Keep in touch :)
Dapatkan Update terkini menerusi Facebook dan Twitter Follow on Twitter

| Edit | | blogger | | New |
Lain-lain menu masakan
| Masakan Kentang | Masakan Sotong | Masakan Ikan |
| Masakan Antarabangsa | Masakan Ketam | Masakan Telur |
| Masakan Ayam | Masakan Nasi | Masakan Udang |
| Masakan Daging | Masakan Sayuran | Masakan Tauhu |
Archive for November 2010
Pancake
Bahan-bahan
200gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula kaster
400ml susu cair
1/4 sudu teh garam halus
1 biji telur
25gm marjerin cair
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan kecuali marjerin cair dan kisar sebentar di dalam pengisar. Tuang ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama marjerin cair. Biarkan selama 15 minit.
2. Ambil 2 senduk kecil adunan dan masak di atas kuali non-stick (tanpa minyak) sehingga keperangan di kedua belah.
3. Hidang dengan sirap pancake atau jem.
Makaroni Goreng Sosej
Bahan-bahan
250gm makaroni
1 labu bawang besar dicincang kasar
100gm mixed vege (sayur campuran)
150gm daging ayam dipotong dadu
4 batang sosej di potong bulat 2cm
50gm parutan keju cheddar
1 sudu besar susu tepung
2 sudu kecil stok ayam
150ml air
1 sudu besar marjerin untuk menumis
2 sudu kecil gula
1 sudu teh garam halus
Cara-cara :
1. Rebus makaroni hingga masak. Toskan.
2. Panaskan marjerin, tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging ayam, biarkan seketika hingga masak. Kemudian masukkan sosej, gaul rata.
3. Masukkan makaroni, sayur campuran dan perasakan dengan garam dan gula. Gaul rata.
4. Kemudian masukkan stok ayam bersama air, gaul rata, masukkan tepung susu dan parutan keju, masak hingga pekat.
5. Angkat dan hidangkan.
Buttercream / Krim Mentega
Bahan-bahan
120gm mentega
300gm gula icing - diayak
2 tsp esen vanila
Cara-cara :
Satukan semua bahan dan pukul hingga rata dan berkrim. Sedia digunakan untuk sapuan pada cupcake.
** icing ini untuk sapuan pada permukaan cupcake dan bukan untuk tujuan menghias.
Bubur Barli
Bahan-bahan
200gm barli
200ml santan pekat KARA
300ml air
100gm gula pasir
2 helai daun pandan disimpul
1/4 sudu teh garam
2-3 ulas nangka dicarik - jika suka
Cara-cara :
1. Rebus barli hingga masak. Masukkan ke dalam penapis, siram dengan air paip dan toskan.
2. Masak santan, air, gula, nangka dan daun pandan hingga mendidih dengan api sederhana. Masukkan barli yang ditos tadi dengan sedikit garam. Biarkan mendidih seketika, angkat dan hidangkan panas-panas.
Roti Bakar Daging Berkeju
Bahan-bahan
10 keping roti sandwich
100gm sayur campuran
30gm parutan keju cheddar
Bahan Inti
250gm daging cincang
1/2 labu bawang besar di potong dadu
2 ulas bawang putih dicincang
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar marjerin untuk menumis
1 sudu besar serbuk kari
garam secukup rasa
Adunan Telur
3 biji telur di pukul sedikit
250ml susu cair
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
20gm marjerin cair
Cara-cara :
1. Inti : Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan serbuk kari, gaul rata. Kemudian masukkan daging kisar dan sedikit air, perasakan dengan sedikit garam, biar sehingga daging empuk. Tambahkan tepung gandum, gaul hingga sebati dan kering.
2. Adunan Telur : Satukan telur, marjerin cair dan susu cair, kacau hingga rata, masukkan sedikit garam dan lada sulah. Sebatikan.
3. Potong tepi roti. Celup roti ke dalam adunan telur, kemudian masukkan ke dalam acuan remekin atau acuan yang disukai yang telah dileser dengan marjerin terlebih dahulu.
4. Letak inti daging ditengahnya, tabur dengan sayur campuran dan parutan keju. Kemudian tuang baki adunan telur ke atasnya.
5. Bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit.
Talam Tokyo / Talam Suun
Bahan Lapisan Bawah
400gm sagu halus - direndam
100gm suun - direndam hingga lembut
100gm kelapa parut putih
100ml santan pekat KARA
150ml air
1/2 sudu teh garam halus
Pewarna merah
Bahan Lapisan Atas
2 biji telur
130gm gula kaster
200ml santan pekat KARA
130ml air
70gm tepung gandum
10gm tepung sagu
1/8 sudu teh garam halus
pewarna kuning telur
Loyang 9" x 9"
Cara-cara :
1. Sagu direndam selama 15 minit. Tapis dan siram dengan air paip, Toskan. Suun direndam hingga lembut dan dipotong sepanjang 4cm.
2. Gaul sagu dan suun bersama bahan lapisan atas yang lain. Gaul rata dan bahagikan kepada 2 bahagian. Satu diletakkan pewarna merah dan satu bahagian lagi dengan warna asal atau warna disukai.
3. Panaskan pengukus. Leser loyang dengan sedikit minyak kemudian alas dengan plastik. Tuang lapisan sagu merah, ratakan. Kukus selama 15 minit.
4. Angkat dan ratakan lapisan sagu warna asal, kukus selama 15 minit lagi.
5. Lapisan Atas disebatikan hingga rata, kemudian tapis, tuang ke atas lapisan bawah, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.
Daging Hitam Buah Pala
Bahan-bahan
500gm daging batang pinang di hiris nipis
Bahan Kisar
3 ulas bawang merah
2cm halia
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
Bahan Tumis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
Bahan Perasa
4 sudu makan kicap manis
4 sudu makan kicap hitam
2 sudu makan tomato puri
1 biji buah pala, ambil isinya dan tumbuk halus
sedikit serbuk lada sulah
1 tangkai daun ketumbar di hiris
4 tangkai cili hijau
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
Minyak untuk menumis
Cara-cara :
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar, masukkan bahan tumis yang lain, kacau hingga naik baunya. Masukkan sedikit air, biarkan seketika hingga pecah minyak.
2. Masukkan tomato puri, serbuk pala dan serbuk lada sulah. Kacau hingga rata.
3. Kemudian masukkan daging, air dan kicap, gaul rata. Biarkan seketika hingga daging empuk.
4. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Masukkan cili hijau dan daun ketumbar, kacau hingga rata dan angkat.
Lasagna Daging
Bahan-bahan
4 keping lasagna instant
400gm daging kisar
2 biji tomato di dadu
8 biji cendawan butang di potong dadu
1 labu bawang besar di dadu
4 ulas bawang putih dicincang
1 botol tomato puri (200gm)
2 cawan air
1/3 cawan minyak masak
50gm mentega
sedikit herba rosemary, oregano dan lada sulah
garam secukup rasa
1 tangkai leek dipotong setebal 1/2cm
150gm keju mozarella parut
50gm keju cheddar parut
Untuk Sos Putih
80gm tepung gandum
250ml air
250ml susu segar
50gm mentega
sedikit garam
Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan mentega, kemudian tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar, secawan air dan tomato, kacau hingga rata. Biarkan mendidih kemudian masukkan lobak merah, cendawan, tomato puree, herba, lada sulah, garam dan secawan lagi air. Kacau hingga rata dan biarkan mendidih selama beberapa ketika. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk membuat sos putih, satukan tepung, air dan susu, kisar sebentar didalam pengisar. Panaskan mentega didalam kuali non stick, tuangkan adunan tepung dan garam, kacau tapi henti hingga pekat. Angkat.
4. Untuk membuat lasagna berlapis, mulakan lapisan pertama dengan menyusun leek di dalam mangkuk kaserol atau loyang aluminium empat segi yang digris kemudian tuangkan tiga senduk sos putih ke atasnya sehingga rata.
5. Untuk lapisan kedua, susun sekeping lasagna ke atas sos. Masukkan inti daging. Ratakan dan taburkan dengan keju parut.
6. Untuk lapisan ketiga dan keempat, ulangi cara yang sama hingga habis.
7. Bakar pada suhu 190C selama 30 minit. Bila permukaan keju keperangan, bakar dengan gril bawah sahaja selama 15 lagi sehingga masak. Hidangkan panas-panas.
*** Lapisan lasagna bergantung kepada mangkuk / loyang yang digunakan, jika loyang lebih besar susun 2 keping lasagna setiap lapisan.
Lepat Ubi Kayu
Bahan-bahan
350gm ubi kayu parut
50gm tepung gandum
120gm gula merah
50gm gula pasir
60ml santan pekat
1/8 sudu teh garam halus (secubit)
Daun pisang (layurkan dahulu)
50gm kelapa parut muda + gaul dengan sedikit garam
Cara-cara :
1. Masak gula merah dan gula pasir dengan 2 sudu besar air hingga gula larut. Kemudian tapis.
2. Satukan ubi kayu parut bersama sirap gula merah, tepung gandum, garam dan santan, gaul hingga sebati.
3. Ambil satu sudu besar adunan, leperkan ke atas daun pisang dan letakkan 1 sudu kecil kelapa parut ditengahnya.
4. Lipat kedua hujung daun pisang dengan kemas dan kukus selama 15-20 minit hingga masak.
*** Kelapa parut boleh juga digaul terus bersama adunan ubi.
Kerepek Ubi Kayu
1/2 kilo ubi kayu
1 sudu besar serbuk perasa BBQ (boleh dibeli dipasaraya)
1 sudu kecil garam halus
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
1. Kupas ubi kayu, cuci hingga bersih. Toskan hingga kering.
2. Panaskan minyak, kemudian hiris nipis ubi kayu menggunakan alat pemotong terus dimasukkan kedalam minyak. Masukkan sedikit garam ke dalam minyak dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan.
3. Gaul terus dengan serbuk perasa BBQ.
** selain dari perasa BBQ, perasa serbuk lada hitam juga sedap digunakan.
Bepang Kacang
Bahan-bahan
300gm kacang tanah di goreng tanpa minyak
200gm bijan di sangai
200gm gula pasir
2-3 sudu besar air
Loyang empat segi dengan pemotong
Cara-cara :
1. Gris loyang dengan minyak masak. Tabur bijan sangai serata dasar loyang diikuti dengan kacang tanah. Ketepikan.
2. Masak gula hingga menjadi karamel, masukkan sedikit air ditepi periuk supaya tidak terpercik. Kacau cepat2. Kemudian tuang ke dalam loyang berisi kacang tanah hingga rata.
3. Ambil pemotong dan tekan padat atau potong bentuk empat segi dengan pisau ketika masih panas.
4. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang.
Acar Timun Asam Boi
Bahan A
250gm gula
250ml cuka makan
garam secukup rasa
Bahan B
1 kg timun
1 batang lobak merah
1 labu bawang besar
2 potong nenas
1 tangkai cili merah
1 bungkus asam boi
1 sudu kecil serbuk kunyit / pewarna kuning
Cara-cara :
1. Masak bahan A hingga gula larut. Sejukkan dahulu.
2. Potong timun memanjang, buang empulurnya dan cuci dengan air garam. Toskan.
3. Parut atau potong lobak merah memanjang, hiris bawang besar, cili merah dan nenas. Satukan dengan timun yang dihiris bersama asam boi. Gaul bersama larutan cuka dan serbuk kunyit hingga rata.
4. Simpan didalam peti sejuk semalaman sebelum dihidang. Rasanya akan lebih segar dan ranggup.
Daging Goreng Kunyit
Bahan-bahan
400gm daging dihiris nipis
1/2 inci kunyit hidup
garam secukupnya
1 keping asam gelugor
Bahan Hiris
1/2 labu bawang besar
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
1 helai daun kunyit
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
1. Tumbuk kunyit hidup bersama sedikit garam, gaulkan dengan daging yang telah di hiris. Masukkan kedalam kuali bersama sedikit air dan asam gelugor, masak daging hingga empuk dan kering airnya.
2. Tuang sedikit minyak ke dalam kuali tadi dan goreng hingga daging keperangan. Kemudian masukkan bawang besar dan cili, kacau rata. Akhir sekali masukkan daun kunyit.
Coffee Junket
Bahan-bahan
200ml susu segar
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh gula kaster
1/2 sudu teh nescafe
1 scoop aiskrim vanilla
Krim putar dan coklat rice utk hiasan
Cara-cara :
Panaskan susu segar, susu pekat manis, gula dan nescafe kacau hingga larut tetapi jangan sampai mendidih. Masukkan ke dalam pengisar bersama aiskrim dan kisar hingga berbuih dan tidak berketul. Tuangkan ke dalam gelas biarkan ia suam dan masukkan ke dalam peti sejuk. Hias dengan krim putar dan taburan coklat rice.
Kek Lapis Oren Hawflakes
Bahan A
300gm mentega
150gm gula kaster
14 biji kuning telur
5 sudu makan susu pekat manis
Bahan B
150gm gula kaster
7 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk krim of tartar
Bahan C
180gm tepung Hong Kong
1 sudu teh serbuk penaik
Bahan D
1 sudu teh pewarna oren
2 sudu teh pes oren
Bahan D
10 bungkus asam keping hawflakes
Bahan Sapuan (3 sudu makan majerin + 2 sudu makan susu pekat manis)
Panaskan ketuhar pada suhu 180c selama 15 minit. Sediakan tin pembakar 8in x 8in (loose base tin)
Cara-cara :
1. Bahan A : Satukan mentega, gula kastor, susu pekat manis dan esen vanila dalam mangkuk adunan. Pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 minit hingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati. Tuangkan adunan mentega ini ke dalam mangkuk yang besar, ketepikan.
3. Bahan B : Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula kastor dan krim tartar. Pukul lagi selama 5 minit hingga adunan kembang dan bertanduk.
4. Bahan C : Masukkan tepung Hong Kong dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi. Gaul perlahan-lahan hingga sebati.
5. Tuangkan pula adunan putih telur tadi. Gaul hingga adunan bercampur rata. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampur dengan bahan D (pes oren dan warna oren) dan satu bahagian lagi dibiarkan dengan warna asal.
6. Ambil satu sendok atau cawan adunan asal dan ratakan dalam tin pembakar. Bakar dengan api atas dan bawah selama 10 minit atau hingga kek berwarna perang.
7. Cucuk permukaan kek dgn garpu atau lidi. Tekan lapisan ini agar rata.
8. Sapukan permukaan kek ini dgn sedikit bahan sapuan.
9. Kemudian ratakan satu sendok atau cawan adunan oren sebagai lapisan kedua. Susun kepingan asam manis atas lapisan kek yang dimasak tadi. Tekan sedikit asam kemudian guna sudu kecil dan tutup kepingan asam tadi dengan sedikit adunan di atasnya. Bakar dgn api atas sahaja hingga masak.
10. Tekan setiap lapisan yang sudah masak dengan alat penekan agar ia tidak mengelembung. Buatkan proses melapis berselang seli warna sehingga lapisan yang terakhir siap dibakar. Untuk lapisan atas sekali ambil satu sendok atau cawan adunan dan ratakan. Susunkan kepingan asam manis di atasnya. Bakar dgn api atas hingga masak.
11. Tutup tin pembakar dgn kertas aluminium. Bakar semula dgn api atas dan bawah selama 15 minit.
Kek Lapis Betawi Pelangi / Kek Lapis Rempah
Bahan A
300gm mentega
150gm gula kastor
14 biji kuning telur
6 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
Bahan B
150gm gula kastor
7 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk krim tartar
Bahan C
180gm tepung Hong Kong
2 sudu teh serbuk rempah campuran
1 sudu teh serbuk penaik
Pewarna yang disukai
Bahan Sapuan (3 sudu makan majerin + 2 sudu makan susu pekat manis)
Panaskan ketuhar pada suhu 180c selama 15 minit. Sediakan tin pembakar 8in x 8in
Cara-cara :
1. Bahan A : Satukan mentega, gula kastor, susu pekat manis dan esen vanila dalam mangkuk adunan. Pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 minit hingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati. Tuangkan adunan mentega ini ke dalam mangkuk yang besar, ketepikan.
3. Bahan B : Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula kastor dan krim tartar. Pukul lagi selama 5 minit hingga adunan kembang.
4. Bahan C : Masukkan tepung Hong Kong, serbuk rempah campuran dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi. Gaul perlahan-lahan hingga sebati.
5. Tuangkan pula adunan putih telur tadi. Gaul hingga adunan bercampur rata.
6. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Warnakan setiap satu dengan warna yang berlainan. Ambil satu cawan adunan dan ratakan dalam tin pembakar. Bakar dengan api atas dan bawah selama 10 minit atau hingga kek berwarna perang.
7. Cucuk permukaan kek dgn garpu atau lidi. Tekan lapisan ini agar rata.
8. Sapukan permukaan kek ini dgn sedikit bahan sapuan.
9. Ambil satu cawan adunan dan ratakan atas lapisan kek tadi. Bakar dgn api atas sahaja hingga kek masak. Buatkan proses melapis seperti ini sehingga lapisan yang terakhir siap dibakar.
10. Tutup tin pembakar dgn kertas aluminium. Bakar semula dgn api atas dan bawah selama 15 minit.
Kek Lapis Koko Mocha
Bahan A
250gm mentega
150gm gula kastor
14 biji kuning telur
5 sudu makan susu pekat manis
Bahan B
150gm gula kastor
7 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk krim tartar
Bahan C
160gm tepung Hong Kong
40gm serbuk horlick
1 sudu teh serbuk penaik
Bahan D
a) 1/4 sudu teh perwarna kuning telur + 1 tsp esen vanila
b) 1 sudu besar mocha emulco
c) 1/2 sudu besar chocolate emulco + 2 sudu besar koko + 3 sudu besar air suam (larutkan)
Bahan Sapuan (3 sudu makan majerin + 2 sudu makan susu pekat manis)
Panaskan ketuhar pada suhu 180c selama 15 minit. Sediakan tin pembakar 8in x 8in
Cara-cara :
1. Bahan A : Satukan mentega dan gula kastor. Pukul hingga kembang dan berkrim.
Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati. Kemudian tuangkan adunan mentega ini ke dalam mangkuk yang besar, ketepikan.
3. Bahan B : Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula kastor dan krim tartar. Pukul lagi selama 5 minit hingga adunan kembang dan bertanduk.
4. Bahan C : Masukkan tepung Hong Kong, horlicks dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi. Gaul perlahan-lahan hingga sebati.
5. Tuangkan pula adunan putih telur tadi. Gaul hingga adunan bercampur rata.
6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian digaul dengan bahan D (a), bahagian kedua digaul dengan bahan D (b), dan bahagian ketiga digaul dengan bahan D (c).
7. Ambil satu senduk adunan koko dan ratakan dalam tin pembakar. Bakar selama 7 minit dengan api atas dan bawah hingga kek berwarna perang.
7. Cucuk permukaan kek dgn garpu atau lidi. Tekan lapisan ini agar rata.
8. Sapukan permukaan kek ini dgn sedikit bahan sapuan. Ratakan adunan koko sebagai lapisan kedua. Bakar dengan api atas sahaja hingga masak. Buat hingga habis adunan koko.
9. Untuk lapisan seterusnya, ambil 1 senduk adunan mocha dan ratakan. Bakar hingga habis adunan mocha.
10. Akhir sekali, ambil 1 senduk adunan vanila dan ratakan. Bakar hingga habis adunan vanila.
11. Tutup tin pembakar dgn kertas aluminium. Bakar semula dgn api atas dan bawah selama 15 minit.
Kek Lapis Koko Keju
Bahan A
200gm mentega
150gm krim keju
130gm gula kastor
14 biji kuning telur
5 sudu makan susu pekat manis
Bahan B
130gm gula kastor
7 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk krim tartar
Bahan C
180gm tepung Hong Kong
1 sudu teh serbuk penaik
Bahan D
Pes Koko (2 sudu besar serbuk koko + 3 sudu besar air panas + 1 sudu teh coklat emulco)
Pewarna kuning
Bahan Sapuan (3 sudu makan majerin + 2 sudu makan susu pekat manis)
Panaskan ketuhar pada suhu 180c selama 15 minit. Sediakan tin pembakar 8in x 8in
Cara-cara :
1. Bahan A : Satukan mentega, krim keju, dan gula kastor. Pukul hingga kembang dan berkrim.
Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati. Kemudian tuangkan adunan mentega ini ke dalam mangkuk yang besar, ketepikan.
3. Bahan B : Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga kental. Masukkan gula kastor dan krim tartar. Pukul lagi selama 5 minit hingga adunan kembang dan bertanduk.
4. Bahan C : Masukkan tepung Hong Kong dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi. Gaul perlahan-lahan hingga sebati.
5. Tuangkan pula adunan putih telur tadi. Gaul hingga adunan bercampur rata.
6. Ambil 9 senduk adunan dan letak perwarna kuning. Adunan selebihnya dicampur dengan pes koko.
7. Ambil satu senduk adunan kuning dan ratakan dalam tin pembakar. Bakar selama 7 minit dengan api atas dan bawah hingga kek berwarna perang.
8. Cucuk permukaan kek dgn garpu. Tekan lapisan ini agar rata. Sapukan permukaan kek ini dgn sedikit bahan sapuan. Ratakan adunan warna kuning sebagai lapisan kedua, Bakar dengan api atas sahaja hingga masak. Ulangi hingga 4 lapisan warna kuning.
9. Untuk lapisan kelima, ambil 1 senduk adunan koko dan ratakan. Bakar hingga masak. Ulangi membakar lapisan warna koko sebanyak 4 lapisan. Buatlah cara yang sama hingga adunan habis dimasak.
10. Ulangi 5 lapisan warna kuning untuk bahagian atas. Bakar hingga habis.
11. Akhir sekali, tutup tin pembakar dgn kertas aluminium. Bakar semula dgn api atas dan bawah selama 15 minit.
Corn Flakes Glacee
Bahan A
60ml madu
60gm mentega / marjerin
1 sudu besar gula kaster
1 sudu kecil esen vanila
Bahan B
200gm corn flakes
50gm bijan - disangai dahulu
50gm ceri merah cincang
50gm ceri hijau cincang
50gm hirisan badam (jika suka) dibakar dahulu
Cara-cara :
1. Satukan bahan A, masak di atas api sederhana hingga hampir pekat. Tutup api, masukkan bahan B dan gaul hingga rata.
2. Sudukan ke dalam cawan kertas dan bakar pada suhu 160C selama 15minit atau hingga kekuningan.
3. Biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.
Biskut Chocolate Bubble Crunchy / Chocolate Bubble Crunchy Cookies
Bahan-bahan
Bahan A
200gm rice bubble
200gm mentega cair
Bahan B (dibakar dahulu)
200gm serbuk badam / gajus
100gm badam cincang (almond nibs)
Bahan C
250gm coklat masakan
50ml minyak jagung
Hiasan : manik berwarna atau disukai
Cara-cara :
1. Gaul bahan A hingga rata, kemudian bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
2. Bahan B dibakar terlebih dahulu, kemudian satukan bersama bahan A, gaul hingga rata.
3. Masak bahan C secara double boil, biar coklat cair angkat dan masukkan minyak jagung, gaul rata. Kemudian masukkan bahan A dan B tadi. Sudukan ke dalam mangkuk kertas, tabur dengan bahan hiasan dan biarkan sehingga coklat membeku.
Biskut Famous Amos / Oatmeal Crunchy Cookies
Bahan A
250gm mentega
220gm gula pasir
200gm gula perang
2 biji telur
1 tsp vanila
Bahan B
250gm tepung red rose
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil garam halus
Bahan C
200gm oatmeal
200gm chocolate chips
100gm chocolate masakan - dicincang kasar
100gm almond nibs - dibakar
50gm walnuts - dibakar
Cara-cara :
1. Bahan A, pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu dan vanila. Putar hingga bergaul rata.
2. Ayak bahan B didalam mangkuk, kemudian satukan bersama bahan C, gaul hingga rata. Kemudian gaulkan dengan bahan A hingga menjadi doh.
3. Sudukan ke dalam loyang pembakar yang telah digris terlebih dahulu. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau hingga masak.
*** biskut agak manis, boleh kurangkan gula mengikut citarasa
MENU :
Biskut Famous Amos / Oatmeal Crunchy Cookies,
Cookies
Bahan A
250gm mentega
220gm gula pasir
200gm gula perang
2 biji telur
1 tsp vanila
Bahan B
250gm tepung red rose
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil garam halus
Bahan C
200gm oatmeal
200gm chocolate chips
100gm chocolate masakan - dicincang kasar
100gm almond nibs - dibakar
50gm walnuts - dibakar
Cara-cara :
1. Bahan A, pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu dan vanila. Putar hingga bergaul rata.
2. Ayak bahan B didalam mangkuk, kemudian satukan bersama bahan C, gaul hingga rata. Kemudian gaulkan dengan bahan A hingga menjadi doh.
3. Sudukan ke dalam loyang pembakar yang telah digris terlebih dahulu. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau hingga masak.
*** biskut agak manis, boleh kurangkan gula mengikut citarasa
Sayur Bayam Masak Air
Bahan-bahan
1 ikat bayam merah
1 ikat bayam putih
1 sudu besar udang kering - diketuk sedikit
3 biji keledek kuning di potong bulat
2 biji bawang merah di mayang
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
1. Potong Bayam. Didihkan air, udang kering dan bawang merah, kemudian masukkan ubi keledek dan biarkan hingga empuk.
2. Masukkan bayam dan masak hingga lembut. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
Jus Alpukat Coklat / Avocado
Bahan-bahan
1 biji avocado ranum besar
2 cawan susu segar / susu coklat
Coklat syrup secukupnya
Ais secukupnya
Menghasilkan 2 gelas minuman
Cara : Belah avocado, buang biji dan cedok keluar isinya. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar dengan sedikit air sekejap sahaja. Tuangkan ke dalam gelas, masukkan sirap coklat dan tuangkan susu segar. Masukkan ais dan kacau sebelum diminum.
MENU :
Drinks,
Jus Alpukat Coklat / Avocado
Bahan-bahan
1 biji avocado ranum besar
2 cawan susu segar / susu coklat
Coklat syrup secukupnya
Ais secukupnya
Menghasilkan 2 gelas minuman
Cara : Belah avocado, buang biji dan cedok keluar isinya. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar dengan sedikit air sekejap sahaja. Tuangkan ke dalam gelas, masukkan sirap coklat dan tuangkan susu segar. Masukkan ais dan kacau sebelum diminum.
Biskut Kacang Hijau / Green Peas Cookies
Bahan-bahan
120gm serbuk kacang hijau - disangai
20gm santan serbuk
180gm tepung gandum
100gm gula icing
1/4 sudu teh garam halus
120ml minyak jagung
Sapuan : Kuning telur + sedikit air (pukul sedikit)
Cara-cara :
1. Campurkan semua bahan kecuali minyak jagung. Gaul hingga rata kemudian masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit hingga bergaul rata dan menjadi doh yang boleh dikepal.
2. Ambil 1/2 sudu besar doh dan gentel bulat-bulat, tekan bahagian atasnya dengan nozzle yang disukai untuk membentuk corak. Doh juga boleh diterap dengan acuan disukai.
3. Sapu biskut dengan kuning telur dan atur di dalam loyang pembakar yang telah digris terlebih dahulu.
4. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau hingga atasnya keperangan.
Biskut Batu Karang / Scones
Bahan-bahan
80gm mentega
80gm gula
2 biji telur
230gm tepung red rose
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar susu cair
60gm kismis
20gm mixed fruit
1/4 sudu kecil garam
Cara-cara :
1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan susu cair, pukul hingga sebati.
2. Masukkan tepung, serbuk penaik dan garam yang telah di ayak terlebih dahulu. Kemudian masukkan kismis dan buah campuran, uli menjadi doh yang lembut.
3. Ambil satu sudu kecil doh dan atur di dalam loyang yang telah di gris terlebih dahulu.
4. Bakar pada suhu 150C selama 20 minit atau hingga kekuningan.
*** Jika adunan agak keras, tambahkan sedikit lagi susu cair.
Kuih Talam Beras Gula Merah
Lapisan Bawah
Bahan A
120gm tepung beras
40gm tepung hoen kwee
500ml air
1 sudu teh air kapur
Bahan B
200gm gula merah
60gm gula pasir
125ml air
(Jadikan 300ml sira gula)
Lapisan Atas
300ml santan pekat KARA
200ml air
60gm tepung beras
20gm tepung ubi
1 sudu kecil garam
Loyang 8"
Cara-cara :
1. Panaskan pengukus.
2. Lapisan Bawah : Masak bahan B hingga gula larut, tapis dan ketepikan.
3. Sebatikan bahan A hingga rata, masukkan bahan B, sebatikan dan tapis ke dalam periuk. Masak di atas api sederhana hingga berwap dan nampak pekat.
4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dileser dengan sedikit minyak. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30minit.
5. Lapisan Atas : Sebatikan semua bahan lapisan atas, tapis. Tuang keatas lapisan bawah, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit.
Tepung Boko Ubi Kayu /Tepung Talam Ubi Kayu
Bahan-bahan
500gm ubi kayu
200ml air
Bahan B
50gm tepung ubi
220gm gula
400ml air
8 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau
Bahan C (Kepala Santan)
200ml santan pekat KARA
300ml air
30gm tepung beras
1 sudu teh garam halus
Loyang 8"
Cara-cara :
1. Kupas, buang urat dan potong kecil ubi kayu. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar dengan air hingga halus. Tapis ubikayu ke dalam mangkuk, biarkan selama 15 minit. Keluarkan air jernih dari dalam mangkuk dan ambil mendapan pati ubi kayu, campurkan bersama parutan ubi yang ditapis.
2. Bahan B, Kisar daun pandan dengan air, kemudian tapis. Satukan bersama bahan B yang lain. Masukkan parutan ubi kayu, gaul rata.
3. Panaskan pengukus dan loyang. Tuangkan adunan ubi, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
4. Sebatikan semua bahan C, Tapis ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga kental.
5. Cara Menghidang, sudukan ubi kayu ke dalam mangkuk dan tuang kepala santan diatasnya.
New recipes >>
<< More recipes
Top recipes this week
-
Cakue / Chinese Cruller / You Tiao Bahan A 250ml air 1 1/2 sudu teh baking powder 1/2 sudu teh soda bikabonat 1 sudu teh garam 1 s...
-
Puff Bakul Buah / Basket Fruit Puffs Bahan-bahan 110gm mentega 250ml air 1 sudu kecil gula kaster 1/4 sudu teh garam 150gm tepung g...
-
Chocolate Almond Cupcake Bahan-bahan 250gm mentega 200gm gula halus 5 biji telur 225gm tepung gandum 1/2 sudu teh baking powder 2...
-
Kuih Kaswi Bahan A 1 1/2 cawan gula merah 1/2 cawan gula pasir 1 cawan air 2 helai daun pandan, disimpul (jadikan 2 cawan air gula...
-
Chinese Rojak Bahan-bahan 1 batang timun 1/2 biji nenas 1/2 biji sengkuang 3 biji mangga muda 4 biji tahu pong potong dadu 3 biji...
-
Agar-agar Bakul Oren Bahan-bahan 10gm serbuk agar-agar 500ml air 200ml jus oren (dari buah oren) 1 sudu besar jus oren sunquick 20...
-
Apam Coca Cola Bahan-bahan 200gm tepung gandum 1/2 sudu teh baking powder/ double action 25gm susu tepung 50gm serbuk oreo 2 biji t...
-
Roti Goreng Sambal Bahan-bahan 250gm tepung all purpose 2 sudu kecil yis segera 2 1/2 sudu besar gula kaster 1/2 sudu kecil garam ...
-
Roti Goreng Lilit / Pintal Bahan-bahan 350gm tepung gandum 1 sudu kecil yis segera 4 sudu besar gula halus 1/2 sudu kecil garam 1 ...
-
Tauhu Puff Kukus Bahan-bahan 15 biji tauhu puff (tahu pok) 15 ekor udang sederhana Adunan Isi 150gm isi ayam 100gm isi udang 2 ...
















































