

MENU : ,


/

Biskut Coklat Urai / Chocolate Rice Cookies

Post this recipes


Biskut Coklat Urai / Chocolate Rice Cookies

Bahan A
125gm mentega
50gm gula ising
1 biji kuning telur
1 sudu teh coklat emulco

Bahan B
120gm tepung gandum
25gm tepung kentang
25gm tepung jagung
10gm susu tepung
50gm badam kisar (sangai dahulu)
50gm coklat urai

Hiasan :  Coklat cips secukupnya

Cara-cara :
1.  Pukul mentega dan gula hingga berkrim, masukkan kuning telur dan coklat emulco, putar hingga sebati.
2.  Masukkan ke dalam bahan B dan uli hingga sebati.  Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bentuk bintang dan picit ke atas dulang pembakar yang di leser dengan marjerin/shortening.
3.  Bakar pada suhu 160C selama 20 - 25 minit.

** Lebih mudah jika menggunakan nozzle yang lebih besar dan boleh ditekan dengan jari.  Selepas beberapa ketika doh akan menjadi keras dan sukar di picit menggunakan piping bag.



MENU :


/

Biskut Mama Carey

Post this recipes


Biskut Mama Carey

Bahan A
200gm mentega
100gm gula kaster
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila

Bahan B - di ayak
260gm tepung gandum / red rose
50gm tepung jagung
50gm tepung susu

Aising Hiasan
1 biji putih telur
90gm gula icing
1 sudu besar tepung jagung

Hiasan :  Coklat emulco / manik hundred thousand

Cara-cara :
1.  Pukul mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan kuning telur dan esen vanila, pukul hingga sebati.
2.  Masukkan ke dalam bahan B dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.  Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
3.  Canai dan terap dengan acuan berbentuk hati atau disukai.  Susun di dalam dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu.
4.  Bakar biskut setengah masak selama 10 minit.  Keluarkan dari oven dan paipkan aising hiasan, tabur dengan manik atau gunakan lidi kecil yang dicelup ke dalam coklat emulco dan buat lorekan diatas permukaan aising tadi.
5.  Bakar semula selama 15 minit hingga masak.
6.  Membuat Aising :  Pukul putih telur hingga kembang, masukkan gula icing dan tepung jagung.  Pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan tidak menitik.  Masukkan ke dalam piping bag dan paip ke atas permukaan biskut.


MENU : ,


/

Kuih Talam Kacang Hijau

Post this recipes


Kuih Talam Kacang Hijau

Bahan A (Lapisan Bawah)
200gm kacang hijau yang direbus dan dikisar halus
250gm tepung beras
70gm tepung ubi
300ml santan pekat KARA
200ml air
pewarna hijau
1/4 sudu teh garam

Bahan B
300gm gula
250ml air
2 helai daun pandan

Bahan Lapisan Atas
100gm tepung beras
20gm tepung ubi
400ml santan pekat KARA
100ml air
1/2 sudu teh garam

Loyang 10"

Cara-cara :
1.  Lapisan Bawah :  Satukan bahan A, kecuali kacang hijau, gaul rata.  Masak bahan B hingga mendidih, ketepikan daun pandan.  Masukkan ke dalam bahan A dan tapis.
2.  Masukkan kacang hijau dan gaul hingga rata.  Bahagikan kepada 2 bahagian, satu bahagian di masukkan pewarna hijau dan satu bahagian lagi dibiarkan warna asal.
3.  Tuang 1/2 bahagian warna hijau ke dalam loyang yang telah dileser dengan minyak, kukus selama 5 minit.
4.  Tuang 1/2 bahagian warna asal dan kukus selama 5 minit.  Ulangi melapis berselang seli hingga habis.
5.  Lapisan Atas :  Satukan semua bahan lapisan atas, tapis dan tuang ke atas lapisan bawah.  Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
6.  Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.

MENU : ,


/

Kuih Serimuka Pelangi

Post this recipes


Kuih Serimuka Pelangi
Sumber : Chef Hanieliza

Bahan-bahan:
Lapisan Bawah
2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
2 cawan santan cair
1 s/k garam

Lapisan Pelangi
4 cawan santan pekat
1 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung kastad
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam

pewarna
kuning..hijau..merah ..coklat paste

Cara
1. Masukkan semua bahan bawah dalam loyang dan kukuskan.
2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat.
3. Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan.
4. Bahgaikan adunan lapisan pelangi kepada 4 mangkuk
5. Masukkan setiap mangkuk dengan 1 warna.
6. Kukus semula pulut yg telah dimanpatkan.
7. Lapiskan dengan warna hijau dan kukus selama 10 minit dengan api perlahan.
8. Buat lapisana seterusnya sehingga habis.
9. Bila telah habis semua adunan sejukkan betui2 [dalam 4 jam] baru dipotongkan.
10. Hidangkan untuk minum petang"

MENU : ,


/

Kuih Talam Sagu Berlapis

Post this recipes


Kuih Talam Sagu Berlapis

Bahan-bahan
80gm sago

Bahan A
230gm tepung beras
100gm tepung ubi / tepung sagu
400ml santan pekat KARA
350ml air

Bahan B
350gm gula
300ml air
3 helai daun pandan

Loyang 9" empat segi

Cara-cara :
1.  Didihkan air yang banyak, masukkan sago dan masak hingga sago menjadi jernih.  Tos dan siram dengan air paip.  Ketepikan.
2.  Masak bahan B hingga gula larut.  Ketepikan.
3.  Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapis.
4.  Ketepikan 300ml adunan untuk lapisan atas, masukkan pewarna hijau dan esen pandan.  Ketepikan.
5.  Kemudian masukkan sago yang di toskan tadi ke dalam baki adunan.  Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna hijau dan merah atau warna di sukai.
6.  Tuang 1/2 bahagian dari adunan hijau ke dalam loyang 9" yang telah dileser dengan sedikit minyak.  Kukus selama 5 minit.
7.  Tuang 1/2 bahagian dari adunan merah, kukus selama 5 minit.  Ulangi melapis adunan hijau dan merah berselang seli hingga habis.
8.  Akhir sekali tuang adunan lapisan atas, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.  Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.

MENU : ,


/

Dulce De Leche Cheesecake

Post this recipes



Dulce De Leche Cheesecake

Bahan Dasar (Base)
150gm biskut digestive
50gm corflakes
100gm mentega cair

Bahan Kek Keju
500gm krim keju (suhu bilik)
20gm gula perang / kastor
1 sudu besar tepung jagung
3 biji telur pukul sedikit
200ml UHT whipping cream (pukul dahulu hingga pekat)

(a).  80gm coklat masakan putih (dicairkan secara double boil) + 1 sudu teh esen vanila
(b).  100gm dulce de leche + 1 sudu teh mocha paste / coffee paste

Loyang bulat 8" (Loose base tin)

Cara-cara :
1.  Base :  Kisar biskut dan conflakes hingga halus, gaul bersama mentega cair hingga rata.  Kemudian tekan ke dasar loyang hingga padat.  Bakar selama 15 minit pada suhu 140C.  Angkat dan ketepikan.
2.  Adunan Kek :  Pukul krim cheese, gula dan tepung jagung hingga licin dan tidak berketul.  Masukkan  telur satu persatu, pukul hingga rata, kemudian masukkan whipping cream, kaup balik hingga bergaul rata.
3.  Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.  Dua bahagian di masukkan bahan (a), gaul rata.  Satu bahagian lagi di masukkan bahan (b), gaul rata.
4.  Tuang 1 bahagian dari (a) ke atas dasar biskut, ratakan. Kemudian tuang pula bahagian dari bahan (b) dan ratakan menggunakan spatula plastik.  Akhir sekali tuang baki dari bahan (a), ratakan seperti di atas.
5.  Untuk membuat corak di atasnya, ambil sedikit dulce de leche, masukkan ke dalam piping bag dan gunting sedikit muncungnya.  Picit ke atas permukaan kek dan lorek mengikut bentuk di sukai.
6.  Bakar menggunakan kaedah bain-marie selama 1 jam.  Tutup oven dan biarkan kek di dalamnya selama 30 minit.
7.  Keluarkan dari oven dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.

MENU :


/

Green Cream Puff

Post this recipes


Green Cream Puff
Sumber :  Rima@Bisous A Toi

Bahan-bahan
100gm mentega
130ml air
110 tepung gandum
3 biji telur B
1/4 sudu teh garam
2 titik pewarna hijau (K1 tambah)

Topping
50gm mentega
50gm gula kaster
50gm tepung gandum
1 sudu besar air
1 sudu teh pandan paste
1/4 sudu teh pewarna hijau (K1 tambah)
(Satukan semua bahan, dan pukul hingga rata.  Masukkan ke dalam piping bag yang digunting muncungnya)

Filing Krim Kastard
250ml susu segar / susu sejat
2 biji kuning telur
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu besar mentega
(Satukan semua bahan, kecuali mentega.  Gaul rata dan tapis ke dalam periuk.  Masukkan mentega dan masak di atas api perlahan hingga kental dan berkilat.  Sejukkan dahulu sebelum dipaip ke dalam cream puff)

Cara-cara :
1.  Panaskan oven pada suhu 180C.  Gris dulang pembakar atau alas dengan kertas minyak yang dileser dengan majerin.
2.  Masak air dan mentega hingga mendidih.  Tutup api, masukkan tepung gandum dan kacau cepat-cepat hingga menjadi doh.  Buka api dan masak hingga kepingan nipis gandum terbentuk di tepi periuk.  Padamkan api.
3.  Masukkan doh ke dalam mixer dan putar dengan kelajuan perlahan untuk mengeluarkan haba.  Masukkan sebiji telur dahulu, putar hingga bergaul rata, kemudian masukkan baki telur satu persatu hingga adunan menjadi licin dan tidak berketul.
4.  Masukkan adunan ke dalam piping bag yang telah diletakkan nozzle bulat 1cm dan paip ke atas dulang pembakar.  Jarakkan sedikit adunan.  Kemudian paipkan topping ke atasnya berbentuk lingkaran.




5.  Bakar di rak atas pada suhu 180C selama 15 minit kemudian tukar kepada suhu 160C dan bakar selama 10 minit.  Tutup oven dan biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum di keluarkan.
6.  Sejukkan dahulu sebelum di paipkan dengan krim kastard.  Picit krim kastard pada bahagian bawah cream puff hingga penuh atau potong bahagian tengahnya dan masukkan krim kastard.





MENU : ,


/

Chilled Peach Cheese Cake

Post this recipes


Chilled Peach Cheese Cake

Bahan Base
250gm digestive biskut
100gm mentega cair

Adunan Krim Keju
250gm krim keju
90gm gula kastor
1 tin buah peach (asingkan sirap dan buahnya) 120gm peach di potong dadu
100ml sirap peach
1 1/2 sudu besar gelatin halal (brand Nur)
50ml air
1 sudu besar jus lemon
200ml anchor whip cream

Loyang 8" (Loose Base Tin)

Cara-cara :
1.  Base :  Kisar biskut hingga halus, masukkan mentega cair, gaul rata kemudian tekan padat ke dasar loyang.  Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
2.  Masukkan air ke dalam bekas, taburkan gelatin biarkan selama 2 minit hingga gelatin kembang.  Kemudian panaskan gelatin secara double boil hingga gelatin larut.  Angkat dan masukkan sirap buah peach, kacau rata.  Ketepikan.
3.  Pukul whip cream hingga kental, masukkan jus lemon.  Ketepikan.
4.  Pukul krim cheese dan gula hingga rata.  Masukkan gelatin, putar hingga rata dan tidak berketul. Masukkan whip cream, kaup balikkan hingga sebati.
5.  Atur buah peach yang di dadu ke atas base, kemudian tuangkan krim cheese, ratakan.  Sebagai hiasan atur hirisan buah peach di atasnya.  Simpan selama 4 jam atau semalaman di dalam peti sejuk.
6.  Keluarkan dari peti sejuk, tuang lapisan jeli ke atasnya (jika suka) dan biarkan hingga jeli beku.

Lapisan Jeli
2 sudu besar Jeli segera
2 sudu besar gula
250ml air

Masukkan air, jeli segera dan gula, kacau rata dan didihkan.  Biarkan suam sedikit baru di tuang ke atas cheese cake.



*** Boleh juga menggunakan agar-agar serbuk atau konyaku jeli tetapi ikut sukatan air pada paketnya.

MENU : ,


/

Roti Jagung Bersusu / Corn Milky Bread

Post this recipes


Roti Jagung Bersusu / Corn Milky Bread

Bahan A
200gm tepung roti (high protein)
100gm tepung gandum
60gm gula kastor
1 sudu kecil garam halus
11gm yis segera (1 paket)
20gm susu tepung
60gm mentega

Bahan B
80gm jagung krim
100ml susu segar sejuk

Hiasan
Tepung gandum
Oats
susu sejat untuk sapuan

Cara-cara :
1.  Satukan semua bahan A dalam mangkuk pengisar.  Gaul rata menggunakan kelajuan perlahan.  Masukkan bahan B sedikit demi sedikit, pukul menggunakan hook hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk pengisar.
2.  Keluarkan doh, uli dan tutup dengan plastik atau mangkuk besar.  Rehatkan selama 30 minit.
3.  Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara, uli kemudian bahagikan doh kepada 3 bahagian.  Bentukkan bulat seperti bebola dan rehatkan selama 15 minit lagi.


4.  Selepas itu uli dan bentukkan semula setiap bebola doh tadi, letakkan ke atas dulang pembakar yang di leser dengan shortening.  Biarkan selama 30 minit atau sehingga doh mengembang 2 kali ganda.


5.  Ambil pisau tajam, potong bentuk bintang di permukaan doh.  Sapu permukaan roti dengan susu sejat, lapik permukaan atas dengan kertas minyak yang di potong bulat, kemudian ayak tepung gandum ke atasnya.


6.  Keluarkan kertas minyak, tabur di tengahnya dengan oats sebagai hiasan dan bakar pada suhu 190C selama 15 - 20 minit atau hingga keperangan.

MENU : ,


/

Spiral Marinara

Post this recipes


Spiral Marinara

Bahan-bahan
300gm pasta spiral direbus hingga lembut (6 minit), toskan
3 ulas bawang putih di cincang halus
3 sudu besar minyak zaitun / minyak masak
1 tin sos tomato prego
3 ekor sotong, bersih dan potong
10 ekor udang sederhana
1 tin kecil tuna di cincang kasar
3 sudu besar sos tomato
1 biji tomato di potong dadu
1/2 batang carrot di potong dadu
garam dan serbuk lada putih secukupnya

Cara-cara :
1.  Rebus pasta dengan sedikit minyak hingga lembut.  Toskan.
2.  Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga perang, masukkan carrot, sotong, udang dan sedikit air.  Biarkan seketika.
3.  Masukkan pasta, sos tomato prego, sos tomato, buah tomato dan tuna, gaul hingga rata.
4.  Akhir sekali perasakan dengan garam dan serbuk lada putih.

MENU : ,


/

Vadai

Post this recipes


Vadai

Bahan-bahan
250gm kacang dal
4 ulas bawang merah di mayang
3 tangkai cili hijau di cincang
1 tangkai cili merah di cincang
2 tangkai daun kari di cincang
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 sudu teh garam halus



Cara-cara :
1.  Rendam kacang dal selama 3 jam.  Kemudian tos dan kisar hingga halus.


2.  Gaul bersama bahan-bahan yang lain hingga rata.


3.  Ambil adunan kacang, kepal hingga padat dan bentukkan menjadi bulat dan leper.


4.  Panaskan minyak, goreng terendam hingga keperangan.  Toskan dan sedia dihidangkan.

MENU : ,


Top recipes this week

Theme Design by
Brand by citarasawan
Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen CCA 3.0
On top