kongsi resepi | sukatan bahan/conversion Write something :)

Archive for July 2010

/

A CUPCAKE BOUQUET (Video Tut)

Post this recipes






Baking Techniques

MENU : ,


/

Akok Berlauk / Baulu Berlauk

Post this recipes


Akok Berlauk / Baulu Berlauk

Bahan A
5 biji telur ayam
100gm tepung superfine/gandum
1/2 sudu teh serbuk penaik
50gm gula kaster
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna kuning jika suka

Bahan B
40gm mentega dicairkan (sejukkan dahulu)

Bahan Inti
250gm isi ayam (dihiris)
50gm rempah kerutuk
350ml santan 
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar
1/2 biji bawang besar
1 cm halia
1 cm lengkuas
1 ulas bawang putih
1 batang serai

atau serunding daging/ayam secukupnya
(menghasilkan 10 biji  acuan muffin)

Cara-cara
1. Inti :  Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kerutuk , kacau rata sehingga garing.
3. Masukkan isi ayam dan santan. Kacau rata sehingga mendidih dan kering. Angkat dan ketepikan.

Adunan Kulit Akok
1.  Alas acuan muffin dengan papercup.  Panaskan oven pada suhu 140C.
2.  Satukan bahan A dalam mangkuk adunan dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat.  Perlahankan mixer, masukkan bahan B, gaul sekejap hingga bergaul rata
3.  Tuang 1/2 adunan ke dalam acuan dan bakar sehingga separuh masak lebih kurang 6-8 minit.  Keluarkan dari oven dan taburkan dengan intinya.  Kemudian tuang 1/2 lagi adunan menutupi inti. 
3.  Bakar sehingga masak atau sehingga kekuningan.  Enak dinikmati semasa masih panas.

MENU : ,


/

Talam Gandum Gula Merah

Post this recipes


Talam Gandum Gula Merah

Lapisan Bawah (Bahan A)
240gm gula merah
100gm gula pasir
250ml air
(Satukan semua, masak dan jadikan sirap gula, sejukkan)

Bahan B
220gm tepung gandum
30gm tepung ubi
600ml air
1 Tbsp air kapur

Lapisan Atas
500ml santan KARA
250ml air
120gm tepung beras
1 1/2 tsp garam halus

Loyang 8" empatsegi

Cara-cara :
1.  Lapisan Bawah : Satukan bahan A bersama bahan B, gaul rata hingga licin dan tapis.
2.  Panaskan kukusan terlebih dahulu.  Leser loyang dengan minyak dan tuangkan lapisan bawah,  Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit.  Angkat dan cakar permukaannya dengan garpu.
3.  Lapisan Atas :  Satukan bahan lapisan atas, tapis.  Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap sahaja, kemudian angkat dan tuangkan ke atas lapisan bawah tadi.  Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
4.  Sejukkan dahulu sebelum di potong dengan pemotong plastik.

MENU : ,


/

Smartie Cookies

Post this recipes


Bahan A
250gm mentega
30gm shortening
250gm gula perang
2 tsp esen vanila
2 biji telur Grade B

Bahan B
460gm tepung gandum - diayak
1/2 tsp baking powder
1 tsp emplex
1/4 tsp garam halus
60gm badam cincang - dipanggang

Hiasan : Coklat m&m/smarties

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga kembang dan berkrim, masukkan esen vanila dan telur satu persatu dan pukul hingga bergaul rata.
2.  Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yang lembut.  Rehatkan doh selama 15-20 minit.
3.  Ambil 1/2 Tbsp adunan (kecil) atau 1 Tbsp adunan (besar), gentel bulat dan tekan dengan 3-6 biji coklat m&m smarties.
4.  Panaskan oven, susun di dalam loyang yang telah digris terlebih dahulu.  Jarakkan biskut 5cm antara yang lain kerana biskut ini mengembang.
5.  Bakar pada suhu 150C selama 15-20 minit atau hingga keperangan.

*** Jika ingin tekstur yg lebih lembut kurangkan sukatan tepung gandum 80-100gm.

MENU : ,


/

White Almond Cookies

Post this recipes


Bahan A
90gm gula ising
140gm tepung jagung
280gm tepung gandum
1/2 tsp soda bikabonat

Bahan B
200ml minyak jagung

Bahan C
100gm kepingan badam hiris (di panggang dan di ramas kasar)
30gm nestum (di ramas kasar)

Hiasan : Putih telur, kepingan badam hiris

Cara-cara
1.  Ayak bahan A, masukkan bahan B dan C, uli hingga menjadi doh yang lembut.
2.  Rehatkan selama 15 minit, canai doh setebal 1cm dan terap dengan acuan di sukai.
3.  Sapu putih telur dan hias dengan hirisan badam.
4.  Panaskan oven dan bakar pada suhu 150C selama 15 - 20 minit.

*** jika adunan agak keras selepas di rehatkan, masukkan sedikit minyak jagung dan uli semula.

MENU : ,


/

Batik Marble Shortbread

Post this recipes


Bahan A
210 gm butter
100gm gula kaster
1 sudu teh esen vanila

Bahan B (tepung di ayak bersama)
250gm tepung gandum red rose
50gm tepung jagung
50gm susu tepung
60gm cornflakes di kisar halus
20gm bijan putih (di panggang dahulu)

Topping coklat
250gm coklat masakan putih
(di cairkan secara double boiler)

Corak Batik Marble
150gm coklat masakan putih
3 jenis pewarna ikut kesukaan
(di cairkan secara double boiler)

Loyang 10' x 10' x 2 dengan cutter

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga berkrim, masukkan bahan B, uli hingga menjadi doh yang lembut.  Rehatkan adunan selama 2 jam atau lebih. 
2.  Alas loyang 10 x 10'  dan alas dengan kertas minyak, biarkan lebihan kertas 1" keluar dari loyang.
3.  Ambil doh seberat 600gm dan canaikan doh ke dalam acuan dan ratakan. Masukkan pemotong (cutter) dan tekan padat ke dasar loyang.
4. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 140c selama 40minit atau sampai kekuningan.
5. Setelah biskut sejuk bukakan cutter dan tuangkan coklat masakan putih yang dicairkan, ratakan.
6.  Untuk corak batik, cairkan coklat masakan putih dan bahagikan kepada 3 bahagian dan campurkan dengan warna yang berlainan.  Masukkan ke dalam piping bag dan picit memanjang dengan warna pertama diikuti warna kedua dan ketiga.  Dengan segera buat lorekan di atas permukaan coklat tadi.
7. Masukkan balik cutter kedalam loyang,  biar coklat membeku.
8. Setelah coklat beku bolehlah dibuka cutter.

Corak ini perlu di lakukan dengan pantas sebelum coklat menjadi beku.

MENU : ,


/

Cappucino Slice - Step by step

Post this recipes


Bahan A
210 gm butter
100gm gula perang
1 sudu teh cappucino emulco

Bahan B (di ayak bersama)
250gm tepung gandum
90gm tepung jagung
50gm susu tepung
60gm serbuk kacang tanah

Topping coklat
230gm coklat masakan
20gm cocoa butter
(di cairkan secara double boiler)

Hiasan :  Jumbo Heart, Croquant

Loyang 10' x 10' x 2 dengan cutter

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga berkrim, masukkan bahan B, uli hingga menjadi doh yang lembut.
2.  Alas loyang 10 x 10'  dan alas dengan kertas minyak, biarkan lebihan kertas 1" keluar dari loyang.

3.  Ambil doh seberat 600gm dan canaikan doh ke dalam acuan dan ratakan. Masukkan pemotong (cutter) dan tekan padat ke dasar loyang.


4. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 140c selama 40minit atau sampai kekuningan.
5. Setelah biskut sejuk bukakan cutter dan tuangkan coklat masakan hitam yang dicairkan, ratakan.

Nampak tak jaluran yang terbentuk dari cutter, letak kembali cutter ke tempat asalnya berpandu kepada jalurannya.  (jika nak buat corak marble, lakukan ketika coklat masih cair baru di letakkan cutter.


6. Masukkan balik cutter kedalam loyang, letak jumbo heart dan croquant dan biar coklat membeku.


7. Setelah coklat beku bolehlah dibuka cutter.

MENU : ,


/

Biskut Almond Crunchy Cookies

Post this recipes


Biskut Almond Crunchy Cookies


Bahan A
250gm mentega
60gm shortening
160gm gula kaster

Bahan B
320gm tepung red rose
1/2 tsp emplex
80gm tepung jagung
60gm serbuk badam, - dipanggang

Hiasan :  Putih telur, badam cincang

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga berkrim.  Masukkan bahan B, uli hingga menjadi doh.
2.  Ambil doh sebesar ibu jadi dan bulat-bulatkan, kemudian celup ke dalam putih telur dan golek dengan badam cincang.
3.  Bakar pada suhu 140C selama 30-35 minit.

MENU : ,


/

Red Velvet Cupcake

Post this recipes


Red Velvet Cupcake

Bahan A (di ayak bersama)
375gm tepung gandum
20gm serbuk koko
1 tsp baking soda (soda bikabonat)

Bahan B
170gm mentega (suhu bilik)
350gm gula kaster
2 tsp esen vanila
3 biji telur grade A

Bahan C
350ml UHT whiping cream/Yogurt
1 sudu besar cuka/jus lemon
2 1/2  sudu besar pewarna merah bright red
(Satukan semua, biarkan selama 10 minit)

Topping Cream Cheese
250gm cream cheese (suhu bilik)
80gm gula aising
1 tsp esen vanila
180ml UHT whipping cream

Menghasilkan satu biji kek bersaiz 9" atau 30 biji cupcakes bersaiz sedang

Cara-cara :
1.  Panaskan oven pada suhu 180C.  Sediakan loyang/cawan kertas.
2.  Satukan bahan A, ketepikan.
3.  Pukul bahan B hingga kembang, masukkan telur satu persatu di ikuti bahan A dan bahan C berselang seli.  Pukul hingga sebati.
4.  Sudukan 2/3 adunan ke dalam cawan kertas dan bakar selama 20-25 minit.  Sejukkan dahulu.
5.  Cream Cheese :  Pukul cream cheese bersama gula hingga lembut, masukkan esen vanila dan whipping cream sedikit demi sedikit, pukul hingga bergaul rata dan tidak berketul.
6.  Paipkan ke atas cupcake dan hias mengikut suka.

*** Untuk membuat red velvet sandwich, sudukan 1 Tbsp adunan di atas kertas minyak, ratakan dengan belakang sudu menjadi leper dan bulat.  Bakar selama 8-10 minit.  Letakkan cream cheese di tengah dan tangkupkan.

Red Velvet Sandwich

MENU : ,


/

Biskut Casablanca Delight Cookies

Post this recipes


Biskut Casablanca Delight Cookies

Bahan A
130gm mentega
20gm shortening
70gm gula kastor

Bahan B
30gm nestum - diramas
30gm oat- panggang dan kisar
30gm serbuk badam
20gm bijan hitam

Bahan C
25gm tepung jagung
10gm tepung beras
150gm tepung gandum

Hiasan : Ceri merah dan hijau, kuning telur

Cara-cara
1. Sebatikan bahan A dan masukkan bahan B dan uli rata.
2. Masukkan bahan C dan uli lembut kemudian canai menjadi kepingan nipis.
3. Terap dgn acuan empat segi tepat dan sapukan kuning telur dan hias dgn ceri merah dan hijau.
4. Bakar pada suhu 140c selama 30 minit atau sehingga kekuningan.

MENU : ,


/

Marble Shortbread Cookies - Black and White Marble

Post this recipes


Marble Shortbread Cookies - Black and White Marble

Bahan A
250gm mentega
150gm gula kaster
2 tsp coffee emulco

Bahan B
330gm tepung gandum
40gm susu tepung
20gm serbuk koko
50gm nestum di kisar halus
60gm serbuk badam

Loyang 10' x 10' x 2 dengan cutter

Corak Marble Hitam
230gm coklat masakan hitam
20gm coco butter
50gm coklat masakan putih


Corak Marble Putih
250gm coklat masakan putih
50gm coklat masakan hitam


Cara-cara :
1. Pukul bahan A hingga kembang. Masukkan bahan B dan gaul hingga menjadi doh yg lembut.
2.  Ambil 600gm adunan, ratakan di dalam loyang yang di alas dengan kertas minyak, biarkan lebihan kertas 1" terkeluar dari loyang dan tekan padat ke dalam loyang kemudian cucuk atasnya dengan garfu. Letak cutter di atasnya dan tekan sampai ke dasar.
3. Bakar pada 160C selama 40 min atau hingga masak. Biar sejuk dan keluarkan cutter.
4. Cairkan coklat masakan hitam secara double boiler, masukkan coco butter, gaul rata atau (coklat masakan putih). Tuang keatas biskut dan ratakan.
4. Cairkan coklat masakan putih atau (hitam) secara double boil atau di dalam microwave, biarkan suam sedikit masukkan ke dalam piping bag dan picit memanjang di atas coklat masakan hitam. Ambil lidi dan lorekkan dengan bentuk marble. Masukkan kembali cutter ke tempat asalnya dan biarkan coklat beku.
5. Keluarkan cutter dan simpan di dalam bekas kedap udara.

**** Untuk corak marble putih tak perlu di masukkan coco butter.  Buat seperti corak marble hitam.  Pilih salah satu ...

Jika adunan agak kering, tambah sedikit mentega dan uli semula.

MENU : ,


/

Biskut Makmur

Post this recipes


Biskut Makmur

Bahan A
200 gm minyak sapi
400 gm tepung gandum
20gm gula icing
1/8 tsp garam halus
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda

Inti kacang:
100gm kacang tanah atau gajus digoreng dan ditumbuk kasar
150gm gula pasir
1 Tbsp mentega cair
(Satukan dan gaul semua, ketepikan)

Hiasan :  Secukupnya gula kastor/ising untuk salutan pada biskut, cawan kertas

Cara Membuatnya :
1. Satukan bahan A hingga menjadi doh yang lembut. Jika agak lembik, tambah sedikit tepung, Jika kering tambah sedikit minyak sapi lagi.
2. Ambil sedikit doh dan bulatkan. Leperkan dan isi inti kacang kedalamnya.  Bentukkan bulat atau bujur.
3. Susun atas dulang dan bakar hingga masak. Sejukkan
4. Apabila biskut telah sejuk, golekkan dengan gula kastor
5. Masukkan dalam cawan kertas dan simpan dalam bekas.

MENU : ,


/

Biskut Mixed Fruits Bubble Cookies

Post this recipes


Biskut Mixed Fruits Bubble Cookies

Bahan A
260gm mentega
2 biji kuning telur
120gm gula kaster
1 tsp esen vanila

Bahan B (di ayak)
300gm tepung red rose
40gm tepung kastard
60gm tepung jagung
20gm tepung susu
1/4 tsp baking powder
1/4 tsp emplex

Bahan C
80gm mixed fruits bubble
50gm badam nibs

Hiasan :  Coklat masakan putih, manik hundred thousands, cawan kertas

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga berkrim.  Masukkan bahan B dan C, uli hingga menjadi doh yang lembut.
2.  Ambil sebesar ibu jari dan bulatkan doh, isikan ke dalam cawan kertas.
3.  Panaskan oven, bakar pada suhu 150C selama 15-20 minit atau hingga keperangan.  Biarkan sejuk.
4.  Hias dengan coklat masakan dan manik hundred thousands.

*** Jika adunan menjadi keras, uli semula dengan sedikit mentega hingga lembut.

MENU : ,


/

Biskut Chocolate Rice Bubble Cookies

Post this recipes


Biskut Chocolate Rice Bubble Cookies

Bahan A
260gm mentega
1 biji kuning telur
100gm gula perang
1 tsp esen vanila

Bahan B (di ayak)
300gm tepung red rose
40gm tepung kastard
60gm tepung jagung
20gm serbuk koko
1/4 tsp baking powder
1/4 tsp emplex

Bahan C
150gm chocolate bubble
30gm coklat rice

Hiasan :  Coklat masakan hitam, croquant, cawan kertas

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga berkrim.  Masukkan bahan B dan C, uli hingga menjadi doh yang lembut.
2.  Ambil sebesar ibu jari dan bulatkan doh, isikan ke dalam cawan kertas.
3.  Panaskan oven, bakar pada suhu 150C selama 15-20 minit atau hingga keperangan.  Biarkan sejuk.
4.  Hias dengan coklat masakan dan croquant.

*** Jika adunan menjadi keras, uli dengan sedikit mentega sehingga lembut.

MENU : ,


/

Truffle Chocolate Cookies

Post this recipes


Bahan A
160gm mentega
1/8 tsp esen vanila
60gm gula ising

Bahan B
180gm tepung gandum
15gm serbuk koko
40gm tepung jagung
50gm kacang tanah di kisar halus
1/8 tsp baking powder

Bahan C - Hazelnut atau chocolate chips untuk isian dalam doh.

Hiasan :  Coklat masakan, hazelnut/kacang tanah cincang, cawan kertas.

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga berkrim, masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.  Ambil 1 sudu teh doh, masukkan hazelnut dan bulatkan kembali.
2.  Susun dalam loyang pembakar yang telah di gris dan bakar pada suhu 150C selama 20 minit atau keperangan.
3.  Sejukkan dahulu dan celup biskut ke dalam coklat masakan cair, masukkan ke dalam cawan kertas, tabur dengan bahan hiasan atau yang di sukai.

*** Adunan yang dicampur serbuk kekacang biasanya agak kering selepas 2 jam, uli semula dengan sedikit mentega hingga lembut.

MENU : ,


/

Coco Fingers Cookies

Post this recipes


Bahan-bahan
230gm mentega
200gm tepung ubi
100gm tepung jagung
100gm tepung gandum
80gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 tsp esen vanila
50gm kelapa kering - di kisar halus
4 Tbsp santan KARA

Hiasan :  Coklat masakan hitam dan putih - dicairkan

Cara-cara
1. Pukul mentega, gula dan esen vanila, masukkan telur dan pukul hingga kembang.
2.  Masukkan tepung jagung, tepung ubi, tepung gandum dan kelapa kering di ikuti dengan santan, gaul hingga sebati dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
3.  Gunakan nozzle bergerigi dan paip di atas dulang yang di leser dengan majerin/shortening.  Boleh juga di terap dengan acuan yang di sukai. 
4.  Panaskan oven, bakar pada suhu 140C selama 25 - 30 minit.
5.  Sejukkan dan paip coklat hitam dan putih untuk hiasan.

*** Jika adunan menjadi keras, tambahkan sedikit mentega dan uli semula.
*** Biskut ini mesti di terap dengan segera  kerana dohnya mudah mengeras selepas sejam atau lebih.  Terap lebih tebal kerana teksturnya agak lembut.

MENU : ,


/

Coco Cashewnut Cookies

Post this recipes

Bahan A
250gm mentega
40gm shortening
120gm gula ising
1/4 tsp esen vanila

Bahan B
320gm tepung gandum
40gm tepung jagung
40gm tepung kentang
20gm tepung kastard
1/2 tsp baking powder

Bahan C
60gm gajus
40gm parutan kelapa kering
(di panggang dan di kisar halus)

Hiasan :  Kuning telur, parutan kelapa kering

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga berkrim.  Masukkan bahan B yang telah di ayak dan bahan C, gaul hingga menjadi doh.
2.  Rehatkan doh selama 1/2 jam atau lebih, canai dan terap dengan acuan di sukai.
3.  Sapu dengan kuning telur dan tabur kelapa kering di atasnya.
4.  Panaskan oven dan bakar pada suhu 150C selama 20-25 minit.

MENU : ,


/

Kaastengel/Cheese Cookies

Post this recipes


Bahan A
240gm mentega
40gm shortening
160gm gula kaster
2 biji kuning telur
1 tsp esen vanila

Bahan B
40gm tepung kastard
320gm tepung red rose
1 tsp baking powder
40gm tepung jagung

Bahan C
60gm parutan parmesan cheese
80gm cornflakes di kisar halus
60gm serbuk gajus di bakar dahulu

Hiasan :  Kuning telur, parutan keju cheddar

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A, masukkan telur dan pukul sebati.
2.  Ayak bahan B dan satukan dengan bahan C.  Uli bersama bahan A hingga menjadi doh.
3.  Canai dan terap dengan acuan kesukaan.  Sapu kuning telur dan hias dengan parutan keju.
5.  Bakar pada suhu 150C selama 20 -25 minit.

*** Biskut ini tidak boleh di biar lama di luar kerana cepat lembut.  Perlu cepat2 di simpan dalam bekas kedap udara apabila saja sudah sejuk.

MENU : ,


Top recipes this week

Theme Design by
Brand by citarasawan
Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen CCA 3.0
On top