Keep in touch :)
Dapatkan Update terkini menerusi Facebook dan Twitter Follow on Twitter

| Edit | | blogger | | New |
DISCLAIMER
BOLEH SALIN SEMULA, TETAPI SERTAKAN LINK/SUMBER YANG DIAMBIL SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN PENULIS DAN HASIL RESIPI BELIAU :)
Top recipes this week
-
Kek Kukus Coklat Mocha Putih Telur Bahan A 525ml putih telur 400gm gula pasir 1 sudu besar ovalette 1 sudu teh garam 1 sudu teh ba...
-
Chocolate Indulgence Cakes Chocolate Chiffon Bahan A 30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam) 4 biji kuning telur (telur diasin...
-
Biskut Florentine / Florentine Cookies Bahan Dasar 180gm mentega 50gm gula kaster 1 biji telur C 1 sudu teh esen vanila 270gm tepu...
-
Biskut Tart Nenas Buah Hantaran Bahan-bahan 250gm mentega 60 gm gula halus 1 biji kuning telur 1 tsp esen vanilla 370 gm tepung g...
-
Heart Shape Tuna Bun Bahan-bahan 200gm tepung roti (high protein) 50gm tepung all purpose 35gm gula kaster (2 sudu besar) 1/2 sudu ...
-
Kek Lapis Evergreen (versi bakar) resepi : DayangJack@DapurKu SaYang Thanks Dayang,, next i'll try another version pulaa :D Bahan-bah...
-
Cakue / Chinese Cruller / You Tiao Bahan A 250ml air 1 1/2 sudu teh baking powder 1/2 sudu teh soda bikabonat 1 sudu teh garam 1 s...
-
Garlic Roll Recipes By : Suhaina Sumber : Madiha@Dari Dapur Madihaa Sungguh sedap,, begitu saja atau bersama creamy soup,, Thanks Suhai...
-
Kuih Kaswi Bahan A 1 1/2 cawan gula merah 1/2 cawan gula pasir 1 cawan air 2 helai daun pandan, disimpul (jadikan 2 cawan air gula...
-
Nasi Himpit Kelantan Bahan-bahan 200gm beras kampung 3 liter air atau nasi himpit Nona Cara : Cuci beras 2-3 kali, Toskan. Masu...
Lain-lain menu masakan
| Masakan Kentang | Masakan Sotong | Masakan Ikan |
| Masakan Antarabangsa | Masakan Ketam | Masakan Telur |
| Masakan Ayam | Masakan Nasi | Masakan Udang |
| Masakan Daging | Masakan Sayuran | Masakan Tauhu |
Archive for March 2010

Green Tea Tiramisu
Green Tea Chiffon
Bahan A
130gm (6 biji) kuning telur
100gm tepung gandum
1 tsp baking powder
1/8 tsp garam halus
15gm serbuk teh hijau + 50ml air suam
25ml susu segar
80ml minyak jagung/minyak masak
Bahan B
200gm (6 biji) putih telur
1/2 tsp cream of tartar
140gm gula kaster
Loyang 9" loose base tin
Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C.
2. Satukan bahan A, putar dengan hand mixer hingga bergaul rata. Ketepikan.
3. Dalam bekas lain, pukul bahan B menggunakkan high speed hingga kembang dan bertanduk. Masukkan dalam A dan kaup balik hingga putih telur bergaul rata.
4. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 40 - 45minit. Keluarkan dari oven dan telengkupkan di atas redai. Biarkan sejuk baru dipotong kepada 3 lapisan.
Filing
Bahan A
5 biji kuning telur
120gm gula kaster
500gm mascarpone/cream cheese Phil (pada suhu bilik)
350ml Anchor UHT whipping cream
2 tbsp gelatin + 60ml air panas (kacau hingga larut)
Hiasan : 200ml topping whipping cream
serbuk teh hijau
Cara-cara
1. Satukan kuning telur dan gula, gaul dan masak secara double boiler hingga pekat. Masukkan gelatin cair, gaul hingga rata.
2. Pukul UHT whip cream hingga nampak pekat. Ketepikan
3. Pukul cream cheese, masukkan No. (1) dan No. (2) gaul hingga licin dan tidak berketul. Bahagikan adunan kepada 3.
4. Lapisan Pertama : Letak satu lapisan kek di dalam loyang loose tin. Tuang satu bahagian adunan ratakan, hentakkan loyang supaya adunan turun ke dasar loyang.
5. Lapisan Kedua : Ambil satu lapisan kek, letakkan di atas lapisan pertama tadi, tuang adunan kedua, buat seperti Lapisan Pertama. Ulang langkah sama untuk lapisan ketiga hingga habis.
6. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih. Keluarkan kek dan hias dengan topping whipping cream dan serbuk teh hijau

Bunga Anthurium Dari Agar-Agar
Bahan-bahan
15gm agar-agar serbuk
1000ml air
200gm gula
Daun pandan
Pewarna mengikut warna bunga atau disukai
Cara-cara
1. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih. Ketepikan
2. Ambil 200ml agar-agar, letakkan pewarna merah dan tuang dalam loyang kecil. Biarkan beku
3. Agar-agar yang selebihnya biarkan di dalam periuk dengan api perlahan untuk membuat bunga dan daun
Langkah 1 :Ambil 100ml agar-agar, masukkan beberapa titik pewarna/atau 1 tsp santan pekat dan tuang ke dalam pinggan leper. Biarkan beku. Kemudian terap menggunakan penerap bebentuk hati.
Langkah 2 :Ambil 100ml agar-agar, letak beberapa titik pewarna kuning. Gunakan sudu kecil atau jug kecil untuk menuang agar-agar ke dalam acuan daun kecil (untuk centre bunga)
Langkah 3:Ambil potongan berbentuk hati dan masukkan ke dalam acuan plastik
Langkah 4Satukan potongan kuning dan potongan hati. Tuangkan agar-agar panas. Pegang acuan plastik sekejap dan biarkan beku.
Hias di atas agar-agar yang di bekukan tadi mengikut kreativi ....
Triple Layered Cheesecake
Bahan Base
200gm digestive biskut - kisar halus
50gm cornflakes - kisar halus
30gm gula perang
125gm butter
1 tbsp serbuk kopi segera + 1/2 tbsp air panas
100gm coklat masakan (cairkan secara double boiler)
Filling
750gm cream crease pada suhu bilik
120gm gula kaster
30gm tepung jagung (ayak)
300ml Anchor UHT whipping cream (tawar)
4 biji telur Gred A - pukul sedikit
(A) 100gm coklat masakan (hitam) di cairkan + 2 tbsp serbuk koko (ayak dulu)
(B) 100gm coklat masakan (putih) di cairkan + 1 tsp esen vanilla
(C) 1 1/2 tbsp serbuk kopi + 1/2 tbsp air panas
Hiasan : 300gm whipping cream (pukul hingga kembang)
buah ceri/strawberry dan deco gel jika suka
Loyang : Bulat 9" (Loose base tin) - untuk adunan
Loyang : Bulat 10" biasa (utk melindungi loyang base loose tin dri di masuki air) selepas tuang adunan dalam loyang 9" masukkan ke dalam loyang 10" kemudian letak di dalam dulang pembakar yang mengandungi air panas sebelum membakarnya.
Cara-cara
1. Base : panaskan mentega dengan api kecil. Ketepikan. Dalam mangkuk satukan bahan kisar dan gula perang, masukkan mentega cair sedikit demi sedikit jika adunan boleh dikepal tak perlu dimasukkan semua mentega cair tadi. Tekan padat ke dasar loyang dan ratakan. Sapu coklat cair di atasnya dan sejukkan di dalam peti sejuk sekejap hingga coklat beku.
2. Filling : Pukul cheese, gula dan tepung jagung hingga licin dan tidak berketul. Masukkan whip cream diikuti telur, pukul hingga rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
3. Lapisan Pertama : Ambil satu bahagian dan gaulkan dengan (A), tuang ke atas No. 1 (Base). dan masukkan ke dalam oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 140C (panaskan oven terlebih dahulu)
4. Lapisan Kedua : Ambil satu bahagian lagi dan gaulkan dengan (B), tuang ke atas lapisan pertama yang dibakar tadi dan bakar selama 30 minit.
5. Lapisan Ketiga : Ambil satu bahagian dan gaulkan dengan (C), tuang ke atas lapisan kedua yang telah di bakar tadi dan bakar lagi selama 30 minit. Tutup oven dan biarkan kek di dalamnya selama 30 minit (untuk mengelakkan kek merekah)
6. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk. Tutup kek dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 6 jam.
7. Keluarkan kek dari loyang, hias dengan whip cream dan buah-buah segar.
8. Untuk memotong cheese kek, rendam pisau dalam air panas baru di potong.

Agar-Agar Fruit Jelly
Bahan-bahan
1 bungkus agar-agar serbuk (25gm)
1600ml air
200ml sirap laici/longan
180gm gula
1 atau 2 paket pudding fruit jelly (colourful) boleh dibeli di pasaraya
Acuan Ring 8" atau yang disukai - basahkan terlebih dahulu
Cara-cara
1. Masak agar-agar, air, sirap laici dan gula hingga mendidih.
2. Tuang 150ml agar-agar kedalam acuan (sebagai base/dasar) biarkan set dahulu. Jika agar-agar beku cakarkan dengan garpu.
3. Lapisan Pertama : Atur fruit jelly dengan permukaannya di telengkup ke bawah di atas permukaan agar-agar tadi . Tuang agar-agar separuh dari ketinggian fruit jelly, (jika lebih fruit jelly akan terapung) biarkan set dulu tapi jangan terlalu beku, baru dituang lagi agar-agar sehingga menutupi fruit jelly. Biarkan set.
4. Lapisan Kedua : Atur fruit jelly di atas lapisan pertama tadi dan ulangi langkahnya, sehingga agar-agar memenuhi acuan. Biarkan set, sejukkan di dalam peti sejuk baru di potong.
Kek Black Forest / Black Forest Cake
Bahan A
250gm chocolate sponge mix
250gm telur (5 biji)
60ml susu segar/air
1 tbsp chocolate emulco/(1 tbsp koko powder + 1 tbsp air panas)
Bahan B
70gm minyak jagung/minyak masak
(Jika beli ready made sponge mix baca dulu intructionnya..)
Topping dan filling
1 tin dark pitted cerry (asingkan buah dan sirapnya)
450ml whipping cream (manis)
Buah Ceri di belah dua setiap satu
Parutan coklat masakan utk hiasan
Sirap ceri
Sirap buah + 1 tbsp tepung jagung dan 1 tbsp gula pasir
Cara-cara
1. Alas loyang dengan kertas minyak. Panaskan oven pada suhu 180C
2. Masukkan bahan A kedalam mixer, gaul menggunakan whisk dengan speed perlahan selama 1 minit, kemudian tukar kepada speed tinggi dan putar hingga adunan kembang.
3. Tukar kepada speed perlahan dan masukkan bahan B, putar hingga bergaul rata.
4. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 35 - 45 minit. Telengkupkan kek di atas redai dan biarkan sejuk.
Potong kek kepada 3 lapisan.
Toping dan Filling
5. Asingkan sirap dan buah ceri. Potong ceri kepada 2 setiap satu.
6. Satukan bahan sirap ceri, masak diatas api perlahan hingga pekat. Angkat dan ketepikan
7. Putar whipping cream hingga kembang
8. Letak satu lapisan kek di atas cake board. Sapu sirap ceri ke atas lapisan kek dan diikuti oleh whip cream, ratakan. Atur buah ceri memenuhi lapisan kek dan sapu lagi dengan whip cream hingga menutupi buah ceri.
9. Letak lapisan kek yang kedua dan ulangi cara no. 8 hingga habis.
10. Untuk lapisan terakhir, salut semua kek dengan whip cream hias dengan parutan coklat dan buah ceri di atasnya.
Bahan-bahan
180gm mentega
150gm gula kastor
3 biji telur
350gm tepung naik sendiri
3 sudu besar susu segar
1 sudu teh vanila
Marshmallow berwarna-warni (potong 2 setiap satu)
Cawan kertas
Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu diikuti tepung, esen vanila dan susu segar. Gaul hingga sebati.
3. Ambil satu sudu teh adunan masukkan ke dalam mangkuk kertas, letak satu potong marshmallow dan tutup dengan adunan hingga 3/4 penuh.
4. Biar adunan betul-betul menutupi marshmallow kerana apabila di masukkan ke dalam oven marshmallow akan cair dan membuak keluar dan menghasilkan warna-warna pelangi dipermukaan cupcake. Jarakkan cawan kertas.
5. Bakar selama 20 minit.
Bahan A
1/3 cawan gula ising utk tabur
1/3 cawan tepung jagung utk tabur
Bahan B
4 sdm gelatin
3/4 cawan air
1 sdm esen vanila1/4 sdt garam1 sdt pewarna dan perasa yang disukai
Bahan C
2 cawan gula
2 sdm sirap jagung/sirap glukos
3/4 cawan air
Bahan D
2 biji putih telur
Loyang 8" atau acuan-acuan kecil yang comel
Lidi untuk mencucuk
Coklat masakan cair
Cara-cara
1. Alas loyang 8" dengan aluminium foil. Leser dengan sedikit shortening.
2. Ayak bahan A bersama dan taburkan ke seluruh loyang biar rata, ketuk loyang dan simpan lebihan tepung untuk diguna semula.
3. Rendam bahan B (gelatin dan air) selama 5 minit. Biar kembang dan lembut kemudian cairkan secara double boil hingga larut, masukkan esen vanila, perasa dan garam. Ketepikan.
4. Satukan bahan C, masak hingga mendidih dan berbuih kasar. Tutup api.
5. Di dalam mixer, pukul bahan D hingga kembang dan bertanduk. Kemudian masukkan bahan B. Putar dengan speed perlahan. Kemudian tuangkan bahan C (air gula panas) sedikit demi sedikit hingga habis. Tukar kepada speed sederhana dan putar selama 10-15 minit sehingga kembang dan likat.
6. Tuang ke dalam loyang dan ratakan permukaannya. Biarkan semalaman pada suhu bilik.
7. Keluarkan dari loyang dan telengkupkan ke atas meja yang di tabur dengan bahan A.
8. Salut pisau dengan tepung dan potong marshmallow mengikut saiz di kehendaki.
9. Biarkan mengering sedikit baru di simpan di dalam bekas kedap udara.
10. Untuk membuat marshmallow pops, cairkan coklat masakan secara double boil, cucuk marshmallow dengan lidi dan celup kedalam coklat cair dan golekkan kedalam kekacang atau coklat rice.
Bahan-bahan
4 sdm gelatin halal
6 sdm gula
2/3 cawan jus buah ikut suka
6 sdm sirap jagung/sirap glukos
Pewarna
Gula kastor untuk hiasan
Loyang 6" dibasahkan terlebih dahulu
Cara-cara
1. Rendam gelatin bersama 4 sdm air selama 5 minit hingga kembang.
2. Masukkan jus buah, gula dan sirap jagung dalam periuk masak hingga gula larut.
3. Masukkan gelatin, kacau hingga sebati dan biarkan mendidih sekejap. Masukkan pewarna dan perasa disukai.
4. Tuang ke dalam loyang dan biarkan beku.
5. Keluarkan dari acuan, terap dengan penerap biskut atau potong dengan pisau tajam..
6. Golek dengan gula kastor jika suka atau biarkan plain
7. Jika ingin membuat 2 lapisan yang berlainan warna dan rasa, ambil resipi yang sama dan letakkan jus dan pewarna yang berlainan. Apabila masak tuangkan ke atas lapisan pertama tadi. Bila di potong ada dua lapisan warna dan rasa yang berlainan.
4 sdm gelatin halal
6 sdm gula
2/3 cawan jus buah ikut suka
6 sdm sirap jagung/sirap glukos
Pewarna
Gula kastor untuk hiasan
Loyang 6" dibasahkan terlebih dahulu
Cara-cara
1. Rendam gelatin bersama 4 sdm air selama 5 minit hingga kembang.
2. Masukkan jus buah, gula dan sirap jagung dalam periuk masak hingga gula larut.
3. Masukkan gelatin, kacau hingga sebati dan biarkan mendidih sekejap. Masukkan pewarna dan perasa disukai.
4. Tuang ke dalam loyang dan biarkan beku.
5. Keluarkan dari acuan, terap dengan penerap biskut atau potong dengan pisau tajam..
6. Golek dengan gula kastor jika suka atau biarkan plain
7. Jika ingin membuat 2 lapisan yang berlainan warna dan rasa, ambil resipi yang sama dan letakkan jus dan pewarna yang berlainan. Apabila masak tuangkan ke atas lapisan pertama tadi. Bila di potong ada dua lapisan warna dan rasa yang berlainan.

Puding Marble
Bahan-bahan
25gm serbuk agar-agar
1350ml air
450gm gula
100gm mentega
8 biji telur (boleh kurangkan jika suka)
1 tin susu sejat ideal
2 sdm tepung kastard
2 sdm serbuk koko + 1 sdm air panas, kacau rata/coklat emulco
2 tsp esen vanila
Pewarna coklat dan kuning
Daun pandan
Loyang 9" - dibasahkan terlebih dahulu
Cara-cara
1. Masak agar-agar bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Tutup api, keluarkan daun pandan.
2. Satukan susu sejat dan tepung kastard, kacau hingga tidak bergentel. Masukkan ke dalam blender bersama telur. Kisar sekejap, kemudian tapis.
3. Masukkan ke dalam agar-agar yang dimasak tadi, buka api dan masak sekejap. Kacau hingga rata. Tutup api dan masukkan mentega kacau hingga mentega larut. Angkat dan bahagikan kepada 2 bahagian.
4. Bahagian pertama dimasukkan pewarna kuning dan bahagian kedua di masukkan pes koko.
5. Ambil satu senduk warna kuning, tuang ke dalam loyang, di ikuti satu sendok warna koko tuangkan di atas warna kuning tadi, ulang melapis berselang seli hingga habis.
6. Apabila menuang adunan pastikan tuangan rendah hampir kepada lapisan sebelumnya kerana apabila adunan semakin menebal di dalam loyang, coraknya akan bercampur. Tuangan tinggi akan merosakkan corak marble atau pelangi tadi.
*** untuk membuat warna pelangi, bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bahagian, warnakan setiap bahagian dengan warna yang berlainan. Tuang adunan berselang seli warna sehingga habis.

Chocolate Banana Cake
Chocolate Chiffon
Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila
Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar
Kek Filing
400ml whipping cream (manis)
100gm coklat masakan (dicair secara double boil)
1 1/2 tsp serbuk kopi segera/nescafe(larut dgn 1 tbsp air panas)
1 tbsp gelatin halal (rendam dgn 40ml air dan cairkan secara double boil hingga larut)
6 biji pisang berangan (dihiris nipis)
Coklat Ganache/Frosting
140ml UHT whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan
1 tbsp mentega (optional)
Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C.
2. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
3. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
4. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 8" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
5. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 3 atau 4 lapisan.
6. Kek Filing : Pukul whipping cream hingga kembang dan bertanduk guna high speed. Masukkan esen vanila, coklat cair, larutan kopi dan gelatin, pukul hingga sebati.
7. Sapu krim filing di permukaan kek, atur hirisan pisang dan sapu krim lagi menutupi hirisan pisang tadi. Buat yang sama untuk semua lapisan.
8. Apabila habis, sapu nipis krim keseluruh kek, masukkan di dalam peti sejuk (30 minit).
9. Coklat Ganache : Panaskan whiping cream secara double boiler, masukkan coklat masakan dan mentega, kacau hingga cair. Biarkan sejuk pada suhu bilik.
10. Keluarkan kek dan letak di atas redai dan tuangkan coklat ganache.

Kuih Talam Nangka
Bahan Lapisan Bawah
3 ulas nangka di potong dadu
300gm pulut direndam semalaman
100ml santan pekat KARA
100ml air
1 1/2 sudu teh garam
5 helai daun pandan
Bahan Lapisan Atas
110gm tepung beras
60 gm tepung gandum/ubi
1/4 sudu teh garam
200ml santan pekat KARA
200ml air
80ml air daun pandan
Sirap gula (180gm gula dimasak dengan 300ml air)
1 biji telur
pewarna hijau
Hiasan : beberapa ulas nangka dicarik nipis.
Cara-cara :
1. Lapisan Bawah : Toskan pulut yang telah direndam dan masukkan ke dalam loyang bersama santan, air, garam dan daun pandan. Kukus selama 25 minit.
2. Angkat pulut dan masukkan ke dalam loyang 8" yang telah dialas dengan plastik atau daun pisang dan gaulkan dengan nangka yang telah dihiris. Tekan pulut dengan padat ke dasar loyang.
Ketepikan.
3. Lapisan Atas : Satukan bahan lapisan atas dan tapis. Kemudian tuangkan keatas lapisan bawah kemudian kukus semula selama 40 minit atau sehingga masak. (utk pastikan lapisan atas masak adunan nampak kental dan tidak melekit dijari.

Agar-Agar Chequer
Bahan A (Agar2 jernih)
20gm serbuk agar2
1500ml air
300gm gula pasir
daun pandan
Bahan B (Agar2 Santan)
20gm serbuk agar2
1500ml air
300gm gula pasir
1 paket santan serbuk (50gm)
daun pandan
Acuan Chequer 10" - dibasahkan terlebih dahulu

Cara-cara :
1. Masak kedua2 bahan A dan B secara berasingan. Ketepikan. Biarkan diatas dapur dengan api perlahan.
2. Ambil 4 senduk kecil agar2 jernih (setiap satu senduk diletakkan warna berasingan, merah, biru, hijau dan kuning).
3. Penuhkan dasar acuan dengan empat warna berlainan. Biarkan set dahulu.
4. Ambil 180ml agar2 santan dan tuang keatas lapisan berwarna tadi. Biarkan beku sedikit baru diletakkan pembahagi (ring divider) tekan sedikit ke dalam agar2.
5. Lapisan Pertama : Ambil 350ml agar2 jernih, masukkan warna biru dan tuangkan di bahagian bulatan paling luar. 250ml agar2 santan diwarnakan kuning, tuang di bahagian bulatan yang kedua, 180ml agar2 jernih diwarnakan merah dituang di bahagian bulatan yang ketiga dan 120ml agar2 santan diwarnakan hijau dituang di bahagian tengah bulatan. Setiap kali menuang agar2 gunakan belakang sudu supaya agar2 jatuh dengan perlahan.
6. Biarkan seketika sehingga agar2 membeku. Test dengan jari setiap bulatan agar2, sekiranya hampir beku bolehlah dituangkan dengan lapisan yang kedua.
7. Lapisan Kedua : Ambil 350ml agar2 santan, diwarnakan biru dan tuangkan di bahagian bulatan paling luar. 250ml agar2 jernih diwarnakan kuning, tuang di bahagian bulatan yang kedua, 180ml agar2 santan diwarnakan merah, dituang di bahagian ketiga bulatan dan 120ml agar2 jernih diwarnakan hijau dituang di bahagian tengah bulatan. Biarkan seketika sehingga agar2 beku. Test dengan jari.
8. Apabila agar2 sudah set, angkat keluar dengan perlahan ring divider tadi, tuang agar2 santan (tidak diwarnakan) memenuhi acuan. Biarkan beku baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.
9. Proses menyiapkan agar2 agak lama, sekiranya agar2 membeku panaskan semula di atas api dan kacau supaya tidak berketul.10. Apabila dipotong agar2 kelihatan berkotak2 dengan lapisan santan dan jernih berselang seli.
Sumber : resipi citarasawanBahan-bahan
7 cawan tepung roti
1 paket yis segera (11gm)/2 tbsp yis segera
2 1/2 cawan air
3 tbsp gula halus
2 tbsp garam halus
1/4 cawan minyak masak/2 tbsp shortening
shortening utk disapu pada acuan
Pewarna (optional) susah nampak bila dibakar tetapi boleh cuba!!
Pengilat : Kuning telur dan air
Cara-cara
1. Satukan gula dan air biar gula larut. Masukkan yis dan biarkan ditempat suam selama 5 minit.
2. Masukkan tepung, garam dan minyak. Uli hingga menjadi doh. Sekiranya doh keras masukkan sedikit air jika melekit masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat dijari.
Bahan-bahan untuk membuat Bakul :
1. Mangkuk tahan panas (Pyrex/Corningware/Loyang aluminium) mengikut saiz yang dikehendaki sebagai Acuan Bakul.
2. Pizza cutter/pisau/gunting
3. Aluminium foil
4. Pembaris
5. Papan canai dan pengelek
6. Pinggan tahan panas
Cara-cara mengayam Bakul
1. Ambil satu mangkuk tahan panas mengikut saiz yang di sukai. Ukur dalam dan luar mangkuk dahulu supaya senang untuk membuat talinya. Biarkan ukuran 1" lebih panjang dari ukuran asal.
2. Ambil doh dan gelek empat segi memanjang, guna pizza cutter dan potong beberapa tali memanjang dengan 3/4" atau 1" lebar terpulang pada saiz mangkuk lagi kecil lagi cantik patennya.
3. Telengkupkan mangkuk, biar permukaannya berada di bawah. Leser mangkuk dengan shortening supaya roti tidak melekat selepas dibakar nanti.4. Ambil 2 tali yang di potong tadi dan buat silang pangkah di atas mangkuk. Ambil 2 lagi dan buat yang sama. Tekan sedikit ditengahnya supaya tali boleh melekat. Sapu dengan air untuk melekatkannya.
5. Kemudian mulakan mengayam tali menjadi bakul. Ambil satu tali, masukkan ke bawah salah satu lingkaran pangkah dan bawa tali "keatas kemudian kebawah" diselang seli sehingga habis lingkarannya sampai ke bawah mangkuk. Sekiranya tali tidak cukup panjang sambungkan dengan yang lain menggunakan air sebagai pelekat. Pastikan tali cukup panjang untuk mengayam bakul hingga habis.
6. Bila semua jalinan tali sudah sampai ke penghujungnya, gunting lebihan tali supaya sekata permukaanya.
7. Untuk menyiapkan keseluruhan bakul dan tepinya, ambil 3 potongan tali dan buat toncang seperti toncang rambut. Buat hingga habis pastikan toncang cukup panjang untuk mengelilingi bakul.
8. Sapu permukaan bahagian tepi bawah bakul dengan air dan lekatkan toncang tadi ke sekeliling mangkuk. Potong hujung cantuman toncang supaya lebih cantik dan gamkan dengan sedikit air supaya melekat dengan baik. Buat lagi satu toncang seperti diatas untuk tangkai bakul.
9. Apabila bakul telah siap sepenuhnya, ambil satu pinggan tahan panas dan letakkan di atas permukaannya. Tujuannya supaya bawah bakul menjadi leper dan rata. Kemudian bungkus dengan tuala dapur dan biarkan bakul mengembang di tempat suam selama 30 minit.
10. Untuk mengilatkan bakul, ambil sebiji kuning telur, campur denan 1 sudu kecil air dan sapu ringan dengan brush ke seluruhan bakul.11. Masukkan bakul tadi ke dalam oven dan bakar pada suhu 180c selama 15 minit. Keluarkan bakul dari oven dan angkat keluar pinggan yang diletakkan di atas bakul tadi. Sapu bahagian bawah bakul dengan kuning telur dan masukkan kembali ke dalam oven. Bakar lagi selama 15 minit.
12. Bila permukaan bakul dan tangkainya kelihatan keperangan, bolehlah dikeluarkan dari oven. Letak kembali pinggan ke atas permukaannya supaya dasar bakul menjadi rata.13. Sejukkan bakul lebih kurang 15 minit, baru dikeluarkan mangkuk di dalamnya. Jika melekat, gunakan pisau yang disapu dengan minyak untuk mengeluarkannya.
14. Apabila mangkuk telah dikeluarkan pada bahagian dalamnya masih lagi lembut. Kemudian bungkus kelilingnya dengan aluminium foil supaya bahagian luar yang telah dibakar tidak hangus. Letakkan bakul diatas dulang dan bakar semula selama 10 minit supaya bahagian luar dan dalam bakul masak dengan sekata.
15. Setelah di keluarkan, bahagian tepi, atas dan bawah bakul kelihatan keperangan manakala bahagian dalamnya telah keras sedikit.
16. Bakul ini boleh di simpan selama 2 bulan. Balut dengan plastik wrap dan bungkus dengan aluminium foil. Simpan ditempat beku didalam peti ais.18. Waaaaaaaa!!! dah siap,,, boleh dihidang dengan salad atau pasta didalamnya dan yang seronoknya bakul roti ni boleh dimakan!!! Boleh di buat sebagai bakul hantaran dengan buahan2 mini dan biskut di dalamnya...... pasti yang menerima akan memuji kreativiti anda... Enjoy yur Art!!!
Bahan A
210gm mentega
180gm gula ising
1 biji telur
2 sudu teh esen kopi
Bahan B
200gm tepung gandum
100gm tepung kastard
100gm conflakes dikisar halus
Bahan Hiasan : Kelapa kering/kuning telur
Cara-cara
1. Pukul bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B, uli hingga menjadi doh.
2. Bentukkan seperti jejari. Sapu dengan kuning telur dan tabur dengan kelapa kering.
3. Bakar pada suhu 160c selama 30 minit
Bahan A
250gm mentega
180gm gula ising
1 biji telur
Bahan B
250gm tepung gandum
100gm tepung ubi kentang
50gm susu tepung
100gm nestum - dikisar halus
2 sudu teh esen kopi
40gm bijan hitam
Bahan Hiasan : Bijan hitam dan putih/kuning telur
Cara-cara
1. Pukul bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B. Uli hingga menjadi doh. Rehatkan selama 20 minit di dalam peti sejuk. Keluarkan dan uli semula.
2. Bentukkan seperti jejari atau picit dengan nozzle. Sapu kuning telur dan tabur dengan bijan.
3. Bakar pada suhu 160c selama 30 minit.
Bahan A
100gm mentega
150gm majerin
150gm gula ising
2 biji telur
Bahan B
350gm tepung gandum
150gm tepung whole meal
2 sudu teh esen kopi/coffee emulco
Bahan hiasan : Kuning telur/Kacang tanah kasar
Cara-cara
1. Pukul bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B uli hingga menjadi doh.
2. Bentukkan doh seperti jejari. Sapu kuning telur diatasnya dan tabur dengan kacang tanah.
3. Bakar pada suhu 160c selama 30 minit.
MENU :
Biskut Peanut Fingers,
Cookies
100gm mentega
150gm majerin
150gm gula ising
2 biji telur
Bahan B
350gm tepung gandum
150gm tepung whole meal
2 sudu teh esen kopi/coffee emulco
Bahan hiasan : Kuning telur/Kacang tanah kasar
Cara-cara
1. Pukul bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B uli hingga menjadi doh.
2. Bentukkan doh seperti jejari. Sapu kuning telur diatasnya dan tabur dengan kacang tanah.
3. Bakar pada suhu 160c selama 30 minit.
Bahan A
250gm mentega
50gm shortening
120gm gula kastor
2 biji telur
Bahan B
350gm tepung gandum
200gm tepung jagung
50gm tepung susu
30gm serbuk parmesan cheese
Hiasan : Kuning telur/Keju cheddar parut
Cara-cara
1. Pukul bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B. Uli hingga menjadi doh.
2. Bentukkan doh seperti jejari atau terap dengan acuan mengikut kegemaran. Sapu kuning telur dan tabur dengan keju parut.
3. Bakar pada suhu 160c selama 30 minit.
Bahan A
170gm mentega
150gm gula icing
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur
Bahan B
350gm tepung gandum
100gm kacang tanah/badam nibs
1 sudu makan susu tepung
1 sudu besar coffee emulco
Hiasan : Kuning telur/gula pasir
Cara-cara
1. Pukul bahan A hingga sebati, masukkan bahan B. Uli hingga menjadi doh.
2. Canai dan terap dengan acuan empat segi.
3. Sapu dengan kuning telur dan tabur gula diatasnya.
Bahan-bahan
700gm tepung gandum
170gm bawang merah di kisar halus
2 sudu besar serbuk kari
125gm mentega
1 cawan air
1/4 sudu teh garam
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1. Bahagikan tepung kepada 2 bahagian. satu bahagian diuli dengan air dan garam.
2. Satu bahagian lagi diuli dengan bawang kisar, serbuk kari, mentega, garam dan air.
3. Uli kedua2 doh sehingga lembut dan rehatkan selama 30 minit.
4. Canai sebahagian doh putih dan sebahagian doh bawang.
5. Tindihkan kedua2 doh dan gulung kemas dengan plastik. Simpan didalam peti sejuk selama 3 jam.
6. Keluarkan dari peti sejuk dan potong nipis2.
7. Goreng hingga kekuningan.
Bahan A
125gm mentega
1 sudu besar shortening
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
80gm gula castor
Bahan B
50gm conflakes - dikisar halus
30gm oat - dikisar halus
Bahan C
1 sudu besar serbuk koko
40gm tepng jagung
120gm tepung gandum red rose
Bahan hiasan : putih telur/oat kasar
Cara-cara
1. Pukul bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B dan C, gaul rata. Uli menjadi doh yang lembut.
2. Canai dan terap dengan acuan disukai.
3. Sapu dengan putih telur dan golekkan dengan oat.
4. Bakar pada suhu 160c selama 30 minit.
Bahan A
250gm mentega
3 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila
200gm gula ising
Bahan B
80ml santan pekat
100gm serbuk keju parmesan
Bahan C
250gm tepung jagung
250gm tepung ubi
Cara-cara
1. Pukul bahan A hingga berkrim dan putih.
2. Masukkan santan dan keju, gaul rata dan sebati.
3. Kemudian masukkan bahan C, uli hingga menjadi doh yang lembut.
4. Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle berbentuk bunga.
5. Bakar pada suhu 160c selama 30 minit.
MENU :
Biskut Cheezy,
Cookies
250gm mentega
3 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila
200gm gula ising
Bahan B
80ml santan pekat
100gm serbuk keju parmesan
Bahan C
250gm tepung jagung
250gm tepung ubi
Cara-cara
1. Pukul bahan A hingga berkrim dan putih.
2. Masukkan santan dan keju, gaul rata dan sebati.
3. Kemudian masukkan bahan C, uli hingga menjadi doh yang lembut.
4. Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle berbentuk bunga.
5. Bakar pada suhu 160c selama 30 minit.
Bahan A
150gm mentega
20gm shortening
2 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
60gm gula halus
Bahan B
200gm tepung gandum
50gm tepung jagung
40gm gajus - dibakar dan dikisar halus
20gm tepung susu
Bahan C
Buah prun secukupnya dipotong memanjang
Bahan hiasan : Bijan, kuning telur, mangkuk kertas
Cara-cara
1. Putar semua bahan A dengan kelajuan perlahan hingga sebati.
2. Masukkan bahan B. Uli hingga menjadi doh. Rehatkan 1/2 jam.
3. Canai dan terap doh dengan acuan segiempat. Letak buah prun ditengahnya dan lipat kedua hujungnya. Letakkan ke dalam mangkuk kertas (kelar permukaanya menyerong, sapu kuning telur dan tabur dgn bijan)
4. Bakar pada suhu 160c selama 30 minit.
Bahan A
150gm mentega
30gm gula kastor
Bahan B
1 biji kuning telur
Bahan C
200gm tepung gandum
60gm tepung ubi/jagung
Bahan D
30gm conflakes di kisar halus
20gm badam cincang di panggang
Hiasan : Coklat masakan putih cair/kulit lemon parut
Cara-cara
1. Pukul bahan A hingga kembang. Masukkan B dan C, gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.
2. Canai dan terap dengan acuan bulat. Bakar pada suhu 160c selama 30 minit.
3. Sejukkan. Celup dengan coklat putih cair dan hias dengan kulit lemon parut.
Bahan-bahan
200gm mentega
200gm peanut butter halus
250gm gula kastor
2 sudu teh esen vanila
4 biji telur
150gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
30gm serbuk koko
Bahan Hiasan : Coklat cair dan croquant
Cara-cara
1. Cairkan mentega, masukkan peanut butter, gaul hingga sebati.
2. Masukkan gula dan esen vanila, kacau lagi, masukkan telur.
3. Masukkan tepung, serbuk penaik dan garam. Pukul perlahan2 hingga sebati.
4. Asingkan 1 1/2 cawan adunan, masukkan serbuk koko dan gaul hingga sebati.
5. Ratakan adunan coklat di dalam loyang 13" x 9" x 2".
6. Tuangkan adunan selebihnya diatas adunan coklat. Bakar pada suhu 160c selama 30 minit. Sejukkan.
7. Tuangkan coklat cair ke atas brownie dan tabur dengan croquant.
8. Guna loyang yang ada cutter
Bahan A (Bawah)
65gm mentega
60gm tepung red rose
40gm tepung jagung
20gm serbuk ais krim
20gm gula ising
Bahan B (Topping)
85gm mentega
75gm tepung red rose/superfine
45gm tepung jagung
30gm gula ising
Pewarna merah jambu + 1 sudu teh pes strawberry
Pewarna unggu
Bahan Hiasan : Gula2 manik perak
Cara-cara
1. Campur dan gaul bahan A hingga menjadi doh.
2. Canai nipis dan terap dengan acuan bulat.
3. Campurkan bahan B. Kemudian bahagikan kepada 2. Satu diwarnakan dengan merah jambut dan satu lagi dengan warna unggu.
4. Masukkan kedua2 warna ke dalam piping bag dengan nozzle berbentuk bunga dan paip ke atas adunan A yang telah di terap tadi. Hias dengan gula2 manik.
3. Bakar pada suhu 160c selama 30 minit.
Bahan A
125gm mentega
125gm shortening
500gm gula perang
1/4 sudu teh garam
Bahan B
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
30ml susu segar
Bahan C
375gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikabonat
312gm oat segera
200gm kismis
Cara-cara
1. Pukul bahan A hingga kembang. Masukkan bahan B dan diikuti bahan C. Gaul adunan hingga menjadi doh.
2. Bulat2kan atau paip dengan nozzle bulat dan bakar pada suhu 160c selama 30 minit.
MENU :
Biskut Oat Kismis,
Cookies
125gm mentega
125gm shortening
500gm gula perang
1/4 sudu teh garam
Bahan B
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
30ml susu segar
Bahan C
375gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikabonat
312gm oat segera
200gm kismis
Cara-cara
1. Pukul bahan A hingga kembang. Masukkan bahan B dan diikuti bahan C. Gaul adunan hingga menjadi doh.
2. Bulat2kan atau paip dengan nozzle bulat dan bakar pada suhu 160c selama 30 minit.
Bahan A
125gm mentega
100gm gula kastor
Bahan B
1/2 sudu teh esen vanila
1 biji kuning telur
Bahan C
150gm tepung gandum
40gm tepung jagung
Bahan D
25gm serbuk badam
25gm badam cincang (dipanggang dahulu)
35gm kelapa panggang
Hiasan : Coklat masakan putih/kelapa panggang
Cara-cara
1. Pukul bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B dan bahan C. Gaul rata dan uli menjadi doh yang lembut.
2. Canai dan terap dengan acuan empat segi.
3. Bakar pada suhu 160c selama 30 minit.
4. Sejukkan kemudian celup coklat putih cair dan tabur dengan kelapa panggang.
Bahan A (Bahagian Bawah)
150gm mentega
150gm gula kastor
1 biji kuning telur
260gm tepung gandum
Bahan B (Atas)
30gm mentega
30gm tepung gandum
30gm tepung jagung
10gm gula ising
(Gaul semua bahan B, jadikan serbuk roti. Masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit) Keluarkan dan ramas halus utk ditabur ke atas biskut.
Bahan C (Jem Blackcurrant)
1 cawan kismis hitam
direndam semalaman dgn 1/2 cawan air (kisar hingga halus)
1/2 cawan air
4 sudu besar gula halus
1 sudu besar tepung jagung + sdkt air
(Satukan semua bahan dan masak hingga likat)
Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur dan tepung, gaul rata dan uli sehingga menjadi doh.
2. Canai dan terap dengan acuan tiga segi.
3. Paipkan jem blackcurrant, kemudian tabur bahan B diatasnya.
4. Bakar pada suhu 160C selama 30 minit.
Bahan A
180gm mentega
60gm gula perang
60gm gula kastor
Bahan B
240gm tepung gandum
20gm tepung jagung
1/2 sudu teh emplex
Bahan C
Serbuk gajus secukupnya (dipanggang dahulu)
Cara-cara
1. Pukul bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B, Gaul rata.
2. Uli sebati. Bulat2kan doh dan masukkan serbuk gajus sebagai inti.
3. Bakar pada suhu 160c selama 30 minit.
Bahan A
60gm cornflakes - di hancurkan sedikit
40gm kismis hitam
40gm kepingan badam di panggang
Bahan B
200gm coklat masakan dicairkan
cips strawbery untuk hiasan
Mangkuk kertas secukupnya
Cara-cara
1. Campur semua bahan A dan gaulkan dengan bahan B.
2. Masukkan ke dalam mangkuk kertas, tabur cips strawberry diatasnya.
3. Biarkan keras pada suhu bilik. Tak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Bahan A (di ayak)
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikabonat
1 sudu besar baking powder
Bahan B
1/2 cawan pisang kisar
1/2 cawan krim masam/plain yogurt
1 sudu besar esen vanila
1/4 sudu kecil garam
1/4 cawan minyak jagung
3 biji telur
1 cawan gula kastor
1/4 cawan gula perang
Bahan C
sedikit krim coklat/coklat emulco untuk hiasan
Cara-cara
1. Ayak bahan A. Ketepikan
2. Satukan bahan B, Masukkan ke dalam mixer dan pukul hingga sebati. Masukkan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit hingga bergaul rata.
3. Isikan separuh adunan ke dalam mangkuk kertas. Letakkan coklat krim diatasnya kemudian dilorek dengan lidi membentuk swirl.
4. Bakar pada suhu 180c selama 25 minit.
MENU :
Banana Chocolate Muffin,
Muffins
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikabonat
1 sudu besar baking powder
Bahan B
1/2 cawan pisang kisar
1/2 cawan krim masam/plain yogurt
1 sudu besar esen vanila
1/4 sudu kecil garam
1/4 cawan minyak jagung
3 biji telur
1 cawan gula kastor
1/4 cawan gula perang
Bahan C
sedikit krim coklat/coklat emulco untuk hiasan
Cara-cara
1. Ayak bahan A. Ketepikan
2. Satukan bahan B, Masukkan ke dalam mixer dan pukul hingga sebati. Masukkan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit hingga bergaul rata.
3. Isikan separuh adunan ke dalam mangkuk kertas. Letakkan coklat krim diatasnya kemudian dilorek dengan lidi membentuk swirl.
4. Bakar pada suhu 180c selama 25 minit.
Bahan-bahan
600gm tepung roti
5gm oregano
10gm garam
15gm mentega
1 biji putih telur
7gm yis
280ml air
50gm bawang putih (dicincang dan digoreng hingga kekuningan)
Bijan utk hiasan
Garlic Butter
Cara-cara
1. Masukkan bahan kering di dalam mixer, dengan menggunakan paddle gaul bahan dengan speed perlahan, kemudian masukkan putih telur dan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
2. Masukkan mentega dan bawang putih, uli hingga sebati.
3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian, tutup dengan plastik dan rehatkan selama 1 jam.
4. Apabila doh telah mengembang, ambil doh tadi dan canai supaya udara keluar. Bentukkan memanjang, spray sedikit dgn air dan taburkan bijan diatasnya kemudian bakar pada suhu 180c dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
5. Garlic butter : Kupas dan bersihkan bawang putih, balut dgn aluminium foil dan bakar dalam oven toaster selama 15 minit pada suhu 180c.
6. Keluarkan dari oven, ketuk dengan ulu lesung hingga hancur dan gaulkan dengan mentega.
7. Masukkan ke dalam microwave oven utuk mencairkan mentega.
8. Potong roti, sapu sedikit dengan garlic butter dan tabur dgn daun pasley. Bakar sekejap dalam oven selama 10 - 15 minit pada suhu 150c.
MENU :
Bread and Buns,
Garlic Bread
600gm tepung roti
5gm oregano
10gm garam
15gm mentega
1 biji putih telur
7gm yis
280ml air
50gm bawang putih (dicincang dan digoreng hingga kekuningan)
Bijan utk hiasan
Garlic Butter
2 ulas bawang putih
2 sudu besar mentega
parsley kering secukupnya
2 sudu besar mentega
parsley kering secukupnya
Cara-cara
1. Masukkan bahan kering di dalam mixer, dengan menggunakan paddle gaul bahan dengan speed perlahan, kemudian masukkan putih telur dan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
2. Masukkan mentega dan bawang putih, uli hingga sebati.
3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian, tutup dengan plastik dan rehatkan selama 1 jam.
4. Apabila doh telah mengembang, ambil doh tadi dan canai supaya udara keluar. Bentukkan memanjang, spray sedikit dgn air dan taburkan bijan diatasnya kemudian bakar pada suhu 180c dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
5. Garlic butter : Kupas dan bersihkan bawang putih, balut dgn aluminium foil dan bakar dalam oven toaster selama 15 minit pada suhu 180c.
6. Keluarkan dari oven, ketuk dengan ulu lesung hingga hancur dan gaulkan dengan mentega.
7. Masukkan ke dalam microwave oven utuk mencairkan mentega.
8. Potong roti, sapu sedikit dengan garlic butter dan tabur dgn daun pasley. Bakar sekejap dalam oven selama 10 - 15 minit pada suhu 150c.
Bahan-bahan
50gm coklat masakan diracik halus
200ml susu UHT
2 skop aiskrim coklat
20ml whip cream untuk topping
Masuk coklat, susu cair, aiskrim dan kisar sebati. Tuang di dalam gelas dan hias dengan whip cream diatasnya.
Bahan-bahan
1/2 biji buah avocado - dipotong kecil
air secukupnya
1 sudu makan gula
coklat masakan secukupnya (cairkan dgn cara double boiler) atau coklat Hershy's syrup
Cara-cara
Kisar buah avocado dengan gula dan sedikit air.
Ambil gelas dan tuangkan coklat cair disekelilingnya.
Tuangkan jus avocado dan tambahkan ais.
New recipes >>
<< More recipes


