728x90 AdSpace

sedang menyediakan hidangan kegemaran suami, anak dan cucu :)
Sunday, November 13, 2011

Mini Pavlova


Mini Pavlova

Bahan-bahan
200ml putih telur (4 biji)
160gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar
2 sudu teh tepung jagung
200ml whip cream / thickened cream / double cream
Buah-buahan segar, strawberry, blueberry, physalis, kiwi atau yang di sukai

Cara-cara :
1.  Panaskan oven pada suhu 120C.  Alas dulang pembakar dengan kertas baking / silpat mat.
2.  Pukul putih telur dalam mangkuk mixer yang bersih dan kering hingga berbuih.  Masukkan gula kaster, cream of tartar dan tepung jagung.  Pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan bertanduk.
3.  Masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam acuan bulat 6 dia. Ratakan permukaannya dengan spatula.  Angkat acuan perlahan-lahan.  Jika tiada acuan, lukis bulatan di atas kertas parchment dan picit meringue ke dalamnya.


4.  Untuk hiasan tepi, masukkan meringue ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan picit keliling tepinya dengan corak kegemaran.
5.  Bakar di rak tengah selama 1 jam.  Tutup suis oven dan biarkan pavlova mengering di dalamnya selama 30 minit.  Permukaan dan tepi pavlova kelihatan retak dan berwarna kuning keemasan.


6.  Pukul whip cream hingga kental.  Picit / sapu ke atas pavlova dan tabur dengan buahan-buahan hiris.


7.  Rasanya manis, ranggup di luar dan lekit di dalam,, sediakan dengan buahan-buahan kegemaran ..

Physalis Pavlova

Strawberry and Kiwi Pavlova

Mixed Fruits Pavlova

Kiwi Pavlova
Mini Pavlova
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top