kongsi resepi | sukatan bahan/conversion Write something :)

Archive for February 2010

/

Kuih Dadar Coklat

Post this recipes



Kuih Dadar Coklat

Bahan Inti Coklat
100 ml susu cair
25 gram gula pasir
1 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
100 gram coklat masakan (potong kasar)
1 biji kuning telur
1/8 sdt garam

Bahan Dadar
200 gram tepung gandum
2 biji telur dipukul sedikit
1/2 sdt garam
2 sdm majerin dicairkan
400 ml susu segar/santan cair
sedikit coklat emulco
majerin untuk meleser

Cara-cara :
1. Inti:  Didihkan susu cair secara double boil hingga berbuih ditepinya. Larutkan serbuk koko dan gula dengan sedikit air panas, tuangkan ke dalam susu cair tadi kacau rata. Masukkan coklat masakan, kacau perlahan sambil dimasukkan kuning telur dan tepung jagung untuk memekatkan inti, Angkat biarkan sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk untuk memekatkanya.
2. Dadar: Satukan bahan dadar, gaul rata hingga tidak berketul. Tapis.
3. Asingkan 100 ml adunan, masukkan coklat emulco, gaul rata dan ketepikan.
4. Adunan yang selebihnya dibiarkan dengan warna asal.
5. Panaskan non stick pan, leserkan sedikit majerin dan ambil piping bag gunting sedikit saja muncungnya, masukkan adunan coklat dan picit bentuk zig-zaz ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Biarkan sekejap dan segera tuangkan adunan warna asal diatas jalur coklat tadi (jgn diantaranya kerana jalur coklat akan tertanggal) dan lenggokkan adunan menutupi dasar kuali. Buat hingga habis.
6. Ambil sekeping dadar, isikan 1 sudu kecil inti ditengahnya. Gulung secara melintang jaluran tadi.
7. Pastikan dadar suam sedikit sewaktu memasukkan inti coklat gulung dengan cepat supaya inti tidak cair.
8. Jika tidak mahir dengan piping bag gunakan sudu kecil untuk membuat jalur.

MENU : ,


/

Kuih Lapis Serimuka

Post this recipes



Kuih Lapis Serimuka

Bahan Lapisan Bawah
500gm beras pulut
300ml air
200ml santan pekat KARA
2 sudu teh garam
2-3 titis pewarna biru

Bahan Lapisan Atas
Bahan A
200 gm tepung beras
100 gm tepung gandum
150 ml santan pekat KARA
220 ml air
1/2 sudu teh esen rose
1/2 sudu besar minyak

Bahan B
250 gm gula kaster
50 ml santan pekat KARA
450 ml air
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan
pewarna merah, biru

Loyang 10 x 10"

Cara-cara
1. Lapisan Bawah : Cuci beras pulut dan toskan.
2. Kukus bersama dgn bahan-bahan lapisan bawah selama 30 minit.
3. Angkat, ambil sedikit pulut, titiskan dengan sedikit pewarna biru, biar bergaul rata sebelum di masukkan ke dalam pulut selebihnya, gaul biar sekata dan tekan ke dalam loyang yang dialas dengan plastik atau di sapu dengan minyak tekan hingga padat. Ketepikan.
4. Lapisan Atas : Sebatikan (A). Masak bahan B hingga mendidih, tuangkan ke dalam A, gaul rata dan tapis. Bahagikan kepada 3 bahagian, satu bahagian warna merah, satu bahagian warna biru dan biarkan satu bahagian lagi dengan warna asal.
5. Tuangkan adunan warna merah ke atas pulut, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 10 minit. Sekiranya terdapat takungan air pada permukaan, tuang keluar air tersebut, biarkan wap hilang dari permukaan lapisan baru dituangkan lapisan seterusnya.
6. Angkat dan tuangkan adunan warna asal, buat seperti diatas, kukus selama 15 minit.
7. Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
8. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong menggunakan pisau plastik yang telah disapu dgn sedikit minyak.

MENU : ,


/

Agar-Agar Sunflower

Post this recipes


Agar-Agar Sunflower

Bahan A
30gm serbuk agar-agar
2250ml air
450gm gula
4 helai daun pandan

Bahan B
1 sudu kecil nescafe + 2 sudu kecil air panas atau blackcurrent di atur memenuhi tengahnya

Bahan C
100ml jus mangga + 1/4 teh pewarna orange

Bahan D
100ml jus laici + 1/4 teh pewarna kuning lemon/coklat

Acuan Sunflower 10"

Cara-cara :
1. Masak bahan A hingga mendidih. Ketepikan.
2. Bahagian Tengah : Asingkan 100ml agar-agar dari bahan A, campurkan dgn bahan B. Tuang di dalam bahagian tengah acuan. Biarkan beku sedikit.
3. Bahagian Kelopak Pertama : Asingkan 300ml agar-agar dari bahan A, campurkan dgn bahan C. Tuang di bahagian kelopak bunga tadi. Biarkan beku sedikit.
4. Bahagian Kelopak Kedua : Asingkan 500ml agar-agar dari bahan A, campurkan dgn bahan D. tuang di bahagian kelopak kedua tadi. Biarkan beku sedikit.
5. Agar-agar yang selebihnya dicampur dengan pewarna hijau dan dituang memenuhi acuan. Biarkan beku baru dikeluarkan.
6. Boleh sesuaikan warna dan penampilan agar-agar mengikut citarasa sendiri.

MENU : ,


/

Agar-Agar Hitam Putih

Post this recipes



Agar-Agar Hitam Putih

Bahan A (Putih)
7 gm serbuk agar-agar
100gm gula
400ml air
100ml susu segar/susu ideal
1 sudu teh esen vanila

Bahan B (Hitam)
7 gm serbuk agar-agar
100 gm gula
500ml air
2 sudu besar nescafe/coco powder (African black)

Acuan berlekuk 9 atau 12 (dibasahkan dgn air dahulu sebelum dituang agar2)

Cara-cara
1. Satukan bahan B dan masak hingga mendidih. Ketepikan.
2. Tuang agar-agar hitam ke dalam acuan berlekuk sehingga penuh. Buat hingga habis, bekukan.
3. Keluarkan agar-agar hitam dari acuan dan potong mengikut lekuk acuan. Ambil empat potong dan masukkan semula secara selang ke dalam acuan berlekuk tadi. Ketepikan.
4. Sementara itu, masak bahan A hingga mendidih. Tuangkan sedikit adunan agar-agar putih memenuhi acuan yang dipasangkan dengan agar-agar hitam tadi. Buat hingga habis.
5. Biarkan sejuk baru dikeluarkan dari acuan.
6. Apabila dikeluarkan agar-agar berselang seli warna hitam dan putih.

MENU : ,


/

Kuih Ulat Bulu / Ondeh-Ondeh Terung

Post this recipes


Kuih Ulat Bulu / Ondeh-Ondeh Terung

Bahan-bahan
300gm tepung pulut putih
50gm keledek unggu direbus dan dilecek
sedikit pewarna biru
air secukupnya untuk menguli
1 sudu teh garam
1 sudu teh air kapur

Kelapa parut dicampur sedikit garam
Beras pulut (disangai hingga kekuningan)

Bahan Inti
250gm kacang hijau
200gm gula melaka
100gm gula pasir
100gm kelapa parut muda
50gm air
sedikit tepung pulut

Cara-cara

1. Untuk Inti : Rendam kacang hijau selama 4 jam. Selepas itu rebus hingga masak.
2. Larutkan gula melaka dan gula pasir kemudian masukkan kelapa parut dan kacau bersama kacang hijau hingga rata. Apabila hampir kering masukkan tepung pulut, gaul rata. Biarkan sejuk.
3. Untuk Doh : Uli tepung pulut putih dan keledek lecek bersama air, air kapur, pewarna dan garam hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dijari.
4. Ambil doh sebesar ibu jari dan masukkan inti kacang hijau dan gentel memanjang.
5. Masukkan ke dalam air yang mendidih dan biarkan adunan timbul baru diangkat dan digolekkan kedalam kelapa parut yang bercampur garam.
6. Taburkan dengan beras pulut yang disangai.

MENU : ,


/

Kuih Koleh Beras Goreng

Post this recipes


Kuih Koleh Beras Goreng

Bahan A
400ml santan pekat KARA
150ml air
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar minyak masak

Bahan B
250 gm beras biasa (cuci bersih dan tos,biarkan kering)
750ml air

Bahan C
350 gm gula merah/gula melaka
50 gm gula pasir
100ml air

Loyang empat segi 9 inci

Cara menyediakannya

1. Masak bahan C hingga gula larut. Biarkan sejuk. Tapis
2. Goreng beras hingga perang. Sejukkan dan kisar sehingga halus. Ketepikan.
3. Sebatikan bahan B, gaul rata dan biarkan sekurang-kurangnya 1 jam supaya adunan beras sebati sepenuhnya.
4. Satukan semua bahan A, B dan C. Gaul rata. Tuang kedalam periuk. Masak atas api sederhana sambil sentiasa dikacau sehingga adunan kental dan berminyak (tidak melekat pada tepi periuk). Angkat dengan segera dan masukkan kedalam loyang. Ratakan permukaannya.
5. Biarkan sejuk baru dipotong.


MENU : ,


/

Apom Kastard

Post this recipes



Apom Kastard

Bahan-bahan
2 cawan tepung naik sendiri diayak
1/4 cawan gula
1 biji telur
2 sudu kecil yis segera
1 sudu kecil pewarna kuning
1 1/2 cawan susu segar
(tambah 1/2 cwn air jika adunan pekat, agak2 spt adunan pancake/dadar tpi jgn terlalu cair)
1 sudu besar marjerin, dicairkan

Inti Kastard
1/2 cawan gandum
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan gula (boleh dikurangkan jika tak suka manis)
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil pewarna kuning (jika suka)

Cara-cara :
1. Pukul telur bersama gula hingga kembang. Masukkan susu segar, air, gula, yis, majerin cair dan pewarna gaul hingga sebati
2. Masukkan tepung, gaul rata dan kisar sekejap didalam pengisar, kemudian tapis. Perap adunan selama 1 - 2 jam (lebih lama lebih baik) sehingga adunan kelihatan berbuih.
3. Tuang 1 sendok adunan kemudian ratakan dan masak di atas non-stick pan tanpa menggunakan minyak. Masak dengan api yang kecil. Tutup kuali dengan penutup. Adunan cepat masak jadi jangan biarkan terlalu lama nanti cepat hangus.
4. Apabila adunan masak, angkat dan letakkan 1 sudu besar inti ditengahnya. Lipat separa bulatan.
5. Untuk Inti : Satukan semua bahan inti, kemudian tapis. Masak di dalam periuk diatas api sederhana sehingga kental dan berkilat.
6. Apom akan menjadi semakin lembut apabila sejuk.
7. Inti boleh di ganti dengan jagung cream atau inti kaya.

MENU : ,


/

Apam Bakar Tapai

Post this recipes


Apam Bakar Tapai

Bahan-bahan
300 gram tepung beras
125 gram gula pasir
1/4 sdt garam
2 sdt yis segera
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 ulas bawang merah(di mayang halus) - jika suka
1/2 inci halia (dimayang halus) - jika suka
250ml santan/susu segar
250ml air
4 ketul tapai ubikayu di lenyek halus

Kelapa parut putih dan sedikit garam (dikukus dan gaul bersama)

Cara-cara :-
1. Sebatikan semua bahan-bahan diatas, kacau hingga sebati. Rehatkan adunan 4 - 5 jam sehingga ia nampak berbuih dan ringan apabila dikacau. Kacau perlahan-lahan.
2. Panaskan non-stick pan, leser dgn sedikit majerin. Ambil satu senduk adunan dan bentukkan satu lempeng. Tutup kuali.
3. Biarkan atas adunan berbuih dan keperangan di bahagian bawah baru di terbalikkan. Biarkan selama seminit baru diangkat.
4. Dihidang bersama kelapa parut.
5. Kak Wan pakai non-stick pan paling kecil jdi shape sama semuanya.

MENU : ,


/

Koleh Keledek Unggu

Post this recipes



Koleh Keledek Unggu

Bahan-bahan
1 kg keledek unggu
500ml santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 sudu teh garam
200gm tepung beras
2 helai daun pandan
5 kuntum bunga cengkih
150gm gula melaka
150gm gula putih
50ml air

Cara-cara :

1. Keledek direbus sehingga empuk. Kupas kulitnya kemudian dilecek. Ketepikan.
2. Masak gula dan gula melaka bersama air hingga gula larut. Tapis dan ketepikan.
3. Gaul santan bersama tepung beras,garam dan air gula tadi hingga rata, masak di dalam periuk di atas api sederhana bersama daun pandan dan bunga cengkih hingga nampak berminyak. Keluarkan daun pandan dan masukkan ubi, gaul rata.
4. Masak sehingga pekat dan kental. kacau selalu supaya tidak hangus. Apabila adunan kering dan tidak melekat diperiuk bolehlah diangkat. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.

MENU : ,


/

Bubur Cha Cha

Post this recipes



Bubur Cha Cha

Bahan A
300ml air
100ml santan pekat
1/4 sudu teh garam
150gm gula
4 kuntum bunga cengkih
daun pandan

Bahan B
Ubi keledek orange, unggu, keladi dan pisang

Cara-cara:
1. Potong dadu bahan B, kukus berasingan. Angkat dan ketepikan.
2. Masak bahan A hingga mendidih, masukkan bahan B yang dikukus tadi. Gaul rata
3. Siap dihidang
4. Jika suka masukkan cha cha (rebus dan toskan) dan gaul bersama.

MENU : ,


/

Kuih Keria

Post this recipes



Kuih Keria

Bahan-bahan
500gm ubi keledek putih
1 sudu besar tepung ubi
1 cawan tepung gandum
Sedikit garam
3 sudu besar gula dan sedikit air

Cara-cara:

1. Rebus ubi keledek hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas. Ketepikan.
2. Masukkan garam, tepung gandum dan tepung ubi, uli hingga tidak melekat ditangan. Jika melekat tambahkan tepung sedikit demi sedikit.
3. Timbang doh seberat 30gm dan buat bentuk bulat seperti donat. Buat lubang ditengahnya.
4. Goreng didalam minyak terendam diatas api sederhana panas
5. Untuk salutan gula, masak air dan gula hingga nampak pekat, masukkan kuih tadi dan gaul rata.
6. Kacau hingga gula nampak bertali, tutup api dan kacau sehingga gula mengering dan menyaluti kuih.

MENU : ,


/

Kuih Lapis Keladi

Post this recipes



Kuih  Lapis Keladi

Bahan A
150gm keladi (dipotong kiub dan dikisar halus)
250ml santan cair

Bahan B
150gm tepung beras
60gm tepung ubi
30gm tepung sago
250ml santan pekat
80ml air

Bahan C
200gm gula
400ml santan cair
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan

Bahan D
Pewarna violet, hijau dan merah

Cara-cara :
1. Kisar bahan A hingga halus. Ketepikan. Masukkan bahan B, Gaul rata dan tapis.
2. Masak bahan C hingga mendidih, keluarkan daun pandan dan tuang ke dalam no. (1) tadi. Bahagikan kepada 3 bahagian. Warnakan dengan warna-warna berlainan.
3. Tuang lapisan violet di dalam loyang 8" dan kukus selama 5 minit.
4. Tuang lapisan warna hijau diatas lapisan pertama tadi dan kukus lagi selama 10 minit.
5. Apabila masak tuang lapisan merah yang terakhir dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.
7. Jika lapisan kuih agak tebal tambahkan masa mengukusnya. Setiap kali hendak menuangkan lapisan pastikan lapisan pertama tidak mengandungi takungan air biarkan wap mengering dulu baru dituangkan lapisan seterusnya.

MENU : ,


/

Kuih Bakar Labu

Post this recipes

Paduan labu, telur dan santan menghasilkan kuih yang enak dan lembut. Tambahkan kelapa muda dan kismis memperkayakan lagi cita rasanya. Bahannya boleh dipelbagai atau dibiarkan begitu saja sesuaikan dengan citarasa.

Bahan-bahan
300 gram labu/kentang/keledek (direbus dan dilecek)
5 kuning telur
2 putih telur
250 gram gula pasir
400 ml santan, dari 1 biji kelapa
50 gram margerin, dicairkan
1/4 sdt esen vanila
1/2 sdt garam
175 gram tepung gandum
100gm kelapa muda diparut kasar (optional)
minyak goreng untuk meleser

Hiasan
50 gram kismis, rendam hingga kembang
1/2 biji kelapa muda, parut kasar
Cara-cara1. Kukus labu hingga masak, lecek hingga halus. Ketepikan2. Pukul kuning telur dan putih telur bersama gula menggunakan mixer hingga kembang.
3. Masukkan santan, margerin cair, esen vanila, dan garam, gaul hingga rata.

4. Masukkan labu dan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil digaul hingga tidak berketul. Tapis.
5. Masukkan kelapa muda parut, kaup balikkan hingga rata, ketepikan.
6. Panaskan acuan cara, leser sedikit dengan minyak. Tuang adunan 3/4 penuh dan bakar hingga separuh masak.
7. Angkat dan hias dengan kelapa parut kasar dan kismis. Bakar sekejap sehingga masak.

MENU : ,


/

Getuk Ubi Thai

Post this recipes



Getuk Ubi Thai

Bahan
600 gram ubikayu dikupas dan dibersihkan
50 gram gula pasir
3 sdm susu tepung (optional)
1 sdm margarin cair
1/2 sdt garam
2-3 titis pewarna merah
1/4 biji kelapa parut putih, dikukus (optional)

Inti

150 gram kacang hijau kupas
300 gram kelapa parut putih
50 gram gula pasir
1/4 sdt garam

Hiasan:
bijan putih secukupnya disangai (optional)

Cara-cara


1. Kukus ubikayu hingga masak, angkat dan buang seratnya. Lecek dengan garpu hingga hancur kemudian ditumbuk ketika masih panas hingga halus. Tambahkan gula, susu tepung, margerin cair, kelapa parut dan garam, tumbuk lagi hingga rata.
2. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu merah dan satu bahagian lagi biarkan berwarna asal, ketepikan.
3. Inti: Cuci kacang hijau kupas, rendam selama 30 minit, toskan. Kukus kacang hijau dan kelapa parut secara berasingan hingga kacang hijau empuk (15 minit) Angkat. Campur kacang hijau, kelapa parut, gula dan garam, gaul rata.
4. Ambil satu bahagian adunan ubikayu, gelek di antara 2 helai plastik hingga setebal 1/2 cm. Tekan dengan acuan bulat dan letak satu sudu teh inti ditengahnya. Lipat adunan separa bulatan (bulan sabit) tekan sedikit tepinya supaya inti tak terkeluar. Buat hingga habis.
5. Untuk hiasan, taburkan dengan bijan.
6. Getuk ubi ini boleh juga digoreng dengan menyalutnya dengan tepung.

MENU : ,


/

Lopes Pulut Hitam Putih

Post this recipes



Lopes Pulut Hitam Putih

Bahan A (Lopes Hitam) 
400 gram beras pulut putih
100 gram beras pulut hitam
450ml air
50ml santan KARA
2 sdm air kapur
2 sdt garam
daun pisang untuk membungkus 3" x 9"
tali/getah gelang untuk mengikat

Bahan B (Sirap nangka) 
200 gram gula merah diracik
50 gram gula pasir
400 ml air
3 helai daun pandan
1 ulas nangka potong dadu

Bahan C 
1/2 biji kelapa parut putih
1/2 sdt garam

Cara-cara
1. Lopes: Rendam beras pulut hitam dan putih selama 4 jam. Toskan. Masukkan air, santan, air kapur dan garam, gaul hingga rata dan kukus selama 30 minit hingga masak. Angkat.
2. Ambil sehelai daun pisang, buat bentuk kon tigasegi, masukkan pulut ke dalam daun pisang hingga penuh, tekan padat. Bungkus dan ikat dengan tali erat-erat. Buat sehingga habis. Guna 2 kon daun pisang untuk membungkus supaya pulut tidak terkeluar.
3. Didihkan air dan rebus dalam periuk selama 2 jam. Angkat dan toskan. Biarkan sejuk.
4. Sirap Nangka: Satukan bahan B, masak hingga gula larut. Masukkan nangka, kacau sebentar dan angkat. 5. Sajian: Buka lopes dari daun pembungkusnya, gaul dengan kelapa parut dan siram dengan sirap nangka.
6. Untuk lopes pulut hitam, perlu di campur dengan pulut putih kerana kandungan kanjinya kurang berbanding pulut putih.
7. Untuk membuat lopes putih guna kaedah yang sama.
8. Untuk pulut putih kaedah cepat boleh juga dibuat, iaitu pulut yang dah masak ditekan kedalam acuan atau digulung dengan plastik tetapi kaedah begini hasilnya sama dengan pulut kukus biasa, tidak kenyal dan lekit seperti mengguna kaedah merebus.

MENU : ,


/

Kuih Dadar Durian

Post this recipes



Kuih Dadar Durian

Bahan Inti
200 gram gula merah diracik halus
25 gram gula pasir
150 ml air
300 gram kelapa parut putih
2 helai daun pandan
2-3 ulas isi durian, dilecek halus
2 sudu besar tepung beras pulut/tpg gandum

Bahan Dadar 
200 gram tepung gandum
2 biji telur dipukul sedikit
1/2 susu teh garam
2 sudu besar majerin dicairkan
400 ml santan caiir/ susu segar
sedikit pewarna merah/pink
esen pandan/esen durian
sedikit pewarna hijau
majerin untuk meleser

Cara-cara :
1.  Inti:   Masak air dan gula hingga gula larut, tapis. Masukkan kelapa dan daun pandan kacau hingga hampir kering, masukkan isi durian, gaul rata dan tabur 2 sudu tepung beras pulut untuk memekatkan inti, gaul rata dan angkat.
2.  Dadar:  Satukan bahan dadar, gaul rata hingga tidak berketul. Tapis.
3.  Asingkan 100 ml adunan, masukkan pewarna merah, gaul rata dan ketepikan.
4.  Adunan yang selebihnya dimasukkan esen pandan dan pewarna hijau, gaul rata.
5.  Panaskan non stick pan, leserkan sedikit majerin dan ambil satu sudu besar adunan warna merah dan buat 2 jalur lurus berjarak 2-3cm. Biarkan sekejap dan segera tuangkan adunan hijau diatas jalur merah tadi (jgn diantaranya kerana jalur merah akan tertanggal) dan lenggokkan adunan menutupi dasar kuali. Buat hingga habis.
6.  Ambil sekeping dadar, isikan 1 sudu besar inti ditengahnya. Lipat kiri dan kanan dan gulung. Jika ingin membuat corak polka dot, titikkan beberapa titik adunan warna kesukaan dan tuang aduan hijau keatasnya.

MENU : ,


/

Apam Mahkota

Post this recipes

Tepi apam yang merekah seperti dibingkai oleh santan putih membuatnya bagai sebuah mahkota yang indah. Teksturnya lembut dengan cita rasa manis-gebu yang menggoda.
Bahan A
400 gram gula merah (diracik halus)
300 ml air kelapa/air biasa/susu segar
Bahan B
400 gram tepung gandum
1 sdt garam
1 sdt soda bikabonat
1 sdb baking powder
150 ml santan, dari 1 biji kelapa

Bahan C, Adunan Santan

400 ml santan, dari 1 biji kelapa
75 gram tepung beras
20 gram tepung ubi
1 sdt garam

Cara-cara1. Masak bahan A hingga mendidih. Angkat dan ketepikan sehingga suam.
2. Satukan bahan B. Tuangkan bahan A (Air gula), gaul hingga rata dan kisar sekejap dengan blender. Biarkan selama 3 jam.
3. Panaskan acuan-acuan kecil di dalam pengukus selama 10 minit. Tuangkan adunan 3/4 penuh. Kukus selama 20 minit hingga apam mekar. Angkat.
4. Satukan semua bahan C, kemudian tapis. ketepikan.
5. Tuangkan 1 sudu besar adunan santan (bahan C) tadi ke sekeliling apam biar nampak seakan bahagian apam yang mekar berada ditengah-tengah adunan santan. Kukus semula selama 5
minit hingga adunan santan masak.

MENU : ,


/

Apam Bakar Santan

Post this recipes


Apam Bakar Santan

Bahan A 
500 ml santan, dari 1/2 biji kelapa /(300 kara + 200 air)

Bahan B 
250 gram tepung beras
50 gram tepung ubi
125 gram gula pasir
1/4 sudu teh garam
2 sudu teh yis segera
marjerin cair untuk meleser

Bahan C (Pati Santan): masak diatas api sambil hingga mendidih
150 ml santan pekat
1/4 sudu teh garam
1 helai daun pandan

Cara-cara: 
1. Masak bahan A hingga mendidih. Angkat dan biarkan suam sedikit. Ketepikan.
2. Satukan bahan B, gaul hingga rata.
3. Masukkan bahan A tadi ke dalam bahan B gaul hingga rata dan adunan tidak berketul. Kisar sekejap di dalam blender dan biarkan di tempat panas selama 1-2 jam hingga adunan mengembang.
4. Panaskan non stick pan di atas api sederhana panas. Leser dengan marjerin (jgn terlalu banyak kerana kuih akan cepat hangus) dan tuang 50 ml adunan, lebarkan adunan dengan senduk biar menjadi bulat. Biarkan seketika sehingga kelihatan lubang-lubang terbentuk dipermukaaan adunan. Tuangkan 1 sdm pati santan di atas apam. Tutup kuali dengan penutup hingga santan kering dan masak.
5. Apabila masak, apam mempunyai lubang-lubang yang telus keluar.
6. Boleh juga di masukkan bahan seperti tapai beras atau tapai ubi untuk menambahkan rasanya.
7. Apam ini elok dibakar dengan menggunakan bara arang. selain menaikkan aroma kuih, teksturnya juga lebih lembut. Bila menggunakan dapur gas, api mestilah sederhana kecil.


MENU : ,


/

Kuih Talam Kaya Labu

Post this recipes



Kuih Talam Kaya Labu

Bahan Lapisan Labu
500gm isi labu (dikukus dan dilecek)
70gm tepung jagung
60gm tepung sago
200ml santan pekat KARA
200ml air
220gm gula halus
350gm telur
2 helai daun pandan

Bahan Lapisan Putih
90gm tepung beras
100gm tepung ubi
400ml santan pekat KARA
170gm gula halus
1 sudu kecil garam
400ml air
2 helai daun pandan

Cara-cara :
1. Lapisan Labu :  Satukan bahan untuk lapisan labu, gaul rata dan kisar sekejap dalam pengisar dan tapis.
2. Tuang adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap sahaja. Keluarkan daun pandan.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Tuangkan 1/2 adunan ke dalam loyang yang telah dileser sedikit minyak dan kukus selama 10 minit.
4. Lapisan Putih :  sementara itu, satukan bahan lapisan putih, gaul rata dan tapis.
5. Tuang adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap. Keluarkan daun pandan. Bahagian adunan kepada 2 bahagian. Tuangkan 1/2 adunan ke atas lapisan labu yang dikukus tadi. Kukus selama 5 minit.
6. Ulangi proses melapis hingga habis. Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
7. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.

MENU : ,


/

Koleh Labu

Post this recipes

Pumpkin Pudding Dessert Recipe (Khanom Fak Thawng)

Bahan-bahan
3 cawan isi labu dilecek
1/2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1/4 cawan tepung ubi / tepung jagung
1/2 cawan tepung beras
1/2 sudu besar tepung sago
2/4 cawan gula
1/8 sudu teh garam

Loyang 8"



Cara-cara
1. Satukan semua tepung, masukkan santan pekat, gaul rata. Ketepikan selama 15 minit.
2. Masukkan gula, isi labu, garam dan santan cair, gaul rata hingga gula larut.
3. Tuang adunan ke dalam loyang, ratakan permukaannya, dan kukus selama 30 minit.
4. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.

MENU : ,


/

Kuih Labu / Kastard Labu

Post this recipes



Kuih Labu  / Kastard Labu

Bahan-bahan
1 biji labu sederhana besar
300ml santan pekat
5 biji telur itik
300gm gula melaka
100ml air
1/2 sudu air kapur
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh pewarna kuning (optional)

Cara-cara :
1. Masak gula melaka dan air hingga gula larut. Ketepikan.
2. Bersihkan labu, buang bahagian atasnya dan keluarkan biji labu dengan sudu hingga habis. Cuci dan ketepikan.
3. Pukul telur, masukkan garam dan pewarna. Tuangkan air gula melaka dan gaul sebati. Tapis.
4. Apabila siap, tuangkan adunan tadi kedalam buah labu. Kukus selama 1 jam.
5. Sejukkan dahulu dan simpan di dalam peti sejuk sebelum dipotong dgn pemotong plastik.
6. Telur ayam boleh juga digunakan tetapi hasilnya tidak begitu baik.

MENU : ,


Top recipes this week

Theme Design by
Brand by citarasawan
Resipicitarasawan adalah sebuah blog resipi berbahasa Melayu. Entri-entri yang dipaparkan di laman ini adalah dibawah lesen CCA 3.0
On top