Keep in touch :)
Dapatkan Update terkini menerusi Facebook dan Twitter Follow on Twitter

| Edit | | blogger | | New |
Lain-lain menu masakan
| Masakan Kentang | Masakan Sotong | Masakan Ikan |
| Masakan Antarabangsa | Masakan Ketam | Masakan Telur |
| Masakan Ayam | Masakan Nasi | Masakan Udang |
| Masakan Daging | Masakan Sayuran | Masakan Tauhu |
Archive for August 2010
Orange Crystal Cookies / Biskut Oren Kristal
Bahan-bahan
250gm mentega
100gm gula aising
40gm tepung jagung
280gm tepung gandum
100gm serbuk badam
1 biji kuning telur
1 sudu teh orange pes
1 sudu teh perwarna orange
Hiasan : Coklat chips, badam batang, dan perwarna hijau (utk daun), gula kristal
Cara-cara :
1. Pukul mentega, kuning telur dan gula aising hingga berkrim.
2. Masukkan serbuk badam, tepung jagung, tepung gandum, diuli menjadi doh yang lembut.
3. Ambil sedikit adunan dan diwarnakan hijau utk membuat daun.
4. Masukkan orange pes dan perwarna orange kedalam baki adunan dan diuli rata sehingga menjadi doh.
5. Ambil sedikit adunan oren dan isikan dgn coklat chips, bulatkan, kemudian golek dengan gula kristal.
6. Mnggunakan nozzle berbentuk daun, picit daun ke atas biskut. Cucuk badam batang untuk batangnya jika suka..
7. Bakar pada suhu 140c selama 30 minit.
*** untuk membuat daun, gunakan nozzle berbentuk daun dan picit ke atas biskut atau boleh di terap dengan acuan daun kecil dan di letakkan ke atas biskut.
Rocky Cookies / Biskut Batu
Bahan A
100ml putih telur
1/8 sudu teh cream of tartar
100gm gula kaster
Bahan B
10gm tepung jagung
100gm kacang tanah - di panggang
80gm hirisan badam - di panggang
60gm coklat chips
1 sudu teh cappucino emulco / mocca / coffee
Cara-cara :
1. Pukul bahan A menggunakan kelajuan tinggi hingga kental dan bertanduk.
2. Masukkan bahan B, kaup balik hingga rata.
3. Sudukan setengah sudu kecil ke atas loyang yang telah di gris terlebih dahulu.
4. Panaskan oven dan bakar pada suhu 140C selama 30-40 minit, gunakan turbo fan untuk 10 minit terakhir supaya putih telur masak sepenuhnya. Tekan dengan jari, jika atasnya masih lembut, bakar lagi sehingga atasnya keras apabila di tekan.
5. Apabila biskut sejuk, terus simpan di dalam bekas kedap udara.
Bahan A
250gm mentega
120gm gula icing
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur
Bahan B (di ayak bersama)
230gm tepung gandum red rose
100gm tepung kastard
100gm tepung jagung
50gm tepung ubi
Hiasan : Ceri merah/ceri hijau
Cara-cara :
1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli menjadi doh yang lembut.
2. Gunakan acuan dahlia dan tekan di atas loyang yang telah di leser dengan majerin.
3. Sapu sedikit telur putih di tengah biskut (supaya ceri tidak tanggal apabila biskut masak) dan hias dengan ceri merah dan hijau.
4. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 140c selama 20 minit atau sehingga kekuningan.
Puding Karamel / Caramel Pudding
Bahan A (Gula hangus)
200 gm gula pasir
50 ml air
Bahan (B)
800 ml susu sejat Ideal / susu cair
120 gm gula kaster
8 biji telur A
20gm tepung kastard
20gm tepung jagung
2 sudu teh esen vanila
Cara Membuatnya :
1. Satukan bahan-bahan B dalam sebuah bekas dan pukul menggunakan hand whisk hingga sebati.
2. Masak gula hingga cair dan keperangan dengan api perlahan. Masukkan air dan kacau hingga semuanya cair. Tuangkan karamel ke dalam loyang 8 inci yang telah di leser dengan majerin.
3. Tapiskan adunan B ke dalam loyang berisi karamel tadi.
4. Sediakan sebuah loyang 10 inci dan isikan air 1/3 bahagian. Masukkan loyang berisi adunan telur tadi ke dalamnya.
5. Bakar dalam oven secara steam bath selama 1 jam pada suhu 160C.
6. Setelah masak, sejukkan dahulu kemudian masukkan dalam peti sejuk.
7. Untuk menghidang, terbalikkan loyang atas pinggan yang sesuai. Karamel hendaklah di bahagian atas. Hias dengan buah-buahan dalam tin jika suka.
Bahan-bahan
190gm butter
90gm gula icing
300gm gandum red rose
50gm susu tepung
50gm chocolate rice
1 sudu teh mocca emulco
Topping Meringue
80ml putih telur
90gm gula caster
1 sudu teh esen mocca emulco/esen mocca
1/8 sudu teh cream of tartar
(Satukan semua bahan dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat (bertanduk)
Hiasan : Hirisan badam secukupnya - di ramas kasar
Sedikit jem strawberry untuk sapuan
Loyang 10' x 10' x 2 dengan cutter
Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan tepung dan bahan lain dan uli lembut.
2. Lapik loyang (10 x 10') dengan kertas, biarkan lebihan kertas 1" keluar dari loyang. (lihat step cappucino slice)
3. Ambil doh seberat 550-600gm dan canaikan doh ke dalam acuan dan ratakan.
4. Masukkan pemotong (cutter) dan tekan padat ke dasar loyang.
5. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 150c selama 40minit atau sampai kekuningan.
6. Setelah biskut sejuk bukakan cutter dan sapu tipis dengan strawberry filling atau jem dan ratakan.
7. Tuang bahan topping yang di pukul tadi, ratakan ke atas permukaan biskut. Masukkan balik cutter kedalam acuan dan taburkan dengan hirisan badam. Keluarkan semula cutter tadi dan bakar kembali (tanpa cutter) selama 15 minit atau sehingga meringue kekuningan. Setelah biskut sejuk, letak kembali cutter ke atas biskut atau potong menggunakan pisau tajam.
8. Keluarkan cutter dan angkat keluar biskut dengan memegang lebihan kertas dari loyang.
*** Apabila di bakar, meringue akan kembang dan melekat, tekan padat cutter ke tempatnya atau keluarkan biskut dan ptg menggunakan pisau yang tajam.
Kuih Nekbat
Bahan-bahan
500gm tepung beras
12 biji telur ayam
1 sudu teh pewarna oren (serbuk)-jika suka
Cara-cara
1. Panaskan acuan baulu yang telah di sapu dengan minyak selama 5 minit.
2. Tepung beras di sangai dengan api sederhana hingga kering. Biarkan sejuk.
3. Pukul telur hingga kembang dan berbuih, kemudian masukkan pewarna dan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur, gaul hingga rata dengan hand whisk.
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api atas dan bawah pada suhu 180C hingga kekuningan. Keluarkan dari acuan dan sejukkan dahulu.
Sira Nekbat
10 biji nekbat
500ml air
150gm gula pasir
2 helai daun pandan
6 kuntum bunga cengkih
Masak air dan gula hingga mendidih, masukkan daun pandan,cengkih dan nekbat. Masak selama 6-8 minit, tutup periuk dengan penutup, kecilkan api dan biarkan air gula meresap ke dalam nekbat angkat dan siap di hidangkan.
Blueberry Cheese Tart / Tart Keju Blueberi
Bahan Pastry Tart
60gm gula kaster / gula icing
250gm tepung gandum
130gm mentega sejuk di potong dadu
1 biji kuning telur
1 sudu besar air sejuk
1/2 sudu teh esen vanila/esen badam
*** menggunakan gula kaster menjadikan kulit pastri lebih ranggup
Cara-cara
1. Satukan gula kaster dan tepung gandum. Dengan menggunakan hujung jari, ramas mentega sejuk ke dalam adunan tepung sehingga menjadi serbuk roti.
2. Masukkan kuning telur, esen vanila, gaul sebati di ikuti oleh air sejuk (air di tambah jika perlu). Uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Rehatkan di dalam peti sejuk selama 15-20 minit. Ambil sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tart mini. Trim lebihan dibahagian atasnya.
4. Cucuk sedikit dengan garpu dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
5. Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu kulit tart.
Cheese Filling
250gm cream cheese (suhu bilik)
60gm gula ising
50gm mentega
1 biji telur
1 sudu besar lemon jus
Filing : Blueberry
(Masukkan ke dalam piping bag)
Cara-cara :
1. Pukul cream cheese bersama gula ising, mentega hingga sebati. Masukkan telur, jus lemon putar sekejap hingga adunan sebati dan tidak berketul.
2. Masukkan ke dalam piping bag dan gunting sedikit muncungnya.
3. Ambil kulit tart, pipekan sedikit filling kesukaan di tengahnya dan picit adunan cheese menutupi filling.
4. Untuk corak di atasnya, pipekan sedikit filling atau ambil sedikit cream cheese dan campur dengan sedikit pewarna, pipekan keatasnya kemudian lorek dengan corak kesukaan.
5. Bakar sekejap selama 5-8 minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu.
Bahan Pastry Tart
60gm gula ising
250gm tepung gandum
125gm mentega sejuk di potong dadu
1 biji kuning telur
1 sudu besar air sejuk
1/2 sudu teh esen vanila/esen badam
Cara-cara
1. Satukan gula ising dan tepung gandum. Dengan menggunakan hujung jari, ramas mentega sejuk ke dalam adunan tepung sehingga menjadi serbuk roti.
2. Masukkan kuning telur, esen vanila, gaul sebati di ikuti oleh air sejuk. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Rehatkan selama 15-20 minit. Ambil sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tart mini. Trim lebihan dibahagian atasnya.
4. Cucuk sedikit dengan garpu dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
5. Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu kulit tart.
Cheese Filling
115gm cream cheese (suhu bilik)
150gm susu pekat manis
1 sudu besar lemon jus
1 sudu kecil esen vanila
Hiasan : Blueberry, Strawberry, Kiwi,Mandarin Orange,Lychee
(di hiris kecil)
Coklat masakan cair secukupnya - jika suka
Cara-cara :
1. Pukul cream cheese bersama susu pekat, lemon jus dan esen vanila hingga lembut dan tidak berketul. Masukkan ke dalam mangkuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk sehingga hendak di gunakan.
2. Ambil kulit tart, sapukan sedikit dengan coklat cair dan sudukan 2 sudu kecil cheese filling kemudian atur buah-buahan di sukai di atasnya.
Custard Filling
130gm instant custard / kastard segera
330ml susu segar
1. Satukan semua bahan, whisk hingga rata dan tidak berketul, ambil kulit tart dan sudukan 2 sudu kecil custard filling, kemudian atur di atasnya dengan buah-buahan yang di sukai.
Baulu Berinti
Bahan-bahan
5 biji telur
150gm gula kaster
1/4 sudu teh garam halus
160gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila
100ml minyak jagung
Inti : Jem blueberry/strawberry/raspberry/kaya/peanut butter
Cara-cara
1. Satukan semua bahan kecuali minyak jagung, putar dengan kelajuan tinggi hingga pekat, perlahan kan mixer dan masukkan minyak jagung putar hingga bergaul rata.
2. Leser acuan baulu dengan minyak jagung dan panaskan dalam oven selama 5 minit. Tuang adunan separuh penuh dan bakar selama 4 minit. Keluarkan dari oven dan letak 1 sudu teh inti jem di tengahnya. Tuang baki adunan hingga menutupi inti dan hampir penuh.
3. Bakar dengan api atas dan bawah selama 8-10 minit pada suhu 160C atau sehingga kekuningan.
Bahan A
200gm mentega
100gm gula ising
1 biji kuning telur
1/4 tsp pes pandan/pandan emulco
1/2 tsp pewarna hijau epal
Bahan B
250gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm tepung kastard
Hiasan : Coklat masakan putih dan manik hundred thousand.
Cara :
1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B yang telah di ayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 1 jam.
2. Guna nozzle tart gulung dan tekan ke atas loyang yang telah di griskan. Potong mengikut saiz di kehendaki.
3. Panaskan oven dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau hingga kekuningan.
4. Biarkan biskut sejuk baru di hias dengan coklat masakan putih yang di cairkan secara double boiler, masukkan ke dalam kon kertas, gunting sedikit muncungnya dan pipe di tengah biskut dan tabur dengan manik berwarna.
5. Biskut ini agak nipis, jika mau lebih tebal tindihkan selapis lagi.
Puding Kaya Gula Melaka
Bahan-bahan
200gm gula melaka (diracik halus)
50gm gula halus
350ml santan
6 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh garam
Cara-cara
1. Campurkan gula melaka, santan, gula, garam dan esen vanila. Kacau hingga sebati.
2. Masukkan telur dan dipukul rata.
3. Tapis dan tuang kedalam acuan remekin atau loyang. Letakkan acuan dalam bekas yang berisi air panas pada paras separuh daripada acuan tersebut.
4. Bakar dalam oven pada suhu 160c selama 45 minit - 1 jam hingga masak.
5. Sejukkan dahulu sebelum dihidang
Bahan Pastry Tart
60gm gula ising
250gm tepung gandum
125gm mentega sejuk di potong dadu
1 biji kuning telur
1 sudu besar air sejuk
1/2 sudu teh esen vanila/esen badam
Cara-cara
1. Satukan gula ising dan tepung gandum. Dengan menggunakan hujung jari, ramas mentega sejuk ke dalam adunan tepung sehingga menjadi serbuk roti.
2. Masukkan kuning telur, esen vanila, gaul sebati di ikuti oleh air sejuk. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Rehatkan selama 15-20 minit. Ambil sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tart mini. Trim lebihan dibahagian atasnya.
4. Cucuk sedikit dengan garpu dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
5. Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu kulit tart.
Chocolate Cheese Filling
250gm cream cheese (suhu bilik)
50ml UHT whipping cream
80gm coklat masakan (dicairkan)
1/2 sudu besar coklat emulco
60gm gula ising
60gm mentega
1 biji telur
Hiasan : 50gm coklat masakan di cairkan (Masukkan ke dalam piping bag, gunting muncungnya)
Untuk di tabur : Manik berwarna, chocolate chips, chocolate rice ...
Cara-cara :
1. Pukul cream cheese bersama gula ising, mentega hingga sebati. Masukkan telur, coklat masakan, coklat emulco dan whipping cream, putar sekejap hingga adunan sebati dan tidak berketul. Masukkan ke dalam piping bag dan gunting sedikit muncungnya.
2. Picit adunan cheese ke dalam kulit tart dan bakar sekejap selama 5-8 minit.
3. Biarkan sejuk dahulu 2 hingga 3 jam, baru di picit dengan coklat masakan cair dan hias dengan bahan hiasan di atasnya.
Bahan Pastry Tart
60gm gula ising
250gm tepung gandum
125gm mentega sejuk di potong dadu
1 biji kuning telur
1 sudu besar air sejuk
1/2 sudu teh esen vanila/esen badam
Cara-cara
1. Satukan gula ising dan tepung gandum. Dengan menggunakan hujung jari, ramas mentega sejuk ke dalam adunan tepung sehingga menjadi serbuk roti.
2. Masukkan kuning telur, esen vanila, gaul sebati di ikuti oleh air sejuk. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Rehatkan selama 15-20 minit. Ambil sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tart mini. Trim lebihan dibahagian atasnya.
4. Cucuk sedikit dengan garpu dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
5. Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu kulit tart.
Cheese Filling
250gm cream cheese (suhu bilik)
50ml UHT whipping cream
60gm gula ising
60gm mentega
1 biji telur
1 sudu besar lemon jus jika suka
Filing : Blueberry, strawberry, kiwi, manggo
(Masukkan ke dalam piping bag)
Cara-cara :
1. Pukul cream cheese bersama gula ising, mentega hingga sebati. Masukkan telur dan whipping cream, putar sekejap hingga adunan sebati dan tidak berketul. Masukkan ke dalam piping bag dan gunting sedikit muncungnya.
2. Ambil kulit tart, pipekan sedikit filling kesukaan di tengahnya dan picit adunan cheese menutupi filling.
3. Untuk corak di atasnya, pipekan sedikit filling atau ambil sedikit cream cheese dan campur dengan sedikit pewarna, pipekan keatasnya kemudian lorek dengan corak kesukaan.
4. Bakar sekejap selama 5-8 minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan selama 2 atau 3 jam.
New recipes >>
<< More recipes
Top recipes this week
-
Cakue / Chinese Cruller / You Tiao Bahan A 250ml air 1 1/2 sudu teh baking powder 1/2 sudu teh soda bikabonat 1 sudu teh garam 1 s...
-
Puff Bakul Buah / Basket Fruit Puffs Bahan-bahan 110gm mentega 250ml air 1 sudu kecil gula kaster 1/4 sudu teh garam 150gm tepung g...
-
Chocolate Almond Cupcake Bahan-bahan 250gm mentega 200gm gula halus 5 biji telur 225gm tepung gandum 1/2 sudu teh baking powder 2...
-
Kuih Kaswi Bahan A 1 1/2 cawan gula merah 1/2 cawan gula pasir 1 cawan air 2 helai daun pandan, disimpul (jadikan 2 cawan air gula...
-
Chinese Rojak Bahan-bahan 1 batang timun 1/2 biji nenas 1/2 biji sengkuang 3 biji mangga muda 4 biji tahu pong potong dadu 3 biji...
-
Agar-agar Bakul Oren Bahan-bahan 10gm serbuk agar-agar 500ml air 200ml jus oren (dari buah oren) 1 sudu besar jus oren sunquick 20...
-
Apam Coca Cola Bahan-bahan 200gm tepung gandum 1/2 sudu teh baking powder/ double action 25gm susu tepung 50gm serbuk oreo 2 biji t...
-
Roti Goreng Sambal Bahan-bahan 250gm tepung all purpose 2 sudu kecil yis segera 2 1/2 sudu besar gula kaster 1/2 sudu kecil garam ...
-
Roti Goreng Lilit / Pintal Bahan-bahan 350gm tepung gandum 1 sudu kecil yis segera 4 sudu besar gula halus 1/2 sudu kecil garam 1 ...
-
Tauhu Puff Kukus Bahan-bahan 15 biji tauhu puff (tahu pok) 15 ekor udang sederhana Adunan Isi 150gm isi ayam 100gm isi udang 2 ...














