Keep in touch :)
Dapatkan Update terkini menerusi Facebook dan Twitter Follow on Twitter

| Edit | | blogger | | New |
DISCLAIMER
BOLEH SALIN SEMULA, TETAPI SERTAKAN LINK/SUMBER YANG DIAMBIL SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN PENULIS DAN HASIL RESIPI BELIAU :)
Top recipes this week
-
Kek Kukus Coklat Mocha Putih Telur Bahan A 525ml putih telur 400gm gula pasir 1 sudu besar ovalette 1 sudu teh garam 1 sudu teh ba...
-
Chocolate Indulgence Cakes Chocolate Chiffon Bahan A 30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam) 4 biji kuning telur (telur diasin...
-
Biskut Florentine / Florentine Cookies Bahan Dasar 180gm mentega 50gm gula kaster 1 biji telur C 1 sudu teh esen vanila 270gm tepu...
-
Biskut Tart Nenas Buah Hantaran Bahan-bahan 250gm mentega 60 gm gula halus 1 biji kuning telur 1 tsp esen vanilla 370 gm tepung g...
-
Heart Shape Tuna Bun Bahan-bahan 200gm tepung roti (high protein) 50gm tepung all purpose 35gm gula kaster (2 sudu besar) 1/2 sudu ...
-
Kek Lapis Evergreen (versi bakar) resepi : DayangJack@DapurKu SaYang Thanks Dayang,, next i'll try another version pulaa :D Bahan-bah...
-
Cakue / Chinese Cruller / You Tiao Bahan A 250ml air 1 1/2 sudu teh baking powder 1/2 sudu teh soda bikabonat 1 sudu teh garam 1 s...
-
Garlic Roll Recipes By : Suhaina Sumber : Madiha@Dari Dapur Madihaa Sungguh sedap,, begitu saja atau bersama creamy soup,, Thanks Suhai...
-
Kuih Kaswi Bahan A 1 1/2 cawan gula merah 1/2 cawan gula pasir 1 cawan air 2 helai daun pandan, disimpul (jadikan 2 cawan air gula...
-
Nasi Himpit Kelantan Bahan-bahan 200gm beras kampung 3 liter air atau nasi himpit Nona Cara : Cuci beras 2-3 kali, Toskan. Masu...
Lain-lain menu masakan
| Masakan Kentang | Masakan Sotong | Masakan Ikan |
| Masakan Antarabangsa | Masakan Ketam | Masakan Telur |
| Masakan Ayam | Masakan Nasi | Masakan Udang |
| Masakan Daging | Masakan Sayuran | Masakan Tauhu |
Archive for January 2011
Nasi Goreng Kailan Ikan Masin
Bahan-bahan
1 mangkuk nasi
1 labu bawang besar di cincang
2 ulas bawang putih di ketuk
4 tangkai cili padi di ketuk
1 biji telur
200gm udang hidup
1 keping ikan tenggiri masin
4 helai daun kailan di potong
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil stok ayam
1 sudu besar majerin
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan marjerin, masukkan udang dan goreng hingga udang keperangan. Angkat dan ketepikan.
2. Guna minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga naik baunya. Masukkan ikan masin, biarkan masak. Masukkan sos tiram, stok ayam dan sedikit garam. Pecahkan telur dan gaul hingga rata.
3. Masukkan nasi, gaul hingga rata, baru di masukkan udang yang digoreng tadi. Akhir sekali masukkan sayur kailan, gaul rata hingga kailan lembut. Hias dengan bawang goreng dan daun sup.
Bingka Ambon Karamel
Bahan A
2 sudu kecil yis segera
5 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar air
Bahan B (Karamel)
1 cawan gula pasir
1 cawan air kelapa
2 sudu besar mentega
Bahan C
1/2 cawan gula pasir
5 sudu besar susu pekat manis
6 biji telur ayam
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung sagu
1/3 cawan tepung gandum
1 sudu teh rempah kuih lapis
1 sudu teh soda bikabonat
1/2 sudu teh garam halus
Cara-cara :
1. Bahan A : Sebatikan semua bahan A, gaul rata dan biarkan mengembang selama 15 minit.
2. Bahan B : Masak gula pasir hingga perang, masukkan air kelapa atau air, kacau dengan cepat hingga gula larut. Tutup api, masukkan mentega, kacau hingga mentega cair. Ketepikan.
3. Bahan C : Pukul telur, gula, garam dan susu pekat hingga berbuih. Masukkan tepung, soda bikabonat dan rempah, gaul hingga rata.
4. Kemudian masukkan bahan A dan B, gaul hingga rata dan biarkan di tempat panas selama 2 jam.
5. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di gris terlebih dahulu. Bakar pada suhu 180C api bawah selama 30 minit, kemudian tukar api atas dan bawah dan bakar hingga masak.
Bahan A
1 sudu besar yis segera
1 sudu kecil gula
2 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar air
Bahan B
200gm keladi (potong kecil, rebus)
200ml santan kotak KARA
100ml air
200gm gula pasir
2 sudu kecil double action baking powder
1 biji telur A - dipukul dahulu
1/4 sudu teh garam halus
Cara-cara :
1. Bahan A : Satukan semua bahan A, gaul rata dan rehatkan selama 15minit hingga adunan kembang dan berbuih.
2. Bahan B : Kisar keladi, santan dan air hingga halus. Satukan dengan bahan B yang lain, gaul rata, masukkan bahan A, sebatikan dan biarkan kembang 2 kali ganda selama 1 jam atau lebih. Tutup bekas dengan tuala lembab.
3. Sudukan ke dalam acuan lompang yang dialas dengan mangkuk kertas. Masukkan adunan setinggi mangkuk kertas dan kukus selama 15 minit dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
4. Untuk mendapat kesan rekahan pada apam, guna spatula atau pisau yang dicelup dalam minyak, kemudian buat silang pangkah pada permukaan adunan dalam acuan tadi.
*** Adunan apam ni lembut tetapi tidak merekah, buat spt langkah No. 4 untuk mendapat rekahan pada kuih.
Kuih Lapis Ubikayu / Bingka Lapis Ubi Kayu
Bahan A (Lapisan Bawah)
400gm parutan ubi kayu
100gm kelapa parut muda
1 sudu besar tepung ubi
200ml santan kotak KARA
60ml air
50gm gula pasir
100ml sirap gula merah (100gm gula merah + 50gm gula pasir + 60ml air), masak hingga gula larut, tapis
1/4 sudu teh garam halus
1/4 sudu teh pewarna coklat
Bahan B (Lapisan Atas)
400gm parutan ubi kayu
100gm kelapa parut muda
200ml santan kotak KARA
60ml air
1 sudu besar tepung kastard
1/4 sudu teh pewarna kuning lemon
1/4 sudu teh garam halus
Cara-cara :
1. Parut ubi kayu (bukan kisar), perah dan toskan airnya dalam bekas, biar 15minit. Buang air jernih pada bahagian atas dan ambil pati mendapan ubi kayu. Gaulkan dengan parutan ubi kayu yang diperah tadi.
2. Bahan A : Satukan semua bahan A, gaul sebati dan masukkan ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang. Ratakan, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
3. Bahan B : Satukan semua bahan B, gaul sebati dan masukkan ke atas lapisan bawah yang dikukus tadi. Ratakan, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
4. Angkat dari pengukus dan masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan dahulu. Bakar pada suhu 200C api atas hingga permukaan kuih keperangan.
5. Biarkan betul2 sejuk baru di potong.
Kuih Lompat Tikam
Bahan A (Adunan Hijau)
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan santan kotak KARA
2 cawan air
1 cawan jus pandan
1 sudu kecil air kapur
1/2 sudu teh garam halus
1/4 sudu teh pewarna hijau jika suka
Bahan B (Adunan Santan)
1 cawan santan kotak KARA
1 1/2 cawan air
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu teh garam halus
Bahan C (Pulut Merah)
1 cawan beras pulut (rendam 2 jam)
1/2 cawan santan cair
1/2 sudu teh pewarna merah
1/4 sudu teh garam halus
Bahan D (Sirap Gula Merah)
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan
(Masak hingga gula larut, tapis)
Cara-cara :
1. Bahan A : Satukan semua bahan A, kacau rata dan tapis. Masukkan ke dalam kuali dan masak dengan api sederhana hingga kental dan berkilat. Tuang dan ratakan ke dalam acuan atau loyang.
2. Bahan B : Satukan semua bahan B, kacau rata dan tapis. Masukkan ke dalam kuali dan masak dengan api sederhana hingga kental dan berkilat. Tuang dan ratakan ke atas lapisan A tadi.
3. Bahan C : Toskan pulut dan gaul bersama dengan pewarna merah hingga rata. Kukus selama 15minit, angkat dan gaul bersama santan cair dan garam. Kukus semula selama 15minit atau hingga masak.
4. Bahan D : Masak hingga gula larut.
5. Untuk hidangan : Hidang kuih bersama pulut dan sirap gula merah.
Kuih Buah Gomak Kelantan / Kuih Kepal
Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
2 cawan kelapa parut muda
1/2 cawan gula
1/4 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan
2 sudu besar air
100gm beras untuk salutan
(cuci,tos dan sangai hingga kekuningan, kemudian kisar menjadi serbuk)
Cara-cara
1. Campurkan tepung beras bersama gula, garam, sedikit air dan pes pandan, kacau rata. Masukkan kelapa parut dan gaul rata
2. Masak di atas api sederhana dan kacau hingga bergentel. Tutup api, biarkan suam sedikit.
3. Ambil adunan, kepalkan sebesar bola pingpong kemudian golekkan di atas beras kisar dan sedia dinikmati.
Iced Chocolate Coffee
Bahan-bahan
5 skop aiskrim vanila
4 sudu besar sirap chocolate hershey's
1 sudu kecil nescafe + 2 sudu kecil air (larutkan)
1 mug ketulan ais
Krim putar dan chocolate rice untuk hiasan
Cara-cara : Satukan semua bahan dan kisar hingga ketulan ais hancur. Sedia dihidangkan dengan krim putar dan chocolate rice diatasnya.
Gobak
Bahan-bahan
250gm sagu rumbia
1 cawan kelapa parut muda
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam halus
1 - 2 cawan air untuk merenjis
Cara-cara :
1. Gaul sagu, kelapa, gula dan garam hingga rata. Campurkan dengan 1/2 cawan air dan gaul sebati.
2. Masukkan ke dalam periuk dan sangai dengan api sederhana.
3. Renjiskan lebihan air sedikit demi sedikit sambil dikacau. Setelah sagu bergentel bolehlah diangkat.
4. Biar suam sedikit baru dikepalkan bulat atau biarkan begitu saja, enak dimakan panas-panas.
*** sagu rumbia lebih kasar dari sagu mata ikan, apabila dimasak ia muai dan tidak begitu kenyal seperti sagu mata ikan.
Tepung Bungkus Ubi Kayu
Bahan-bahan
1/2kg ubi kayu parut
1 cawan gula
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan kacang merah rebus
1/2 sudu teh garam halus
Daun pisang layur dan potong kecil
Cara-cara :
1. Masak santan hingga pecah minyak sambil dikacau. Kemudian masukkan gula, garam dan biar hingga gula larut. Tutup api, masukkan ubikayu bersama kacang merah dan gaul sebati.
2. Sudukan ke atas daun pisang dan bungkus dengan kemas. Kukus selama 15 minit atau hingga masak.
Mihun Goreng Taucu
Bahan-bahan
1 bungkus mihun - direndam
2 keping fish cake - di hiris
2 keping tauhu (goreng dulu, hiris)
Taugeh dan daun kucai secukupnya
2 tangkai daun sup di hiris
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar taucu
garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Bahan kisar
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering (rendam dulu dalam air panas)
100gm udang kering
Cara-cara :
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik baunya. Masukkan sedikit air, garam, gula, kicap dan taucu. Apabila mendidih masukkan mihun, gaul hingga rata.
2. Apabila mihun sudah lembut, masukkan tauhu goreng, fish cake, kucai dan tauge. Gaul rata.
3. Bila menghidang, taburkan dengan bawang goreng dan daun sup jika suka.
Biji Delima Thai / Tub Tim Grob
Bahan A (Sirap gula)
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan
(masak hingga gula larut, ketepikan)
Bahan B (Santan)
200ml (1 kotak kecil) santan pekat KARA
1/2 sudu teh garam halus
3 mug ketulan ais
Bahan C
12 biji water chestnut (sengkuang cina)
1 sudu kecil pewarna merah
1 cawan tepung ubi kayu
Sampingan : beberapa ulas nangka dan kelapa muda
Cara-cara :
1. Satukan bahan A dan B, masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga ais hancur seperti smoothie. Masukkan ke dalam bekas atau tupperware dan dinginkan di dalam peti sejuk.
2. Kupas kulit sengkung dan potong kiub kecil. Masukkan pewarna merah atau warna disukai dan gaul hingga rata.
3. Masukkan tepung ubi ke dalam mangkuk besar, tuangkan sengkuang ke dalamnya, goncang tepung ubi hingga bersalut rata pada sengkung.
4. Kemudian masukkan ke dalam pengayak, dan ayak lebihan tepung ubi ke dalam bekas yang lain.
5. Masukkan sengkuang ke dalam bekas dan spraykan dengan sedikit air, kemudian masukkan kembali sengkuang ke dalam lebihan tepung ubi yang diayak tadi. Ulangi langkah No. 3 dan 4 untuk menebalkan lapisan tepung ubi pada sengkuang. Biarkan selama 30 minit.
6. Sementara itu, masak air hingga mendidih, masukkan sengkuang dan masak hingga ia timbul di permukaan air dan tepung ubi menjadi jernih.
8. Untuk menghidang, keluarkan santan sejuk dari peti ais, masukkan ke dalam mangkuk atau gelas. Letak biji delima (toskan dulu) dan hirisan nangka atau kelapa muda di atasnya.
Ikan Pari Bakar
Bahan-bahan
1 ekor ikan tuka / pari sungai atau ikan pari
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar air asam jawa
Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
3 tangkai cili api
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
Cara-cara :
1. Perap ikan pari bersama bahan kisar, air asam jawa, gula dan garam selama 1 jam.
2. Letak ikan pari dengan sedikit bahan kisar di atas daun pisang, kemudian bungkus dengan rapi.
3. Panggang hingga masak.
Air asam
1/2 cawan air asam jawa (pekat)
gula dan garam secukup rasa
sebesar ibu jari gula melaka (diracik halus)
5 tangkai cili padi di hiris
5 ulas bawang merah di hiris
1/2 labu bawang besar di hiris
1 biji tomato di hiris
(Campurkan semua bahan, rasa masam dan manisnya)
Sayap Ayam Madu
Bahan-bahan
10 ketul drumet ayam
2 cm halia
1 sudu teh serbuk lada putih
2 sudu teh rempah kari
1 ulas bawang putih
3 sudu besar madu
1 sudu teh garam
1 sudu besar minyak bijan
Cara-cara :
1. Tumbuk halia dan bawang putih hingga lumat.
2. Lumur ayam dengan bahan tumbuk, garam, rempah kari, madu dan minyak bijan. Perap selama 1 jam.
3. Panggang hingga masak.
Ketupat Sotong Kelantan
Bahan A
10 ekor sotong sederhana (buang kulit hitam dan tulang, cuci bersih) asingkan kepalanya
lidi untuk menyucuk
Bahan B
1/2 cawan pulut (bersih dan toskan)
1/2 cawan santan pekat
1/4 sudu teh garam
(Rendam 30 minit bersama santan dan garam)
Bahan C
100gm gula melaka di racik
2 cawan santan (tidak terlalu pekat)
1/4 sudu teh garam
1 hiris halia (dimayang halus)
1 helai daun pandan
Cara-cara :
1. Bahan B : Masukkan 3/4 penuh pulut ke dalam perut sotong (2 sudu kecil), masukkan kembali kepala sotong dan cucuk dengan dengan lidi supaya pulut tidak terkeluar.
2. Atur sotong di dalam periuk, masukkan bahan C dan renehkan dengan api sederhana sehingga hampir kering.
3. Siap di hidang.
Putu Halba
Bahan-bahan
1kg ubi kayu di parut
1/2 sudu teh halba
100gm gula melaka diracik halus + 1 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam
Kelapa parut muda + sedikit garam
Cara-cara :
1. Parut ubi kayu, masukkan ke dalam kain maslin dan perah hingga kering dan berderai. Gaul bersama sedikit garam dan halba.
3. Masukkan separuh parutan ubi kayu ke dalam acuan (tutup teko atau acuan lompang) yang di alas dengan kain nipis, letakkan inti gula melaka ditengahnya, tutup kembali dengan parutan ubi kayu. Untuk acuan lompang tidak perlu di alas dengan kain.
4. Balut kembali acuan dengan kain dan telengkupkan ke dalam pengukus dan kukus selama 20-25 minit hingga masak.
*** ubi kayu seeloknya di parut dan tidak di kisar, untuk mendapat tekstur kuih yang elok.
Ayam Boxing Berempah / Spicy Chicken Boxing
Bahan-bahan
6 ketul drumet ayam
2 sudu kecil serbuk cili
2 sudu kecil rempah kari
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 biji telur
sedikit garam
Secukupnya serbuk roti
Cara-cara :
1. Potong kepak ayam bahagian pangkalnya. Kikis isi ayam ke bahagian bawah.
3. Kemudian golek ayam dengan serbuk roti dan goreng terendam dalam minyak yang sederhana panas.
Bahan Sos :
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan mayonis
1 sudu makan sos tomato
(Campurkan semua bahan sos dan hidang bersama ayam)
Minuman chrysanthemum dan rose kering / Dried chrysanthemum and rose drinks
Bahan-bahan
1 liter air
120gm gula batu
25gm campuran chrysanthemum dan rose kering
5gm kulit limau kering - jika suka (rasanya lebih pahit sedikit)
Cara : Masak hingga mendidih hingga gula larut. Angkat boleh di minum sejuk atau panas.
*** bunga chrysanthemum dan rose boleh dibeli di kedai ubat cina
Agar-Agar Lapis Keladi
Bahan A (Santan)
15gm serbuk agar-agar
1000ml air
200gm gula pasir
50gm serbuk santan (1 pkt)
Bahan B (Keladi)
15gm serbuk agar-agar
800ml air
200gm gula pasir
250gm keladi di dadu dan rebus (kisar dgn 200ml air)
Pewarna unggu
Loyang 9" (basahkan dahulu)
Cara-cara :
1. Masak bahan A hingga mendidih.
2. Satukan bahan B, masukkan keladi kisar dan pewarna unggu, masak hingga mendidih.
3. Tuang agar-agar keladi ke dalam loyang, biar hingga hampir beku. Tuang agar-agar santan ke atasnya, biar hingga hampir beku. Ulangi melapis berselang seli warna hingga habis.
4. Untuk mengelakkan agar-agar di dalam periuk cepat beku, didihkan air panas di dalam sebuah bekas/periuk, letak periuk agar-agar diatasnya (seperti kaedah bain-marie) atau panaskan dengan api yang paling kecil.
Stir-fry Bok Choy
Bahan-bahan
1 ikat bok choy
4 ulas bawang putih di ketuk
1 sudu besar minyak
1 sudu kecil stok ayam
sedikit garam
sedikit air
Cara : Bersih dan Potong bok choy, tumis bawang putih dengan sedikit minyak hingga kekuningan. Masukkan bok choy, air dan perasakan dengan sedikit garam dan stok ayam. Masak bok choy sekejap saja jangan sampai layu. Angkat dan hidangkan.
Talam Keladi Berlauk
Bahan-bahan
400gm keladi potong kiub, di rebus dan lenyek sedikit
80gm tepung beras (1/2 cawan)
100gm tepung gandum (1/2 cawan)
200ml santan kotak KARA
300ml air
1/2 sudu teh garam halus
pewarna unggu
Bahan Hiris
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
1 tangkai daun sup dan daun bawang
(Hiris dan cincang kasar)
Bahan Lauk
50gm udang kering - rendam dan toskan
sos cili secukupnya
Cara-cara :
1. Satukan tepung beras dan tepung gandum kemudian gaulkan dengan keladi hingga sebati, masukkan santan, air, garam dan pewarna unggu. Kacau hingga rata.
2. Leser loyang 8" dengan sedikit minyak. Masuk adunan ke dalam loyang, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit diatas api yang sederhana.
3. Biarkan sejuk baru disapu sos cili hingga rata kemudian taburkan udang goreng dan bahan hiris. Potong dan hidangkan.
4. Bahan Lauk : Goreng udang kering dengan sedikit minyak hingga kering, tutup api dan masukkan bahan hiris. Gaul rata dan tabur di atas kuih.
Ubi Kayu Rebus
Bahan-bahan
5 ketul ubi kayu dipotong 5cm
sedikit garam dan gula
kelapa parut
Cara : Rebus ubi kayu dengan sedikit garam hingga empuk, sebelum di angkat, taburkan dengan sedikit gula pasir, biarkan sebentar, angkat dan toskan. Hidang dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam dan gula.
Base / Dasar Biskut
150gm biskut Oreo (buang krim)
30gm mentega di cairkan
Bahan Kek Keju
300gm krim keju - suhu bilik
60gm gula caster
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
1 sudu besar jus oren / lemon
100ml UHT whipping cream
100gm coklat snickers di cincang kasar
Topping Chocolate Ganache
100gm coklat masakan di cincang kasar
50ml UHT whipping cream
Hiasan : Coklat snickers, kekacang atau parutan coklat putih
Loyang : Loose Base Tin 7"
Cara-cara :
1. Kisar biskut oreo hingga halus, masukkan mentega cair gaul rata hingga boleh di kepal. Masukkan ke dalam loyang loose base tin, ratakan dan tekan hingga padat. Bakar selama 10 minit pada suhu 160C. Biarkan sejuk dahulu.
2. Pukul krim keju dan gula hingga licin dan tidak berketul. Masukkan telur, jus oren/lemon dan whipping cream, pukul hingga sebati. Scrapkan tepi pengisar dan pukul sebentar hingga bergaul rata dan tidak berketul.
3. Masukkan coklat snickers yang di dadu, kaup balikkan hingga rata. Kemudian tuang ke atas dasar biskut oreo.
4. Bakar secara bain marie pada suhu 160C selama 40 - 50 minit atau hingga permukaannya kekuningan.
5. Tutup api ketuhar, Rengangkan sedikit pintu ketuhar dan biarkan kek di dalamnya hingga sejuk.
6. Keluarkan kek dan simpan di dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman.
7. Topping : Panaskan whipping cream secara bain marie, masukkan coklat masakan yang di cincang, kacau hingga coklat larut. Angkat dan biarkan suam.
8. Tuang topping coklat ganache ke atas permukaan kek, tabur dengan coklat snickers yang di dadu, kekacang atau parutan coklat putih jika suka.
New recipes >>
<< More recipes



















































