ffff728x90 AdSpace

Hi :D
Assalamualaikum, Hi! :D. sekiranya anda mengalami sedikit ganguan semasa mengunakan blog ini, jangan risau Ya, blog sedang diperbahurui
Friday, February 11, 2011

Ketupat Jagung


Ketupat Jagung

Bahan-bahan
1 cawan beras pulut (direndam semalaman)
1 helai daun pandan
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula
1/2 cawan jagung manis (direbus dulu)
1/2 cawan kelapa parut muda
1/4 sudu teh garam halus
Kulit jagung untuk membungkus

Cara-cara :
1.  Toskan pulut dan kukus selama 20 minit.  Angkat dan masukkan ke dalam bekas.
2.  Didihkan santan, gula, garam dan daun pandan hingga gula larut.  Tuang ke atas pulut tadi, gaul hingga sebati.
3.  Masukkan jagung dan kelapa parut muda, gaul rata dan biarkan selama 10 minit hingga santan mesra.
4.  Ambil sehelai kulit jagung (jika keras, rendam sekejap dalam air panas) lap dan keringkan.  Isi di tengahnya dengan pulut, gulung dan padatkan.  Ikat kedua hujung dengan kulit jagung yang disiat seperti tali.  Ikat dengan kemas.  Buat hingga habis.
5.  Atur di dalam pengukus dan kukus semula selama 10 minit.  Sejukkan dahulu sebelum dihidang.


Ketupat Jagung
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top