Tempah Iklan

Fresh Recipes


/

Kuih Keria / Malaysian Sweet Potato Donut

Post this recipes


Kuih Keria / Malaysian Sweet Potato Donut

Bahan-bahan
250gm ubi keledek putih / oren
1 sudu besar tepung ubi / tepung pulut
80gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
80gm gula pasir + 3 sudu besar air

Cara-cara :
1. Rebus ubi keledek hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas. Ketepikan.
2. Masukkan garam, tepung gandum dan tepung ubi, uli hingga tidak melekat ditangan.
3. Timbang doh seberat 40gm dan buat bentuk bulat seperti donat. Buat lubang ditengahnya.


4. Goreng didalam minyak terendam diatas api sederhana panas.
5. Untuk salutan gula, masak air dan gula hingga nampak pekat, masukkan kuih tadi dan gaul rata.
6. Kacau hingga gula nampak bertali, tutup api dan kacau sehingga gula mengering dan menyaluti kuih.
7. Jika menggunakan keledek oren tambahkan sukatan gandum kerana ubi jenis ini sangat lembut.


MENU : ,




Sertai GengMasak dan kongsi resepi, petua dan blog anda!

Design N Coding by
Brand by citarasawan
Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen CCA 3.0
On top