BloggerBloggerRecommend and Send to your Friends


Resipi terkini dan yang dikemaskini

/

Tiramisu

Tiramisu

Bahan-bahan
200ml thickened cream /whip cream
250gm mascarpone cheese / krim keju (suhu bilik)
110gm gula kaster
2 sudu besar coffee segera + 1 cawan air panas (sejukkan dahulu)
Serbuk koko secukupnya
20 keping biskut lady finger

Loyang loose base tin / springform atau gelas

Cara-cara :
1.  Pukul thickened cream hingga kental.  Ketepikan.
2.  Dalam mangkuk lain, pukul krim keju dan gula hingga licin dan tidak berketul.  Masukkan thickened cream dan kaup balikkan hingga rata.
3.  Celup lady finger beberapa saat ke dalam larutan kopi, susun di dasar loyang atau susun dahulu lady finger, kemudian tuang larutan kopi dengan sudu ke atasnya (supaya biskut tidak patah sewaktu di susun dalam loyang)
4.  Tuang adunan krim keju, ratakan, hentak sedikit loyang supaya rata.
5.  Ulangi langkah 4 hingga habis.  Masukkan serbuk koko ke dalam penapis dan ayak di atasnya.
6.  Simpan di dalam peti sejuk selama 3 jam atau lebih sebelum di hidangkan.

MENU : , ,

Print Friendly and PDF


Klik untuk tempahan



Design N Coding by
Brand by citarasawan
For business query, submit your request here


Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License.

Pageview

On top