728x90 AdSpace

^.^
Tuesday, January 11, 2011

Talam Keladi Berlauk


Talam Keladi Berlauk

Bahan-bahan
400gm keladi potong kiub, di rebus dan lenyek sedikit
80gm tepung beras (1/2 cawan)
100gm tepung gandum (1/2 cawan)
200ml santan kotak KARA
300ml air
1/2 sudu teh garam halus
pewarna unggu

Bahan Hiris
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
1 tangkai daun sup dan daun bawang
(Hiris dan cincang kasar)

Bahan Lauk
50gm udang kering - rendam dan toskan
sos cili secukupnya

Cara-cara :
1.  Satukan tepung beras dan tepung gandum kemudian gaulkan dengan keladi hingga sebati, masukkan  santan, air, garam dan pewarna unggu.  Kacau hingga rata.
2.  Leser loyang 8" dengan sedikit minyak.  Masuk adunan ke dalam loyang, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit diatas api yang sederhana.
3.  Biarkan sejuk baru disapu sos cili hingga rata kemudian taburkan udang goreng dan bahan hiris.  Potong dan hidangkan.
4.  Bahan Lauk :  Goreng udang kering dengan sedikit minyak hingga kering, tutup api dan masukkan bahan hiris.  Gaul rata dan tabur di atas kuih.

Talam Keladi Berlauk
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Top