kongsi resepi | sukatan bahan/conversion Write something :)

Archive for February 2011

/

Agar-Agar Delima Istana

Post this recipes


Sumber :  Cikgu Mi (Mesra.Net) dan Izanman.blogspot.com
di olah semula oleh K1

Agar-Agar Delima Istana

Bahan-bahan
37.8 gm agar-agar panjang (strips agar-agar)

Bancuhan Telur
3 cawan air
1 cawan sirap cocktail (dari 1 tin Tropical fruit cocktail diasingkan sirap dan buahnya)
1 tin susu cair ideal / susu segar
1 tin (505gm) susu pekat manis
6 biji telur gred A dipukul dahulu
1 sudu teh esen vanila

Bahan Taburan
1/2 tin buah cocktail
1 cawan mixed fruits (ceri merah dan hijau, kismis,blackcurrent) 

Cara-cara
1. Rendam agar-agar panjang selama 4 jam.  Toskan, tanpa memotong agar-agar tadi.
2. Didalam bekas lain, satukan semua bahan bancuhan telur, pukul ringan hingga rata.  Tapis.
3. Basahkan loyang, penuhi dasar loyang dengan agar-agar panjang.  Kemudian tabur dengan sedikit bahan taburan hingga rata.  Tuang pula bancuhan telur hingga menutupi agar-agar dan buah tadi.
4. Ulangi melapis berselang seli agar-agar, buah dan bancuhan telur hingga habis.  Lapisan terakhir tabur dengan buah-buahan diatasnya.
5. Kukus sekurang-kurangnya 1 1/2 - 2 jam. Kukus sekejap akan menyebabkan agar-agar tidak larut.
6. Angkat dan biarkan agar-agar menjadi suam baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.

*** K1 merendam agar-agar lebih lama untuk menjimatkan masa mengukus.  Dalam resipi ni K1 hanya mengukus selama 1 jam sahaja.


MENU : ,


/

Pulut Serikaya

Post this recipes


Pulut Serikaya

Lapisan Bawah
250gm beras pulut (rendam 2-3 jam)
150ml santan KARA
100ml air
1 sudu teh garam halus
1 helai daun pandan di simpul

Lapisan Atas
120gm gula merah / gula melaka
50gm gula pasir
60ml air
200ml santan KARA
50gm tepung beras
5 biji telur - dipukul ringan
1 sudu teh esen vanila
1/8 sudu teh garam halus

Loyang 7" atau 8"

Cara-cara :
1.  Lapisan Bawah :  Toskan pulut, gaul bersama santan dan garam.  Masukkan daun pandan.  Kukus selama 30 minit.  Angkat, keluarkan daun pandan dan gaul pulut hingga rata.  Kemudian masukkan dalam loyang lain yang telah dileser sedikit minyak atau di alas dengan plastik.  Tekan hingga padat dan ratakan.
2.  Lapisan Atas :  Masak gula melaka, gula dan air hingga larut.  Biarkan sejuk dahulu.
3.  Satukan santan, tepung beras, esen vanila, garam dan telur, gaul hingga sebati, kemudian masukkan sirap gula melaka, gaul hingga rata dan tapis ke dalam periuk.  Masak di atas api sederhana hingga naik wap sahaja.
4.  Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit atau hingga lapisan atas mengeras.
5.  Sejukkan dahulu sebelum di potong.

MENU : ,


/

Sambal Udang Petai Masam Manis

Post this recipes


Sambal Udang Petai Masam Manis

Bahan-bahan
300gm udang sederhana (cuci dan toskan)
1 labu bawang besar - potong bulat
100gm petai

Bahan Kisar
6 tangkai cili kering (rendam dahulu)
1 tangkai cili merah
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
minyak untuk menumis

Bahan Perasa
1 sudu makan air asam jawa
2 sudu makan sos plum
1 sudu makan gula melaka yg diracik
sedikit air
gula dan garam secukupnya

Cara-cara :
1.  Tumis bahan kisar hingga naik baunya.  Masukkan petai  dan bawang besar, gaul rata dan biarkan masak seketika.
2.  Masukkan udang bersama air asam jawa dan sedikit air.  Biarkan mendidih, kemudian perasakan dengan gula melaka, sos plum, gula dan garam.  Masak hingga sambal menjadi pekat.
3.  Sedia dihidangkan.


MENU : ,


/

Carrot Pineapple Cupcake

Post this recipes


Carrot Pineapple Cupcake

Bahan-bahan
330gm tepung superfine
1 sudu teh baking powder
2 sudu kecil serbuk kayu manis
250gm mentega
300gm gula kaster
2 sudu teh esen vanila
5 biji telur Grade B
350gm parutan carrot
200gm nenas dalam tin (di dadu kecil)
100gm kismis

Menghasilkan 30 cupcake medium size atau sebiji kek 8"

Cara-cara :
1.  Ayak bersama tepung, baking powder dan serbuk kayu manis.  Ketepikan.
2.  Pukul mentega, gula dan esen vanila hingga kembang dan berkrim.  Masukkan telur satu persatu sambil di pukul hingga sebati.  Perlahankan pengadun, masukkan parutan carrot, tepung, nenas dan kismis.  Gaul hingga rata.
3.  Tuang adunan 3/4 penuh ke dalam cawan kertas atau loyang 8" yang di alas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C hingga masak.  Tempoh membakar bergantung pada saiz cawan antara 20-25 minit.

Cream Cheese Frosting
150gm krim keju (suhu bilik)
60gm mentega
70gm gula ising
1 sudu teh jus lemon / orange

Cara :  Pukul semua bahan hingga berkrim dan tidak berketul.  Sapu atau pipekan ke atas kek mengikut kreativiti.


MENU : ,


/

Salad Sayur Campuran / Mixed Vegetable Salads

Post this recipes


Salad Sayur Campuran / Mixed Vegetable Salads

Bahan-bahan
1 batang timun
1 biji tomato 
1 biji cili bangala (capsium)
5 kelopak daun salad
2 kelopak kobis unggu
1 ulas bawang putih (parut halus)
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar jus lemon
1 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara-cara : Cuci, tos dan potong/hiris semua sayuran, gaulkan bersama parutan bawang putih, minyak zaitun, jus lemon, garam dan serbuk lada hitam hingga rata.  Hidang bersama mayonnies / thousand island dressing.




MENU : ,


/

Tenggiri Masak Kicap

Post this recipes


Tenggiri Masak Kicap

Bahan-bahan
4 keping ikan tenggiri
sedikit garam
1 tangkai cili merah di hiris
1 labu bawang besar - di potong bulat
1 biji tomato dibelah empat

Bahan Kisar
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 hiris halia di mayang halus
Minyak untuk menumis

Bahan Perasa
1/2 cawan kicap manis
1 sudu besar kicap hitam (pekat)
1 sudu besar air asam jawa
sedikit air
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
1.  Ikan dibersih dan dilumur sedikit garam dan digoreng.  Ketepikan.
2.  Tumis bahan kisar dan halia hingga naik baunya, masukkan bahan perasa, sedikit air dan biarkan mendidih
3.  Masukkan cili hiris, tomato dan bawang besar, gaul rata, kemudian masukkan ikan dan biarkan seketika sehingga kuahnya agak pekat.  Angkat dan hidangkan.

MENU :


/

Kek Lapis Keju Blueberry

Post this recipes


Kek Lapis Keju Blueberry

Bahan A
400gm mentega
250gm krim keju (suhu bilik)
100gm gula kastor
14 biji kuning telur
5 sudu makan susu pekat manis

Bahan B
100gm gula kastor
7 biji putih telur
1/4 sudu teh krim tartar

Bahan C
220gm tepung Hong Kong
100gm coffeemate / krimer
1 sudu teh serbuk penaik
200gm blueberi filling
Pewarna unggu

Panaskan ketuhar pada suhu 180c selama 15 minit. Alas tin pembakar 8in x 8in dgn kertas minyak.

Cara-cara :
1. Bahan A :   Satukan mentega, krim keju dan gula kastor, pukul hingga kembang dan berkrim.  Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan susu pekat sambil dipukul hingga sebati dan tidak berketul. Kemudian tuangkan adunan ke dalam mangkuk yang besar, ketepikan.
2. Bahan B : Di dalam bekas lain, satukan putih telur, gula kastor dan krim tartar. Pukul hingga adunan kembang dan bertanduk.
3. Bahan C : Masukkan tepung Hong Kong, coffeemate dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi.  Kemudian tuangkan pula adunan putih telur tadi, kaup balik hingga rata.  Bahagikan kepada dua bahagian.
4.  Satu bahagian dimasukkan blueberi filling dan pewarna unggu dan satu bahagian lagi dibiarkan warna asal.
5.  Ambil satu bahagian warna asal, ratakan ke dalam tin pembakar. Bakar selama 7 minit dengan api atas dan bawah hingga permukaan kek berwarna perang.
6. Cucuk permukaan kek dgn garpu. Tekan lapisan ini agar rata. Sapukan permukaan kek ini dgn sedikit mentega. Ratakan adunan warna unggu sebagai lapisan kedua, bakar dengan api atas sahaja hingga masak.  Ulangi melapis dan membakar berselang seli warna hingga habis.
7. Akhir sekali, tutup tin pembakar dgn kertas aluminium. Bakar semula dgn api atas dan bawah selama 15 minit.

*** krim keju hendaklah dibiarkan lembut pada suhu bilik sebelum diadun.
*** lapisan kek boleh dipelbagai mengikut kreativiti.


MENU :


/

Tapai Ubi Kayu

Post this recipes


Tapai Ubi Kayu

Bahan-bahan
1kg ubi kayu (kupas dan bersihkan)
1 ketul ragi
Daun pisang untuk membungkus

Cara-cara :
1.  Potong ubikayu mengikut saiz yang dikehendaki.  Rebus 3/4 masak, (jangan sampai empuk)  tos dan biarkan sejuk dahulu.
2.  Atur ubikayu di dalam bekas Tupperware (bekas kedap udara) yang berlapik daun pisang, masukkan ragi ke dalam penapis teh, gesekkan hingga halus ke atas ubikayu hingga rata.  Susun selapis lagi ubikayu dan gesek / taburkan lagi dengan ragi, buat hingga habis.
3.  Tutup bekas dengan rapat  dan perap selama 2 hari atau hingga tapai naik baunya.
4.  Untuk tahan lebih lama, simpan di dalam peti sejuk.

Contoh Ragi untuk membuat tapai ubi dan pulut

MENU : ,


/

Apam Beras

Post this recipes


Sumber :  Cha@Myresipi 

Bahan-Bahan
2 cawan nasi
2 cawan gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
1 sudu kecil yis segera
Kelapa parut + sedikit garam

Cara-cara :
1.  Kisar nasi dan air hingga halus, kemudian masukkan yis, gula perang dan gula, kisar hingga sebati.
2.  Satukan tepung gandum dan tepung beras,  tuangkan nasi yang dikisar tadi, gaul hingga sebati.  Perap selama 3 jam.
3.  Panaskan pengukus, leser acuan dengan sedikit minyak.
4.  Tuang adunan sehingga penuh ke dalam acuan lompang dan kukus dengan api besar selama 15 minit.
5.  Angkat dan hidang bersama kelapa parut.


MENU : ,


/

Pulut Kuning

Post this recipes


Pulut Kuning

Bahan-bahan
500 gram beras pulut
Sekeping asam gelugur
2 sudu teh serbuk kunyit
2 helai daun pandan (disimpulkan)
200 ml santan pekat
200 ml air
1 1/2 sudu teh garam

1. Cuci pulut kemudian rendam semalaman di dalam air dengan asam gelugur dan serbuk kunyit.
2. Ketepikan asam, kukus pulut dengan daun pandan kira-kira 30 minit atau hingga tiga suku masak.
3. Angkat pulut, letak di dalam mangkuk besar.
4. Gaul santan dan garam, kacau bersama pulut tadi.
5. Kukus semula selama 15-20 minit atau hingga masak.


MENU : ,


/

Agar-agar Lumut

Post this recipes


Agar-agar Lumut

Bahan A
15gm serbuk agar-agar
750ml air
225gm gula pasir

Bahan B
5 helai daun pandan + 250ml air (kisar jadikan jus pandan)
350ml santan pekat KARA
2 biji telur
1/8 sudu teh garam halus
Pewarna hijau

Loyang 8" atau acuan disukai (basahkan terlebih dahulu)

Cara-cara :
1.  Masak bahan A hingga mendidih, perlahankan api.
2.  Bahan B :  Kisar daun pandan dan air, tapis kemudian campurkan dengan santan, garam, pewarna dan telur.  Kocok sedikit dan tapis ke dalam agar-agar yang mendidih tadi.  Biarkan seketika baru di kacau perlahan-lahan.
3.  Tuang ke dalam acuan yang disukai.
4.  Biarkan suam dahulu baru disimpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

MENU : ,


/

Lapis Kismis Ubi Kayu

Post this recipes


Lapis Kismis Ubi Kayu

Bahan A
900gm ubi kayu parut
200ml santan KARA
200ml air
100gm mentega dicairkan (3 sudu makan)
150gm gula
60gm susu pekat manis (3 sudu makan)
2 biji telur - di pukul hingga berbuih

Bahan B
200gm kismis / blackcurrent
Pewarna hijau
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara :
1.  Satukan semua bahan A, gaul rata dan sebatikan.  Bahagikan kepada 2 bahagian, satu bahagian diwarnakan hijau dan satu lagi dibiarkan dengan warna asal. Kemudian jadikan 2 lapisan hijau dan 2 lapisan asal.
2.  Alas loyang 8" empatsegi dengan daun pisang.  Ambil adunan hijau, taburkan dengan kismis (tekan kismis ke dalam adunan), kukus selama 10 minit dalam pengukus yang dipanaskan terlebih dahulu.
3.  Kemudian ambil adunan kuning, ratakan ke atas lapisan hijau, tabur kismis, kukus selama 10 minit.  Ulangi proses berselang seli warna hingga habis.
4.  Angkat dari pengukus, panaskan oven pada suhu 200C.  Bakar kek tadi menggunakan api atas dan bawah selama 20 minit atau hingga permukaannya keperangan.


MENU : ,


/

Agar-agar Lapis Pelangi

Post this recipes


Agar-agar Lapis Pelangi

Bahan A (Agar Jernih)
25gm serbuk agar-agar
1500ml air
250gm gula
1 helai daun pandan

Bahan B (Agar Santan)
25gm serbuk agar-agar
1500ml air
250gm gula
100gm serbuk santan (2 pkt 50gm)
1 helai daun pandan

Pewarna unggu, biru, hijau, kuning (atau yg disukai)

Loyang 8" atau 9" (basahkan dahulu)

Cara-cara :
1.  Masak bahan A hingga mendidih.  Keluarkan daun pandan, kacau biar suam sedikit.
2.  Masak bahan B hingga mendidih.  Keluarkan daun pandan, kacau biar suam sedikit.
3.  Tuang 350ml agar-agar santan tambahkan pewarna unggu dan tuang ke dalam loyang hingga hampir beku.
4.  Kemudian tuang 350ml agar-agar jernih tambahkan pewarna unggu dan tuang ke atas agar-agar tadi.
5.  Ulangi langkah No. 3 dan No. 4 berselang seli agar-agar berwarna santan dan agar-agar berwarna jernih.

*** Sentiasa panaskan agar-agar setiap kali hendak menuangkannya supaya lapisannya tidak terpisah.  cakar sedikit permukaan agar-agar sekiranya telah beku sebelum menuangkan lapisan agar yang seterusnya.


MENU : ,


/

Kek Lapis Indonesia / Lapis Legit

Post this recipes


Kek Lapis Indonesia / Lapis Legit

Bahan A
450gm mentega
150gm gula kastor
20 biji kuning telur
5 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh pewarna kuning telur

Bahan B
150gm gula kastor
6 biji putih telur
1/2 sudu teh serbuk krim tartar

Bahan C
220gm tepung Hong Kong
2 sudu teh serbuk rempah campuran
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk penaik

Loyang 8 x 8" di alas dengan kertas minyak pada dasarnya

Cara-cara :
1. Bahan A : Satukan mentega, gula kastor, susu pekat manis dan esen vanila dalam mangkuk adunan. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur sedikit-sedikit dan pewarna sambil dipukul hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk yang besar, ketepikan.
3. Bahan B : Di dalam bekas lain, pukul putih telur, gula dan krim tartar hingga kembang dan bertanduk.
4. Bahan C : Masukkan tepung Hong Kong, serbuk rempah campuran dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi. Gaul perlahan-lahan hingga sebati.  Masukkan adunan putih telur sedikit demi sedikit sambil dikaup balik hingga adunan sebati.
5.  Ambil satu cawan adunan dan ratakan dalam tin pembakar. Bakar dengan api atas dan bawah selama 10 minit atau hingga permukaan kek berwarna perang.
6. Cucuk permukaan kek dgn garpu. Tekan lapisan ini dengan penekan kek agar rata.
7. Sapukan permukaan kek dengan sedikit marjerin menggunakan berus kek.
8. Untuk lapisan kedua dan seterusnya, bakar menggunakan api atas saja.  Ulangi proses melapis sehingga habis.
9.  Akhir sekali tutup tin pembakar dgn kertas aluminium. Bakar semula dgn api atas dan bawah selama 15 minit supaya kek masak sepenuhnya.


MENU : ,


/

Kek Lapis Moscovis

Post this recipes


Kek Lapis Moscovis

Bahan A
300gm mentega
120gm gula kastor
12 biji kuning telur
5 sudu makan susu pekat manis
2 sudu kecil pes oren

Bahan B
50gm gula kastor
6 biji putih telur
1/4 sudu teh krim tartar

Bahan C
180gm tepung Hong Kong
1 sudu teh serbuk penaik
1 1/2 sudu teh rempah spoekek

Bahan D
300gm buahan kering campuran

Loyang 8" persegi di alas kertas minyak pada dasarnya

Cara-cara :
1.  Bahan A :  Pukul mentega, susu pekat dan gula hingga kembang kan berkrim.  Masukkan telur satu persatu, pes oren dan pukul hingga sebati dan berkrim.  Tuang ke dalam mangkuk besar.
2.  Bahan B :  Dalam mangkuk lain, pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk.  Ketepikan.
3.  Bahan C :  Masukkan tepung, rempah dan serbuk penaik ke dalam adunann mentega tadi, gaul perlahan-lahan hingga sebati.
4.  Kemudian masukkan adunan putih telur sedikit demi sedikit dan kaup balikkan sehingga bergaul rata dengan adunan mentega.
5.  Ambil satu sendok/cawan adunan, ratakan dalam dasar loyang, tabur dengan buah-buah kering.  Bakar api atas dan bawah selama 10 minit atau hingga permukaannya keperangan.
6.  Cucuk permukaan kek dengan garpu, tekan dengan penekan kek agar lapisan rata.  Sapu dengan berus sedikit marjerin pada permukaannya.
7.  Untuk lapisan kedua dan seterusnya, ambil satu sendok adunan, ratakan dan tabur dengan buahan kering.  Bakar api atas sahaja 8-10 minit (bergantung pada oven) sehingga lapisan terakhir habis.
8.  Tutup tin pembakar dengan aluminium foil.  Bakar semula api atas dan bawah selama 15-20 minit supaya kek betul-betul masak.

MENU : ,


/

Ketupat Jagung

Post this recipes


Ketupat Jagung

Bahan-bahan
1 cawan beras pulut (direndam semalaman)
1 helai daun pandan
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula
1/2 cawan jagung manis (direbus dulu)
1/2 cawan kelapa parut muda
1/4 sudu teh garam halus
Kulit jagung untuk membungkus

Cara-cara :
1.  Toskan pulut dan kukus selama 20 minit.  Angkat dan masukkan ke dalam bekas.
2.  Didihkan santan, gula, garam dan daun pandan hingga gula larut.  Tuang ke atas pulut tadi, gaul hingga sebati.
3.  Masukkan jagung dan kelapa parut muda, gaul rata dan biarkan selama 10 minit hingga santan mesra.
4.  Ambil sehelai kulit jagung (jika keras, rendam sekejap dalam air panas) lap dan keringkan.  Isi di tengahnya dengan pulut, gulung dan padatkan.  Ikat kedua hujung dengan kulit jagung yang disiat seperti tali.  Ikat dengan kemas.  Buat hingga habis.
5.  Atur di dalam pengukus dan kukus semula selama 10 minit.  Sejukkan dahulu sebelum dihidang.


MENU : ,


/

Jagung Rebus

Post this recipes


Jagung Rebus

Bahan-bahan
5 ketul jagung manis - buang kulit luar
Secukupnya air
sedikit mentega / marjerin
sedikit susu pekat manis


Cara :  Rebus atau kukus jagung tanpa garam hingga empuk.  Apabila masak, sapu dengan sedikit mentega atau marjerin dan susu pekat manis.  Sedia dinikmati.


*** jika mau jagung yang masin, masukkan garam setelah jagung hampir empuk, supaya isinya tidak liat.



MENU : ,


/

Bok Choy - Stir Fry

Post this recipes


Bok Choy - Stir Fry

Bahan-bahan
1 paket bok choy (7 batang)
3 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar kicap cair
sedikit air
secubit garam
1 sudu kecil tepung jagung (larutkan dengan sedikit air)

Cara-cara :
1.  Cuci bersih bok choy terutama di bahagian kelopak bawahnya.  Biarkan sebatang atau dileraikan.
2.  Didihkan air bersama sedikit minyak masak.  Masukkan bok choy, biarkan sekejap saja, angkat dan toskan.  Susun di dalam pinggan.
3.  Tumis bawang putih dengan minyak bijan hingga keperangan.  Masukkan air, kicap cair dan air (jika ingin berkuah) biar mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung, gaul rata.  Angkat dan tuangkan ke atas bok choy yang disusun tadi.

MENU : ,


/

Tonyoh Ubi Kayu

Post this recipes


Tonyoh Ubi Kayu 

Bahan A
1/2 kg parutan ubi kayu kuning (yang disagat kasar)
1/3 cawan gula
1/2 cawan kelapa parut muda
1/4 sudu teh garam

Bahan B
1/2 cawan kelapa muda parut
sedikit garam

Cara-cara :
1.  Panaskan pengukusl.  Satukan semua bahan A, gaul sebati dan kukus hingga masak di dalam pengukus berlubang kecil.


2.  Angkat, biarkan suam sedikit baru dimasukkan ke dalam acuan disukai atau digentel bulat.
3.  Keluarkan dari acuan dan hidang bersama bahan B.


MENU : ,


/

Sotong Goreng Tepung

Post this recipes



Sotong Goreng Tepung

Bahan-bahan
5 ekor sotong sederhana - di potong bulat
200gm tepung naik sendiri
70gm tepung kastard
150gm tepung jagung
1 sudu besar serbuk kari ikan
sedikit serbuk lada sulah
1 biji telur ayam - dipukul sedikit
garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng 

Cara-cara :
1.  Rebus sotong sehingga separuh masak tanpa air.  Angkat dan toskan.
2.  Satukan semua tepung, serbuk kari, garam dan lada sulah, gaul hingga rata.
3.  Masukkan sotong ke dalam telur, gaul rata dan golekkan ke atas campuran tepung tadi.
4.  Goreng hingga keperangan.
5.  Kaedah lain :  Campurkan campuran tepung, telur dan sedikit air hingga menjadi batter yang boleh melekat pada sotong dan goreng hingga keperangan.
6.  Sotong direbus dahulu untuk mengelak dari meletup dan tidak liat apabila digoreng.

Sos Cili
400ml air
100ml air asam jawa
200gm gula melaka
4 tangkai cili merah - di kisar halus
2 sudu besar sos cili

Cara :  Campurkan semua bahan dan didihkan hingga separuh pekat.  Hidang bersama sotong


MENU : ,


/

Basic Coleslaw

Post this recipes

Basic Coleslaw

Bahan-bahan
4 cawan parutan kobis putih
2 cawan parutan kobis unggu
1 batang parutan carrot
2-3 sudu besar mayonnise
gula dan garam secukup rasa
1/8 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu besar minyak zaitun
2 sudu kecil cuka / jus lemon

Cara-cara :
Satukan semua bahan, gaul rata dan simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.


MENU : ,


/

Kentang Putar Bakar / Baked Mashed Potatoes

Post this recipes


Kentang Putar Bakar / Baked Mashed Potatoes

Bahan-bahan
800gm ubi kentang
1 ulas bawang putih di ketuk
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan susu segar
1/3 cawan double krim jika suka
2 sudu teh parsley kering / rosemary
1/8 sudu teh serbuk lada sulah / serbuk lada hitam

Cara-cara :
1.  Kupas ubi kentang dan rebus bersama bawang putih hingga empuk.  Toskan.  Lenyek ubi kentang hingga halus ketika masih panas.  Ketepikan.


2.  Panaskan susu segar, double krim dan marjerin hingga marjerin cair.  Masukkan ubi kentang, gaul hingga rata.  Perasakan dengan serbuk lada sulah atau lada hitam.  Akhir sekali masukkan daun parsley kering, gaul hingga rata.
3.  Masukkan 1/2 adunan ubi kentang ke dalam acuan di sukai yang di leser dengan sedikit marjerin, untuk bahagian atasnya masukkan adunan kentang ke dalam piping bag dengan nozzle dan pipe bentuk kegemaran.
4.  Bakar pada suhu 200C selama 5 minit atau hingga atas keperangan.
5.  Dihidang begitu saja atau bersama gravy.



Sos Kentang Putar / Gravy

1 1/2 cawan air
2 sudu besar stok ayam
1 biji bawang besar
1/2 batang saderi
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap pekat
sedikit garam jika perlu 

Cara-cara :
1.  Cincang bawang besar dan saderi, tumis dengan sedikit minyak hingga naik baunya. Kemudian didihkan bersama air dan stok ayam.  Angkat dan tapis.
2.  Dalam periuk lain, cairkan majerin dan masukkan tepung gandum.  Kacau hingga rata.  Masukkan air rebusan sambil di kacau.  Perasakan dengan sos tiram, kicap pekat dan serbuk lada hitam.
3.  Masak mengikut kepekatan yang sesuai.  Stok ayam agak masin, garam dimasukkan jika perlu.

MENU : ,


/

Gelembong Buaya

Post this recipes


Gelembong Buaya

Bahan-bahan
1kg kelapa parut putih
120gm tepung beras (bancuh dgn 6 sudu besar air)
480gm gula pasir
2 sudu kecil pes pandan
sedikit pewarna oren
sedikit perwarna hijau

Cara-cara
1. Masukkan kelapa parut dan gula pasir ke dalam kuali. Kacau rata sehingga sebati.
2. Kemudian masukkan bancuhan tepung beras kacau di atas api sederhana sehingga sebati dan agak kering.
3. Bila kering, bahagikan kepada 2 bahagian, satu bahagian dimasukkan pes pandan dan perwarna hijau dan satu bahagian lagi dimasukkan perwarna oren.
4. Masukkan adunan hijau kedalam loyang, tekan padat dan ratakan kemudian lapiskan dengan warna oren di atasnya. Biarkan sejuk seketika dan bolehlah di hidangkan.

MENU : ,


/

Kek Lapis Kukus Keju Brownies

Post this recipes


Kek Lapis Kukus Keju Brownies

Bahan A
500gm brownies mix
6 biji telur
100ml susu segar
100ml susu pekat manis

Bahan B
500gm krim keju - suhu bilik
100gm gula kaster
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Loyang 9"

Cara-cara :
1.  Satukan bahan A dan putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan ringan.  Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
2.  Bahan B :  Putar keju dan gula kaster hingga licin dan tidak berketul, masukkan telur satu persatu dan esen vanila.  Pukul hingga rata.  Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
3.  Alas dasar loyang dengan kertas minyak, sapu tepinya dengan majerin.  Tuang 1 bahagian adunan brownies dan kukus selama 8 minit. 
4.  Angkat dan tuangkan adunan krim keju, kukus selama 8 minit.
5.  Ulangi melapis adunan brownies dan keju hingga habis.


MENU : , ,


Theme Design by
Brand by citarasawan
Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen CCA 3.0
On top