ffff728x90 AdSpace

Sambil memasak dengar radio sekejap
oke? :)
Sunday, September 18, 2011

Kek Kukus Blackcurrant


Kek Kukus Blackcurrant

Bahan-Bahan
500gm mentega
720gm tepung gandum
6 biji telur Grade A
1 1/2 cawan gula kaster
2 biji buah pala / 3 sudu kecil serbuk buah pala
1 cawan gula kasar (dijadikan gula hangus)
500gm blackcurrant
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh cream of tartar

Loyang 10" yang telah di gris

Cara-cara :
1.  Ketuk sedikit buah pala, sangai hingga naik bau, kemudian tumbuk hingga halus.
2.  Satukan buah blackcurrant, tepung gandum, serbuk buah pala, soda bikarbonat dan cream of tartar, gaul rata.  Ketepikan.
3.  Pukul mentega dan gula kaster hingga kembang dan gebu, masukkan telur satu persatu, pukul hingga berkrim.
4.  Masukkan adunan mentega tadi ke dalam mangkuk besar, kemudian kaup balik dengan tepung sedikit demi sedikit hingga bergaul rata.
5.  Masak gula hingga perang, tutup api, kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, kacau hingga rata.  Tuang ke dalam adunan kek dan gaul dengan cepat hingga sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang, tutup dengan aluminum foil dan ikat kelilingnya dengan tali,
7.  Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 4 jam.

Kek Kukus Blackcurrant
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top