Keep in touch :)
Dapatkan Update terkini menerusi Facebook dan Twitter Follow on Twitter

| Edit | | blogger | | New |
Lain-lain menu masakan
| Masakan Kentang | Masakan Sotong | Masakan Ikan |
| Masakan Antarabangsa | Masakan Ketam | Masakan Telur |
| Masakan Ayam | Masakan Nasi | Masakan Udang |
| Masakan Daging | Masakan Sayuran | Masakan Tauhu |
Archive for April 2011
Donut Ala J'co
Sumber : Loveliana
Bahan A (Starter Doh)
400gm tepung gandum
1 sudu besar yis segera
1/2 sudu teh garam halus
300ml air suam
(Satukan semua bahan di dalam mangkuk, gaul sebati, tutup mangkuk dengan plastik dan rehatkan doh selama 1 1/2 jam sehingga mengembang)
Bahan B
200gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
60gm susu tepung
80gm gula pasir
1 biji telur
60gm shortening
Cara-cara :
1. Satukan bahan B, gaul rata dan adunkan bersama bahan A, jadikan doh yang tidak melekat di tangan. Rehatkan selama 15 minit.
2. Ambil doh dan tumbukkan untuk mengeluarkan udara terperangkap, uli semula dan rehatkan selama 15 minit lagi.
3. Canai doh setebal 1cm dan terap dengan acuan donut, letak di dalam dulang yang ditabur dengan sedikit tepung. Biarkan selama 10 minit.
4. Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng donut hingga keperangan. Angkat dan toskan.
5. Hidang bersama topping kesukaan.
Topping Shinning Glaze
50gm gula pasir
50ml air
Cara-cara :
1. Masak gula pasir dan air hingga mendidih, kecilkan api dan masak hingga gula agak pekat.
2. Angkat, biarkan suam sedikit baru di celup dengan donat.
*** Donut ala J'co rasanya hanya ala-ala saja kerana rasa donut J'co yang sebenar sangat lembut ... donut ala J'co lebih ranggup pada bahagian luar tetapi lembut pada bahagian dalamnya.
Bubur Chaca Asli
Bahan Chaca
2 cawan tepung beras
1/3 cawan tepung gandum
5 cawan air
2 sudu kecil air kapur (cair)
Bahan Kuah
2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
150gm gula melaka
50gm gula merah
secubit garam
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan Chaca, kacau hingga rata dan tapis. Masak di atas api hingga kental. Angkat dan masukkan ke dalam acuan tempurung atau senduk berlubang. Tekan menggunakan dasar gelas terus ke dalam periuk kuah.
2. Kuah : Masak santan cair, gula melaka, garam dan gula merah hingga mendidih. Kecilkan api, tekan adunan chaca terus ke dalam kuah hingga habis. Kemudian masukkan santan pekat, kacau perlahan dan biarkan mendidih seketika.
3. Angkat dan hidangkan.
** pastikan adunan boleh ditekan keluar dari lubang acuan, jika adunan agak keras, tambahkan sedikit air panas.
Kuih Bom Pulut Hitam
Bahan-bahan
150gm tepung pulut
50gm tepung pulut hitam
20gm tepung gandum
50gm gula kastor
1/4 sudu teh garam halus
170ml air
Bijan hitam / putih secukupnya
Inti Kacang Merah
100gm kacang merah rebus
100ml santan pekat
1 helai daun pandan
60gm gula pasir
1 sudu besar tepung pulut
Cara-cara :
1. Gaulkan semua bahan kecuali bijan hingga sebati dan menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
2. Ambil satu sudu besar adunan dan gentel bulat seperti membuat buah melaka. Letakkan inti kacang merah di tengahnya dan bentukkan bulat.
3. Golek dengan bijan dan goreng terendam dalam minyak yang banyak dengan api yang perlahan. Balik-balikkan hingga masak.
4. Inti : Satukan semua bahan inti, masak di dalam kuali hingga hampir kering. Masukkan tepung pulut dan kacau hingga intinya seperti bergentel. Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam doh.
*** Kuih bom yang baru digoreng ranggup di bahagian luar dan lembut di dalam. Apabila sejuk kuih menjadi lembut dan tidak keras seperti kuih bom yang menggunakan tepung pulut putih sahaja.
Kuih Puteri AyuSumber : Rossitamz@myresipi
Bahan-bahan (40 biji)
5 biji telur (saiz kecil)
250gm tepung gandum
300gm gula
2 camca teh ovallate
1 camca teh baking powder
250ml santan
Pewarna hijau
2 camca teh paste pandan
Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
Cara-cara
1. Panaskan kukusan.
2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
3. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.
Sardin Gulung / Sardine Roll
Sumber Nazian Nasir / Mamafami
Bahan Inti
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 sudu besar cili kisar
1 tangkai cili merah - dicincang
gula dan garam secukup rasa
sedikit perahan jus limau - K1 tambah
Cara-cara :
Inti : Tumis bawang putih yang ditumbuk. Masukkan cili kisar, bawang besar yang didadu dan cili merah. Masukkan sardin dan sosnya sekali. Tumis sampai kering sosnya dan perasakan dengan gula dan garam. Kacau sebati, angkat dan sejukkan dahulu.pukul ringan
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis mauripan
1 biji telur sejuk
2 sudu besar minyak masak
1/2 cawan air mineral sejuk
1 sudu teh garam halus
1 sudu besar gula
Pelekat : 1 sudu besar gandum + sedikit air menjadi pes pekat
Cara-cara :
1. Larutkan yis dan gula dengan 1/2 cawan air. Kacau rata hingga sebati dan biarkan sebentar.
2. Masukkan tepung yang diayak ke dalam mangkuk besar. Masukkan telur, minyak dan garam. Gaul sebati dan tuangkan air bercampur yis sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
3. Bahagikan doh kepada bebola kecil seberat 30gm.
4. Gelek doh menjadi nipis dan letakkan sedikit inti di atasnya. Gulung kemas dan letakkan sedikit pelekat di hujung supaya gulungan tidak terbuka bila di goreng. Picitkan sedikit di hujungnya.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. Toskan dan sedia dihidang.
Jus Tembikai Laici
Bahan-bahan
1/2 biji tembikai yang disejukkan
1 tin buah laici (asingkan sirapnya)
1 botol air mineral
Ais secukupnya
Cara-cara :
1. Scop keluar isi tembikai, tinggalkan sedikit isi di bahagian bawahnya.
2. Kisar isi tembikar yang dikeluarkan bersama air mineral dan sirap laici hingga halus.
3. Tuangkan ke dalam kulit tembikai / gelas bersama isi tembikai dan laici . Tambahkan ais.
4. Jika suka manis boleh ditambah dengan sirap gula.
Sardin Goreng Taucu
Bahan-bahan
1 tin sardin/mackerel (425gm)
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar taucu (siram dengan air)
2 sudu besar cili boh
1 tangkai cili merah di hiris
3 ulas bawang merah di hiris
4 tangkai cili padi di ketuk
1 biji tomato belah 4
1 cawan air asam jawa (cair)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara-cara :
1. Asingkan sardin dan sosnya. Kemudian goreng sardin hingga garing. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan hiris hingga layu, masukkan cili boh, cili padi dan taucu, goreng hingga garing.
3. Masukkan air asam jawa, sos ikan sardin dan perasakan dengan sedikit garam dan kicap manis. Biarkan mendidih, masukkan ikan sardin dan tomato, bila kuah hampir pekat bolehlah diangkat.
Ayam Panggang Sos Hoisin - Cara Microwave
Bahan-bahan
3 ketul paha ayam
2 ulas bawang putih
1/2 in halia
3 sudu besar sos hoisin
2 sudu kecil kicap cair
garam dan lada sulah secukup rasa
5 biji ubi kentang kecil
Cara-cara :
1. Tumbuk halia dan bawang putih, lumurkan pada ayam bersama garam, lada sulah, kicap cair dan sos hoisin. Perap selama 1/2 jam atau lebih.
2. Masukkan ayam ke dalam bekas tahan haba bersama ubi kentang dan panggang menggunakan microwave selama 5 minit. Jika ayam belum masak tambahkan sedikit masa sehingga masak.
Agar-agar Bakul Oren
Bahan-bahan
1 sudu besar rata serbuk agar-agar
400ml air
100ml perahan jus oren
1 sudu besar jus oren sunkist
5 biji oren (berkulit nipis, lembut dan bulat)
Cara-cara :
1. Potong sedikit di bahagian bawah oren supaya tidak jatuh.
2. Lakarkan bulatan mengeliling buah oren dengan pen dan tinggalkan 1 1/2cm untuk tangkainya.
3. Potong mengikut lakaran seperti dalam gambar.
4. Keluarkan isi oren dengan menggunakan sudu nipis, tinggalkan sedikit isi di bahagian bawahnya. Isi yang dikeluarkan di kisar bersama sedikit air, ditapis untuk dimasak bersama agar-agar.
5. Untuk tangkainya gunting bahagian tepinya berbentuk V.
6. Masak agar-agar bersama air, gula, perahan jus oren dan jus oren sunkist hingga mendidih. Tuangkan ke dalam bakul oren dan biarkan hingga beku.
6. Hias mengikut suka.
***Boleh juga menggunakan semua perahan jus oren tetapi rasanya agak pahit sekiranya dikisar bersama lapisan putih pulpnya.
Bingka Roti Berjagung
Bahan-bahan
15 keping roti sandwich
1/2 tin jagung cream
500ml santan
500ml susu segar
180gm tepung gandum
20gm tepung kastard
3 biji telur
100gm gula halus
85gm mentega cair
1/2 sudu teh garam halus
Hiasan : Hirisan badam, kismis atau yang disukai
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan. kecuali roti dan jagung krim. Gaul rata dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar hingga halus dan tidak berketul. Kemudian tapis ke dalam mangkuk yang besar.
2. Buang tepi roti dan carik-carikkan ke dalam adunan tadi. Perap selama 20 minit. Masukkan jagung krim dan gaul hingga sebati.
3. Gris loyang atau acuan muffin dengan sedikit majerin. Tuang adunan ke dalam acuan, tabur dengan hirisan badam atau kismis.
4. Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar selama 20-25 minit (acuan muffin) dan 30-35 minit untuk loyang yang besar atau hingga masak.
Puding Semangka / Puding Tembikai
Bahan-bahan
25gm serbuk agar-agar
350gm gula pasir
500ml air
500ml susu segar
4 biji putih telur
1 sudu teh esen rose
Loyang 9'
Hiasan
2 sudu teh pewarna merah (utk isi tembikai)
1 sudu teh pewarna hijau (utk kulit tembikai)
kismis / blackcurrent sebagai biji
berus untuk mewarna kulit tembikai
Cara-cara :
1. Satukan serbuk agar-agar, air, susu dan gula, sebatikan dan masak hingga mendidih. Masukkan esen rose. Ketepikan biar agar-agar suam sedikit.
2. Pukul putih telur hingga kembang dan bertanduk (pekat dan keras), masukkan satu senduk agar-agar, menggunakan hand mixer pukul perlahan-lahan hingga rata. Masukkan lagi agar-agar sedikit demi sedikit ke dalam putih telur dan putar hingga rata dan tidak berketul.
3. Tuangkan ke dalam loyang / acuan yang di basahkan terlebih dahulu. Letak pewarna merah di tengahnya. Menggunakan lidi atau garpu, kacau pewarna merah perlahan-lahan tetapi jangan menyentuh dasar acuan atau tepinya.
4. Atur kismis / blackcurrent sebagai bijinya. Masukkan ke dalam peti sejuk hingga beku.
5. Keluarkan agar-agar dari acuan dan warnakan luarnya dengan pewarna hijau sebagai kulit. Biarkan pewarna kering
Jus Nenas / Pineapple Juice
Bahan-bahan
2 keping nenas masak
300ml air sparkling / air masak biasa
4 sudu besar gula
1 sudu besar jus lemon
Ais secukupnya
Cara : Potong dan kisar nenas bersama air dan gula, masukkan perahan jus lemon. Tapis dan tuangkan ke dalam gelas bersama ais.
Minuman Barli Kundur/ Barley Drinks
Bahan-bahan
100gm barli
1200ml air
100gm halua kundur
50gm gula batu / gula batu perang
Cara-cara :
1. Cuci bersih barli, rebus bersama air selama satu jam atau hingga airnya menjadi putih.
2. Masukkan halua kundur dan gula batu reneh hingga air tinggal separuh.
3. Angkat dan tapis airnya ke dalam jug. Apabila menghidang, masukkan air barli, biji barli dan halua kundur bersama ais atau boleh dihidang panas.
4. Untuk lebih kesegaran tambahkan jus lemon atau limau nipis ke dalamnya.
*** Gula boleh ditambah jika diminum bersama ais.
Kuih Talam Suji Chef Zubaidah
Sumber : Chef Zubaidah
Bahan Lapisan Bawah
140gm tepung suji
20gm tepung gandum (3Tbsp)
2 biji telur
pewarna lemon yellow
120gm gula pasir
750ml santan cair (3 1/4 cawan)
1/2 tsp garam
Bahan Lapisan Atas
2 biji telur
700ml santan pekat
1 tsp esen vanila
1 1/2 tsp garam
150gm tepung gandum (1 1/4 cawan)
80gm gula pasir (1/4 cawan)
200gm gula melaka
1 tsp coklat emulco
Loyang 10 x 10
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan lapisan bawah dan kacau di atas api sederhana hingga kental. Masukkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan plastik, ratakan dan kukus selama 20 minit.
2. Cincang gula melaka kemudian kisar bersama bahan lapisan atas. Tapis ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
3. Tuang ke atas lapisan bawah tadi, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit atau hingga masak.
Lagi talam suji...
Agar-agar Kacang Merah / Puding Kacang Merah
Bahan A
10gm agar-agar serbuk (1 sudu besar rata)
600ml air
50gm santan serbuk (1 paket)
100gm gula
1 helai daun pandan
Bahan B
6gm serbuk agar-agar (1/2 sudu besar rata)
100ml air
1 sudu besar gula
Bahan C
50gm kacang merah rebus (kisar halus dengan sedikit air)
pewarna merah
Acuan tigasegi atau disukai
Cara-cara :
1. Masak bahan A, hingga mendidih. Keluarkan daun pandan, tutup api dan tuang ke dalam acuan tiga segi (1/2 penuh +-250ml). Simpan lebihan agar-agar untuk menutup bahagian atas puding.
3. Letak acuan kecil tigasegi diatasnya, letakkan pemberat keatasnya (piring atau sebagainya) untuk mengelakkan acuan kecil terapung. Biarkan agar-agar beku. Angkat keluar acuan kecil tadi, lakarkan sedikit permukaannya dengan garpu.
4. Masak bahan B, hingga mendidih, tutup api, masukkan bahan C (kacang merah kisar dan pewarna merah), sebatikan. Kemudian tuangkan kedalam ruang tigasegi ditengahnya, biarkan beku.
5. Tuangkan lebihan agar-agar santan memenuhi acuan. Biarkan beku dan simpan di dalam peti sejuk sebelum dipotong.
*** Jika lebihan agar-agar membeku, masukkan sedikit air panas, masak semula hingga cair.
Kek Epal Lemon/ Apple Lemon Cake
Bahan-bahan
300gm tepung naik sendiri
200gm mentega
200gm gula kastor
4 biji telur di pukul ringan
1 sudu besar parutan kulit lemon
2 sudu besar perahan jus lemon
3 biji epal hijau (buang kulit dan potong keping)
Cara-cara :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2. Gris loyang dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
3. Pukul mentega dan gula hingga ringan dan kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
4. Perlahankan mixer, masukkan gandum sedikit demi sedikit, parutan kulit lemon dan jus lemon, pukul hingga bergaul rata.
5. Masukkan adunan kek ke dalam loyang, ratakan permukaannya. Kemudian susun hirisan epal di permukaan adunan kek.
6. Bakar selama 45 minit atau hingga atasnya keperangan dan licin apabila dicucuk dengan lidi.
New recipes >>
<< More recipes
Top recipes this week
-
Cakue / Chinese Cruller / You Tiao Bahan A 250ml air 1 1/2 sudu teh baking powder 1/2 sudu teh soda bikabonat 1 sudu teh garam 1 s...
-
Kuih Kaswi Bahan A 1 1/2 cawan gula merah 1/2 cawan gula pasir 1 cawan air 2 helai daun pandan, disimpul (jadikan 2 cawan air gula...
-
Puff Bakul Buah / Basket Fruit Puffs Bahan-bahan 110gm mentega 250ml air 1 sudu kecil gula kaster 1/4 sudu teh garam 150gm tepung g...
-
Chocolate Almond Cupcake Bahan-bahan 250gm mentega 200gm gula halus 5 biji telur 225gm tepung gandum 1/2 sudu teh baking powder 2...
-
Agar-agar Bakul Oren Bahan-bahan 10gm serbuk agar-agar 500ml air 200ml jus oren (dari buah oren) 1 sudu besar jus oren sunquick 20...
-
Apam Coca Cola Bahan-bahan 200gm tepung gandum 1/2 sudu teh baking powder/ double action 25gm susu tepung 50gm serbuk oreo 2 biji t...
-
Chinese Rojak Bahan-bahan 1 batang timun 1/2 biji nenas 1/2 biji sengkuang 3 biji mangga muda 4 biji tahu pong potong dadu 3 biji...
-
Tauhu Puff Kukus Bahan-bahan 15 biji tauhu puff (tahu pok) 15 ekor udang sederhana Adunan Isi 150gm isi ayam 100gm isi udang 2 ...
-
Roti Goreng Sambal Bahan-bahan 250gm tepung all purpose 2 sudu kecil yis segera 2 1/2 sudu besar gula kaster 1/2 sudu kecil garam ...
-
Lemon Cheese Tart Kulit Tart : 200gm mentega / marjerin 100gm gula ising 420gm tepung gandum 1 biji telur Adunan Krim Keju 250gm...































