ffff728x90 AdSpace

Hi :D

Terkini

Wednesday, March 16, 2011

Agar-agar Lapis Kacang Merah


Agar-agar Lapis Kacang Merah

Bahan A (Santan)
25gm serbuk agar-agar
1500ml air
250gm gula pasir
50gm serbuk santan (1 pkt)

Bahan B (Kacang Merah)
25gm serbuk agar-agar
1300ml air
300gm gula pasir
250gm kacang merah rebus (kisar dgn 200ml air)
Pewarna merah

Loyang 10" (basahkan dahulu)

Cara-cara :
1.  Rendam kacang merah semalaman.  Kemudian rebus hingga empuk dan kisar dengan air hingga halus.
2.  Masak bahan A hingga mendidih.  Ketepikan.
3.  Satukan bahan B, masukkan kacang merah kisar dan pewarna merah, masak hingga mendidih, kemudian tapis.
3.  Tuang agar-agar kacang merah ke dalam loyang, biar hingga hampir beku.  Tuang agar-agar santan ke atasnya, biar hingga hampir beku.  Ulangi melapis berselang seli warna hingga habis.
4.  Untuk mengelakkan agar-agar di dalam periuk cepat beku, didihkan air panas di dalam sebuah bekas/periuk, letak periuk agar-agar diatasnya (seperti kaedah bain-marie) atau panaskan dengan api yang paling kecil.



Agar-agar Lapis Kacang Merah
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top