Follow Me

Ketupat Sotong Kelantan


Ketupat Sotong Kelantan

Bahan A
10 ekor sotong sederhana (buang kulit hitam dan tulang, cuci bersih) asingkan kepalanya
lidi untuk menyucuk

Bahan B
1/2 cawan pulut (bersih dan toskan)
1/2 cawan santan pekat
1/4 sudu teh garam
(Rendam 30 minit bersama santan dan garam)

Bahan C
100gm gula melaka di racik
2 cawan santan (tidak terlalu pekat)
1/4 sudu teh garam
1 hiris halia (dimayang halus)
1 helai daun pandan

Cara-cara :
1.  Bahan B :  Masukkan 3/4 penuh pulut ke dalam perut sotong (2 sudu kecil), masukkan kembali kepala sotong dan cucuk dengan dengan lidi supaya pulut tidak terkeluar.
2.  Atur sotong di dalam periuk, masukkan bahan C dan renehkan dengan api sederhana sehingga hampir kering.
3.  Siap di hidang.


previous article
Newer Post
next article
Older Post



Post a Comment

Penulis resipi blog citarasawan, seorang blogger dan suri rumah sepenuh masa yang gemar mencuba sesuatu yang baru dan sangat mengakumi karya seni masakan [Kakwan] (http://2.bp.blogspot.com/-hmDS9fqYd1k/VTqJsqr_YZI/AAAAAAAAjmo/wREmd8gMjz4/s1600/Layer-1%2Bcopy.png)

Name

Email *

Message *