kongsi resepi | sukatan bahan/conversion Write something :)

Archive for May 2010

/

Puding Manga / Mango Pudding

Post this recipes


Puding Manga / Mango Pudding

Bahan-bahan
1 Tbsp gelatin
180gm gula
250ml air panas

Pure Mangga
2 biji mangga sedang - di potong kecil
80ml air
(Kisar hingga hancur dan tapis puri mangga buang hampasnya)
200ml whip cream - di putar sedikit hingga pekat
4 kiub ketulan ais

Hiasan :  Potongan kiub mangga

Cara-cara
1.  Sebatikan gula dan air panas hingga larut.  Tabur gelatin di atasnya dan biarkan 1 minit.  Kacau hingga gelatin larut.
2.  Tuang larutan gelatin ke dalam puri mangga, gaul rata dengan hand whisk. Masukkan whip krim yang telah di putar bersama ketulan ais kacau perlahan-lahan sehingga ais larut.
3.  Tuang adunan ke dalam acuan atau gelas kecil, simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurang 4 jam atau semalaman.
4.  Keluarkan dari acuan dan hidang bersama potongan mangga.

MENU : ,


/

Hum Cheem Paeng

Post this recipes


Hum Cheem Paeng

Doh Pelembut/Penaik (A)
50gm tepung gandum
50ml air
1 Tbsp cuka makan
(Gaul dan perap di dalam bekas tertutup selama 2 hari, pd suhu bilik)

Bahan Doh (B)
300gm tepung roti
100gm tepung gandum
1 tsp soda bikabonat
1/2 tsp alkaline water/air abu/potassium carbonate
250ml air
1/2 tsp yis segera

Bahan Inti (C)
1/2 tbsp kacang merah
1/2 tsp rempah 5 spices (boleh di beli di pasaraya)

sedikit minyak untuk di sapu pada doh

Cara-cara
1.  Satukan bahan (B) kecuali air dan masukkan bahan A, gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
2.  Tutup doh dengan plastik dan biarkan selama 20 minit.
3.  Tumbuk dan uli doh sekali lagi, sapu sedikit minyak di permukaan doh dan tutup dengan plastik, biarkan mengembang selama 2 - 3 jam.
4.  Tabur dahulu meja canai dengan tepung.  Keluarkan doh dan canai empatsegi memanjang, sapu tipis inti kacang di atasnya dan tabur dengan rempah 5 spices.  Gulung seperti swiss roll.  
5.  Potong bulat gulungan tadi dan canai tipis setiap potongan.
6.  Goreng di dalam minyak yang telah di panaskan terlebih dahulu dengan api yang perlahan, apabila doh timbul di permukaan, simbahkan dengan minyak dan balikkan sehingga keperangan barulah di angkat dan di toskan.

*** Jika membuat gulungan, sapu inti sedikit sahaja jangan letak inti terlalu banyak kerana inti akan terkeluar.

Cara Kedua :  Menggunakan inti yang banyak, timbang doh seberat 30gm masukkan inti kacang dan tutup kembali adunan.  Leperkan dengan tapak tangan dan gelek doh sehingga nipis baru di goreng.

MENU : ,


/

Mini Oreo Cheese Cakes

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

Bahan Dasar
200gm biskut oreo - di buang krimnya
50gm mentega cair

Bahan Filing
750gm keju krim
130gm gula kaster
1/2 Tbsp esen vanila
3 biji telur
200ml whipping krim
15 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya

Acuan springform 4.5" @ 4 biji (Menghasilkan 4 biji mini cheese cake)
atau acuan 8" menghasilkan satu biji

Cara-cara

 1.  Dasar Kek :  Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 4.5" sebanyak 1/2 cawan padat.  Bakar selama 15 minit pada suhu 160C.  Angkat dan ketepikan.
2.  Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu di ikuti dengan whipping krim.  Putar hingga sebati.  Masukkan biskut oreo, gaul rata.
3.  Ambil 1 cawan penuh krim keju dan tuangkan ke atas dasar biskut tadi.
4.  Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit.  Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
5.  Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan.  Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
6.  Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.

MENU : ,


/

Kuih Buah Melaka

Post this recipes


Kuih Buah Melaka

Bahan-bahan
250gm tepung pulut
50gm tepung beras
1 ketul gula melaka di potong kiub kecil
5 helai daun pandan di kisar bersama 250ml air** (di tambah atau di kurang mengikut kesesuaian adunan)
sedikit pewarna hijau
1/2 tsp garam
kelapa parut muda di gaul dengan sedikit garam

Cara-cara :
1.  Satukan tepung pulut, tepung beras dan garam.  Masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
2.  Masak air hingga mendidih.  Ambil doh sebesar ibu jari, leperkan dan letak potongan gula melaka di tengahnya.  Bulatkan kembali  dan rebus di dalam air mendidih tadi.  Biarkan adunan timbul di permukaan air, angkat dengan penapis dan golekkan ke atas parutan kelapa parut.

MENU : ,


/

Keledek Halia Rebus

Post this recipes

Bahan-bahan
1/2 kg keledek
Air secukupnya untuk merebus
2 helai daun pandan
3 hiris halia
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
Bersih dan buang kulit keledek dan di potong kiub.  Kemudian rebus dengan air dan hirisan halia selama 1/2 jam.  Masukkan gula, garam dan daun pandan.  Biarkan sekejap dan sedia di hidang

MENU : ,


/

Bubur Biji Gandum

Post this recipes


Bubur Biji Gandum

Bahan-bahan
300 gandum biji/barli
500ml santan
2 helai daun pandan
Kacang merah (kidney red bean)- jika suka
Sedikit sagu - jika suka
100gm gula
sedkit garam

Cara-cara :
1.  Bersihkan biji gandum dan rebus selama 1/2 jam. 
2.  Rebus kacang merah hingga empuk dan tos.  Rebus sagu dan toskan.
3.  Masukkan santan, gula, garam dan daun pandan ke dalam rebusan gandum tadi, biarkan mendidih sekejap
4.  Akhir sekali masukkan kacang merah dan biji sagu dan sedia untuk di hidangkan.

MENU : ,


/

Bingka Pisang

Post this recipes

Bahan-bahan
300gm pisang berangan di lecek
150gm gula perang
250gm tepung gandum
1 sudu teh esen pisang
3 biji telur
1 cawan santan pekat
sedikit garam

Cara-cara
1.  Lenyek pisang hingga hancur.  Masukkan tepung gandum, gula perang, esen, telur dan santan pekat.  Masukkan sedikit garam dan gaul hingga sebati.
2.  Panaskan oven pada suhu 170C.  Leser loyang dengan mentega dan panaskan sekejap di dalam oven.  Keluarkan dan masukkan adunan dan bakar sehingga masak.

MENU : ,


/

Bingka Ubi Kayu

Post this recipes

Bahan-bahan
1 kg ubi kayu parut
2 cawan gula
2 cawan santan
1 sudu teh mentega
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan tepung ubi
1 sudu teh pewarna kuning

Cara-cara
Gaulkan semua bahan hingga sebati.   Panaskan oven pada suhu 180C dan panaskan loyang yang telah di leser dengan minyak sapi/majerin terlebih dahulu.  Masukkan adunan dan bakar selama 30minit atau sehingga masak.

MENU : ,


/

Bingka Lapis Ubi Kayu

Post this recipes

Bahan-bahan
1 kg ubi kayu parut
2 cawan gula
2 cawan santan
1 sudu teh mentega
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu teh pewarna kuning

Cara-cara
1.  Gaulkan semua bahan kecuali serbuk koko dan pewarna kuning.  Bahagikan kepada 2 bahagian.  Satu bahagian di masukkan pewarna kuning dan satu bahagian lagi di masukkan serbuk koko.  Setiap bahagian pula di bahagikan kepada 3.
2.  Panaskan oven pada suhu 150C.  Ambil 1/3 bahagian adunan warna kuning, ratakan di dalam loyang yang telah di leser dengan majerin dan bakar selama 5 minit.
3.  Keluarkan loyang, ambil 1/3 bahagian adunan warna koko dan lapiskan ke atas adunan kuning yang telah di bakar tadi.  Bakar selama 5 minit.
4.  Ulangi melapis dan membakar berselang seli adunan sehingga habis.
5.  Untuk lapisan terakhir bakar menggunakan api atas dan bawah selama 15 minit atau sehingga masak.

MENU : ,


/

Bingka Pandan

Post this recipes

Bahan-bahan
500gm tepung gandum
400gm gula pasir
7 biji telur
sedikit garam
2 cawan santan
1 cawan air
sedikit pes pandan
pewarna hijau
20 helai daun pandan - dikisar bersama air dan ambil jusnya

Cara-cara
Satukan semua bahan dan kisar di dalam pengisar.  Kemudian tapis.  Sapu acuan dengan majerin dan panaskan sebentar di dalam oven, keluarkan acuan dan tuang adunan dan tabur dengan bijan di atasnya.  Bakar pada suhu 170C sehingga masak.

MENU : ,


/

Bingka Jagung

Post this recipes

Bahan-bahan
1 tin jagung krim
1 cawan susu cair
1/2 cawan air
4 biji telur
1/4 cawan tepung kastard
3/4 cawan gula

Cara-cara
Satukan semua bahan dan kisar di dalam pengisar. Leser acuan dengan majerin dan panaskan dulu di dalam oven.  Keluarkan acuan dan tuang adunan dan bakar pada suhu 170C selama 25 minit atau sehingga masak.

MENU : ,


/

Bingka Roti

Post this recipes

Bahan-bahan
7 keping roti putih - di potong dua
1/2 cawan kismis
1 cawan susu cair
1/2 tsp esen vanila
1/4 cawan gula
2 biji telur

Cara-cara
1.  Pukul susu dan telur hingga kembang.  Sapu acuan dengan majerin dan susun roti yang di potong dua
2.  Tuangkan separuh adunan susu kemudian taburkan gula dan kismis.  Tuang separuh lagi baki adunan sehingga habis.  Bakar pada suhu 160C sehingga masak.

MENU : ,


/

Puding Marble Hoen Kwee

Post this recipes


Puding Marble Hoen Kwee

Bahan A
75gm tepung hoen kwee
100gm gula
400ml air
1 tbsp serbuk kopi segera/coklat emulco
1/2 tsp garam halus
1/2 tsp esen vanila

Bahan B
75gm tepung hoen kwee
100gm gula
450ml santan
1 biji kuning telur
1/2 tsp garam halus
1/2 tsp esen vanila

*** Adunan Marble hendaklah di buat lebih awal dan biarkan betul2 beku baru di alihkan ke loyang 9".
Peralatan :  Loyang 7" untuk adunan marble dan loyang 9" untuk adunan luar.

Cara-cara
1.  Masak bahan A dan bahan B serentak di dalam periuk yang berlainan dengan api yang kecil.  Kacau kedua-dua hingga pekat, tutup api dan alihkan dari dapur.
2.  Ambil 1 sudu besar dari bahan A, dengan pantas, tuang ke dalam loyang 7" .  Ambil 1 sudu besar dari bahan B tuang di atas bahan A.  Buat berselang seli adunan sambil di goyangkan loyang supaya adunan menjadi rata.  Apabila habis, hentakkan loyang 2-3 kali dan ratakan permukaannya.  Biarkan sejuk pada suhu bilik sekurang-kurangnya 4 jam.

Bahan C (Adunan Luar) Loyang 9"
13gm agar-agar serbuk
1200ml air
170gm gula
1/4 tsp garam halus
5 tbsp susu pekat manis
1 tsp esen vanila
beberapa titik pewarna merah

Hiasan :  potongan ceri merah dan hijau

Cara-cara
1.  Masak bahan C hingga mendidih.  Ambil 400ml agar-agar dan tuang ke dalam loyang 9".  Tabur dengan potongan ceri.  Biarkan beku dahulu.  Lorekkan sedikit permukaannya.
2.  Keluarkan agar-agar marble dan letakkan di tengah loyang 9",  Tuang 800ml baki agar-agar yang selebihnya hingga menutupi agar-agar marble.  Biarkan suam baru di simpan di dalam peti sejuk.

MENU : ,


/

Carrot Raisins Bread

Post this recipes

Bahan-bahan
130gm tepung high protein
70gm tepung gandum
120gm carrot - di parut halus
60gm gula kaster
1 tsp garam halus
8gm yis segera (1/2 Tbsp)
40gm mentega
12gm susu tepung
60gm kismis (jika kering rendam dgn air dan toskan)
50gm air sejuk ***

*** jika menggunakan water roux (1 Tbsp), kurangkan air kepada 10ml atau kurang kerana memadai dengan jus dari carrot,  tambahkan gandum mengikut keperluan sehingga tidak melekat di mangkuk adunan.  Tidak mengapa jika doh agak lembik..

Loaf Tin 4 x 8 x 4"
Susu sejat untuk di sapu pada roti

Cara-cara
1.  Satukan semua bahan kecuali air dan kismis, gaul hingga rata baru di masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan, masukkan kismis dan uli menggunakan hook hingga elastik.
2.  Keluarkan dari mangkuk adunan dan tutup dengan bekas/plastik.  Biarkan selama 25 minit.
3.  Leperkan adunan, kemudian gulung memanjang dan masukkan ke dalam loaf tin yang telah di leser dengan shortening/marjerin.  Biarkan selama 15 minit sehingga mengembang 2 x ganda.
4.  Sapu permukaan roti dengan susu sejat dan bakar pada suhu 180C di rak tengah selama 25 minit atau hingga keperangan.

MENU : ,


/

Kek Pisang Madu / Honey Banana Cakes

Post this recipes



Kek Pisang Madu / Honey Banana Cakes

Bahan-bahan
350gm mentega
350gm tepung gandum
300gm gula perang
150gm pisang di lecek halus
50gm serbuk badam
50ml madu
4 biji telur grade A
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen pisang

Hiasan :  Ceri merah, walnut/pecan

Cara-cara
1.  Panaskan oven pada suhu 180C.  Gris loyang
2.  Pukul mentega dengan gula perang dan madu hingga putih dan gebu.  Masukkan telur sebiji demi sebiji di ikuti dengan pisang lecek dan esen.  Pukul hingga sebati.
3.  Masukkan serbuk badam, tepung gandum dan serbuk penaik.  Gaul hingga sebati.  Tuang ke dalam acuan dan hias dengan ceri merah dan walnut di atasnya.
4.  Bakar selama 45minit atau hingga keperangan

MENU : ,


/

Sushi

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

Bahan-bahan
1 cawan beras jepun
2 cawan air
4 sudu cuka makan/rice vinegar
1 sudu besar gula halus
Timun di buang empulurnya dan di potong memanjang
Carrot di potong memanjang
Avocado di potong memanjang - jika suka
Beberapa keping telur dadar
Beberapa keping seaweed
Bamboo mat untuk mengulung

Cara-cara :

1.  Sebatikan cuka dan gula hingga larut.  Ketepikan
2.  Masak beras seperti memasak nasi biasa.  Apabila nasi telah masak, leraikan dan renjis dengan larutan cuka, gaul hingga rata.
3.  Guna bamboo mat atau plastik wrap, letak di atasnya sekeping seaweed.  Letak sekeping telur dadar di atas seaweed.  Celup tangan dengan air dan ambil segumpal nasi dan ratakan ke atas telur dadar tadi. 
4.  Ambil seketul crab stick dan potongan timun,carrot,avocado susun di sebelahnya.  Kemudian gulung dengan kemas.

MENU : ,


/

Agar-Agar Tikar

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

Bahan A (Agar-agar jernih)
13gm serbuk agar-agar
750ml air
125gm gula
sehelai daun pandan

Bahan B (Agar-agar santan)
13gm serbuk agar-agar
750ml air
25gm serbuk santan segera
125gm gula
sehelai daun pandan

Pewarna :  hijau, biru, merah,kuning, unggu

Loyang 6" empatsegi

Cara-cara
1.  Satukan bahan A, masak hingga mendidih.  Biarkan di atas dapur.
2.  Satukan bahan B, masak hingga mendidih  Biarkan di atas dapur.
3.  Ambil 150ml agar-agar santan, campurkan dengan pewarna hijau dan tuang ke dalam loyang.  Biar sehingga hampir beku.  Ambil 150ml agar-agar jernih, campurkan dengan pewarna hijau dan tuang ke atas agar-agar santan.
4.  Ulangi langkah 3 dengan cara yang sama tetapi menggunakan lain-lain pewarna hingga habis.  Biarkan sehingga beku.  Lihat aturannya di bawah :-

Lapisan 1/2 :  150ml agar-agar santan hijau dan 150ml agar-agar jernih hijau
Lapisan 3/4 :  150ml agar-agar santan biru dan 150ml agar-agar jernih biru
Lapisan 5/6 :  150ml agar-agar santan merah dan 150ml agar-agar jernih merah
Lapisan 7/8 :  150ml agar-agar santan kuning dan 150ml agar-agar jernih kuning
Lapisan 9/10 :  150ml agar-agar santan unggu dan 150ml agar-agar jernih unggu

Filling
1 tin fruit cocktail (asingkan sirapnya)
25gm serbuk agar-agar
300gm gula
1 tin susu sejat ideal
1200ml air
50gm tepung kastard

Cara-cara
1.  Potong agar-agar yang telah beku kepada 1/4" tebal dan 2 1/2" x 2 1/2" kepingan empatsegi.
2.  Susun potongan agar-agar di tepi dan di dasar loyang 8" seperti susunan ayaman tikar.
3.  Untuk Filling :  Masak agar-agar dengan air dan gula hingga mendidih.  Satukan susu sejat dan tepung kastard, gaul rata dan tapis ke dalam agar-agar, kacau dan biarkan mendidih seketika, masukkan fruit cocktail (buah sahaja).  Apabila pekat, tuangkan ke dalam susunan agar-agar tadi.
4.  Simpan di dalam peti sejuk sehingga beku.  Terbalikkan agar-agar biar permukaan tikar berada di atas.

MENU : ,


/

Agar-Agar ABC

Post this recipes


Agar-Agar ABC

Bahan A
10gm serbuk agar-agar
700ml air
180gm gula melaka
2 helai daun pandan

Bahan B
30gm serbuk agar-agar
1600ml air
1 tin susu sejat (400ml)
300gm gula

1/2 tin jagung cream + pewarna kuning
100gm kacang merah (yang di rebus) + pewarna hijau
100gm cendol + pewarna pink

Cara-cara
1.  Satukan bahan A, masak hingga mendidih.  Tapis dan tuangkan ke dalam loyang 9" empatsegi.  Biarkan hingga hampir beku.
2.  Satukan bahan B, masak hingga mendidih.  Angkat dan bahagikan kepada 3 bahagian. (+- 750ml setiap lapisan)
3.  Lapisan 1 :  Campurkan dengan jagung cream dan pewarna kuning, kacau rata dan tuangkan ke atas lapisan agar-agar gula melaka.  Biarkan hampir beku.
2.  Lapisan 2 :  Campurkan dengan kacang merah dan pewarna hijau, tuang ke atas lapisan 1, biarkan hampir beku.
3.  Lapisan 3 :  Campurkan dengan cendol dan pewarna pink dan tuang ke atas lapisan 2, biarkan suam sedikit baru di simpan di dalam peti sejuk.

MENU : ,


/

Kek Suji

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

Bahan-bahan
6 biji telur (asingkan 4 putihnya)
113gm tepung naik sendiri
113gm tepung suji
100ml susu sejat ideal
225gm gula kastor
280gm mentega
1 sudu teh esen vanila
50gm serbuk badam
Hirisan badam untuk hiasan

Cara-cara
1.  Pukul mentega dan gula hingga kembang.  Masukkan tepung suji dan biarkan semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam.
2.  Pukul putih telur hingga kembang.  Ketepikan
3.  Pukul semula adunan (1), masukkan kuning telur sedikit demi sedikit, di ikuti tepung gandum, serbuk badam, susu sejat dan esen vanila.  Kemudian kaup balikkan dengan putih telur hingga rata.
4.  Masukkan ke dalam acuan dan tabur dengan hirisan badam di atasnya.  Bakar pada suhu 180C selama 45 minit.

MENU : ,


/

Macaroni Sup

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

Bahan-bahan
2 cawan makaroni di celur dan di toskan
2 keping dada ayam di rebus hingga empuk - siatkan dagingnya
1 labu bawang besar di cincang halus
3 ulas bawang putih di cincang halus
1 inci halia - di cincang halus
4 1/2 cawan air rebusan ayam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa
2 batang daun ketumbar di cincang
bawang goreng
Minyak untuk menumis

Cara-cara
1.  Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan bawang putih dan halia.  Bila naik baunya masukkan air rebusan ayam.  Biarkan mendidih dan masukkan garam dan lada sulah.  Biarkan sebentar di atas api baru di angkat.
2.  Sediakan mangkuk sup, isikan dengan makaroni dan daging ayam yang di siat.  Tuangkan sup dan hias dengan daun ketumbar dan bawang goreng.

MENU : ,


/

Mini Martabak Macaroni

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

Bahan-bahan
250gm makaroni di rebus
8 - 10 biji telur bergantung pada saiz
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh lada sulah
3 biji buah pelaga - di buang kulit luar
1 labu bawang besar sederhana
1/2 batang carot di parut kasar
beberapa biji cendawan butang
2 biji tomato segar sederhana di potong dadu
5 sudu besar sos tomato
sedikit air
garam secukup rasa
300gm daging ayam/lembu di cincang

Hiasan :  Hirisan tomato, daun bawang, daun sup, cili merah dan bawang goreng

Cara-cara
1.  Rebus makaroni dengan air dan sedikit minyak.  Angkat dan toskan.
2.  Tumbuk bahan-bahan rempah hingga halus.
3.  Panaskan minyak, tumis bawang besar di ikuti rempah tumbuk.  Bila sudah naik baunya masukkan daging cincang dan sedikit air.  Masak hingga daging empuk, masukkan parutan carot dan cendawan butang.  Kemudian masukkan makaroni rebus, secubit garam dan sos tomato (agak2 biar lembab), gaul hingga sebati.  Angkat dan ketepikan.
4.  Pecahkan 6 biji telur (1 bhgian) dan 4 biji (1 bhgian) dan letakkan sedikit garam, kacau dengan garpu dan  Ambil satu bahagian telur (6 biji) dan gaulkan dengan makaroni tadi.
5.  Leser acuan muffin dengan mentega, masukkan 1 sudu besar makaroni atau 1/3 dari acuan muffin dan bakar separuh masak.
6.  Angkat dan tuangkan baki telur (4 biji) yang di pukul tadi sehingga meliputi makaroni.  Tabur dengan bahan-bahan hiasan dan bakar sehingga masak.

MENU : ,


/

Lemon Chicken Pops

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

Bahan-bahan
300gm isi dada ayam
3/4 tsp garam
3/4 tsp gula
1 tbsp minyak bijan
2 tbsp tepung jagung
1 biji telur grade C
1 tbsp jus lemon

Untuk Lumur :  Tepung Ubi secukupnya.

Cara-cara
1.  Potong memanjang isi ayam dan perap bersama bahan-bahan lain selama 1 jam atau lebih.
2.  Lumurkan dengan tepung ubi sebelum di goreng dalam minyak yang di panaskan terlebih dahulu.
3.  Goreng terendam dalam minyak dengan api sederhana.

MENU : ,


/

Wholemeal Tortilla

Post this recipes


Wholemeal Tortilla

Bahan-bahan
150gm tepung high protein
50gm tepung wholemeal
1/2 tsp garam halus
1/8 tsp yis segera
1/8 tsp baking powder
110ml air
10ml olive oil

Cara-cara :
1.  Satukan semua bahan kecuali minyak dan gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.  Kemudian masukkan minyak dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.  Biarkan selama 1 jam di tempat panas.
2.  Bahagikan adunan kepada 5 bahagian dan bentukkan menjadi bulat.  Rehatkan selama 10 minit.
3.  Canai setiap doh menjadi 20cm (8" bulatan) dan nipis.  Goreng di dalam non-stick pan tanpa minyak dengan api yang perlahan.

MENU : ,


/

Peach Custard Bun

Post this recipes

sumber : resipi citarasawan

Bahan-bahan
Dos Asas Bun Resipi (1)
Dos Asas Bun Resipi (2)
Jika ingin menggunakan Dos Asas Water Roux tambahkan tepung sehingga doh tidak melekat di mangkuk adunan.

Filling (sesuaikan kuantiti dgn doh)
50gm instant custard
55gm fruit cocktail (di toskan airnya)
120ml sirap cocktail
(Semuanya di gaul rata)

Susu sejat utk disapu pada bun
Hiasan : Hirisan buah peach

Cara-cara :
1. Ikut step doh asas bun. Baru di ikuti langkah di bawah :-
2. Timbang doh seberat 60gm, canai dan bentukkan bulat. Leperkan doh dan masukkan filling di tengahnya, tutup kembali doh. Masukkan ke dalam acuan/paper cup dan gunting sedikit di tengahnya. Letak hirisan buah peach di tempat yang di gunting tadi. Biarkan adunan mengembang 2 kali ganda.


3. Sapu dengan susu sejat. dan bakar pada suhu 180C di rak tengah selama 15 minit atau hingga keperangan.

MENU : ,


/

Red Bean Flower Bun

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

Bahan-bahan
Dos Asas Bun Resipi (1)
Dos Asas Bun Resipi (2)
Jika ingin menggunakan Dos Asas Water Roux tambahkan tepung sehingga doh tidak melekat di mangkuk adunan.

Filling
Inti kacang merah secukupnya
Susu sejat utk disapu pada bun

Cara-cara :
1. Ikut step doh asas bun. Baru di ikuti langkah di bawah :-
2. Timbang doh seberat 60gm, canai dan bentukkan bulat kemudian masukkan inti kacang merah, tutup dan bulatkan kembali doh.

3. Leperkan doh dengan tapak tangan dan potong tepinya kepada 6 atau 8 bahagian. Buat hingga habis.

4. Letak doh di atas loyang yang di gris dan biarkan doh mengembang 2 kali ganda.
5. Sapu dengan susu sejat. Hias bijan hitam/putih di atasnya. dan bakar pada suhu 180C di rak tengah selama 15 minit atau hingga keperangan.

MENU : ,


/

Apple Crumble Cheese Cakes

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

Bahan Base
150gm tepung
50gm gula kaster
100gm mentega (di potong kecil)
1 kuning telur
1/2 tsp parutan kulit lemon
25gm kelapa kering (di panggang sebentar)
2-3 tbsp air sejuk (dari peti sejuk)

Crumble Topping
120gm tepung
35gm gula kaster
80gm mentega (di potong kecil)
100gm pecans (di panggang dan di cincang kasar)

Loyang 9" (Loose Base Tin)

Filling A
3 biji apple hijau (di potong dadu)
50gm gula kaster
1 tsp parutan kulit lemon
2 tbsp jus lemon
1/8 tsp serbuk cinnamon(kayu manis)
1 tsp tepung gandum
2 tbsp raisins
100gm macadamia (di panggang dan di cincang kasar)

Filling B
500gm cream cheese (suhu bilik)
100gm gula kaster
1 tbsp jus lemon
30gm tepung jagung
250ml UHT whipping cream
3 biji telur di pukul sedikit

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 160C.
2. Base : Gaul tepung dan gula, tambah mentega dan gaul hingga menjadi serbuk roti. Masukkan kuning telur, parutan kulit lemon dan kelapa kering. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga sebati dan boleh di kepal dengan tangan. Tekan adunan ke dalam loyang. Cucuk dengan garpu dan bakar selama 15 minit. Ketepikan.
3. Filling A : Kupas kulit apple dan potong dadu, satukan dengan bahan filling yang lain dan masak dengan api sederhana di dalam kuali sehingga pekat. Ketepikan.
4. Filling B : Pukul cream cheese hingga licin dan berkrim. Masukkan gula, jus lemon dan tepung jagung di ikuti whipping cream dan telur, pukul hingga sebati dan licin.
5. Topping : Gaul tepung dan gula, masukkan mentega, dengan menggunakan hujung jari, gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti. Tambahkan pecan dan gaul rata.
6. Tuang 1/2 adunan cheese ke dalam loyang. Tabur dengan apple filling dan kacang macadamia. Kemudian tuangkan baki adunan cheese hingga habis.
7. Tabur dengan crumble topping sehingga menutupi permukaan kek. Bakar menggunakan water bath selama 60 minit. Tutup oven dan biarkan kek di dalamnya selama 30 minit. Keluarkan dari oven, biarkan sejuk baru di masukkan ke dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih sebelum di potong.

MENU :


/

Hi-fibre cheese cakes

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan

Bahan Base
100gm oats
80gm cornflakes, di ramas halus
100gm raisins
3 tbsp gula perang
125gm mentega (di potong kecil)
1 tbsp madu/golden syrup

Filling
750gm cheese (pada suhu bilik)
100gm gula perang
170gm madu/golden syrup
1 1/2 tsp esen vanilla
30gm tepung jagung
300gm UHT whipping cream
4 biji telur (di pukul sedikit)
80gm wheat germ (di panggang sedikit)
100gm pistachios/walnuts (di cincang kasar)

Topping
80gm multi grain (cmpuran wheat germ,oats,cornflakes,raisins)
2 tbsp gula perang
(Gaulkan semuanya)

Loyang 9" (Loose Base Tin)

Cara-cara
1. Gris tepi loyang dan Panaskan oven pada suhu 180C.
2. Cairkan mentega dan gaul bersama bahan base dan masukkan ke dalam loyang. Tekan padat dengan belakang sudu. Bakar selama 20 minit hingga keperangan. Keluarkan dari oven dan ketepikan.
3. Filling : Pukul cream cheese, gula, madu dan esen vanilla hingga berkrim. Masukkan tepung jagung, whipping cream dan telur, pukul hingga sebati. Masukkan wheat germ dan pistachios, gaul rata.
4. Tuang adunan filling ke atas lapisan base dan tabur dengan bahan topping di atasnya.
5. Bakar secara bain marie(water bath) selama 60 minit. Tutup oven dan biarkan cake di dalamnya selama 30 minit. Keluarkan dari oven dan longgarkan tepinya dengan pisau.

6. Biarkan sejuk, baru di masukkan ke dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman sebelum di potong.
7. Jika bahan2 sukar di dapati, boleh juga menggunakan breakfast cereals sebagai pilihan.

MENU : ,


/

Vienna Brownies

Post this recipes

Sumber : resipi citarasawan


Vienna Brownies


Bahan-bahan
120gm mentega
240gm coklat masakan
270gm gula kaster
8 biji telur Gred A
80ml susu segar
1 tbsp nescafe di larutkan dgn 1 tbsp air panas/1 tbsp coffee emulco
220gm tepung gandum
60gm serbuk koko
1 tsp baking soda

Hiasan : 80gm chocolate chips


Krim Cheese
250gm krim cheese
60gm gula kaster
2 biji telur
60gm tepung gandum
80ml air

Cara-cara
1. Alas dan gris loyang 10" empat segi. Panaskan oven pada suhu 180C.
2. Cairkan coklat masakan dan mentega secara double boiler, masukkan susu cair dan coffee emulco. Sebatikan.
3. Pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan tepung gandum, serbuk koko, baking soda dan adunan coklat masakan. Gaul hingga rata. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
4. Di dalam mangkuk lain, pukul cream cheese dan gula hingga berkrim, masukkan telur, tepung dan air, pukul hingga licin dan tidak berketul.
5. Tuang 1/2 adunan coklat ke dalam loyang, ratakan. Kemudian tuang semua adunan cream cheese ke atasnya, ratakan. Akhir sekali tuangkan baki adunan coklat ke atas adunan cream cheese, ratakan dan tabur dengan coklat chips.
6. Bakar selama 40 - 50 minit atau sehingga masak dan tidak melekat apabila di cucuk dengan lidi.
7. Sejukkan dan potong empat segi kecil untuk hidangan.

MENU : ,


Top recipes this week

Theme Design by
Brand by citarasawan
Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen CCA 3.0
On top