728x90 AdSpace

^.^
Thursday, November 3, 2011

Serabai Kuah Durian


Serabai Kuah Durian

Bahan-bahan
250gm tepung beras
150gm nasi sejuk
500ml santan
1 sudu kecil yis segera + 50ml air suam (larutkan), biarkan seketika
1/2 sudu teh garam

Kuah Durian
600ml santan
100gm isi durian
80gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
1 helai daun pandan di simpul
1 biji putih telur - di pukul sedikit

Cara-cara :
1.  Satukan semua bahan serabai di dalam pengisar dan kisar hingga halus.  Perapkan di tempat suam selama 2 jam atau lebih.
2.  Panaskan acuan serabai / baulu yang di leser dengan minyak hingga minyak betul-betul panas.  Tutup api dan tuang adunan serabai hingga 3/4 penuh.
3.  Kemudian masak dengan api perlahan sehingga masak.
4.  Kuah :  Satukan semua bahan hingga mendidih.  Masukkan putih telur dan masak hingga kuah sedikit pekat.
5.  Hidang serabai dengan kuahnya.
Serabai Kuah Durian
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top