Keep in touch :)
Dapatkan Update terkini menerusi Facebook dan Twitter Follow on Twitter

| Edit | | blogger | | New |
DISCLAIMER
BOLEH SALIN SEMULA, TETAPI SERTAKAN LINK/SUMBER YANG DIAMBIL SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN PENULIS DAN HASIL RESIPI BELIAU :)
Top recipes this week
-
Kek Kukus Coklat Mocha Putih Telur Bahan A 525ml putih telur 400gm gula pasir 1 sudu besar ovalette 1 sudu teh garam 1 sudu teh ba...
-
Chocolate Indulgence Cakes Chocolate Chiffon Bahan A 30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam) 4 biji kuning telur (telur diasin...
-
Biskut Florentine / Florentine Cookies Bahan Dasar 180gm mentega 50gm gula kaster 1 biji telur C 1 sudu teh esen vanila 270gm tepu...
-
Biskut Tart Nenas Buah Hantaran Bahan-bahan 250gm mentega 60 gm gula halus 1 biji kuning telur 1 tsp esen vanilla 370 gm tepung g...
-
Heart Shape Tuna Bun Bahan-bahan 200gm tepung roti (high protein) 50gm tepung all purpose 35gm gula kaster (2 sudu besar) 1/2 sudu ...
-
Kek Lapis Evergreen (versi bakar) resepi : DayangJack@DapurKu SaYang Thanks Dayang,, next i'll try another version pulaa :D Bahan-bah...
-
Cakue / Chinese Cruller / You Tiao Bahan A 250ml air 1 1/2 sudu teh baking powder 1/2 sudu teh soda bikabonat 1 sudu teh garam 1 s...
-
Garlic Roll Recipes By : Suhaina Sumber : Madiha@Dari Dapur Madihaa Sungguh sedap,, begitu saja atau bersama creamy soup,, Thanks Suhai...
-
Kuih Kaswi Bahan A 1 1/2 cawan gula merah 1/2 cawan gula pasir 1 cawan air 2 helai daun pandan, disimpul (jadikan 2 cawan air gula...
-
Nasi Himpit Kelantan Bahan-bahan 200gm beras kampung 3 liter air atau nasi himpit Nona Cara : Cuci beras 2-3 kali, Toskan. Masu...
Lain-lain menu masakan
| Masakan Kentang | Masakan Sotong | Masakan Ikan |
| Masakan Antarabangsa | Masakan Ketam | Masakan Telur |
| Masakan Ayam | Masakan Nasi | Masakan Udang |
| Masakan Daging | Masakan Sayuran | Masakan Tauhu |
Archive for September 2010
Vanilla Cupcakes dan Icing Buttercream
Bahan-bahan
115gm mentega
130gm gula pasir
3 biji telur Grade A
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar parutan kulit lemon
200gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/4 sudu teh garam halus
60ml susu cair
Menghasilkan 12 biji.
Hiasan : Buttercream icing dan hiasan berwarna warni
Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan berkrim, masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati, masukkan esen vanila dan parutan kulit lemon.
2. Ayak tepung gandum, baking powder dan garam. Perlahankan mixer dan masukkan tepung berselang-seli dengan susu cair sedikit demi sedikit, scrapkan tepi mangkuk mixer supaya tepung bergaul rata.
3. Sediakan mangkuk kertas dan sudukan 3/4 penuh. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit atau hingga keperangan.
4. Sejukkan dahulu sebelum di hias dengan icing buttercream
Icing Buttercream
230gm gula icing di ayak dahulu
65gm shortening / crisco / krimwell
50gm mentega
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu segar
Pewarna yang di sukai
Cara-cara :
1. Pukul mentega hingga lembut, masukkan esen vanila.
2. Perlahankan mixer dan masukkan gula icing sedikit demi sedikit di ikuti dengan susu segar, scrap tepi mangkuk mixer hingga adunan bergaul rata.
3. Tukar mixer kepada kelajuan tinggi, kemudian pukul adunan hingga kembang dan putih.
4. Masukkan ke dalam mangkuk dan letak pewarna yang di sukai, gaul hingga rata.
5. Seelokknya buttercream di buat sehari lebih awal sebelum di gunakan supaya pewarna sebati dengan sepenuhnya.
6. Masukkan ke dalam mangkuk dengan membungkusnya dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak di gunakan pada cupcake, biarkan pada suhu bilik dan gaul secara kaup balik menggunakan spatula hingga sebati baru di sapu ke permukaan cupcake.
7. Untuk membuat bunga icing, ambil nozzle yang di sukai, masukkan ke dalam piping bag, gunting sedikit muncungnya, masukkan icing 1/2 penuh dan ketatkan, kemudian picit ke atas cupcake.
Spagetthi Balognese
Bahan-bahan
1 bungkus spaghetti (500gm)
Bahan-bahan
2 sudu besar minyak zaitun
4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
1 labu bawang besar di di potong dadu
400 gm daging kisar
500 ml air
1 kiub stok daging
2 biji buah tomato di potong dadu
1/2 batang carrot di potong dadu
1 tin cendawan butang di hiris
1 biji ubi kentang di potong dadu
1 botol besar sos tradisional Prego
3 sudu besar tomato sos/tomato pure
Oregano dan Parsley secukupnya
Parutan keju jika suka
Bebola daging secukupnya jika suka
Gula & garam secukup rasa
Cara membuatnya
1. Rebus spagetthi dengan sedikit minyak dan garam hingga lembut. Toskan.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar hingga keemasan. Masukkan daging, kacau hingga berubah warna dan sedikit kering. Masukkan air, carrot dan ubi kentang biarkan sekejap supaya empuk.
3. Masukkan sos tomato, cendawan, tomato dadu, sos prego,stok,oregano, gula dan garam secukup rasa. Kacau hingga mendidih kemudian perlahankan api.
4. Masak selama 45 minit atau hingga kuah pekat.
5. Rebus bebola daging, toskan airnya. Sajikan dengan spaghetti dan taburan keju
Kek Lapis Chocolate Rice
Bahan A
450gm mentega
200gm gula kaster
21 biji kuning telur
4 sudu makan susu pekat manis
Bahan B
180gm gula kaster
10 biji putih telur
1/2 sudu teh serbuk krim of tartar
Bahan C
270gm tepung Hong Kong
1/2 sudu teh serbuk penaik
Bahan D
2 sudu teh pewarna coklat
2 sudu teh chocolate emulco
Untuk Tabur
1/2 cawan chocolate rice
Untuk sapuan : 3 sudu makan majerin + 2 sudu makan susu pekat manis
Loyang 9"x 3"
Cara-cara :
1. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang dan berkrim. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan di pukul hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk besar. Ketepikan.
2. Satukan bahan B dan pukul menggunakan kelajuan tinggi (high speed) hingga kembang dan bertanduk.
3. Satukan bahan C, gaul bersama bahan A (1), kemudian masukkan bahan B (putih telur yang telah di pukul) sedikit demi sedikit sambil di kaup balik hingga bergaul rata.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur bahan D (pewarna dan emulco)
5. Alas dan leser loyang dengan majerin. Ambil satu cawan adunan koko dan ratakan dalam loyang. Bakar api atas dan bawah selama 7 minit hingga berwarna perang.
6. Apabila masak, cucuk dengan garpu dan tekan dengan penekan supaya rata. Sapu dengan bahan sapuan.
7. Ambil satu cawan adunan warna asal dan ratakan di atas lapisan tadi, taburkan dengan sedikit chocolate rice. Bakar hingga masak dengan api atas sahaja.
8. Ulangi proses melapis berselang seli warna hingga adunan habis.
9. Untuk lapisan terakhir, bakar hingga masak, keluarkan dari ketuhar dan tutup loyang adunan dengan aluminium foil kemudian bakar lagi dengan api atas dan bawah selama 15 minit.
Agar-agar Telur Gula Merah
Bahan A
20gm agar-agar serbuk
1500ml air
200gm gula merah
100gm gula pasir
Bahan B
4 biji telur
1 packet santan serbuk (50gm) + 150ml air (larutkan)
1/8 sudu teh garam halus
Cara-cara :
1. Masak bahan A hingga mendidih. Kemudian tapis dan masukkan semula ke dalam periuk tadi.
2. Satukan bahan B, pukul ringan hingga rata. Tuangkan ke dalam agar-agar tadi, kacau dan masak hingga mendidih.
3. Tuang ke dalam loyang di sukai, yang telah di basahkan terlebih dahulu.
4. Biarkan suam, simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.
Nasi Kerabu Biru, Sambal Tumis, Sambal Lada dan Sambal Ikan
Bahan-bahan
250gm beras brasmathi
30 kuntum bunga nasi kerabu (ramas dan perah airnya)
Air secukupnya
sehelai daun pandan
(Cuci beras, masukkan air dan air bunga, gaul rata, letak daun pandan dan masak nasi seperti biasa)
Bahan Sambal Lada
50gm cili padi
100gm cili merah
5 biji limau kasturi
1 sudu besar cuka
garam dan gula secukup rasa
(Kisar hingga lumat, perasakan dengan garam dan gula)
Bahan Sambal Tumis
Bahan A
10 biji cili kering (potong dan rendam dalam air panas, toskan)
2 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah (kecil)
1 hiris halia
Bahan B
2 batang serai di ketuk
2 keping asam gelugor
250ml santan cair
garam secukup rasa
Bahan C
2 sudu besar budu
2 sudu besar gula melaka racik
250ml santan pekat
garam secukup rasa
Cara-cara :
1. Kisar bahan A hingga lumat.
2. Satukan bahan B dan masak hingga pecah minyak. Masukkan bahan A dan bahan C dan masak hingga pekat dan pecah minyak.
Bahan Sambal Ikan
1/2 biji kelapa parut putih
2 ekor ikan kembung (bakar dan ambil isinya)
5 ulas bawang merah
1 batang serai
1 hiris halia
1 sudu besar gula melaka racik
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
1. Sangai kelapa hingga hampir kering tetapi jangan terlalu perang.
2. Tumbuk bawang, serai dan halia hingga lumat, perasakan dengan gula melaka, gula dan garam. Masukkan isi ikan dan tumbuk hingga sebati. Masukkan kelapa dan tumbuk sambil di gaul rata.
Bahan Ulam
timun
taugeh
daun kesum
daun serai kayu
kubis jika suka
(Mayang semuanya halus-halus
Bahan Gandingan
Telur masin
keropok
ikan celup tepung
Sambal Budu
Ayam goreng
Solok lada
Bawang jeruk
Puding Cendol Gula Merah
Bahan Lapisan Bawah
180gm gula
13gm (1 1/2 sudu besar) serbuk agar-agar
500ml air
150ml susu segar
150ml santan
1 sudu besar tepung ubi + 1 sudu besar air (larutkan bersama)
1 paket / 1 mangkuk cendol
Bahan Lapisan Atas
150gm gula merah
50gm gula halus
12gm (1 1/2 sudu besar) serbuk agar-agar
500ml air
150gm susu segar
150ml santan
Kakwan guna 1 pkt agar-agar serbuk 25gm Pearl Mermaid
** Jika tidak ingin menggunakan susu segar, tambahkan di sukatan santan
Cara-cara :
1. Lapisan Bawah : Satukan serbuk agar-agar, air dan gula dan masak hingga mendidih. Kemudian masukkan santan dan susu cair di ikuti larutan tepung jagung. Masak di atas api dan kacau sehingga pekat. Masukkan cendol dan gaul perlahan (supaya cendol tidak hancur) hingga rata.
2. Tuang di dalam loyang 9" yang di basahkan terlebih dahulu. Sejukkan dahulu, kemudian lakarkan permukaannya dengan lidi.
3. Lapisan Atas : Satukan serbuk agar-agar, air dan gula merah, masak hingga mendidih, kemudian tapis. Masukkan semula ke dalam periuk, masukkan santan dan susu segar, didihkan.
4. Tuangkan di atas lapisan bawah tadi, biarkan suam dahulu dan simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.
Portuguese Egg Tarts / Pastel de Nata
Bahan-bahan
120gm gula kaster
5 biji kuning telur + 2 biji telur (di pukul rata, tapis)
280ml whipping cream / susu cair
2 sudu besar tepung jagung + 3 sudu besar air (larutkan)
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil jus lemon - jika suka
Puff pastry 1 packet - 375gm
Menghasilkan 10 biji (acuan muffin)
Cara-cara :
1. Inti Kastard : Panaskan whipping cream dan gula hingga larut di atas api sederhana. Masukkkan telur yang telah di pukul sedikit demi sedikit sambil di kacau perlahan-lahan.
2. Masukkan larutan tepung jagung dan kacau hingga adunan menjadi pekat. Tutup api dan ketepikan dahulu.
3. Kulit Tart : Keluarkan puff pastry dari tempat sejuk beku. Biarkan pada suhu bilik hingga lembut.
4. Buka bungkusan dan taburkan sedikit gandum di atas papan pencanai. Kemudian canai memanjang setebal 3mm.
5. Kemudian gulung seperti menggulung swiss roll. Simpan sekejap di dalam peti sejuk.
6. Potong pastry sebanyak 10 bahagian (bergantung pada saiz acuan tart), canai bulat setiap bahagian dan tekan ke dalam acuan tart / muffin sehingga memenuhi acuan. Cucuk dasarnya dengan garpu. Buat sehingga habis.
7. Panaskan oven pada suhu 200C.
8. Tuang adunan ke dalam acuan sehingga 3/4 penuh. Bakar selama 25 minit sehingga keperangan.
Ketika di bakar adunan akan mengembang ...
Selepas di keluarkan ia akan mengecut seperti ini ..
Bawal Masak Masam Manis
Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula
1 sudu besar cuka
200ml minyak masak
1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit tepung jagung
Garam secukup rasa
Bahan Hiris
sepotong nenas
1/2 batang timun di potong dadu
1/2 labu bawang besar
1 tangkai cili merah
Bahan Tumis
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
Cara-cara :
1. Panaskan minyak, gaul ikan bersama garam dan kunyit. Masukkan ikan dan goreng hingga garing. Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dari gorengan ikan tadi, guna sedikit untuk menumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
3. Masukkan sos tomaso, sos cili, sedikit air, gula dan garam secukup rasa. Kacau hingga mendidih dan pekat.
4. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air, tuangkan ke dalam masakan tadi bersama cuka. Masukkan bahan hiris, gaul rata.
5. Apabila kuahnya agak pekat, angkat dan tuangkan ke atas ikan.
Kuih Ketayap / Kuih Gulung Apricot
Bahan-bahan
250gm tepung gandum
1 sudu teh garam
2 biji telur
360ml susu cair / santan cair
1 sudu besar majerin cair
1 sudu teh pes pandan
1/4 teh pewarna hijau
sedikit marjerin untuk di leser pada kuali
*** Jika adunan agak pekat, tambahkan sedikit air lagi.
Inti
1/2 biji kelapa parut putih
80gm gula merah
sedikit air
1 helai daun pandan
2 sudu besar jem apricot
1 sudu besar tepung pulut
Cara-cara :
1. Untuk inti : Masukkan kelapa parut,air dan gula merah serta sehelai daun pandan. Gaul rata.
2. Masak sehingga inti sedikit kering, kemudian masukkan jem, gaul rata. Taburkan dengan tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati. Buang daun pandan tadi, sejukkan dahulu.
3. Untuk dadar : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis
4. Panaskan non-stick pan, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat dan ratakan senipis yang di kehendaki. Biarkan selama 2-3 minit.
5. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.
Roti Jala Pandan
Bahan-bahan
250gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
350ml susu cair / santan cair
1 sudu besar majerin cair
1 sudu teh pes pandan
1/4 teh pewarna hijau
Cara-cara
1. Satukan semua bahan, gaul atau kisar hingga sebati, Kemudian tapis.
2. Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan roti jala dan kirai mendatar dan kemudian menegak (teknik jaluran) diatas kuali leper.
3. Biarkan sekejap, apabila adunan mengering. Angkat, lipat kiri dan kanan dan gulung.
4. Dihidangkan bersama kuah kari.
*** Jika adunan masih pekat tambahkan sedikit air. Pastikan aliran adunan lancar dan tidak tersekat apabila keluar dari acuan roti jala
Roti Jala
Bahan-bahan
250gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
350ml air / susu cair
1 sudu besar majerin cair
sedikit pewarna kuning telur
Cara-cara
1. Satukan semua bahan, gaul atau kisar hingga sebati, Kemudian tapis.
2. Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan roti jala dan kirai bermula dari tepi berpusing hingga ke tengah kuali dengan teknik putaran diatas kuali leper.
3. Biarkan sekejap, apabila adunan mengering. Angkat, lipat kiri dan kanan dan gulung.
4. Dihidangkan bersama kuah kari.
*** Jika adunan masih pekat tambahkan sedikit air. Pastikan aliran adunan lancar dan tidak tersekat apabila keluar dari acuan roti jala
Gulai Ayam / Daging
Bahan-bahan:
250 gram daging atau 1/2 ekor ayam
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1/2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 biji kentang di potong dadu
1 tangkai daun kari
1 bungkus kecil rempah kari daging (bancuh dengan ¼ cawan air)
1 sudu makan kerisik - jika suka
2 sudu makan minyak masak
1 1/2 sudu teh garam atau secukup rasa
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah ditumbuk dan daun kari sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan kacau sehingga terbit minyak.
3. Masukkan daging/ayam dan kentang. Kacau rata.
4. Masukkan santan cair dan kerisek dan biarkan sehingga mendidih.
5. Masukkan santan pekat. Biarkan mendidih dan reneh lagi sehingga nampak naik minyak.
6 Masukkan garam, kacau dan biarkan pekat. Tutup api. Angkat dan hidang bersama roti jala.
Tauhu Jepun Berlada
Bahan-bahan
2 bungkus tauhu jepun
1 labu bawang besar di mayang
5 tangkai cili merah di kisar kasar
5 tangkai cili hijau di kisar kasar
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
4 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa
Cara-cara :
1. Potong tauhu bulat dan goreng hingga kekuningan. Ketepikan.
2. Tumis bahan kisar kemudian masukkan bawang besar dan serbuk kunyit.
3. Masukkan asam gelugor dan garam. Kemudian masukkan tauhu dan gaul rata.
Kek Kukus Pelangi
Bahan-bahan
500ml putih telur (10 biji Grade B)
220gm gula kaster
300gm tepung gandum
150gm mentega di cairkan
60ml susu segar
1 sudu besar ovellete
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
sedikit pewarna merah, kuning, coklat dan hijau
Cara-cara :
1. Satukan putih telur, gula, tepung, ovellete dan garam, pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat. Masukkan mentega cair, susu cair dan esen vanila, kaup balikkan hingga rata.
2. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian, satu bahagian warna asal (lebihkan sedikit), dan empat bahagian lagi di warnakan merah, kuning, coklat dan hijau.
3. Ambil 2 sudu besar adunan warna asal dan sudukan ke bahagian tengah loyang.
4. Diikuti dua sudu besar warna-warna lain berselang seli sehingga habis.
5. Panaskan pengukus terlebih dahulu. Kukus selama 45 minit atau 1 jam. Cucuk bahagian tengah kek, jika tidak melekit bolehlah di angkat.
Kek Buah Turki / Turkish Fruits Cake
Bahan A
200gm mentega
125gm gula ising
1 sudu teh fruit paste
6 biji telur
Bahan B - di ayak bersama
160gm tepung Hong Kong
40gm tepung jagung
1/4 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh rempah kek lapis
Bahan C
100gm buah kering campuran (mixed fruits)
80gm blackcurrent
Hiasan : Hirisan badam, ceri merah dan hijau
Loyang 7"
Cara-cara :
1. Pukul bahan A hingga berkrim, masukkan telur satu persatu dan fruit paste. Pukul hingga kembang.
2. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil di gaul rata. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu bahagian di gaulkan bersama bahan C. Satu bahagian lagi di tuangkan ke dalam loyang yang telah di griskan terlebih dahulu, ratakan. Ambil adunan bercampur buah tadi dan tuangkan ke atasnya, ratakan. Cara ini untuk mengelakan buah kering mendap ke bawah.
3. Panaskan oven dan bakar pada suhu 180C selama 1 jam atau hingga bahagian tengahnya licin apabila di cucuk dengan lidi.
Laksa Asam
Bahan-bahan
1 kg laksa basah
2 liter air
1 kg ikan kembung
6 keping asam gelugur
Seikat daun kesum
2 hiris lengkuas
1 batang serai di titik
1 kuntum bunga kantan di potong
2 sudu besar pes udang
2 sudu teh serbuk perasa jika suka
garam secukup rasa
Bahan Kisar
3 ulas bawang merah
4 tangkai cili api
4 tangkai cili merah
(kisar dengan sedikit air rebusan hingga halus)
Bahan Sampingan
1 potong nenas di hiris
1 biji timun di potong nipis dan memanjang
2 tangkai cili merah di hiris
1 ulas bawang merah di hris
6 tangkai daun pudina
1 sudu petis udang jika suka
Sedikit hirisan bunga kantan
4 biji limau kasturi di belah dua
Cara-cara :
1. Didihkan separuh air dan rebus ikan hingga masak. Angkat dan buang tulang ikan, kemudian siat isi ikan kecil2.
2. Tapis air rebusan ikan, satukan dengan lebihan air dan bahan kisar, masukkan isi ikan, asam gelugur, daun kesum, lengkuas, serai dan bunga kantan.
3. Kemudian masukkan pes udang, serbuk perasa dan garam secukupnya. Biarkan mendidih seketika.
4. Hidangkan bersama laksa dan bahan sampingan.
Kuih Seri Mandi
Bahan Doh
1 cawan tepung beras pulut
1/4 sudu teh garam halus
1/2 cawan air
Perwarna yang di sukai
Bahan Kuah
2 cawan susu segar atau 1 cawan santan pekat KARA + 1 cawan air
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1 sudu besar tepung jagung
(Satukan bahan kuah dan kacau di atas api perlahan hingga pekat)
Cara-cara :
1. Satukan bahan doh dan uli menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di letakkan warna yang di sukai. Gentel bulat dan tekan di tengahnya sedikit.
2. Masak air hingga mendidih dan masukkan adunan yang di gentel tadi. Angkat dengan penapis apabila terapung di permukaan. Siram di bawah air paip supaya kuih tidak melekat. Hidang dalam mangkuk bersama kuahnya.
Kerabu Udang dan Mangga / Yam Ma Muang Kung Nang
Bahan Hiris
1 biji mangga muda
100gm udang kering di tumbuk sedikit
5 ulas bawang merah
6 tangkai cili padi
1 tangkai daun bawang
Bahan Celur
10 ekor udang sederhana
4 cawan air
2 urat akar ketumbar di cincang
1 batang serai, di hiris
2 helai daun limau purut
Bahan Perasa
2 sudu teh gula halus
1 sudu besar sos ikan
Cara :
1. Didihkan air, masukkan akar ketumbar, serai dan daun limau purut. Biar mereneh selama 10 minit. Masukkan udang dan biarkan 2 minit lagi. Angkat dan sejat, ambil udang sahaja.
2. Satukan dengan bahan hiris dan bahan perasa. Siap di hidangkan.
Salad Jejari Ketam
Bahan-bahan
1 bungkus jejari ketam
1 biji ubi kentang sederhana
5 sudu besar mayonis
1 sudu besar jus lemon
gula secukup rasa
Cara-cara :
1. Kukus jejari ketam atau masukkan ke dalam microwave oven hingga lembut. Potong 4.
2. Ubi kentang di potong dadu dan di rebus hingga empuk. Toskan
3. Gaulkan bersama jejari ketam, ubi kentang, mayonis, jus lemon dan gula secukup rasa.
MENU :
Salad,
Salad Jejari Ketam
Bahan-bahan
1 bungkus jejari ketam
1 biji ubi kentang sederhana
5 sudu besar mayonis
1 sudu besar jus lemon
gula secukup rasa
Cara-cara :
1. Kukus jejari ketam atau masukkan ke dalam microwave oven hingga lembut. Potong 4.
2. Ubi kentang di potong dadu dan di rebus hingga empuk. Toskan
3. Gaulkan bersama jejari ketam, ubi kentang, mayonis, jus lemon dan gula secukup rasa.
Jus Belimbing Lemon
Bahan-bahan
1/2 biji buah belimbing
1/2 biji buah lemon - ambil jusnya
air gula secukupnya
Kisar buah belimbing masukkan, jus lemon, air gula dan ais kiub. Letakan sepotong belimbing utk hiasan dan hidangkan
Udang Mentega / Butter Prawn
Bahan-bahan
500gm udang putih sederhana
2 sudu besar tepung jagung
minyak untuk mengoreng
Bahan A
2 biji kuning telur
100ml susu cair
(satukan dan di kacau sebati)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak masak
Bahan B
1 batang serai
1 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih
(di hiris halus dan di goreng garing)
Cara-cara :
1. Udang di cuci bersih, belah bahagian belakang, gaul dengan tepung jagung dan goreng dengan sedikit minyak, toskan.
2. Panaskan minyak dan mentega. Masukkan bahan A yang telah dikacau sebati perlahan-lahan ke dalam minyak sambil di kacau hingga kekuningan.
3. Masukkan udang yang telah digoreng tadi bersama bahan B yang telah digoreng ketika masih panas. Gaul rata.
4. Siap dihidangkan.
Kerabu Perut
Bahan-bahan
500gm perut lembut
1 sudu besar kerisik jika suka
2 biji limau nipis - ambil jusnya
garam dan gula secukup rasa
Bahan Hiris
5 tangkai cili padi
1 biji tomato
1 batang serai
2 tangkai kacang panjang
1 tangkai cili merah
1 labu bawang besar
Cara-cara :
1. Bersihkan perut lembut dan rebus hingga empuk, toskan.
2. Gaulkan perut lembut bersama bahan hiris, kerisik, air limau nipis, gula dan garam.
3. Sedia di hidangkan.
Kerabu Jantung Pisang
Bahan-bahan
1 biji jantung pisang di rebus dan di hiris
1 labu bawang besar di cincang
1 tangkai cili merah di cincang
1 tangkai cili hijau di cincang
3 biji limau kasturi di perah airnya
30gm kerisik
15gm garam halus
20gm gula
Bahan Perasa
2 tangkai cili merah di hiris
5 tangkai cili padi di ketuk sedikit
2 sudu besar air asam jawa
1 sudu kecil belacan bakar
Cara-cara :
Gaulkan semua bahan di atas bersama bahan perasa dan boleh terus di hidangkan
Cucur Udang Mamak
Bahan-bahan
150gm tepung gandum
1 biji telur
20 ekor udang sederhana
1/4 sudu teh serbuk kunyit
1 tangkai cili merah di cincang
1/4 labu bawang besar di hiris nipis
Sedikit daun kucai
Sedikit taugeh
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Cara-cara :
1. Panaskan minyak.
2. Gaul semua bahan kecuali udang sehingga menjadi adunan yang pekat. Cedok adunan dengan sendok, letak 2-3 ekor udang diatasnya.
3. Goreng dengan sendok sekali di dalam minyak yang panas, bila cucur timbul di permukaan minyak, keluarkan sendok dan balikkan hingga keperangan. Angkat dan potong.
Sos Cili
Bahan A
10 tangkai cili merah di buang biji
1 cawan air
3 sudu besar cuka
1 ulas bawang putih
3 sudu besar sos cili
gula dan garam secukupnya
Bahan B
3 sudu besar air
1 sudu besar tepung jagung
(larutkan bersama)
Cara-cara :
1. Satukan bahan A dan kisar hingga halus. Masak sehingga mendidih.
2. Masukkan bahan B, masak sambil di kacau sehingga nampak pekat.
3. Angkat dan hidangkan dengan cucur udang.
Acar Tumis
Bahan-bahan
2 biji timun di buang empulurnya
1 biji lobak merah
1 tangkai cili merah di hiris nipis
1/4 labu bawang besar di hiris nipis
Bahan B
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10gm halia
10gm cili boh
sedikit air
(Kisar semua bahan hingga halus)
Bahan C
50gm gula
10gm biji sawi
3 sudu teh cuka
garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
1. Bersihkan timun dan lobak merah. Potong memanjang.
2. Tumis bahan B hingga naik baunya dan masukkan bahan C. Biarkan sedikit pekat.
3. Gaul rata bersama timun, lobak merah, bawang dan cili merah.
MENU :
Acar Tumis,
Masakan Sayuran
Bahan-bahan
2 biji timun di buang empulurnya
1 biji lobak merah
1 tangkai cili merah di hiris nipis
1/4 labu bawang besar di hiris nipis
Bahan B
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10gm halia
10gm cili boh
sedikit air
(Kisar semua bahan hingga halus)
Bahan C
50gm gula
10gm biji sawi
3 sudu teh cuka
garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
1. Bersihkan timun dan lobak merah. Potong memanjang.
2. Tumis bahan B hingga naik baunya dan masukkan bahan C. Biarkan sedikit pekat.
3. Gaul rata bersama timun, lobak merah, bawang dan cili merah.
Jus Epal Asam Boi
Bahan-bahan
1 biji epal hijau
1/2 gelas air
1 biji limau kasturi
Air gula secukupnya
2 biji asam boi
Kisar semua bahan kecuali asam boi. Tuangkan ke dalam gelas, masukkan air gula dan kiub ais. Akhir sekali masukkan asam boi.
Kerabu Mangga / Yam Ma Muang
Bahan-bahan
2 biji mangga muda di parut / di hiris memanjang
1 sudu besar kerisik
2 sudu besar udang kering di tumbuk halus
1 tangkai cili merah di tumbuk kasar
5 tangkai cili padi di hiris
2 sudu besar kacang tanah di goreng dan di ketuk sedikit
1 tangkai daun ketumbar di hiris - jika suka
Bahan Perasa
1 sudu besar gula melaka yg di racik
1/2 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar sos ikan
gula dan garam secukup rasa
Gaulkan semua bahan dengan bahan perasa hingga sebati, rasa masam dan manisnya dan hidangkan.
Rojak Buah-buahan dan Kuah Rojak
Bahan-bahan
Nenas
Jambu Batu
Jambu Air
Mangga muda
Belimbing
Kedondong
Sengkuang
Timun
(Cuci dan potong buahan-buahan mengikut suka)
Kuah Rojak
1 sudu besar minyak masak
10-12 tangkai cili kering di goreng dan di kisar
1.5 cm kiub belacan di bakar dan di kisar
1/2 cawan kacang tanah di goreng dan di tumbuk kasar
1 sudu besar bijan di sangai
Bahan A
2 biji limau nipis ambil jusnya
60ml air asam jawa
1 sudu besar petis/otak udang
1 sudu besar gula melaka cincang
garam dan gula secukupnya
Kisar cili dan belacan, panaskan minyak kemudian goreng hingga terbit bau. Kemudian masukkan bahan A, gaul rata. Rasakan masam dan manisnya baru dimasukkan kacang tanah dan bijan. Gaul rata dan hidangkan bersama buah-buahan yang dipotong.
New recipes >>
<< More recipes




























