Follow Me

Kek Kukus Coklat Polkadot


Kek Kukus Coklat Polkadot
Recipes by :  Chef Jamie Jong

Bahan-bahan
400gm mentega
200gm gula kaster
10 biji telur
180gm kaya (1 tin kecil)
100gm horlicks
30gm serbuk koko
150gm tepung gandum / tepung Hongkong
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar chocolate emulco
Biskut jejari secukupnya.

Loyang 8"

Cara-cara :
1.  Pukul mentega dan gula hingga putih dan berkrim.  Masukkan telur satu persatu.
2.  Kemudian masukkan chocolate emulco, kaya dan horlicks, pukul hingga sebati.
3.  Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko.  Masukkan ke dalam adunan yang di pukul sediki demi sedikit, pukul dengan kelajuan perlahan hingga rata.  Kaup balikkan adunan hingga bergaul rata.
4.  Alas dasar dan gris teping loyang dengan mentega cair.  Masukkan 5 sudu besar adunan, ratakan.  Atur biskut jejari jarak 1/2" antara jaraknya.  Kukus hingga masak.
5.  Angkat dan ulang melapis dan mengatur biskut hingga habis.  Kukus setiap lapisan hingga masak.
6.  Pastikan kek betul-betul sejuk baru di potong.

previous article
Newer Post
next article
Older Post



Post a Comment

Penulis resipi blog citarasawan, seorang blogger dan suri rumah sepenuh masa yang gemar mencuba sesuatu yang baru dan sangat mengakumi karya seni masakan [Kakwan] (http://2.bp.blogspot.com/-hmDS9fqYd1k/VTqJsqr_YZI/AAAAAAAAjmo/wREmd8gMjz4/s1600/Layer-1%2Bcopy.png)

Name

Email *

Message *